"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Thursday, August 30, 2012

Harmony Day Tina

Hari ni Tina ada harmony day kat sekolah. Kira mcm eve merdeka celebration la gitu kot. Semua kene pakai tradisional costume.. comel2 tau.. yg pakai baju kebaya.. cheongsam.. alahai.. :)









Gambar2 ni masa mama jemput dia tadi.. Comel sangat.. pot pet mulut cerita mcm mcm.. :)
Bila tanya makan apa tadi?
Jawabnya, makan? ada banyak2 makan mama..

Bila tanya ada buat apa tadi?
jawabnya, nyanyi2, tengok kawan2.. Hani pun ada mama.. (hani tu best friend dia kat kelas)
hehe anak..anak..

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 2012 - Bahagian 2

Sambung lagi gambo raya disini ye :)


Purple ini tema untuk 2nd day aidilfitri kami









Biru tema 1 syawal untuk seluruh keluarga mertua




Mama bergaya dengan shawl buat pertama kalinya. sejak2 dah lama tak berbawal ni..kekok gitu




Generasi anak2 kecil - Kimi, Tina & adam




Buah hati mama & abah ..sweet berikat rambut bulu2 sedondon




Eh..eh.. nak buat gaya apa la tu?




time salam2.. abah maintain la konon gitu padahal..... hihihi




Tina tunggu giliran salam nenek & mama pulak tengah salam dengan atuk..syahdu korang..




Ini acara wajib jugak nih.. amik gambo ramai2. Tapi tahun ni mama abah & tina tak banyak amik gambo. Lambat sangat nak tunggu turn, kami dah ke dapo dulu.. hukhuk

Aidilfitri 2012


Aidilfitri 2012 adalah turn beraya sebelah family abah. So kebiasaannya kami beraya di rumah kampung, parit baru pontian johor. so samalah juga dengan tahun ni

Tema pilihan penganjur adalah biru..hihi.. jadi para bapa & anak2 bujang sekelian sekayu lah ye kaler biru gitu. Yang ibu2 & anak dara kecil nan seorang.. pandai2 sendiri asal matching dengan suami masing2 lah gitu..

Merealisasikannya agak payah la tapi bila dah jadi.. amik gambar.. walla weh.. sedondon je. Yang ibu2 pun semuanya matching. Kira puashati lah dengan kejayaan tema tahun ini..hihi

Cukup untuk post kali ini. Gambar lain akan ada dipost yang lain la ye.. :)

Saturday, August 4, 2012

Cucur Udang Rangup - Juadah 15 Ramadhan


Sebagai juadah berbuka 15 ramadhan, dari semalam dah plan nak buat cucur udang. Kebetulan kat rumah MIL ada beli taugeh maka MIL suruh amik je..hihi. Dan kucainya seperti biasa mama tuai la kat laman belakang. Bukan setakat nak buat cucur udang je.. lebih dari tu pun cukup kalau nak buat.. :) jimat lagi .. weee

Pastu mama pun skodeng Dapur CMG untuk cari resepi.. alhamdulillah jumpa.





Cumanya CMG kata leh dapat 20 keping tapi mama buat dapat 18 keping je. 2 keping lagi terlebih tembam la tu kan..

Untuk rujukan dimasa akan datang.. mama kopipes resepi CMG kat sini ye..



BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia) - mama pun sukat mcm ni
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

BAHAN SOS LADA :-)
5 biji cili merah - mama pakai cili kering mesin jek..
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...

Ok lah.. kepada yang nak cuba..silakan. . Senang je buatnya pun.. tapi sila berhati2 ye.. kadang2 ada percikan minyak masa menggoreng..pheww.. sakit gak tu..

Friday, August 3, 2012

Kuih Keria 14 Ramadhan - akhirnya berjaya!
























Alhamdulillah.. akhirnya menjadi dengan baik pada percubaan yang kesekian kalinya. Dapat sira dengan cantik sekali. Satu kepuasan & rasa berjaya gitu..hihi

Kuih yang paling mudah dengan rasa paling sedap...

Thanks abah for your support & comments

I did it!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...