"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, June 27, 2012

Buah Zuriat @ Buah Adam Hawa

Usaha & doa tangga kejayaan kan.. jadi kali ni mama terima hadiah dari tanah suci lagi. Tapi sebab dah niat nak beli.. mama bayar

Untuk kawan-kawan sekelian yang lom pernah tengok, inilah dia BUAH ZURIAT @ BUAH ADAM HAWA yang dikatakan mampu membantu untuk kesuburan. Dipercayai juga boleh membantu pasangan yang susah nak dapat zuriat. pastinya dengan izin Allah jua la kan..






Bagaimana nak guna?

Buah ini perlu dibelah & direbus. Agak2 la rebusnya tu. Bila habis sok boleh rebus semula.
Airnya diminum suami isteri selama 44 hari atau sehingga mengandung



cara minum :
suami isteri minum air rebusan tu selama 44 hari - sehingga hamil, baca bismillah 3x pastu baca surah al imran.. ayat 38

1) Al-anbiya ; 89

maksud ayat :

"Dan ingatlah ketika Zakaria berdoa kepada Allah,Ya Tuhanku ,janganlah Engkau biarkan aku seorang diri (tanpa keturunan) & Engkaulah ahli waris yang terbaik"

2) Surah Imran, Ayat 38,

Maksud Ayat:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”







Ada satu lagi versi macam ni.. yang ni mama ambil dari fb Anis Wonderland.. mintak share ilmu ye Anis.. :)

Cara makan:

Suruh Suami hiris kulit buah zuriat dengan gergaji kecil dengan nipis2 dan kemudian belah buah zuriat. Ambil isinya dan ketuk dengan lesung batu yang dibalut kain. Pecahkan isinya kepada empat bahagian dan rebus dalam air dan ulangi sampailah hilang khasiat dan rasanya.

Pada hari pertama haid kedua-dua suami dan isteri perlu mengambil kulit yang dihiris itu dan makan sambil minum segelas airnya . Bacalah solawat 3 x dan surah dari ayat 38 dari surah Al-Imran

"Rabbee hablee mingladunka zuriatan toiyibah innaka sammeeuddu'aa'" 3 kali dan buat dua kali sehari kalau boleh sampai habis.

Pada hari k-8 selepas haid dianjurkan berpuasa 3 hari berturut dan sebelum berbuka bacalah doa yang tersebut di atas dan minumlah air ini. Dikatakan doa berbuka puasa tidak ditolak Allah.

Sembahyang solat Hajat malam bersama, dan minta Allah kurniakan Anak selepas menyebut kebaikan yang pernah and buat untuk Allah....Sembahyang sunat taubat dgn penuh penghayatan dan kalau boleh bernazar ....LAKSANAKAN!

Cuba bersama bulan itu pada hari subur.

Anak adalah anugerah tuhan.. untuk memperolehinya kita kenalah usaha.. yang menentukan semuanya adalah yang maha esa..



*********************


Apa-apa pun kita mesti usaha & doa tanpa jemu. Jika Allah belum beri maknanya Allah ada perancangan lain buat kita. Perancangan yang lebih baik. Jadi tak usah kecewa. Bukanlah maksudnya dengan minum air buah zuriat ni akan terus mengandung.. jika dah rezeki.. adalah kan..

Pedulikan apa cakap2 org yg menyakit & menyinggung perasaan. Mama pun tak terlepas dari hal2 mcm tu. I am not an angel.. so kdg2 memang terasa..

Nak je cakap.. kalaulah anak tu ada jual kat kedai..lama dah gi beli sehari sorang. Tapi ini hal rezeki.. wallahuaklam..

Nasib baik mama & abah sama-sama menyokong antara satu dengan lain. Tak pernah salah menyalah. Sebab kami tau takde sape salah pun..

Jadi korang pun doakan lah untuk kami ye.. bukan mudah melalui hal2 mcm ni. Hanya yang melaluinya tahu apa rasanya..

Semoga Allah memberi jalan & mempermudah segalanya seperti DIA mempermudahkan sampainya buah zuriat ini kepada kami..

Amin..

8 comments:

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

tq share..
blh try ni.. tp tade org plak nk ke sana..
insyaAllah, nk try jugak.. =)

Sha@Mama Tina said...

Ummi Alya Husna.. kalau ada sesape nak pegi boleh kirim. mintak belikan :) .. kita usaha semoga Allah memperkenan doa kita

Lin adnan said...

sadisnye baca ayat bawah2 tu...hmm kak saya ni dok ikhtiar pasal anak ni...baru je kawin sebulan dokter sahkan saya susah nak ngandung... ya allah, ase nak runtuh je jantung ni... tp saya amek keputusan untuk teruskan berubat dan mengurut bidan... saya tau allah pasti bg kite anak kalau kite betul2 da redi kan...hmm anyway info ni sgt berguna...tq :)

farawayshoppe said...

salam..kami menjual buah zuriat yg diposkan terus dr madinah... hanya rm40-10biji..hrga dh termasuk pos..
emel ke farawayshoppe@gmail.com utk order ye.. =)
salam..

Soda Hikari said...

salam kak, saya minta izin copy cara masak & makan buah ni yer....

Sha@Mama Tina said...

sila..sila

Pn Mardhiah said...

Salam,

Buah Zuriat Adam Hawa ini datangnya dari tanah arab terutama dari mekah, ia sebagai petua iktiar untuk hamil,sebagai ubat untuk merawat kesuburan. bukan sebagai penentu untuk dapat anak atau tidak, namun tidak salah mencuba, dan ramai juga yang telah berjaya hamil dengan usaha kecil ini dan dengan izin Allah, Allah nak beri itu dengan bermacam cara. selain utk kehamilan, ia juga bagus merawat piriod yang tak teratur, melawaskan ovum dan membantu kesuburan lelaki juga. kaedah penggunaannya berbeza2 namun semuanya boleh digunapakai

bagi sesiapa yang mencari buah zuriat adam hawa ini, tidak perlu lagi susah hati, kerana saya juga ada memasarkan dari tanah arab, ada berbagai jenis, ada yang dah siap kapsulkan, ada yang sudah dijadikan pati jus, ada yang sudah dihancurkan dan masih belum proses pun ada.

bagi semua yang sedang mengusahakan mendapatkan zuriat, saya sarankan sangat untuk mengamalkan bersama2 debunga kurma, debunga kurma ini adalah debu dari pohon kurma, bagus utk menguatkan rahim, mengurangkan risioko keguguran, merawat sperma yang rosak dan memekatkan air mani

cara penggunaan setiap produk akan diberikan bersama barangan

anda boleh SMS 0194344930 untuk mendapatkan harga, juga boleh click link dibawah ini utk testimoni

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204053036393923&set=a.204052783060615.53496.145535915578969&type=3&theater

nak hamil said...

Dekat blog saya www.nakhamil.com ada jual buah zuriat. tapi bukan dlm bentuk raw. tak payah belah n rebus dan sebagainya. buah zuriat kami ialah 'Kapsul Buah Zuriat Rezeki Ilahi', dlm bentuk kapsul, sng nak makan n amal bersama suami :) selain tu sesiapa yg tengah usaha nak hamil boleh amalkan bersama serbuk debunga kurma, pati delima, zinc (pekatkan air mani suami, tambah sperma), b complex (sbg asid folik) ovulation test kit (check waktu subur) n pregnancy test kit. Sesiapa yang tengah cuba untuk hamil boleh sms/wasup sy 013-3699505 (Puan Ila) :)