"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, March 30, 2012

Cer Korang Tengok ni..

Cer korang tengok lukisan ni baik2..




Ha.. dah tengok kan? Korang rasa Tina ni nak lukis apa sebenarnya. Tak dapat nak tangkap kat otak ..apakah bendanya ini.. kata dia backyardigans..

korang tau ke backyardigans? ..hihihi.. kartun..tak tau gak? gi search kat youtube..

Hai la Tina.. sampai ke sudah mama fikir.. tapi tak dapat gak nak bagi nama kat lukisan nih. Takpelah nak ye.. at least dah ada kemajuan la tu..

at least mama tau dah la.. pergerakan wrist & elbow dah ok sket la.. dah mula nak lembut..Hah.. ada jugak gunanya membeli board nih. tak mahal.. kat kedai RM2 je.. tapi harganya RM8.50

Sejak2 dapat board nih.. macam2 benda dah di contengnya kat sini. Kadang2 siap jerit kat mama..

Tina : "Macam mana nak tulis Jessy (watak koboi pompuan dlm toy story tu)"

Mama: " J dulu.. big j tau, lepas tu small e, lepas tu small s, pas tu small s lagi, pastu small y"

Tina : " Salah la mama.."

Mama : "apa yang salah.. betul la..Jessy"

Tina : "bukan y.. small e"

Mama: "ye ke?"

Hukhuk.. sekali tengok kat buku toy story.. a'ah la korang.. Jesse.. hahaha.. sian ek mama..

Anak..anak..

Wednesday, March 28, 2012

Alkisahnya Ciken Pop

Semua tahu dah kan.. si montel mama kene ciken pop. sebenarnya mama tak perasan isnin naik sekolah tu dia dah kene.. sebab yang mula2 tumbuh rupanya kat kepala.. yang mama nampak yang kat tepi leher. Tapi sebab ia nampak macam kene gigit nyamuk jek.. mama siap sapu mopiko sebelum gi sekolah.. huhuh..

Balik sekolah tu dia ok.. dia memang ok pun. Mama saja ajak tido petang.. bila bangun nak mandi.. barulah mama perasan yang biji (yg mama letak mopiko) tu.. dah gelembung.. ayark..!!

Malam tu jugak angkut Tina gi Poliklinik Hidayah.. mutiara rini jek. Malas gi jejauh. So dokte sahkan yang itu ciken pop.. uwaaa.. kene cuti seminggu..

Dokte kata, sepatutnya Tina dah demam sebelum tu lagi. tapi check2 dia tak demam pun..huhuh.. tapi sebagai langkah berjaga2 dokte kasi jugak ubat demam. dapat ubat antivirus & ubat sapu untuk gatal..





Ini yang terawal.. dan ada sebiji mcm ni kat kepala



ni gambar hari selasa 20/3.. masih ok.. tak banyak kuar pun..










Yang 2 keping pic ni.. gambar hari khamis 22/3.. dah kusmangat yang tumbuh. Ni kat muka je.. belum kat ketiak, kepala, badan, telinga..tengkuk.. huhuh..



Tapi mungkin sebab dah makan ubat awal.. biji2 yang keluar tu tak melepuh. Cuma kuar pastu terus kering jek.. ubat antivirus tak berhenti sejak dari gi klinik..

Walaupun sakit.. masih bertenaga membaca.. writing.. dan masih melompat2 tengok cd. Takde tanda demam langsung tapi amik jugak ubat demam sekali sehari.. prevention..



Ini gambar hari sabtu 24/3/2012




Ini gambar hari ini.. 28/3/2012

Parut2 dah semakin memudar warnanya..


Harap2 lah parut2 semuanya akan cepat hilang. sian Tina..jadi comot sket muka dia sebab parut ciken pop tu..

Orang kata kene ciken pop tak boleh mandi. Tapi mama tak ikut pun nasihat tu. Tina tetap mandi sekali sehari waktu pagi sama macam dia nak gi sekolah. Cuma mama tak pakaikan sabun. Pas mandi make sure lap kering & biarkan badan betul2 kering kene angin..

Bila dah betul2 kering barulah sapukan krim yang dokte kasi rata2.. & bila krim kering..pakaikan baju..

Makan kicap pun tak pantang. Dah dia seleranya terbukak dengan kicap kt nasi.. so camner tak letak kicap? Memang takmo makan.. so mama tetap bagi makan kicap mcm biasa je pun..

Tapi yang bagusnya.. sepanjang ciken pop..dia tak cranky pun.. sket2 tu biasalah. Mama rasa sungguh bertuah dapat menjaga anak sakit yang baik macam Tina.. :)

begitulah kisahnya..

Wednesday, March 21, 2012

Happy Birthday Mama!

Wohoho.. hari ini.. 21 Mac 2012 adalah birthday mama ye.. jadi hari ini nekad untuk buat birthday kek untuk diri sendiri.

Jom tengok hasil dia.. hihi









Dan malam ni tadi kami kuar makan kat Mama Chop papa Grill.. kat taman u jek. Kusmangat ramai orang tapi servis tak lambat. Okeh sangat..







ni Tina punya.. MERRYLAND





Mama punya.. BLACKPEPPER CHICKEN CHOP




Abah punya.. BLACKPEPPER LAMB CHOP..














Bil semua sekali campur air.. tak lepas pun RM50.00 wuhuhu.. ok lah rasa pun not bad. portion pun besar. kenyang la makan..

Pas makan terus balik coz kesiankan Tina yang tak sihat sangat tu.. itu pun jugak sebabnya tak gi makan jauh2.. :D



p/s - perasan tak bintik2 ciken pop Tina tu.. hari ni dah banyak dah keluar.. sian dia.. nnt mama buat entry lain pasal tu ye..

Saturday, March 17, 2012

Mama & Tina VS Homework & Poster Color


Mama ada bgtau yang Tina diberi sebuah buku khas untuk March punya holiday kan. Buku tu bertajuk " Holiday Series"

Buku tu bukannya tebal pun tapi untuk menyiapkan kesemua pagesnya, memerlukan bahan-bahan yang berlainan. daripada kaler pensil, water colour, menampal2 dan buat origami.. semuanya ada.

Buku tu merangkumi semua yang dipelajari sepanjang Januari hingga Mac.. huhuh..

Maka, mama & abah pun awal2 cuti tu dah meronda bookstore, mencari segala bahan yang nak digunakan Tina..

Jom tengok Tina main warna.. hihi..































aktiviti sampingan paling disukai.. main warna2 bot kertas..hihi.. tengok.. comot2 tangan..




Bila kita involve dengan macam2 bahan bantuan mengajar.. anak pun jadi seronok.. fun & learn gitu..

So far alhamdulillah sangat.. Tina senang diajar & senang mengikut. Semoga terus kekal begitu ye nak ye.. Amin.. mama & abah doa & buat yang terbaik untuk kakak.. :D

Thursday, March 15, 2012

Kawan Baru Tina



Ini Bonnie.. kawan baru Tina

Dia mintak mama belikan masa kat giant beberapa hari lepas. Tak tau sejak bila dia suka doll tapi bila asyik pegang orang punya doll jek.. haha faham2 je lah..

Ok la..mama & abah approve.. Tina boleh beli bonnie..

Happy sangat dia..

Wednesday, March 14, 2012

Tina Punya Writing Progress

Ingat lagi entry mama yang INI?

So, sejak kerisauan itu bermaharajalela.. mama buat polisi sendiri. Setiap hari mesti buat latihan menulis. Mama percaya..sedikit setiap hari pasti boleh melembutkan otot2 jari Tina

Kawan-kawan pesan suruh mama ajak Tina mewarna selepas menulis. So mama praktikkan. Walaupun sekecil2 gambar pun mama ajak Tina warna.

Biasanya mama bagi2kan section. Tina punya & mama punya. So mama akan cakap dengan dia.. " kakak warna jangan masuk kat mama punya.. tak boleh.. nanti tak cantik"

So far ok la...progress mewarna pun dah bertambah baik.

So kat bawah ni adalah tulisan Tina hari ini..










Syukur alhamdulillah lah kan.. bertambah baik nampaknya tulisannya. Suka tengok. Ada yang montel2 macam dia jugak hihi..

Mama pun belajar cara mengajar anak2 ni dari kawan2. Terima kasih pada kawan2 yang sudi bagi pendapat & tunjuk ajar..

Semoga anak-anak kita bertambah baik..bertambah bagus.. Insya'Allah..

Sunday, March 11, 2012

Testimoni Dari Tuan Tanah Qees Collection

Mama start makan Catalyst VCO Softgel bulan November 2011. Tak lama lepas diperkenalkan oleh Lela Lelord & makcik abah ..

Then Bulan Decembernya pula mama amik Catalyst Collagen bersama-sama dengan VCO tu. VCO tu makan pagi 2 biji.. collagen tu makan malam..1 sachet..









Catalyst collagen ni sangat sedap. Ia dalam bentuk serbuk berperisa berry. Baunya pun best. Cara makan pun senang jek, tuang la masuk mulut..kemam2 bawah lidah sampai cair.. akhiri dengan minum air suam atau pun jus buah.. senang kan..





Ini Catalyst VCO softgel.. jangan tak tau.. hihi pun telan jek dengan air putih.. senang





Ini gambar testimoni mama bersama AURA PUTERI & AURA PUTERI GOLD, tapi masa ni mama belum makan VCO & collagen lagi..

AP & APG pun mama sangat suka sebab buat kulit nampak semulajadi cerah & membantu mengurangkan masalah2 kulit.. sape2 berkenan nak tau leh tanya dengan mama ye.. hihi




Ini gambar paling baru pada 10 Mac 2012.. selepas 6 bulan bersama AURA PUTERI GOLD, 4 BOTOL CATALYST VCO SOFTGEL, 3 KOTAK CATALYST COLLAGEN & 2 YEARS PLUS COCOA COLLAGEN POWER PLUS..

Masuk angka 30-an ni kene la ambil berat hal2 kesihatan. VCO ni memang untuk overall health & beauty. Kesannya tak de la nampak lepas sebotol makan tapi kesan tu makin la makin ketara jika kita consume berterusan..

Bila orang tanya.. cantiknya kulit.. pakai apa?.. jawapan mama adalah yang kat atas tu. Mungkin ramai akan kata, banyaknya nak kene telan.. patutlah kulit cantik. Hmm.. mama rasa kita berusaha untuk cantik dimata kita sendiri & dimata suami serta anak. Itu lebih penting. Bila suami kata.. "mama cantik kan kakak.." Mama sangat puashati.

Lagipun.. bila usia makin bertambah.. kita kene cuba ubah hidup kearah lebih sihat. Mama tak nafikan mama dolu2 tak pernah pun exercise.. jauh sekali nak jogging ditaman.. tak ada la dalam kamus hidup...

Tapi tahun ini mama & abah bertekad untuk sebolehnya meluangkan masa bawak Tina exercise kat playpark sekurang2nya sekali seminggu. kami berjogging, jalan pantas, melompat2.. sambil berpimpin tangan berbual bila dah penat. Sebelum balik kami bawak Tina main buaian.. main panjat2. Dia sangat happy & menunggu2 setiap sabtu atau ahad untuk aktiviti itu.. :D

Sihat & cantik itu adalah pilihan kita.. jadi terpulanglah pada tafsiran masing2..

Jadi jika ada yang berminat dengan produk2 yang mama amalkan.. boleh contact mama.. hihi nak jugak promo tu.. :D

Mama Rindu..




Entah kenapa tetiba rindu sangat2 dengan kakak masa baby2 dulu.. :) skrg kakak dah beso.. semalam dia tanya " kakak masuk dalam perut mama lagi.. boleh?"

hihi.. anak mama dah besar la sayang..

Thursday, March 8, 2012

Dari 2a Ke 2b








Tina memang dapat buku "Peter And Jane" ni as dia punya buku untuk Lady Bird.. permulaan adalah 2a ye..

Tapi semalam, principal Tina.. Teacher Tan ada bagitau mama yang Tina dah boleh tukar ke buku 2b.. mama agak blurr okeh..

So pagi ni Teacher Tan jumpa mama lagi. Katanya.. Tina dah boleh baca buku 2a "very well".. so tak mau tunggu2 lagi.. dia nak tina move kepada buku 2b pulak.

So tengahari ni masa jemput Tina nanti Teacher tan akan bgtau mama sama ada buku 2b masih ada kat sekolah ke tidak. Kalau dah takde maka mama kene belikan Tina buku 2b kat book store.. haha gitu cerita dia weh..

Teacher Tan tanya.. puan ada ajar Ain kat rumah kan? For sure la ada kan. untuk back up apa yang teacher2 sekelian ajar kat sekolah. Dia compliment mama.. "Puan, you've done a very good job. Ain can read very well. Some more nowadays she's happy at school"

Tapi mama cakap jugak yang mama risau pasal writing. Tapi Teacher Tan cakap.. "writing need exercise. But her writing is ok. Just need to polish the skill"

Mama pun tak paksa sangat. Just buat a bit everyday supaya tangan dia lembut nak menulis. Kadang2 memang terpaksa garang sket la.. tapi sekarang ni tak perlu garang dah... Dia dah tau, after exercise dia akan bebas buat apa dia suka..tengok cd ke.. lappy ke.. main2 ke..

Mama pun dah bgtau abah the progress.. kami happy sangat. Fair enough la untuk seorang budak yang baru nak masuk 3 bulan kindie.. good job Tina..

Semoga mama terus sabar.. Tina terus cergas cerdas menerima pelajaran.. amin..




p/s - mama mengaku memang garang lebih garang dari abah bab2 mengajar nih.. tu sebab mama tak leh jadi cikgu.. Huhu.. jadi wife cikgu je boleh :D

Tuesday, March 6, 2012

Jambu Air..


Hasil dari laman sendiri. Takde racun serangga.. sangat segar dari laman..hingga tak sedar dicukai oleh cik burung2 sekelian..

Terima kasih ye cik burung sebab tak habiskan semuanya.. :D lain kali boleh share2 lagi ye..

Manis sangat kan cik burung.. walaupun musim hujan skrg ni..

Thursday, March 1, 2012

Main Butang



Jom main butang dengan Tina.. salah satu cara untuk merangsang saraf .. dengan mengutip butang2 ni.. akan merangsang saraf otak kiri

Jadi jom main.. mama pilih butang sebab butang cantik.. ada banyak warna..








Pendaftaran Tahun 1 Bagi Tahun 2013 & 2014.. Korang Dah?

Oh ye.. semua org tahu kan, mulai

1-31 Mac 2012
pendaftaran murid tahun 1 untuk tahun 2013 & 2014 sudah dibuka
.


Mama pun dah daftarkan Tina ..baru pagi ni. Hehe balik hantar Tina tadi tengok2 dah ada banner pendaftaran tu.. jadi mama balik jap amik dokumen & terus pegi.

Alhamdulillah.. sudah selesai. Tina nama pertama didaftarkan untuk tahun ni..hihi.. sebab mama dia terlebih excited.. kuang3x

So korang.. yang anak lahir tahun 2007 & 2008.. dah boleh gi daftar anak-anak.. Jangan lambat2.. nanti korang terlupa pulak kang..

So.. will be waiting bulan Ogos nanti untuk pengesahannya.. kene gi lagi..

Apa?
ye.. mama gi sorang2 jek. Dah tau dah abah dia tak leh temankan.. abah sekolah kan.. so mama la yang kene gi. Senang je pun korang. Isi borang sket jek..

Nak kene bawa :

1) surat beranak anak & salinan
2) salinan kad pengenalan ibu & bapa
3) Bil api / air / telefon - alamat terkini
4) slip gaji yang disahkan

Jangan lupa bawak pen plak.. ada borang tau nak kene isi.. hmm.. tu je..


selamat mendaftarkan anak-anak kita!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...