"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, September 28, 2012

Latihan Spelling & Ejaan Untuk Exam

This week dapat list spelling & ejaan untuk exam yang bermula 1st October ni. Maka skrg ni setiap hari mama gigih ajak Tina buat latihan spelling & ejaan supaya dia boleh buat masa exam nnt. Bukannya mudah nak suruh dia ingat 12 words tu, at least bila hari2 buat then dia boleh familiar la sket..tak la blur nanti..

Sian sebenarnya..kecik2 dah ada exam. But thats the way they learn things...jadi semua orang pun hadapi benda sama.. hope she can face it one more time this year


 Ini 6 perkataan untuk ejaan

Ini 6 words for spelling..


So far cuma tinggal few words yang dia kurang yakin. The rest should be ok insya'Allah
And mama ada this weekend untuk revision sket.. wuhuu..




Thursday, September 27, 2012

Kuih Getas Khas Buat Suami :)

Hari ni mama buatkan kuih getas yang abah mintak aritu. Senang je caranya..Ramai yang nak resepi kan..ok kita check resepi

Bahan:
1/2 kg tepung pulut
1 biji kelapa parut
2 cawan air
garam secukup rasa
minyak masak

Bahan Sira :
1 cawan gula
1/2 cawan gula pasir

Cara :
* Tepung pulut, garam & kelapa disatukan

*Masukkan air sedikit2 hingga menjadi doh (tak melekat)

* bulat2kan & leperkan

* Goreng dengan api kecil sampai masak


Sira :
* Masukkan gula & air dlm kuali

* Bila dah likat.. masukkan kuih getas. kacau sampai kering & tutup api

Siap.. :)



Friday, September 21, 2012

IBU COLLAGEN (Pure Marine Collagen) Yang Asli & Terbaeek

IBU COLLAGEN ini adalah 100% pure & tiada terdapat sebarang campurn bahan kimia.

 IBU COLLAGEN adalah tumbuhan marin (laut) yang telah dikeringkan.Ianya bebas bebas 

daripada bahan kimia@racun@pewarna@pengawet@steroid@perisa.


Kebaikan Mengambil Kolagen Asli sebagai supplement :

-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)


CARA MENYEDIAKAN IBU COLLAGEN :

1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 5-6 minggu) DEPENDS PADA BERAPA BANYAK AMBIL SETIAP KALI & KEKERAPAN PENGAMBILAN






CARA PENGAMBILAN & WAKTU YANG SESUAI:

1.Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah kegemaran anda


PESANAN :
Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua minuman tu boleh menyerap dan membuang semua vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..

* Banyakkan minum air kosong@plain kerana ia sangat baik dalam membantu proses detoxsifikasi & membuang segala yang tak diperlukan dari badan kita

* Jika anda mahukan hasil lebih cepat & ketara dianjurkan mengambil vitamin C & VCO


**** Jika anda rajin, ibu collagen ini juga boleh dibuat masker. Anda cucilah muka bersih2 dengan air suam & sabun yang sesuai dan sapukan jelly ibu collagen ..biar sehingga kering atau boleh juga dibiar semalaman sebelum dicuci semula :)












KOLAGEN MENTAH MARINE ASLI DIGUNAKAN SECARA MELUAS DALAM PEMBUATAN KOSMETIK – SK II..SO "..MENGAPA BERBELANJA LEBIH UNTUK CANTIK SEDANGKAN KOLAGEN INI LEBIH MURAH DAN HARGA BEPRPATUTAN" -NONA 20 MAY 2012

Antara khasiatnya:-
=============
# Nilai nutrisi kolagen 10X ganda lebih tinggi daripada SIRIP IKAN YU yang bernilai satu mangkuk kecil RM300.

# Khasitanya sama dengan SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG yang bernilai RM400.00 hingga ribuan ringgit.

# 24% Kolagen nya bersamaan 2 keping SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG

Kalsium 37 kali lebih tinggi daripada hati ikan




Nota toyol : Jika ada kengkawan2 yang berminat nak mencuba.. boleh email sha, shasham3932@yahoo.com.my atau boleh cari sha kat fb ek.. tq!!

Tuesday, September 18, 2012

Polis????

Jemput Tina balik skolah.. sekali tengok kat baju dia ada badge "POLICE".. sekali mama tanya la.. kenapa polis? Tina cakap.. "mestilah..ain kan polis macam papa zulaikha (adik mama)"..

Owh iye tak je jugak ye.. nak jadi mcm pak su ek.. :)

Keje la apa pun asal menjamin masa depan nak oii.. :))





ini senyum macam abah.. kata tina :)

Monday, September 17, 2012

Kunjungan Ke House Of Healin :)

HOUSE OF HEALIN
sape tak tau kan.. kat mana2 bersepah ada. Tapi mama dengan abah ni dah banyak kali pegi.. tak jumpa org jualnya. Kalaulah bernasib baik sgt jumpa org jual.. tanya la apa pun..dia tak tau nak jawab.. yang dia tau tunjuk pamplet je..huh

So, cuti hari malaysia mama, abah dengan Tina blik umah mak mama kat kota tinggi. So kami terpandangkan HOH ni kat bandar kota tinggi. Kami pun masuk utk tanya2..

Wanita yang ada kat dalamnya sangat peramah.. sudi terangkan apa sahaja kita tanya.. sudi berkongsi pengalaman dia menggunakan produk healin. Penerangannya sangat memuaskan hati. Tapi lastnya kami dapat tau yang dia tu dipinjamkan kat situ utk 3 hari je (last tadi la) kerana dia ni jaga HOH yang dekat sening..tak kisahlah janji kami dah dapat tau apa yang kami nak tanya..

Tujuan memang nak beli & inilah kami borong :)





Kami beli GAMOGEN, ZANIPLUS, SYAMPU BABY & dapat minyak kayu putih free





Gamogen dah bertukar packaging. Gamogen baru ada omega..gamogen lama takde. Harga pun beza. Yang lama RM118, kalau yang baru RM126.90. Beli gamogen ni untuk mak & abah makan.. so far diorng memang dah berbotol juga habikan gamogen ni.. sesuai la utk diorang





Zaniplus ni rasa dia lebih kepada rasa oren, tak sehanyir Gamogen dan Zaniplus ni lebih sesuai untuk orang yang alah makanan laut. Jadi abah belikan Zaniplus ni untuk mama & tina cuba.. Thank you abah..Harap2 Tina boleh telan la zaniplus ni..nak sangat alergi dia tu lebih baik dari sebelumnya.. :(





Free minyak kayu putih fr healin..kalau beli harganya RM6.90





Healin punya baby shampoo. Sengaja beli untuk cuba kat tina. Sebab tina kan kulit kepala dia extra sensitif.. shampoo yg dia boleh guna so far cuma sebamed je. Kalaulah dia boleh guna shampoo healin ni tentu bagus.. ada la alternatif nak tukar2.. boring juga pakai cuma sejenis shampoo je.. huhu harganya RM8.90


Produk healin harganya memang mahal sikit tapi kalau ianya berkesan & sesuai dgn tubuh badan & penerimaan badan kita apa salahnya kan.

Diperingatkan.. kesan produk gamat healin ni berbeza2 untuk setiap orang. Cthnya jika anda pengidap asthma, kemungkinan anda akan mendapat serangan asthma yang teruk dipermulaannya.. kata budak yg jaga tu.. "ala2 nak mati juga kak" tapi the following bottlenya tu akan beransur2 rasa lega. Sebab biasanya produk2 supplement ni akan bertindak membongkar dulu semua penyakit anda. ebab tu bila start makan supplement je anda baru perasan anda itu la..ini la..ehhh tak pernah pun??? Haa.. tak pernah sebab anda tak tahu anda ada penyakit. Produk supplement akan bongkar & barulah ia akan rawat perlahan2 tapi mujarab. Kalau anda bukan org yang sabar.. silalah jangan cuba..tapi kalau nak baik.. cubalah :)

Ehh macam promote healin pulak dah. Mama cuma share2 apa yang mama dengar dari penjual yang baik tadi tu.. mungkin ada diantara kita yang nak tau pasal2 healin ni tapi tak berpeluang tau..

Sharing is caring :)

Friday, September 14, 2012

Mari Tampal Menampal

Hmm.. pagi tadi mama tinggal sengsorang kan.. mama main tampal2 dinding. Takde sape kacau.. so cepat sket siapnya :)



Ni kat dinding belakang tv. Dinding ni memang sejak pindah kosong je.. jadi sementara fikir deko lebih bagus..maka tampal saja hahaha..




Ni dinding tempat letak gambar family.. kalau sticker ni besar pokoknya mesti lagi meriah gitu kan..

Ni guna sticker yang jual kat Mr DIY je korang. RM1.80 sekeping. Ada banyak design.. cari utk masterbed plak la nnt hihi

Monday, September 10, 2012

Ala-Ala Rentung Kerana Legoland Malaysia


Cerita Legoland bermula disini..



ini rupa tiket masuk dia. cantik kan..




Ni dah dekat dengan parking lot dah ni. Pemandangan kureng sket sebab khabarnya Legoland ni besar tau. Yang dah siap ni sket je. Banyak lagi lom siap. Keje2 masih berjalan di site yang bersebelahan

Tak susah nak cari legoland ni. Korang cari Mydin Anjung.. nnt mesti korang leh nampak dah Legoland ni. Ala.. sat lagi siap semua maka berlambaklah signboard dia korang leh tengok. Skrg ni pun dah banyak dah signboard dia..


Tadaaa..dah sampai parking lot. Jangan risau..parking lot ada sangat banyak. Cuma kalau nasib tak baik..kene parking jauh.. ha... penatlah nak kene menapak. Car park no.1 ni pun dah jauh dah nak kene jalan. korang bayangkanlah kalau yang no.2..3..4.. huhuhu... mintak ampun..

Mama mana? Mama amik gambo la. Camerawoman camner nak amik gambar sendiri..



pastu korang kene la jalan dari parking lot tu sampai entrance okeh.. dari car park no.1 ke entrance pun dah dekat 1km kot. Jenuh gak arr berjalan. Nasib baik ada shade.. kot tak awal2 lagi dah rentung.. pun nasib baik hari ala2 mendung tapi berpeluh jugak menapak.

Tina masa ni larat lagi nak berjalan. orang tengah excited la katakan.. tak menyabo2 nak sampai entrance. Masa ni orang dah sangat ramai dah ni..





See..korang leh tengok betapa panjang shade dia..




Yeeha..ini dia entrance Legoland Malaysia ye. Semua orang sibuk nak amik gambar kat sini. Susah tul nak dapat snap yg cantik.




Macam ni entrance dia ye..




Kaunter tiket.. nak buat annual pass pun kat sini je la kot.Tengok arr tu.. ni kul 2 lebih ni.. semua kaunter org dah setengah.. faham2 la kan. so kalau korang nak masuk..sila la datang awal2 pagi..



Melepasi entrance jek.. kiri kanan ada shop lot. So overview Legoland korang leh nampak kat situ..Jangan risau..ada banyak bangku untuk duduk. Ada dipayungi pokok2 jugak la cuma pokok baru tanam kan.. tak redup lagi la..


LEGOLAND EXPRESS

Legoland Express ni nama senang sebut dia train. Leh la bawak anak2 kecik tu naik train ni jalan satu pusingan dulu. Train dia jalan slow je. Masa pegi ni.. masa menunggu tak lama sebab 1 train ni boleh naik lebih 40 orang kot..












Nak jugak tunjuk gambar kepala train ni.. comel tau..ala2 Thomas & Friends..hihi..



Dapat amik gambar ni sebab abah tak mo naik. Dia kan dah naik dulu aritu. so dia tunggu & amikkan gambo :) Ni masa train baru je jalan ni..

The Dragon Roller Coaster
Roller coaster dlm Legoland ni ada 3 stage. Rendah, sederhana & tinggi. Abah dah naik yang rendah tu.. which mama rasa kureng mencabo gitu. Tapi abah sebenarnya terlebih tinggi.. so dia kurang sesuai naik roller coaster yang takde penghadang sangkut bahu tu. Fyi..roller coaster kat sini penghadang cuma kat peha. Pemegang kat depan. Untuk orang2 yang mcm mama..tak sampai pun nak pegang palang kat depan hokeh..huhu

Nak citer kat korang yang mama naik roller coaster kat dragon castle.. roller coaster yang paling tinggi kat sini. Lalu bawah dia dengar orang jerit2 tu dah agak serem gitu tapi kalau tak paksa memang takkan naik punya. so.. naik saja..buat2 berani kahkahkah



see..itu castle tempat roller coaster paling tinggi



Pintu masuk tepat korang kene start beratur adalah dari sini.. hmm.. beratur & naik sket2 sebab orang ramai. normal la tu kan.. castle ni cantik.. ada lego tikus perut buncit..ada lego tikus nakal kat roof..hihi.. kreatif giler

Pengalaman naik roller coaster dragon ni memang syok giler unless korang memang penakut.. hihi. Ala kejap je.. tapi dia punya selekoh..menjunam..memang keles..mabeles. Paling ngeri..menjunam & terus ada selekoh panjang..perghhh... hilang suara menjerit2..hihi.. kanak2 tak dinasihatkan naik yg ni la.. mak bapak kakak abang boleh.. :)

Sorry tak banyak gambo sini.. orang yg naik camner nak amik gambo kan..

So, masa kami kat roller coaster.. abah bawa anak2 kecil naik cawan pusing.pusing..


Cawan Berpusing
Yang ni sesuai untuk kanak2 ye.. selamat cuma pening sket.. Masa abah bawak anak2 main ni mama kat roller coaster..


Awal2 tu.. see.. muka tina & kimi mcm takut2. Bila dah berpusing cawan tu barulah diorang ok. Cawan ni kaedahnya macam nak berlanggar2 tapi takde maknanya.. mana leh langgar pun. Setiap cawan ada tapak sendiri.. hihi.. best







Boat Riding
Lepas naik cawan abah bawak anak2 naik bot. Kene Q lama gak okeh. Orang ramai. Yang ni pun sesuai untuk bawak anak2 naik tapi ditemani orang dewasa la. Kalau korang nak amik lesen bot.. amik kat sini je la..hihihi..




There.. Opie naik dengan Kimi


Abah naik dengan Tina


Rupa bot macam ni. Mama tengok diorang bawak.. kalau takut korang bawak la slow2.. takde sape nak langgar pun..Mama memang tak nak naik.. sebab???? Tak sanggup nak Q dah. Ramai giler..



Driving Academy
Kat sini anak2 boleh drive kereta lego. Comel. Ada yang untuk kanak2 besar & ada part sebelahnya untuk kanak-kanak kecil. Yang part kanak2 besar tu dah ala driving school dah. Leh amik lesen kereta kat Legoland ye..hihi

Kene Q jugak ye anak2 sekelian..jangan tolak2 tau.. semua orang dapat naik


Tina nampak beso plak naik kete ni..hihi.. tapi memang budak2 kecik enjoy la main. Sape yang dah biasa tu laju je kete diorang. Mcm Tina.. jalan 50 meter je dah mintak nak turun..huhu.. kes gabra dah ni..

Okeh pastu.. budak2 semua dah penat.. jadi kami pun menuju ke BIG SHOP untuk jalan2 cuci mata. Souvenir dia mahal2 .. Tapi ala2 untuk kenangan.. boleh la.. :)

Jom layan gambar..



percayalah..harga key-chain sebesar jari kelingking tina ni RM19.90


Mug start RM39.90 kot and above.. huhu





Ececeh.. hihi..


Ini bahagian yang paling mengundang kontroversi kat poket mak bapak okeh. Nasib baik Tina ni pompuan..tak layan menda2 ni semua..fuhhh... huhu dia setakat suka tengok & suh mama snapkan gambo untuk dia jek..


Binaan lego kat toilet pun cantik tau.. :) and korang tak perlu risau..toilet dia senang nak cari..





Ni kat tepi BIG SHOP..kedai souvenir tu la..

Okeh lah.. yang bawah ni semuanya gambar binaan2 lego yang sempat kami snap2.. layan ye..Sila kenalpasti sendiri ye binaan2 tu.. tak larat nak tuliskan namanya.. banyak betul..Kalaulah ada DSLR mesti lagi best zoom gambar2 ni.. cantik..kreatif..
































Ok lah.. beberapa jam berjalan di Legoland malaysia ni memang rasa tak puas. Rasa nak pegi lagi. Tapi mungkin korang boleh pertimbangkan untuk buat annual pass dia bila dah fully siap sok. Confirm berbaloi2 sebab memang sangat2 confirm tak habis sehari nak jalan & main semua

Harga makanan & barang didalam memang mahal. Standard macam genting jugak la..tapi normal la kot untuk sebuah park yang cantik macam ni. Kalau korang rasa nak jimat, jangan la makan2 kat dalam sana.. bawak back pack & bolehlah bawak mineral water dari rumah.

Makanan & minuman mcm nak berkelah memang tak dibenarkan..tu pun standard la punya rules.. setakat botol air masak takkan lah nak kene tahan kan..melampau gitu..

Dinasihatkan bawak la backpack.. dan jalan lah sepuas hati. Cuma sila berhati2 dengan personal belonging korang sebab bila korang nak main permainan..segala mala beg kene letak tepi. Baik2 lah..

Macam mama semalam.. just bawak purse kecik masuk kat poket jeans & hp poket sebelah lagi. Tak perlulah rasanya bawak2 handbag mahal korang tu kalau korang rasa korang nak jalan & main games sekali..Tapi kalau korang masuk nak snap2 gambo.. silalah dressing lawo2.. miniature dia lawo2 sangat. Rasa nak tengok lama2..tapi masa tak mengizinkan..

Owh Legoland.. Harap2 lepas ni ada rezeki nak masuk lagi.. just untuk jalan2 menghayati keindahan miniature2 yang ada..

Kalau ikut mama.. Legoland Malaysia ni disarankan untuk masuk dengan family.. Memang best giler!! Thanks to Legoland Malaysia for free admission tu.. we really appreciate it.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...