"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Tuesday, July 24, 2012

Keria Labu Kasih Sayang - Menu Berbuka Hari Ke-4

Terasa rajin nak memasak lagi hari ni. godek2 dalam peti ais ada udang sket.. masa balik jemput Tina tengahari tadi sempat merayau kat pasar cari sayur. Konon2 nak buat tom yam mulanya..last2 boleh tukar jadi sup sayur pulak.. sebab terasa tak kene menu..huhu




Sup sayur ni tak letak garam mahupun aji.. cuma guna kiub ayam sahaja. Sebab tak boleh nak rasa, maka buat mcm tu lebih selamat. Biar tak masin dari termasin.. kan.. hihi





Udang black pepper ni mama jumpa resepinya kat blog Kak Nor, tapi ada bahan yang takde mama adjust sket la. Ikut apa benda yang ada kat umah je

Udang Blackpepper

350gm udang ~ saiz sederhana
brokoli secukupnya - ni takde
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper - ni pun takde
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional - ni mama ganti dengan daun bawang


Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat.
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan udang.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn udang dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.............



Keria Labu Kasih Sayang

Bahan:
150gm labu di rebus empuk
1 sudu besar gula pasir
Tepung gandum secukup rasa

Bahan sira :
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar air


cara :

* Labu yang dah direbus, ditoskan & lenyek bersama gula pasir. Biarkan sejuk
* Campurkan tepung sedikit2 & uli sampai jadi doh
( mama campur tepung sket2 dulu. agak2 ok dah mama letak sket minyak & buat bentuk keria. pasal nak tunggu jadi doh, maunya keras kejung keria tu nnt sebab banyak sgt tepung..huhu)

* Pastu gorenglah sampai kekuningan
* masukkan gula & air dlm kuali. kacau hingga berbuih likat. Masukkan keria & padam api. Kacaulah sampai gula keras..

** Tadaa.. siap dah :)

1 comment:

dieya said...

part kasih sayang tu yg jadi lg bertambah sedap ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...