"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Tuesday, November 29, 2011

Aktiviti Mengharvest Tebu

Aktiviti di laman rumah je.. mengharvest tebu-tebu sekelian sebab ada yang sampai dah tumbang kene tiup angin sejak2 musim hujan nih.. so.. jom !!






15 batang kesemuanya..




Incik hubby yang bekerja keras mengharvest. Mama dok tepi jek..tolong tengok walaupun dah tukar uniform hahaha...





banyak kan..? cukuplah untuk diminum sekeluarga. Kalau nak mesin semua pun mau penuh fridge dengan botol air tebu..


So, kami cuma amik 3 botol je. Yang selebihnya kami tinggalkanlah kat org yang mesin tu.. buat bayaran mesinkan tebu kami..


Sambil2 sedekah la kalau terlebih.. :D takpe..nanti tambah gemuklah tebu tu insya'allah..














Monday, November 28, 2011

Mama Ajar Tina : Progress Melatih Jari Guna Pensil

Mengajar Tina mengenal huruf & nombor tak begitu sukar.. ok la tapi melatih tangan & jari dia supaya dapat berkoordinasi (ececeh perkataan) dengan baik untuk menggunakan pensil tu agak sukar juga. Biasalah tu kan..


Since mama dah perasan kan hal tu jadi mama amik inisiatif sendiri nak cuba latih dia. On the 1st day tu memang terang2 la nak kene pegang tangan dia untuk buat circle or ikut dotted lines. Dia memang tak boleh.


So mama teruskan la hampir seminggu lebih juga.. barulah dia ada confident nak penang pensil sendiri. Tapi still nak kene pegang tangan la kalau nak buat circle & dotted lines tu..


After a week plus.. seperti biasa rutin pagi kami sejak hari itu adalah belajar menggunakan 1 buku & pensil.. so macam biasa mama buat page by page dengan dia. Pagi tu tak nampak progress.. sama mcm semalam2..


But petang tu lepas abah balik.. mama citer la kat abah progress Tina tu. So abah pun amik la buku & pensil..


abah: Jom abah ajar kakak


Tina : ajar apa?


abah : ajar tulis & garis. Nanti abah bagi kakak star kalau kakak pandai


So mama pun tengokkan jek la diorang ni. Suprisingly, Tina dah boleh buat circle sendiri..ikut dotted lines sendiri..walaupun tak berapa nak circle pun..ok la.. mama & abah puashati..


Jom tengok pages2 yang Tina belajar..







Nak bagi dia faham cerita..apa yang arahan tu nak dia buat pun agak mencabar..so gunalah bahasa2 kanak2 untuk buat dia faham yang dog tu nak pegi kat tulang (makanan dia).. so mama cakap, kakak kene draw lines, jalan mana boleh sampai kat tulang.. huhu.. gitu..


Alhamdulilah dia faham..








Yang ni dia buat takmo pakai ruler.. free hand je. Tapi ok la at least dia faham 1 pergi kat 2.. pastu gi kat 3 dan seterusnya..kat 8910 tu mama letak ruler..dia garis jek..tu pasal lurus hihihi..









Ini satu lagi.. untunglah dia faham.. padanannya.. garisan dia jek agak sememeh.. huhu.. boleh la nak..







ikut dotted lines ni betul2 dia buat sendiri.. alhamdulillah.. kami tepuk tangan untuk dia.. :D









Ok..inilah circle yang Tina buat sendiri. Yang mana SAME..yang mana DIFFERENT.. agak susah nak bagi faham. But at least dia dapay picture..apa arahan tu nak. huhuhu tak circle pun kan.. jadilah..


Abah tanda & bagi big star kat situ untuk dia.. dia suka sangat.. :D


After session yang ini..dia akan suka nak buat betul2 supaya boleh dapat star.. :D.. hihihi now i know what to do..


Semua ni 17 Nov 2011 punya lesson.. have to do more with her


























Thursday, November 24, 2011

Terima Kasih Ya Allah..

Aku bersyukur atas apa yang telah Engkau limpahkan selama ini. Aku bersyukur Kau bukakan jalan ke pintu rezeki buatku.

Syukur kerana dengan kurniaan dariMu.. jalanku terbuka untuk memenuhi impian kami..

Berikan yang terbaik buat kami Ya Allah..


Mode : sangat gembira kerana berjaya mencapai sesuatu yang diidamkan. sebagai manusia biasa, masih ada lagi listing2 yang ingin dicapai.. perlu usaha lagi.. perlu gigih lagi.. alhamdulillah segalanya dari allah..

Tuesday, November 22, 2011

Teringin.. Ketam masak Lemak



Johor cuti ye hari ni.. Dan teringin pulak nak makan ketam bila ternampak ada stok ketam dalam peti ais.. abah kot yang beli. Mama tak perasan plak aritu..

So..ketam masak lemak ye.. hmmmm

Monday, November 21, 2011

Rutin Pagi Si Montel Mama..


Hehe si budak montel ni setiap pagi akan macam ni.. bangun je tido.. terus mintak susu.. habis susu sebotol je akan terus bukak laci buku. Tergolek2.. membaca (merapu) ntah apa2..

Kalau mama terbangun lambat sikit dari dia pun tak perlu risau sgt sebab dia takkan kemana.. ada kat depan laci buku tu la jugak.. :)

Hehe.. ni gambar spontan jek..

Wednesday, November 16, 2011

Moist Chocolate Cake Kukus Di Pagi Hari..

Dengan tiba-tibanya bangun pepagi terasa nak makan kek coklat. Huhu.. hari isnin.. pagi lak tu..org semua dah gi keje dah, sape nak belikan? Kedai kek pun tak bukak lagi.. soo..

Huhu.. menyelongkar dapur orang mencari resepi.. Dapur sape.. dapur Kak Zu
















Kek ni memang moist giler lah. Buatnya pun senang. Cuma mama ni selalu buat pemilihan loyang yang salah. So terpilih loyang besar.. keknya jadi tak tinggi la. len kali pilih yang comel sket la ye..

Nak keluarkan pun senang sebab tak melekat. Tapi sebab moist sangat.. terpecah sket tepi dia..huhu cacat kek ai tau..

Then mama gi double boil topping dia.. lebihan topping kek birthday Tina aritu.. dah tu terus masuk peti ais dulu.. sejuk sket baru potong ye.. gerenti korang pun suka..

Semak resepi ye..




KEK CHOC MOIST KUKUS

bhn2 A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair...
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak msk..
*semua bhn d'atas gaul sebati n msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dh sebati.

bhn2 B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kecil(sudu kfc)
baking powder 1 sudu kecil (sudu kfc)
*semua bahan ni di ayak

bhn C:

4 biji telur (blender jer)

"DO IT YOURSELF"


satu kan bhn B dan C ke dalam Bhn A....secara berselang seli & gaul dengan senduk jer...bila dah sebati....boh jer dalam loyang yang dsapu minyak....n kukus dlm 30 -45 minit (bergantung kepada saiz loyang)...test cucuk ngan lidi klu tak melekat kira masak le...

*p/s...loyang kena panaskan dulu sblm masukkkan adunan kek tadi..

WW : Jika Berbudi Kepada Tanah Laman Sendiri.. ;)



Tuesday, November 15, 2011

Kek Pisang


Mama cuba buat kek pisang. Sebab abah asyik sebut kek pisang jek. Mama memang lom pernah buat. So cabarlah diri sendiri.. huhu. Puas menggoggle resepi. Dan berkenan dengan resepi dari Kak zu..



kek pisang...
Sumber : Dapur Kak Zu

bahan2..

3 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil bikarbonate
50 ml susu cair
160 ml minyak kelape ( mama guna minyak masak je)
5 biji pisang emas ( mama guna 4 biji pisang montel)
gula castor 1 cawan



cara2:

Campurkan tepung gandum dan soda bikarbonate..ayak dan ketepikan dlu.

Pukul telur dngn gula hingge kembang..masukkan susu cair,minyak,pisang emas yng dilecek.

Last sekali msukkn tepung yng dicampur soda bokarbonate tadi..bakar dlm oven.

***boleh gak bako dalam acuan bengkang.




Ada beberapa perkara yang mama pelajari :

** lecek pisang sehalus mungkin. jadi kek akan lebih sekata & cantik

** kalau nak kek pisang anda betul2 cantik, gunakan cuma 3 biji pisang montel sebab dengan pisang montel kek pisang anda akan berbau lebih harum.. best

** yang ini mama baru tau.. boleh letak perasa pisang juga sikit kalau ada.. huhu mama tak tau pun ada perisa pisang korang..

Monday, November 14, 2011

Saya Pilih VCO dari Catalyst

Aritu rasanya Lelalelord aka MamaNajlaa yang makan supplement ni. After that one of makcik abah pulak suggestkan.

Then mama pun cari lah info pasal VCO ni dari link2 yang diberi & akhirnya decide nak mencuba. Kalau sebelum ni cuba makan EPO..jadi sekarang ni nak pulak cuba VCO.. keluaran negara kita & produk ni berasaskan kelapa..

So mama baru start makan VCO ni 10 Nov 2011.. normally ia akan amik masa la nak tunjuk progress. Takpe.. kalau kita sanggup berbelanja untuk kecantikan..kenapa tidak kita berbelanja utk kesihatan juga kan.. :)









harganya mampu milik.. :)



see..produk Malaysia..halal






Mama ada few info nak share tentang VCO dari Catalyst ni tapi dalam post lain la mama bagi.. ini untuk pengenalan jek dulu.. :)

Sunday, November 13, 2011

Terjawab Akhirnya : Kenapa susah dapat susu Nespray 3+


Ini lah sebabnya.. nespray 3+ nak tukar packing. Ntah apa benda la.. aritu siap call toll free nestle pun siap tak mengaku yang nak tukar packing. Dok kata raw material tak cukup la ..apa la..

Cakap nak tukar packing baru kan senang.. kita pun faham..

Saturday, November 12, 2011

11.11.2011 Punya Cerita

Ingatkan takde apa2 cerita di tarikh yang cantik ni. Rupa-rupanya kami menyambut kelahiran si comel ini pada tarikh itu. Si kecil ini sepatutnya lahir hujung bulan Nov ini tapi keadaannya menyongsang, jadi doktor nasihatkan ibunya menjalani caesar jek supaya kedua-duanya selamat..

Alhamdulillah.. NURREEN SOFFIYA BT MOHD ISMAILNOR lahir dengan selamat. Tahniah buat V & boy.. :)






Friday, November 11, 2011

Doa Meminta Dimakbulkan Keinginan


" Ertinya : Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku lahirkan terimalah uzurku"

Thursday, November 10, 2011

Taragui - Argentina's Green Tea


Mama & abah decide nak mencuba Taragui ni sebab ada kawan suggest. Mereka sekeluarga dah tak minum teh biasa lagi sejak minum Taragui ni. Even anak diorang pun minum teh ni..

Harganya RM18 sekotak..tapi rasanya sangat ok. Tak seteruk green tea lain yang pernah kami cuba. Baunya pun boleh diterima hidung la.. ok la..sedap. Biasanya mama tak letak gula pun kalau prepare teh ni. Nak buat ubat takkan nak letak gula kan..

Ni mama copy paste sikit description dia..



A famous natural traditional yerba matè tea from Argentina , South America .

Yerba Matè is a medicinal and cultural drink of ancient origin. It has more nutrition and health effect than green tea. It is an invigorator of the mind and body, natural sources of nutrition and a health promoter par excellent. This product deserves the attention of every person who is interested in optimum health. Herbal medicationally, it used to boost immunity, cleanse and detoxify the blood, tone the nervous system, restore youthful hair color, retard aging, combat fatigue, stimulate the mind, control the appetite, reduce the effects of debilitating disease, reduce stress, and eliminate insomnia.


This is a health beverage which is highly recommended by health and medical.

How to prepare Taragui Yerba Mat è tea:

Put one or two sachet(s) into a cup or teapot with hot water, base of diluted infusion preferable. Drink may serves in hot or cold. Sugar, milk, honey or lemon can be added as flavour.

Apa2 perubahan still lom nampak lg la. Off coz la benda2 consume ni amik masa sket nak nampak kesan apalagi bila melibatkan dalaman tubuh kan.. tapi apa yg boleh mama & abah share.. kami rasa selesa minum Taragui..perut pun tak meragam.. ok la..

selalunya mama buat satu jug besar.. bila dah puas minum suam..masukkan dlm peti ais plak.. haha..syok jugak :)

Sape ada info lagi pasal Taragui ni boleh la share dgn mama ye..tq

Tuesday, November 8, 2011

Aminkan Doaku Teman2..


" Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu apa dalam hatiku.. perkenankanlah permintaanku.. makbulkan doaku.. makbulkan doaku.. makbulkan doaku Ya Allah.. AMIN.. "

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha..

Salam Aidiladha buat pengunjung TINA MAMA ABAH.. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan pada tahun ini mendapat keberkatan & hidayah dari-Nya..Amin..

Thursday, November 3, 2011

Percubaan Pertama : Kuih Keria

..tetiba teringin nak cuba buat kuih keria.. selalunya beli jek..tak pernah membuat.

Kebetulan kat dapo ada keledek tapi keledek kuning. Nak digoreng dah jemu.. nak direbus pun lg dah jemu.. dah nak tumbuh tunas dah..akar halus2 dah kuo..hahaha..

Tapi teringat Mamamya cakap aritu..keledek kuning ni lembik & melekat..ah tak pe lah.. itu je yang ada pun..

Maka pagi2 hari dah mengupas & merebus.. sambil2 mengemas. Lembut jek mama pun mula la proses. Huhuh.. memang tahap gaban dia melekat2..addehh.. takpe2.. teruskan..





Ini rupanya bila dah goreng. Hahaha.. huduh kan..almaklumlah..melekat2 giler so dapat buat camni ada rupa pun da heppi dah.. :)






Close up sket.. ehh..takde la huduh giler pun.. (puji diri sendiri)




Bila dah selesai disira.. hukhukhuk.. gini jek rupanya. Tak menjadi la menyira.








Abah kata.. kuih ni tak berapa ok sebab katanya mcm rasa tepung yang tak cukup masak. Mungkinlah agaknya.. takpelah.. lain kali mama cuba lagi buat.. hukhuk thanks yang for the comment. I'll improve it next time yer.. no worries..

Ok..sape2 nak resepi sila check kat bawah ni ye.. mama jalan2 kat home sweet home. Takpelah..mama copy pastekan





KUIH KERIA KELEDEK
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:- (anggaran 8 - 10 biji)

300 gm keledek - dikupas dan direbus lembut.
2 sudu besar gula pasir
1 1/3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
air secukupnya untuk merebus keledek

Bahan Sira Gula:-

2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air

Cara-Cara:-

1.Potong kasar sikit keledek tadi, dan rebus hingga lembut. Toskan.
2.Lecek keledek sekaligus dengan gula pasir hingga hancur dan halus.
3.Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh dan boleh dibentuk.
Bentukkan bulat dan buat lubang dengan jari di tengahnya atau boleh jugak digentel sepanjang 4 inci lebihkurang dan cantumkan hujungnya.
4.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana, balik-balikkan selalu. Bila kekuningan, angkat dan toskan minyak.


**Untuk sira gula - Masukkan air dan gula dalam kuali dan masak hingga gula naik berbih-buih jernih dan kering sikit, masukkan kesemua kuih keria tadi dan gaul hingga gula bersalut rata dan melekat. Angkat dan hidangkan.


Wednesday, November 2, 2011

Basikal Sape Ni Weh???



Aduh..anak dara ni dapat basikal la weh.. hadiah birthday dari atuk & mak ( mak abah mama). Actually lama dah dorang suh belikan tp mama suh tunggu dia beso sket..

Beli kat hometown mama..kota tinggi.. RM95 jek.. mahai tak tu?

Dah berani naik dah ni korang.. pandai kayuh la jugak even tak speed hahaha.. dia ngeri lagi kot..pusing2 dalam rumah dah lepas dah..lom bawak kuar jek lg..

Lagipun cuaca sekarang tak elok sangat..asik ujan jek.. main basikal kat dalam jek la dulu nak ye..

Terima kasih mak & abah untuk hadiah Tina ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...