"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Thursday, January 31, 2013

Saya Sayang Keluarga Saya


Topik ni selalu mengundang soalan-soalan mencabar.. hahaha.. tak suka  :)


Wednesday, January 30, 2013

WW : Apa Motif??


Siapa pandai sila lah teka.. hihi

Tuesday, January 29, 2013

Iqraq : Pelajaran Yang Ke-3


Sejak ahad lepas 26 Januari 2013, Tina dah start masuk iqraq pelajaran yang ke -3.. Mengenal huruf yang berbaris bawah pulak..

Alhamdulillah...






Sunday, January 20, 2013

Buku Kuning..


 Buku homework.. baru dapat jumaat lepas. Dengan buku ni memang weekend ada je la homework :)










Dan yang ini hasilnya. Nampak gaya, corak tulisan & jarak antara perkataan dah improve. Tahun lepas punya ala-ala ssetengah batu satu..hihi nak jadi perkataan dekat 4 ke 5 batu. Tapi yang ni dah elok sikit lagi :)








Tengoklah rupa ayam tu.. hihihi meniru gambar anak ayam yang kat atas.. hihihi bolehlah nak.. jadi jugak gambar macam ayam. Takdelah jadi gambar ular plak kan ;)




Thursday, January 17, 2013

MooGoo



Tukar syampu lagi sebab kulit kepala Tina ada macam flaky2.. pastu bau syampu tahan sehari je.. sebab kepala dia berpeluh sangat banyak. Boleh basah bantal kalau tido malam..

Kisah rambut & kulit kepala Tina ni dah lama.. sejak baby lagi. Dah banyak kali mama kata tukar syampu..macam-macam brand.. hanya sebamed yang mampu membantu. Tapi part bau.. alamak.. sebamed pun tak leh tolong..huhu

Puas gugel sana sini.. baca macam-macam perbincangan pasal syampu & rambut kanak-kanak.. mama bincang dengan abah nak cuba syampu MooGoo nih. Kenapa nak bincang? Hukhuk.. syampu MooGoo ni kusmangat harganya okeh..

Tapi kalau tak cuba kita tak tau outcome dia camner. Betulkah testi-testi memberangsangkan yang mama baca??

So, di skudai ni produk MooGoo hanya boleh didapati di Wellness Farmasi, Taman Sutera Utama. Nasib baik ada diskaun..harga sebenar RM59.00 tapi sebab diskaun dapat harga RM50.55 pheww...

Dah 2 kali basih rambut Tina.. so far ok. Texture syampu best.. dan baunya pun sangat-sangat lembut. Sesuai la untuk bau kepala kanak-kanak.. Basuh 2 hari sekali.. so far so good. Rambut pun lembut & kurang kusut. Rambut keriting gulung-gulung kan.. faham-faham je lah keadaannya

Ni website MooGoo Skincare
http://www.moogoo.my/

MooGoo Milk Shampoo
http://www.moogoo.my/hair-care/milk-shampoo.html

Kalau gugel pun ..ada banyak testimoni tentang produk MooGoo ni..

So far so good lah.. tu je boleh declare skrg :)

Tuesday, January 15, 2013

Mengaji..

Tina dah start masuk kelas mengaji sejak hari pertama sekolah 2013.. di Tadika Al-Wafiqah, skudai Indah..


ni gambar bangunannya ye.. kalau ada sesape nak hantar anak gi kelas mengaji.. di tadika ini kelas mengaji disediakan dengan jadual seperti berikut :

Isnin - Jumaat
3.00 petang Hingga 6.45 petang
( anda boleh pilih waktu yang bersesuaian dengan jadual anak.. )

Sabtu
CUTI

Ahad
9.00 pagi Hingga 11 pagi



 Hihi.. montel sungguh bila pakai tudung :)


Start isnin lepas 14 Januari 2013, Tina dah mula masuk ke pelajaran yang ke-2.. mengenal huruf yang bersambung.

A bit hard start sebab bila dah bersambung ni rupa huruf dah lain kan.. so slow sikit disini & mama perlu revise hari-hari. Takpelah.. mama kene lah revise sebab tak mau dia lambat sangat mahir. Menduga kesabaran hokeh ajar mengaji ni.. :)

Hopefully everything be good.. Tina terang hati Insya'Allah..

Saturday, January 12, 2013

Kuih Nagasari Pisang - Percubaan Pertama

Percubaan pertama membuatnya setelah berkali-kali makan yang mak mentua buat hihi 

Sebenarnya mama tak tau pun kuih nagasari ni guna pisang nipah. Almaklumlah.. mama kenal pisang emas jek gitu. Kebetulan pisang nipah masak ada satu sisih.. tak tau nak buat apa. Nak goreng dah boring..

Kakak ipar cakap boleh buat nagasari.. mama memang fail la kalau nak guna daun pisang. So kakak ipar kata guna loyang jek sudaa.. :)

Hasilnya.. malam ni tadi mama menggodek resepi & bahan.. Inilah hasilnya

Tadaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!




Kita tengok resepi dia ye..

Kuih Nagasari
sumber dari SINI

Bahan-bahan:
180 gm tepung beras
1000 ml santan pekat (mama guna setengah kotak santan & 800ml air)
150 gm gula pasir (mama kurangkan sket)
2 helai daun pandan (disimpul)
Pisang nipah (dibuang kulit dan dibelah 2 memanjang)
Daun pisang secukupnya (dilayur terlebih dahulu) ( ni takde..)
Secubit garam

Cara-cara:
1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan didalam periuk, letakkan diatas api yang sederhana sambil digaul hingga adunan pekat dan masak.
2. Cedokkan sedikit adunan diatas daun pisang yang telah dilayur, kemudian letakkan sekeping hirisan pisang dan tekankan, tutup pisang dengan sedikit lagi adunan, lipat daun pisang seperti melipat kuih belebat, buat sehingga habis dan susunkan didalam periuk pengukus, kukus selama 30 minit, angkat dan bolehlah dihidang.
** Mama tuutp atas loyang dengan daun pisang tau :)
Len kali nak try guna daun pisang pulak lah. Skrg ni kuih tu dalam peti ais.. nyaman je makan sejuk2..hihi

Tuesday, January 8, 2013

Gopal & Boboyboy Petir.. Korang Buat Semua Orang Penasaran!!

 

Fenomena mengumpul figura boboyboy ni start tahun lepas lagi kan. November ke disember macam tu kot 2 figura pertama keluar. Buat Tina mengendeng-ngendeng setiap kali nampak petronas..huhu

Bermula dengan Yaya..lepas tu Ying.. Boboyboy tanah & boboyboy angin.. Mama & abah pun ikut sama la terlayankan kerenah si Tina ni. Tapi dia sayang betul figura ni.. main tiap-tiap hari ni..





Tapi setakat tu je la. Sepanjang disember Tina menunggu. Setiap kali isi minyak kat petronas.. dia mesti tak puashati..nak jugak meronda..tengok dah ada ke belum 2 lagi figura yang dijanjikan keluar awal disember.. gopal & boboyboy petir. huhuhu... setiap petronas tau perangai gini.. addehh..

Tiap-tiap hari balik tadika kan lalu petronas.. setiap harilah dia tanya.. " uncle tu tak bagitau ke gopal dengan boboyboy petir dah ada ke belum?"

Semalam baru je mama tanyakan.. memang belum ada pun. Uncle tu pun kata..tetiap hari ramai yang tanya.. hmmm ramai peminat figura boboyboy ni ye..

hihi tau.. masing-masing melayan anak la ni.. :) macam kami la..

Pagi ni mama tetiba terasa nak lalu petronas.. hihi mengada tau.. saja la tu takde keje walau terpaksa pusing2 sebab semalam mama nampak kat FB ada kawan dah hapload figura gopal dengan anak dia.. nasib baik Tina tak nampak gambar tu semalam. kalau tak mau tak berhenti dia berbunyi hihi. Mama cuma bgtau abah je, ada orang dah beli gopal. So kalau ternampak..silalah beli. mungkin dah ada la tu..

Masuk je petronas.. haha.. itu dia figura Gopal & Boboyboy petir dah ada. Tapikan.. gopal ada 2 je.. boboyboy petir ada 1 je.. Tak nak tunggu lagi mama sambar je dua2 figura ni. Penantian yang berbaloi2 la sangat. Huhu abah yang berjanji nak beli mama pulak yang kene paw ye..



Tina belum tau lagi hal ni.. dia kan kat tadika..Mama nak suprise kat dia balik nanti. mesti dia suka :)

Bukan Tina je.. Mama & abah sekali tu jadi penasaran setiap kali nampak petronas disebabkan Tina.. 
Hai lah Boboyboy..Hailah Gopal..
hmmm...
takde keje cari keje..
:)

Monday, January 7, 2013

Tina : Masterpiece Januari 2013



Lukisan tangan menggunakan pen oleh si anak dara montel. Lukis melukis ni memang warisan dari abah ye.. mama memang takde langsung gen-gen melukis ..seni2 nih..

Tak dapat nak tau apa yang dia lukis. Sejak-sejak asyik melukis power puff girls ni macam-macam je bentuk lukisan dia buat. 

Jari-jari montel tu dah lembut la tu kan..hihi

Sunday, January 6, 2013

Ini Buku Saya!!


Ini buku saya!!

Agaknya itulah expressi hati Tina. Tulis nama kat buku dia sendiri tanpa disuruh. Peter & Jane 6A dan 7A ni persediaan untuk kindie. Yang ini memang mama & abah beli sebab last year lagi Tina dah berjaya habiskan sampai 6A tapi pinjam buku sekolah...dah hujung tahun malas pulak nak beli. Tapi bila fikir2.. menyimpannya adalah ilmu & memori sebab Tina berjaya habis baca.. so kami beli :)

Siap lukis-likus gambar tu yang tak tahan tu.. hihi..

Another improvement there.. :) love it

Friday, January 4, 2013

Kemas-Kemas, Tampal-Tampal


Membersih, memvakum, lap dinding yang comot momot & menampal bahan-bahan bantu belajar untuk Tina. Banyak masa dia habiskan dalam bilik ni sebab dalam bilik ni ada lappy dia. Selalunya sampai tertidur. 

Bilik ni kene vakum selalu sebab banyak habuk. Lagipun baru2 ni bentang carpet.. kesian dia terbaring2 alas toto jek. Menatang-menatang plush toys dia memang berlambak-lambak. kalau dia main memang bersepah-sepah. Sampaikan nak cari barang pun susah hihi

Ni gambar baru lepas susun atur semula la nih.. :)

Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Persekolahan & Kelas mengaji 2013

Musim persekolahan 2013 telah secara rasminya bermula hari ini. Macam-macam update kat facebook tentang anak-anak yang baru mula nak bersekolah :) .. Mama pun tak terkecuali. Tina masuk J6 Tadika Nuri Taman Universiti lagi buat tahun ke-2.  

So mama takdelah risau sangat tentang itu. Sekurang-kurangnya dia tau & dah rasa bersekolah kat situ. Dia ok je la..

Sempat juga snap gambar kenangan untuk pagi hari pertama :)



Ni dah waktu balik sekolah. Dia nampak ok..senyum je :)


Balik rumah je mama dah sembunyikan lappy awal2 lagi. tak mau dia main lappy sebab tau dia penat. So mama on kan vcd suh dia lepak-lepak sambil main toys & baca buku komik. Dia mintak susu sampai 2 botol. Pastu baru mintak nak makan :)

Mama yang menunggu ni pulak yang resah. Tina ok je. Menunggu jam tu pukul 2.30 petang mcm lama la sangat. Banyak kali mama pesan..jangan tido..nanti kakak nak pergi ngaji dengan teacher satu lagi.. ok mama..dia jawab :)

Kul 2.30 petang je mama ajak dia mandi.. segarkan badan & siap2 nak pegi mengaji. Pakaikan tudung.. dia ok je.. seronok. banyak tanya pasal tempat ngaji..tak terjawab huhu..


Tepat pukul 3 kami sampai kat Tadika Al-Wafiqah tempat mengaji, terus je naik & teacher terus nak ajar sebab tengah takde orang. So mama nervous gak jadi mama tunggu je kat tangga. Nak balik macam alang-alang sangat kan. buang minyak je. Menyambil on tab..mama tunggu :)

3.30 petang teacher hantar dia turun. Bagitau buku mengaji belum sampai lagi. Biasalah 1st time kan.. tak perlu la nak expect banyak sangat.. banyak masa lagi :)

Dalam kereta ..tengah drive.. abah call tapi mama tak leh nak angkat. memang tak biasakan diri angkat call masa drive. Mama & kakak sampai rumah, abah pun sampai :)

Alhamdulillah dapat melepasi hari pertama dengan jayanya. Semoga kakak diberikan hati yang terang & tenang menerima segala pelajaran yang baik untuknya. 

Mama percaya, mengaji adalah terapi rohani yang paling baik untuk anak. Mengaji adalah doa. Mama abah nak.. kakak pandai & lancar mengaji sepertimana lancarnya kakak speking london tu ye ;)

Ya Allah.. lindungi & terangilah hati anakku dengan ilmu Mu 
Amin..

Tuesday, January 1, 2013

Salam Tahun Baru 2013

Berblog untuk kesekian tahunnya
Selamat tinggal 2012
Selamat datang 2013

Semoga aura-aura positif sentiasa bersama kita. Tingkatkan amal tambahkan ilmu
Moga semakin mantap keimanan & ketaqwaan kita kepada-Nya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...