"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, September 10, 2012

Ala-Ala Rentung Kerana Legoland Malaysia


Cerita Legoland bermula disini..



ini rupa tiket masuk dia. cantik kan..




Ni dah dekat dengan parking lot dah ni. Pemandangan kureng sket sebab khabarnya Legoland ni besar tau. Yang dah siap ni sket je. Banyak lagi lom siap. Keje2 masih berjalan di site yang bersebelahan

Tak susah nak cari legoland ni. Korang cari Mydin Anjung.. nnt mesti korang leh nampak dah Legoland ni. Ala.. sat lagi siap semua maka berlambaklah signboard dia korang leh tengok. Skrg ni pun dah banyak dah signboard dia..


Tadaaa..dah sampai parking lot. Jangan risau..parking lot ada sangat banyak. Cuma kalau nasib tak baik..kene parking jauh.. ha... penatlah nak kene menapak. Car park no.1 ni pun dah jauh dah nak kene jalan. korang bayangkanlah kalau yang no.2..3..4.. huhuhu... mintak ampun..

Mama mana? Mama amik gambo la. Camerawoman camner nak amik gambar sendiri..



pastu korang kene la jalan dari parking lot tu sampai entrance okeh.. dari car park no.1 ke entrance pun dah dekat 1km kot. Jenuh gak arr berjalan. Nasib baik ada shade.. kot tak awal2 lagi dah rentung.. pun nasib baik hari ala2 mendung tapi berpeluh jugak menapak.

Tina masa ni larat lagi nak berjalan. orang tengah excited la katakan.. tak menyabo2 nak sampai entrance. Masa ni orang dah sangat ramai dah ni..





See..korang leh tengok betapa panjang shade dia..




Yeeha..ini dia entrance Legoland Malaysia ye. Semua orang sibuk nak amik gambar kat sini. Susah tul nak dapat snap yg cantik.




Macam ni entrance dia ye..




Kaunter tiket.. nak buat annual pass pun kat sini je la kot.Tengok arr tu.. ni kul 2 lebih ni.. semua kaunter org dah setengah.. faham2 la kan. so kalau korang nak masuk..sila la datang awal2 pagi..



Melepasi entrance jek.. kiri kanan ada shop lot. So overview Legoland korang leh nampak kat situ..Jangan risau..ada banyak bangku untuk duduk. Ada dipayungi pokok2 jugak la cuma pokok baru tanam kan.. tak redup lagi la..


LEGOLAND EXPRESS

Legoland Express ni nama senang sebut dia train. Leh la bawak anak2 kecik tu naik train ni jalan satu pusingan dulu. Train dia jalan slow je. Masa pegi ni.. masa menunggu tak lama sebab 1 train ni boleh naik lebih 40 orang kot..












Nak jugak tunjuk gambar kepala train ni.. comel tau..ala2 Thomas & Friends..hihi..



Dapat amik gambar ni sebab abah tak mo naik. Dia kan dah naik dulu aritu. so dia tunggu & amikkan gambo :) Ni masa train baru je jalan ni..

The Dragon Roller Coaster
Roller coaster dlm Legoland ni ada 3 stage. Rendah, sederhana & tinggi. Abah dah naik yang rendah tu.. which mama rasa kureng mencabo gitu. Tapi abah sebenarnya terlebih tinggi.. so dia kurang sesuai naik roller coaster yang takde penghadang sangkut bahu tu. Fyi..roller coaster kat sini penghadang cuma kat peha. Pemegang kat depan. Untuk orang2 yang mcm mama..tak sampai pun nak pegang palang kat depan hokeh..huhu

Nak citer kat korang yang mama naik roller coaster kat dragon castle.. roller coaster yang paling tinggi kat sini. Lalu bawah dia dengar orang jerit2 tu dah agak serem gitu tapi kalau tak paksa memang takkan naik punya. so.. naik saja..buat2 berani kahkahkah



see..itu castle tempat roller coaster paling tinggi



Pintu masuk tepat korang kene start beratur adalah dari sini.. hmm.. beratur & naik sket2 sebab orang ramai. normal la tu kan.. castle ni cantik.. ada lego tikus perut buncit..ada lego tikus nakal kat roof..hihi.. kreatif giler

Pengalaman naik roller coaster dragon ni memang syok giler unless korang memang penakut.. hihi. Ala kejap je.. tapi dia punya selekoh..menjunam..memang keles..mabeles. Paling ngeri..menjunam & terus ada selekoh panjang..perghhh... hilang suara menjerit2..hihi.. kanak2 tak dinasihatkan naik yg ni la.. mak bapak kakak abang boleh.. :)

Sorry tak banyak gambo sini.. orang yg naik camner nak amik gambo kan..

So, masa kami kat roller coaster.. abah bawa anak2 kecil naik cawan pusing.pusing..


Cawan Berpusing
Yang ni sesuai untuk kanak2 ye.. selamat cuma pening sket.. Masa abah bawak anak2 main ni mama kat roller coaster..


Awal2 tu.. see.. muka tina & kimi mcm takut2. Bila dah berpusing cawan tu barulah diorang ok. Cawan ni kaedahnya macam nak berlanggar2 tapi takde maknanya.. mana leh langgar pun. Setiap cawan ada tapak sendiri.. hihi.. best







Boat Riding
Lepas naik cawan abah bawak anak2 naik bot. Kene Q lama gak okeh. Orang ramai. Yang ni pun sesuai untuk bawak anak2 naik tapi ditemani orang dewasa la. Kalau korang nak amik lesen bot.. amik kat sini je la..hihihi..




There.. Opie naik dengan Kimi


Abah naik dengan Tina


Rupa bot macam ni. Mama tengok diorang bawak.. kalau takut korang bawak la slow2.. takde sape nak langgar pun..Mama memang tak nak naik.. sebab???? Tak sanggup nak Q dah. Ramai giler..



Driving Academy
Kat sini anak2 boleh drive kereta lego. Comel. Ada yang untuk kanak2 besar & ada part sebelahnya untuk kanak-kanak kecil. Yang part kanak2 besar tu dah ala driving school dah. Leh amik lesen kereta kat Legoland ye..hihi

Kene Q jugak ye anak2 sekelian..jangan tolak2 tau.. semua orang dapat naik


Tina nampak beso plak naik kete ni..hihi.. tapi memang budak2 kecik enjoy la main. Sape yang dah biasa tu laju je kete diorang. Mcm Tina.. jalan 50 meter je dah mintak nak turun..huhu.. kes gabra dah ni..

Okeh pastu.. budak2 semua dah penat.. jadi kami pun menuju ke BIG SHOP untuk jalan2 cuci mata. Souvenir dia mahal2 .. Tapi ala2 untuk kenangan.. boleh la.. :)

Jom layan gambar..



percayalah..harga key-chain sebesar jari kelingking tina ni RM19.90


Mug start RM39.90 kot and above.. huhu





Ececeh.. hihi..


Ini bahagian yang paling mengundang kontroversi kat poket mak bapak okeh. Nasib baik Tina ni pompuan..tak layan menda2 ni semua..fuhhh... huhu dia setakat suka tengok & suh mama snapkan gambo untuk dia jek..


Binaan lego kat toilet pun cantik tau.. :) and korang tak perlu risau..toilet dia senang nak cari..





Ni kat tepi BIG SHOP..kedai souvenir tu la..

Okeh lah.. yang bawah ni semuanya gambar binaan2 lego yang sempat kami snap2.. layan ye..Sila kenalpasti sendiri ye binaan2 tu.. tak larat nak tuliskan namanya.. banyak betul..Kalaulah ada DSLR mesti lagi best zoom gambar2 ni.. cantik..kreatif..
































Ok lah.. beberapa jam berjalan di Legoland malaysia ni memang rasa tak puas. Rasa nak pegi lagi. Tapi mungkin korang boleh pertimbangkan untuk buat annual pass dia bila dah fully siap sok. Confirm berbaloi2 sebab memang sangat2 confirm tak habis sehari nak jalan & main semua

Harga makanan & barang didalam memang mahal. Standard macam genting jugak la..tapi normal la kot untuk sebuah park yang cantik macam ni. Kalau korang rasa nak jimat, jangan la makan2 kat dalam sana.. bawak back pack & bolehlah bawak mineral water dari rumah.

Makanan & minuman mcm nak berkelah memang tak dibenarkan..tu pun standard la punya rules.. setakat botol air masak takkan lah nak kene tahan kan..melampau gitu..

Dinasihatkan bawak la backpack.. dan jalan lah sepuas hati. Cuma sila berhati2 dengan personal belonging korang sebab bila korang nak main permainan..segala mala beg kene letak tepi. Baik2 lah..

Macam mama semalam.. just bawak purse kecik masuk kat poket jeans & hp poket sebelah lagi. Tak perlulah rasanya bawak2 handbag mahal korang tu kalau korang rasa korang nak jalan & main games sekali..Tapi kalau korang masuk nak snap2 gambo.. silalah dressing lawo2.. miniature dia lawo2 sangat. Rasa nak tengok lama2..tapi masa tak mengizinkan..

Owh Legoland.. Harap2 lepas ni ada rezeki nak masuk lagi.. just untuk jalan2 menghayati keindahan miniature2 yang ada..

Kalau ikut mama.. Legoland Malaysia ni disarankan untuk masuk dengan family.. Memang best giler!! Thanks to Legoland Malaysia for free admission tu.. we really appreciate it.. :)

5 comments:

Lelord said...

Hehehhee aku terlepas tiket free nampak gayanya tunggu darling balik next month la baru leh jejak kaki

Dilla Ady said...

hmmm...mmg kempunan la jawabnye ni kak..mahal giler tiket die...huhu..

tpi beznyeeee!!!!

btul la mcm tak cukup kalu gi satu ari jek..

Jobless Girl said...

Legoland @ Johor new landmark ni.

Suhailah Nor Asim said...

Salam. Jika mahu menginap homestay dgn harga berpatutan dan selesa bagi percutian bajet, sila berkunjung ke Sufie Homestay Johor. Layari blog kami untuk maklumat lebih lanjut http://sufiebiz.blogspot.com

ainuli zul said...

salam..sila lawati blog kecil kami www.healthybeautycollagen.blogspot.com utk dapatkan stok collagen rumpai laut pada harga yang berptutan dan berkualti import dari semporna.T.kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...