"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, September 30, 2011

Doa Kebahagiaan Keluarga



"Ertinya: Ya Tuhan kami! Berilah kami Isteri kami, anak cucu kami semua menggembirakan hati dan jadikanlah kami sebagai ikutan orang-orang yang taqwa."

Thursday, September 29, 2011

Campbell's Instant Soup Design-UR-Mug Contest Limited Edition Shroomz Thumbdrive Winner..Hooray!!!


Korang masuk tak Campbell's Instant Soup Design-UR-Mug Contest. ?
Kalau belum.. masih sempat lagi nih nak design 1 mug

Hehe..mama dah dapat email inform yang mama menang Campbell's Instant Soup Design-UR-Mug Contest Limited Edition Shroomz Thumbdrive..

Mama dah reply email diorang dah..so tunggu jek la :)

Sok dah sampai mama post kat sini bagi korang tengok jugak ye..

Wednesday, September 28, 2011

Bagaimana Nak Detect Hidden Camera di Bilik Persalinan Pakaian & Bagaimana Nak Detect 2-Way Mirror!!!

Mama jumpa ini di facebook. Di share kan oleh seseorang. Mama malas nak translate la..so baca omputih ni jek la ek..hihi..Penting jugak ni. Kadang2 kita terlepas pandang benda2 kecik macam ni. Jangan biar orang lain sesuka hati ambil kesempatan atas sikap tak perasan kita tu ye..



How to Detect Hidden Camera in Trial Room?


In front of the trial room take your mobile and make sure that mobile can make calls........

Then enter into the trail room, take your mobile and make a call.....

If u can't make a call......!!!!

There is a hidden camera......

This is due to the interference of fiber optic cable during the signal transfer......


Please forward this to your friends to educate this issue to the

public......To prevent our innocent ladies from HIDDEN CAMERA...........


Pinhole Cameras in Changing Rooms of Big Bazaar, Shoppers Stop?


A few days ago, I received this text message:

Please don't use Trial room of BIG BAZAAR there are pinhole cameras to make MMS of young girls.

So, please forward to all girls. Also forward to all boys who have sisters and girlfriends.


Don't be shy in forwarding this message. Because its about protecting the integrity of all girls & ladies.







HOW TO DETECT A 2-WAY MIRROR?


When we visit toilets, bathrooms, hotel rooms, changing rooms, etc., How many of you know for sure that the seemingly ordinary mirror hanging on the wall is a real mirror, or actually a 2-way mirror I.e., they can see you, but you can't see them. There have been many cases of people installing 2-way mirrors in female changing rooms or bathroom or bedrooms.


It is very difficult to positively identify the surface by just looking at it. So, how do we determine with any amount of certainty what type of Mirror we are looking at?


CONDUCT THIS SIMPLE TEST:


Place the tip of your fingernail against the reflective surface and if there is a GAP between your fingernail and the image of the nail, then it is a GENUINE mirror.


However, if your fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail, then BEWARE, IT IS A 2-WAY MIRROR! (There may be someone seeing you from the other side). So remember, every time you see a mirror, do the "fingernail test." It doesn't cost you anything. It is simple to do.


This is a really good thing to do. The reason there is a gap on a real mirror, is because the silver is on the back of the mirror UNDER the glass.


Whereas with a two-way mirror, the silver is on the surface. Keep it in mind! Make sure and check every time you enter in hotel rooms.


Share this with your sisters, wife, daughters, friends, colleagues, etc.

Saya Perlu Bantuan!!! Help..Help

Selamat hari rabu..

Mama nak mintak bantuan pandangan & pendapat dari yang sudi mengomel.

Tina dah batuk nearly 1 bulan dah. Kami dah bawa gi klinik 3 kali. Makan 3 jenis ubat batuk berbeza tapi still tak ok lagi. Dokte tak bagi antibiotik pulak. Tak tau apa sebab walaupun mama dah inform Tina batuk terlalu teruk bila waktu malam.. :(

2 malam kebelakangan ni batuknya kembali menjadi2. Sampai mama tak senang hati nak lelap pun.

So, mama nak mintak la pandangan kalau ada sesiapa yang anaknya pernah batuk lama macam ni..apa yang korang buat ye?

Ada ke treatment lain untuk batuk selain daripada makan ubat batuk? Ada orang cakap, anak2 diorang dokte bagi injection sebab batuk terlalu teruk. Tapi mama tak pernah pulak dengar..

Tolong ye korang!! Mama dah cuba bagi Tina KICAP+LIMAU, bagi MADU, tapi still tak ok jugak.. tolong ye..

Buntu dah!!!!

Saturday, September 24, 2011

Koleksi FM Mama..

( 1)

FM upin tu special sket sebab lama cari tapi susah nak jumpa.. yang lain tu FM jugak tapi lebih kepada Tina punya alat bantu mengajar..gitu weh..





( 2 )

Yang ini koleksi haiwan2 peliharaan.. bali dia mesti la kat zoo kan. Zoo mana? Zoo Taiping.. haiwan2 ni boleh gerak2..goyang2 kalau kita buka pintu peti ais.. hihi





( 3 )

Gambar unta tu FM hadiah dari Lela Lelord aka MamaNajlaa
Yang kecik atas belah kanan tu.. hadiah dari Dieya..FM dari Istanbul
Yang bawah dia pulak FM dari Universal Studios Singapore.. kakak ipar mama bagi





( 4 )

Yang kumpulan FM ni pulak beli kat Bukit merah Laketown.. ada macam2.. so..pilih jek



FM korang banyak tak? Korang suka kumpul FM tak?

Mama baru nak mula mengumpul. So sesiapa nak gi jenjalan.. gi over the sea ke.. bagi la tau..mama nak kirim FM.. ngeeeee...

Friday, September 23, 2011

Mee Hoon Sup Versi Mama..

Huhu..Menu..Menu..

Mee Hoon Sup jek la ye..








Lawan dgn sambal kicap homemade..perghh..terangkat


Maaf kalau ada yang terliur.. nanti buat ye.. :)


Thursday, September 22, 2011

Doa Perlindungan Untuk Anak-Anak

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:





" Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)."

Tuesday, September 20, 2011

Lipstick Collagen Treatment - Untuk Bibir Mungil Yang Sihat


Item terbaru ..akan datang di Qees Collection..

Jika anda mencari2 produk untuk mencantikkan:

bibir kering, gincu tidak tahan lama, mengelupas, sensitif, gelap dan tidak menarik jangan bimbang dengan gincu rawatan d’herbs anda akan memiliki bibir yang seksi, muggil serta kemerah-merahan secara semulajadi.



Fungsi :

1) Sebagai penyeri bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah

2) Melembabkan bibir yang kering dan merekah

3) Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan

4) Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita

5) Simpan di tempat yang bersuhu bilik (30′-35′C)



Berminat???

Tunggu!!

Monday, September 19, 2011

Nur Izzah Zahirah..

Hehe..sejak lahir kami belum pernah lagi jumpa dia..tengok gambar kat hp jek. Tapi memang rezeki nak jumpa kan.. adik mama satu-satunya tu dapat cuti raya tahun ni. Walaupun sekejap..tapi cukuplah kehadiran dia di pagi raya bersama kami cukup bererti sangat..

Ada banyak jugak gambar tapi mama post sikit-sikit dulu lah.. kali ni mama tunjuk gambar sicomel NUR IZZAH ZAHIRAH BINTI NORAZLI dengan Tina & abah.. comel kan zahirah ni..hmmm..





abah request nak bergambar berdua jek dengan zahirah.. aik abah.. sabar abah ye..






Tina pun tak mahu kalah..nak jugak pangku sendiri zahirah & suruh mama amikkan gambar






gambar diorang bertiga. Mama tak leh masuk coz takde sape nak snapkan gambar.. elok pulak si comel zahirah ni tengok kamera.. :) hihi..adik..geram sangat tengok gambar adik tau..!!



Gambar-gambar lain mama letak kat next post la ek.. :)

Sunday, September 18, 2011

Chiffon Pandan : Percubaan Ke-Tiga

Setelah percubaan 1 & 2 kurang menjadi. Mama amik masa sket nak cuba kali ke-3. Harini macam rajin..so mari kita mencuba lagi..yihaaa..


So hasilnya kali ni.. hmmm..tak de la mabeles giler2 tapi ia menjadi la.. huhu




texture dalam dia nampak ok.. (masa ni lom rasa lagi..potong & amik gambo dulu sebagai bahan bukti)





cun..cun.. hihi





overall chiffon cake.. tepi2 sengaja digaringkan sedikit sebab 'kami' suka





Mama guna api kecil je. Sebab nak biar ia masak & kemudian garing luarnya tu. Dah la tak pandai lagi..kang bukannya garing..rentung terus pulak..

Kepada yang nak resepi sila baca di N3 INI.. ada resepi dia kat sana.

Kak Norhayati Ramlan.. huhu dah 3 kali dah kak..baru nampak menjadinya. Kek chiffon akak & lela lelord aka MamaNajlaa yang menjadi motivasi saya.. huhu

Ada ke kak Norhayati ni sampai blog aku ha? hihihi...

Friday, September 16, 2011

Sambungan N3 Tina Demam.. Part 2

Sambungan dari N3 Ini

Day 4:
Isnin


Abah sekolah kan..so mama dgn mak abah mama jek ada kat rumah. Tina nampak ok sket. Panas berkurangan tapi ada masalah lain pulak.. tengok gambar bawah ni..



see..bibir dia kering & pecah berdarah. Kesian sangat mama tengok. Inilah bahananya apabila panas dalam terlalu kuat.. mama kan selalu kena..mama tau la mcm mana sakitnya..






Dalam sakit pun masih ada hati nak bergambar-gambar. Ikutkan hati tak sanggup nak ambil gambar2 dia sakit ni tapi mama nak kongsi cerita dengan korang kan..kang takde gambar tak best lah..






Sian sangat sayang mama..




So hari isnin tu kitaorang cuma monitor suhu badan Tina jek. Dia pun tak mahu sangat menyusu. Sehari semalam ada la 2 kali..itupun cuma 4 oz setiap satu jek..jauh sangat bezanya dengan selalu kan.. sedih tau..

Abah dengan mak mama balik tengahari tu. Tinggallah kami berdua beranak jek kat rumah. Dengan Tina yang asyik nak baring jek.. dengan mama yang masih belum sihat sepenuhnya..kami rest jek. Alarm rumah mama on kan je sebab takut tertidur masa tepuk2 Tina.

Takde aktiviti pun.. teman Tina layan cd boboi boy & upin ipin raya sampailah dia tertidur..




Day 5 :
Selasa


Abah amik cuti sebab nak bawak Tina pegi puteri. Alhamdulillah sebab bila check dengan paed dia.. Tina dah tak demam lagi. Suhu badan dah normal. Paed kata tekak dia ok..kemungkinan ada jangkitan pada peti suara. So Tina tak mahu nak bercakap2 sangat sebab bila bercakap..peti suara bergetar..akan menimbulkan rasa sakit..

So paed kasi ubat untuk tekak. Balik dari puteri Tina request nak makan pizza tapi lepas separuh jalan dia dah tak mahu. Katanya nak tengok nenek (MIL) so kami bawak dia ke rumah nenek dia..

Malam tu balik dari rumah MIL..bagi Tina makan ubat & teman dia tidur..



Day 6 :
Rabu


Pagi-pagi lagi mama bangun & masakkan bubur nasi untuk Tina. Mama masakkan juga sup kentang tanpa minyak macam yang abah pesan pagi tadi. Dengan harapan Tina akan mahu manjamah makanan hari ini..


Dan alhamdulillah, Tina menghabiskan sesenduk bubur & sup kentangnya. Senangnya hati mama tengok dia makan. Mangkuk pertama ..mama suapkan. Mangkuk ke dua dia suap sendiri.. :)


Ini gambar si montel mama .. beransur sihat nampaknya.. mama rindu senyuman Tina sayang..






Sepanjang rabu Tina ok..Hopefully akan ok sepenuhnya nanti. Tapi khamis malam & jumaat badan dia kembali suam2. Bila mama check suhu..naik ke 37.4..dan dia mula cranky semula . Khamis malam dia tidur tak lena. Asyik mengigau setiap 15 minit sekali.. kesian sangat..

Mama cuba pasangkan yassin dari hp dan dia tidur ok la sekejap. Mama tak boleh nak lena sangat sebab Tina asyik menjerit-jerit..

Tapi alhamdulillah..seperti yang mama duga..sebaik sahaja azan subuh hampir berkumandang.. Tina tidur lena hingga ke pagi.

Mungkin ada "misteri nusantara" la kot sebab mlm khamis tu kami ke Nusa Idaman open house rumah cikgu sekolah abah.. hmm camner nak cakap ek? tapi mama dapat rasa ada benda tak kena la mlm tu..

So sekarang Tina ok sikit even badan dia suam.. batuk menjadi2..

Janganlah makin teruk..mama kesian la kat dia..


" Ya, Allah..sembuhkanlah puteri kami. Janganlah engkau biarkan dia melalui kesakitan terlalu lama Ya Allah..kasihanilah dia.. Amin"

Doa Untuk Mendapatkan Cahayamata & Juga Jodoh



Maksudnya :

"Ya Allah, Janganlah Engkau Membiarkan Aku Hidup Seorang Diri, Dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik"

Surah Al-Anbiya' Ayat 89



Doa ini sangat bagus jika diamalkan oleh mereka-mereka yang berhajat menimang cahaya mata. Diamalkan selepas setiap kali solat. Semoga doa yang benar-benar datang dari hati itu dimakbulkan oleh Allah hendaknya.. Amin..

Wednesday, September 14, 2011

Aduhai.. Mama Tak Sanggup Tengok Tina Mcm Ni Sayang.. :(

Siyes, beberapa hari lepas mama kebah sikit dari demam. Tina dah mula tunjuk tanya nak demam.

Day 1:
Khamis

ini gambar malam pertama demam..



Badan Tina mula panas sejak lepas zuhur. Panasnya semakin petang semakin tinggi. Check guna termometer digital.. mencecah 38++. Kami dah risau. Jadi malam tu mama asyik la basahkan tuala letak kat dahi dia. Jap2 kang lap2 sket tangan & kaki. Pukul 3 pagi dia merengek lagi. Muka dia merah. Mama check suhu..alamak.. 39++ huh.. hati ni dah risau giler. Tapi abah tido. Sian nak kejut. Nak sekolah kan..

So mama bertahan tukar2 tuala basah kat dahi dia. Dengan harapan akan membantu turun. Tak sedar bila mama terlelap tapi yang pastinya mama terjaga bila alarm hp berbunyi pukul 5.45pagi



Day 2:
Jumaat

Bangun mcm biasa iron baju sekolah abah & buat air bekal. Sekejap tu Tina merengek. Mungkin tak selesa. Mak & abah mama temankan dia jap..urutkan kaki sampai dia terlelap.

Lepas abah gi sekolah jek mata mama betul2 mengantuk sampai pening. Mak & abah mama kata..tido la sekejap. Diorang tengokkan Tina.

Pukul 8 pagi mama terjaga. check kad klinik..rasanya klinik bukak kul 9. Mama kunci jam hp & tido balik sebab masa tu Tina tengah lena tido.

Kul 9 tepat mama terjaga. Bangun cuci muka & terus call klinik. Siap2 within half an hour..shoot terus gi klinik..




kat klinik pakar kanak-kanak chum..tun aminah




ubat-ubatan


Dokte Chum kata badan Tina terlalu panas & mintak izin untuk masukkan ubat montot. Jap jek dia masukkan.. tapi mama tak kasi Tina tengok..takut dia menronta-ronta pulak kang.

Balik dari klinik Tina tertidur dalam kereta. Berpeluh-peluh. Sampai kat rumah thought of dia akan ok sebab dia nampak ok dah tadi tu. Tapi sangkaan tu meleset sama sekali..

Mulai lepas asar jek Tina mula resah. badan dia kembali panas & dia merengek tak selesa. Mama sukat suhu..alamak..naik kembali ke paras 39++. Apalagi..kembali la basahkan tuala letak kat dahi, bagi makan ubat. dan Tina tido.

Setiap kali menyusu dia muntah..setiap kali makan pun muntah..cuma air masak je yang tak buat dia muntah. Dan dia hanya nak minum air teh..




Day 3 :
Sabtu

Pagi2 lagi mama kejut Tina. Ajak dia mandi & pakai baju bersih. Ajak dia jalan gi pasar. Kami beli barang sebab ada kawan abah nak datang beraya hari ahad.Lagipun makcik mama dari Bukit Tongkat pun memang nak datang beraya.. sekali lah..masak lebih sket.

Pas beli2 barang kat pasar Tina dah mulai pucat. Dia tak nak makan apa2 pun kan so dia agak lemah.. kami teruslah balik

Kebetulan malam tu ada kawan abah cakap nak datang beraya. Kami lari sekejap ke giant pulai beli karipap segera. tak sedap pulak orang datang beraya takde pape nak makan kan.. Tina kami tinggalkan dengan mak & abah mama sekejap. Masa balik mak mama kata Tina ada bangun sekejap..tepuk2 dia tido balik.

Masa keluar tu kami sempat ke guardian beli ubat montot, vicks & panadol soluble sekali sebab semua dalam rumah menunjukkan tanda2 nak demam..

Masa tetamu datang beraya pun Tina tido. tak sedar pun dia..

Malam tu Tina tido tak berapa lena. Badan & kepala dia panas giler. Apalagi..tuala basah lah seperti biasa. Tapi malam ni dia punya ragam kusmangat.. mencabar kesabaran seorang ibu.. :(


Ada hati nak menyusu..tapi bila menyusu akan muntah. Ada hati nak makan tapi belum setengah jam pun akan muntah sampai takde apa nak dimuntahkan.. sian sangat


Day 3:

Ahad


Pagi tu Tina elok sikit. .

Tengaharinya makcik mama sampai..dan Tina masa tu ok lagi. Masih mampu bermain-main.. :)

Lepas asar..ada satu family lagi datang..dan waktu tu lah Tina dah mula meragam sket. Mama pun tak selesa. Dia asyik nak berpeluk dengan mama.

Habis tetamu kat luar tu sian jugak kan. terpaksalah mama tinggal-tinggalkan. Sian sangat kat dia tapi terpaksa bahagi2 kan masa.. bila dia diam or tido..mama gi la layan tetamu..

Masa tetamu last datang tina dah tak boleh lagi nak tolak ansur dah. Kalau mama tak gi kat dia..dia akan nangis kuat2.. aduhai..

Tetamu pun seperti memahami.. diorang balik maghrib. Mama & abah siap2 bawak Tina gi urut badan. Sebab tetamu yang datang tu kata mungkin demam urat.. hmm..mungkin jugak lah..so bawak la gi urut..

Sebelum gi urut tu dah masukkan sebiji ubat montot sebab terlalu tinggi panas..

Blik urut je badan Tina dah tak panas sangat. Lepas makan ubat jek..dia terus tido lena. Sekejap2 jek dia bangun minum air teh & air masak..

So malam tu agak awal kami semua tido..letih tak terkata..Tina memang tak merengek sampai lah pagi sebab mungkin selesa kene urut badan..

Thats it..
huh..kita sambung next post..

Monday, September 12, 2011

Tina Demam

Ni versi update laju2 la ye..

Mama macam takde masa nak update khabar tentang Tina sebab Tina sedang demam, selsema, batuk & alergi. Terbaru.. dia macam suffer sakit tekak ke.. ulser tekak ke.. tak sure lagi.

Korang..doakan si montel kesayangan mama cepat sihat ye korang. Hati sungguh sedih tengok dia kesakitan bila terbatuk2..

Plan nak jumpa paed dia kat puteri esok.. mama akan update kemudian ye..

Thursday, September 8, 2011

Hohoho.. Demam Raya



Huhu.. nak mengupdate blog pun terasa sangat malas.. tekak sakit, hidung perit, selsema, kepala sakit, pinggang sakit..isy..semuanya sakit la nih.. gara2 beraya agaknya. Maklumlah beraya kan..segala macam versi rendang masuk perut..air batu berjug2 telan..huhu tu lom kuih raya berbiji2 lemon.. :)

Sudahnya.. badan memberontak..demam la..

tunggu elok la baru update ek.. doakan mama cepat sihat..tq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...