"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Saturday, October 20, 2012

Episod Demam Tiba2 tu... Rupanya...

Mama rasa Tina mula tak sedap badan hari khamis & jumaat last weeknya sebab dia tak mo sekolah.. katanya tired. Tapi mama suruh la juga. Memula je tak mo pegi. Bila dah sampai tak sabar2 pulak nak turun :)

Then this week, rabu malam badan dia mula panas. Abah yang perasan.. mulut & mata merah..Jadi abah suruh mama call class teacher dia. Class teacher pun mc rupanya..tak sihat juga. So teacher kata biar ain rehat this week. Come back to school on monday je. Ok lah..


 Ini dia dipagi khamis.. lepas mandi pagi. Masa ni dah bagi ubat demam. Sambil2 tengok lappy..tetiba mama rasa senyap je.. jenguk2..owh tidur dah..mama biarkan je




Dalam pukul 3 macam tu.. tiba2 temperature badan dia naik tinggi. Mama memang dah sedia tuala basah untuk letak kat kepala & lap badan dia. Abah memang pesan awal2 pagi lagi sebelum abah gi skolah. Berkali juga asyik gi basahkan tuala sebab tina kata "tuala ni dah tak air" means..dah tak basah sangat..





Selepas setengah jam.. mama catat suhu ini pula..alhamdulillah ada penurunan




Selepas lagi setengah jam berlalu.. turun lagi.. alhamdulillah


Akhirnya sebelum abah balik tu panas badan tina dah kembali ke 37+ sahaja. Demam sikit. 


Then, hari ini (jumaat) pun Tina tak skolah. Dia perlu rehat cukup supaya tak demam kembali.. Segalanya ok sahaja hari ini. Selera makan..selera menyusu..semua kembali normal. Sehinggalah abah balik malam tadi ni..

Abah terperasan sesuatu yang pelik pada gigi Tina. Sekali kami check.. alamak..gigi baru dia dah tumbuh di belakang gigi susu.. 2 batang pula tu..

hmmm... now we know kenapa dia demam.. :)

Dan sejak detik tu Tina dah tak senang duduk. Dia sangat risau & takut giginya patah. Bila kami kata dia akan dapat gigi baru dia mula menangis sebab dia sayangkan giginya.. so touching kan this girl.. hihi

Every minute dia akan datang nganga kat mama suh tengok gigi dia. As nak sedapkan hati dia mama gantung cermin sedang kat tepi pintu bilik. So that dia boleh check & see those teeth..

11 plus at night, dia datang kat mama hulur 1 batang gigi bawah dia yang dah pun tercabut. As she saw some tiny2 blood..dia nangis. Mama ajak dia kumur2 & tekapkan ais kat situ..Dia tenang sket nampaknya. Mungkin dah kurang sket risau kot




One is gone.. another will follow :)

Menghadapi situasi ini.. dia memang nampak sangat2 macam mama.. gabra & dalam masa sama eager nak cabut sendiri gigi dia tu. Itu buat mama teringat zaman2 mama mcm ni.. nak ganti gigi susu ke gigi kekal tu.. sebijik la mcm Tina ni ha.. hikhik..

Another one hopefully tanggal esok..
Mama2..mummy.. ibu2.. mak2.. fahami perasaan anak2 mcm ni. Mereka takut hilang gigi.. takut sakit. Need to hug, calming & told them nicely. Tina sampai bawak tuala good morning suruh mama lapkan air mata dia.. 

Kejap2 datang peluk & suh mama cium. Asyik datang dan cakap.. " mama.. you see my teeth.. " I really love that :)

Oops.. she's counting for her 5th birthday this coming monday 22nd October.. Pastinya dengan 2 batang gigi baru sebagai hadiah :)

Saturday, October 13, 2012

Masterpiece Di Pagi Sabtu

Pagi sabtu yang sejuk.. tak leh nak kemana sebab abah ada event. Jadi mama & Tina bergolek2 lah je kat katil pas abah pegi. Bila Tina boring..dia mula la bongkar laci buku..laci soft toys akhirnya dia kejut mama suh bukak tv..hihi

Sat lagi dia kejut.. "Mama.. bangun.. dah siang.." hahahaha... mama nak bangun lewat sket pun tak leh tau :D so mama pun dengan mamai2 bangun la.. kemas2 apa patut.

Sat lagi dia panggil.. "Mama.. comel tak kakak lukis?" .. mama terus amik phone nak snap gambar tapi dia cakap.. "Mama cakap la dulu comel ke tak?" .. " Comel sangat sayang.. mama amik gambar kakak dengan lukisan ye.." "ok" kata dia.. "kakak senyum macam abah tau.." dia kata lagi.. hihi ok la nak oii..





Ni la lukisan dia.. jarang2 sangat dia nak melukis macam ni..


Bila mama tanya..

Mama : Yang besar tu sape?
Tina : Ni kan mama.. comel kan?
Mama: saya.. comel..yang kecik tepi tu sape?
Tina : yang tu kan kakak .. sebelah mama tu..
Mama : Habis yang kat atas tu sape?
Tina : Tu kan abah.. kat atas gambar kakak..

Ok lah nak.. tak leh bayangkan jari2 gebus tu melukis2 macam ni.. comel sangat2..Mama tak tengok dia melukis sbb tengah kemas.. :) rugi sangat rasanya

Saturday, October 6, 2012

Tina & Kawan-Kawan


Dalam laci ada banyak plush toys.. ada macam2 karekter.. tapi ni antara yang Tina paling sayang. Sibuk suruh mama snapkan gambar dia dengan semua "diorang" nih.. :)

But now dia tengah kemaruk dengan play house. Sibuk sangat nak beli playhouse lagi sebab dia nampak ada playhouse yang lagi besar dari yang kami beli aritu. 

Playhouse aritu korang ingat lagi? Ha.. setiap kali pas main, playhouse tu akan dok balik dalam kotak dia..elok2 je. Sok nak main kuarkan balik.. 

Kenapa? Korang tak tau ke..? Mama dia ni kan macam tarzan.. aritu plush toys ni dah dok dalam bakul sampah dah sebab tak dikemas.. since then, bila main.. akan dipastikan kemas balik masuk laci.. Tina dah tau dah.. susah juga nak bg tau dia mama tak suka sepah2.. huhuh..

Semakin besar.. dia semakin faham & senang dicakap..

Wednesday, October 3, 2012

Terapi Mata & Minda 03102012


Magenta kampung dilaman.. terapi minda pagi ini.. buat penghilang penat selepas sejam berjemur siapkan mengecat tayar..huhu

Banyak benda mama nak buat kat laman TAPI.. mampukah? Terdayakah? huhu
Semangat beso ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...