Announcement..Announcement

Ini adalah blog peribadi mama & family. Apa sahaja yang mama tulis disini adalah hak peribadi yang tak leh sesuka suki dicopy atau dieksploitasi oleh sesiapa sahaja.Kalau ada pengunjung yang tak suka dengan apa yang mama tulis..anda dipersilakan 'BLAH'

Kepada yang sudi berkunjung, terima kasih banyak2..insya'allah nanti mama ziarah blog and juga ye!

Sudi-sudikanlah klik Nuff mama tu ye.. Thanks In Advance!

QEES COLLECTION

Monday, October 31, 2011

Cadar Kartun Kini Di QEES COLLECTION

Baru..Baru.. Baru...

Tambah 1 lagi produk.. cadar kartun untuk anak-anak & mak-mak sekelian..hihi..ala toksah tipu bukan anak jek suka kartun..mak dia pun suka jugak :)

Siapa2 nak tengok koleksi cadar kartun boleh klik link kat bawah ni ye..

CADAR KARTUN



Ni mama letak sikit gambar jek.. ada banyak lagi..



















~Happy Viewing..Happy shopping~

Saturday, October 29, 2011

ANNOUNCEMENT : NATURAL 99 & JRG SET 3 IN 1 AKAN BERTUKAR KE LABEL BARU

~ANNOUNCEMENT~

Kepada customer2 Qees Collection yang disayangi sekelian.. dengan ini mama nak umumkan bahawa NAT99 & JRG SET 3 IN 1 akan bertukar ke label baru tidak lama lagi. Segalanya sedang dalam proses

Tapi anda semua tak perlu risau kerana PRODUK MASIH SAMA..HARGA MASIH SAMA..KEBERKESANAN JUGA MASIH SAMA yang ditukar hanya labelnya sahaja

Apa yg kami lakukan ini hanyalah usaha untuk memberi rupa baru kepada kedua-dua produk tersebut disamping mahu membezakannya dengan produk sama yang dijual oleh orang lain.

Kami yakin ramai yang terkeliru kerana terlalu banyak variasi Nat99 dipasaran

Anda tidak perlu keliru lagi selepas ini..


Teruskanlah bersama QEES COLLECTION untuk produk terbaik yang ditestimonikan oleh mama sendiri.. :)






NAT99 SABUN BULAT dengan label yang lama







NAT99 SABUN MADU + LEMON dengan label lama







JRG SET 3 IN 1 dengan label lama



~Stay tune untuk mengetahui rupa label baru kedua-dua produk ini ~

Belilah dari QEES COLLECTION.. pastinya ORI..

Saturday, October 22, 2011

4th Birthday Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham

Hari ini..jam 1:10 tengahari tadi..genaplah buah hati mama & abah yang montel tu berumur 4 tahun. Sekejap je masa berlalu kan.. rasa mcm semalam baru je bawak dia kuar dari wad bersalin :)




As for birthday dia tahun ni..Tina request nakkan kek DORA.. kami gi gak survey2..tapi rasanya macam tak berbaloi lagi membazir. Apa taknya..keknya je nak kene tempah 3kg baru leh request gambar DORA..perghh.. tak termakan. Bukannya nak buat kenduri ke pe..celebration just untuk family kecil kami jek..




So, mama buat la sendiri kek idaman Tina tu. Kami gi beli sticker DORA.. beli barang2 hiasan & macam2 lagi lah.. :)




Mama memang cetek ilmu membaking kan..so ini memang percubaan mama yang pertama.. mengujakan juga walaupun hanya buat kek untuk anak kecil.. :)




Hasilnya..


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


Jangan terperanjat!!!




Inilah hasil kerjatangan mama.. pukul 1:30 pagi baru siap segalanya..pheww..








deco simple jek yang mama buat.. itupun semua barangnya mama& abah beli..





DORA.. ini yang paling penting..





DORA & BOOTS.. 2 character penting yang mesti ada atas kek.. :)





Mama memang tk pandai men"deco".. just buat apa yang terlintas difikiran..budak2 suka tengok & nak makan..




Dan tengahari tadi kami dah siap pun adakan acara meniup lilin & memotong kek untuk Tina.. Dia memang sangat2 gembira tengok keknya ada DORA.. terharu sangat dapat memenuhi impian seorang anak kecil.. rasa puashati..walaupun keknya tak la sesedap beli kat kedai kan.. ini kek kasih sayang mama & abah.. :)





she's 4 years old today!!









Her happy face seeing her DORA cake.. seronok sangat tengok dia excited




2 orang insan tersayang.. seleranya Tina makan coklat topping tu..sampai jilat2 yang kat sticker DORA.. abah tolong teman jek..







Jilat coklat yang kat ceri pulak.. hihi







Doa mama & abah..kakak membesar jadi anak yang dengar kata, rajin belajar & tak mau nakal2 sangat tau. Mama & abah doakan kakak berjaya didunia & akhirat. Kakak adalah kurniaan Allah paling berharga bagi mama & abah.



Mama, Abah, Atuk & Mak sayang kakak sangat..



Have a wonderful Birthday dear.. :)











HADIAHNYA?















Hadiah yang Tina minta adalah angry bird. Mama & abah belikan plush toys besar & selipar angry bird jek.. aci tak?


Dan semuanya Tina pilih sendiri.. dia memang tak mahu angry bird warna lain..nak yang warna red je katanya.. huhu..


Ada banyak lagi gambar-gambar birthday..tengok lah..kalau ada masa nnt akan dikongsikan.. :)



Korang.. doakan yang terbaik untuk Tina ye.. Terima kasih untuk doa2 kalian..



Ok lah jumpa lagi next post ye..bye..
















Wednesday, October 19, 2011

Passion


Masa mama kecik2 dulu, mama sangat giler dengan buku.. and so as my lil princess now. Kalau bawak berjalan.. terpandang kedai buku..mesti nak masuk. Pusing2..belek2 buku even tak beli..

sometimes kesian jugak.. mama & abah kalah.. belikan jugak. Walaupun dia belum berapa pandai nak sayang barang..minat & passion dia tu buat kitaorg kagum..

Bak kata nenek dia..my MIL..
" kalau budak lain..bolehjadi bila kita tolak dia msuk kedai buku..dia hapah takmo. Tapi Tina ni..dia pulak yang tarik tangan kita masuk kedai buku.."

Hopefully kami dah semai minat yang mendalam.. amin..

Tuesday, October 18, 2011

Nak Share Gambar Si Montel Buah Hati Mama Abah.. :)

Saja nak kongsi2 kan gambar Tina ni ha.. suka bikin mama geram tau..kang ada juga yang kene gigit ni kang.. hehe..

Lagi lama ditengok..lagi geram.. huhu










Melihat dia membesar depan mata setiap hari sangat mengujakan. Diam tak diam Tina dah nak genap 4 tahun 22 okober ni..

Mama & abah sayang sangat kat Tina tau.. we love u so much..




p/s : baju yang tina pakai ni ada sket lagi stok kat qees collection.. dia memang addict dengan kartun.. sape nak boleh tengok kat FB mama ye..tq

Friday, October 14, 2011

Karipap Cik Abang Sayang

Siyes cakap..seumur hidup belum pernah lagi buat karipap seorang. Maknanya dari proses mula sampai siap.. sendiri buat. Kalau tolong orang pernah la..

So 1st time mama buatkan karipap..kuih kegemaran incik abang sayang.

Dari mana mama tengok resepi? Mestilah dari blog kak zu.. ngeee...

Ala..korang dah expert buat kuih kan.. tapi kalau nak gak tengok resepi..gi blog kak zu la ye.. :)




Dek tak sure punya pasal..mama cal Mamamya pagi2 nak tanya soalan2 bonus.. apa soalan dia?
"berapa lama nak diuli tepung kulit karipap nih?"

hahaha..poyos tul. Pastu nak mencanai dia..aduhai..mana la kat umah ni ada penggelek tu. Mamamya punya suggestion senang jek..
"ko guna botol kicap jek long"

Ha.. apalagi..mula la membersihkan botol kicap..siap basuh bersih dulu..lap dengan kain bersih..dan..terus mencanai.



Sudah la tak tau berapa nipis nak canai..bantai sajalah labu..
korang tengok la hasil mentah kat bawah tu..







haha.. seronok tengoknya..












hasil setelah digoreng..ni masih panas2 lagi nih..


Huhu..cik abang kata inti dia termasin sket. adoii.. tapi masin yang masih boleh dimakan la..kalau tak..takde la habis sepinggan kan..


Seronok jugak buat kuih nih.. hilang boring..penat jek sket sebab lama duduk menguli & mencanai..

Tapi untuk penuhi selera suami tersayang.. digagahkan jugak buat..ececeh..

Semua untukmu yang.. :)

Thursday, October 13, 2011

Kami..

Hmm.. pepagi ni enjin lom panas. Ditambah pulak dek gas yang tetiba habis..hish..tergendala semua perancangan pagi mama tau.. mencik tul

So, apa kata tepek gambar sblm kuar minum malam tadi..



mama& tina





..kami..


tu je nak share.. :)

p/s - gambar hari ke 20 menggunakan set JRG 3 in 1.. hasilnya hmmm...

Wednesday, October 12, 2011

Pagi Ini..

Semalam pagi2 lagi dah gelap kan..tak dapat nak jalan2 tengok laman. Dapat tengok dari sliding door jek la..

Tapi hari ni cepat2 amik masa sket kuar utk jalan2 tengok halaman. Tengok bunga..tengok pokok..tengok buah.. hehe..

Damainya perasaan..



suka sangat dengan pokok ni. selalunya kat rumah cina jek boleh jumpa. dah beberapa hari tak tengok..rupanya tengah meriah berbunga..bunga dia mcm riben dicarik2..comel..cantik..




pokok melur pun tengah banyak bunga.. lalu jek dah berbau harum.. baru lepas kene cantas nih..sebab tu cinonet jek kalau tak dah merimbun.. :)




Mintak tolong dengan mak.. alih pasu2 bunga kertas nih.. berat2 belaka




kolam ikan










transformation baru.. senang sok nak racun rumputnya..




pisang dilaman.. hukhuk..kecik jek tandan dia..jadilah..




Tebu memang meriah giler..




Limau purut..alhamdulillah subur wpun dalam tong jek





pelam yang 1st time berbuah..sebiji je pulak tu..sampai sayang nak amik..



Anak-anak rumput baru nak naik balik..almaklumlah musim hujan kan.. nasib baik ada laman..leh la jalan2 cuci mata. kalau tak ntah apa la yang mama nak tengok kat luar tu agaknya..

Tuesday, October 11, 2011

Aduh..Jariku Melepuh Kerana Apam Gula Hangus..

Ini 2nd attempt tau. 1st attempt tak menjadi seperti yang diharapkan. Ntah apa rasa apamnya..huhuh..

Tetiba harini terajin pulak nak mencuba kali ke-2.

Dah la masa buat gula hangus..jari pun hangus sama kene
kuali gula..addesss.. mengelembung. Sakit hati punya pasal. Simpan air gula dalam peti ais..kengkonon marah kuali la..

Bila ati dah sejuk.. mama kuarkan balik air gula..dan mula membelek resepinya dari Blog Kak Zu.. huhu terima kasih ye kak zu sebab kongsi resepi yang best nih.. :)

Sape-sape nak tengok resepi sila gi blog kak zu ye.. :)

Jom layan gambar









bulat-bulat tersembul mcm yang kak zu cakap dlm blog dia..ngeeee... suka suka..


Okehlah.. next time kita try resepi lain pulak ek..

Monday, October 10, 2011

Aduhh.. Sakit Gigi

Morning semua..

Allahuakbar.. sakit gigi la. This week berturut2 dia punya denyut memang menyakitkan. Sib baik mak abah mama ada kat sini..hari ni nak gi klinik gigi jap lagi kang..

Kang pape akan diupdate..

Saturday, October 8, 2011

Alhamdulillah..Berganti Akhirnya..

Ye..alhamdulillah berganti juga gate rumah yang menunggu runtuh..huhu.. hajat dihati nak ganti yang stainless steel..adoyai..mahal weh.. dapat ganti yang cast iron pun dah syukur

Buat dengan husband cikgu sekolah abah. Cantik buatan dia.. sangat teliti pemasangannya.. puashati betul







2 cik abg hensem sedang pasangkan gate kami..






Tuan rumah dengan gate baru dia.. :)






Tadaa.... gate baru kami..


Satu wishlist lagi berjaya direalisasikan.. alhamdulillah

Friday, October 7, 2011

NAT99 vs JRG ..



Perjalanan menggunakan set JRG 3 in1 baru menjangkau 11 hari sahaja semasa gambar ini mama ambil.. ramai yang perasan perubahannya kecuali diri sendiri. Sentiasa tengok cermin tapi tak nampak apa yang berubah sehinggalah membandingkan 2 keping gambar ini..

Ada customer tanya..kenapa JRG? NAT99 tak bagus ke?

Jawapan mama : bukan macam tu.. bagi insan berniaga memang sentiasa nak mencari pembaharuan dalam perniagaan hatta online biz sekecil usaha mama ini. NAT99 sudah meletop dipasaran kecil mama, jadi tak salah kalau mama cuba memperkenalkan sesuatu yang baik..untuk dikongsikan bersama. Sesuatu yang memberi hasil yang lain pula kan?

Mama nak customer2 mama yang tersayang mempunyai pilihan. Tak lah menghadap NAT99 semata-mata..

Ringkasnya:

NAT99 - memberi anda kesan kecerahan yang membuat anda tampil sangat natural, menyerlah kecantikan semulajadi kulit disamping menyihat & memberi seri tambahan

JRG 3 IN 1 - bertindak lebih kepada menggebu & melembutkan kulit, terasa seronok nak disentuh dengan tangan sendiri & memberi kesan pinkish2 natural kepada kulit. Seri & kecerahan yang berlainan dari NAT99

Kedua-duanya sama bagus.. cara penggunaan yang sama TAPI..harganya tak sama ye.. :)

Apa set kecantikan pun yang kita guna, haruslah sabar, yakin & berdisiplin. Semua kesan2 awalan yang berlaku adalah bergantung kepada keadaan kulit anda sendiri. Kesan yang mama dapat tak semestinya sama sebiji dengan kesannya bila anda menggunakannya.. tapi sekurang-kurangnya mama sudah mengguna & mencubanya pada kulit mama sebelum menjualnya kepada anda..

wallahuaklam