"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Friday, June 28, 2013

Koleksi Dia..

Tina suka baca buku
Tina suka plush toys

Makanya buku & plush toys adalah koleksi dia yang paling banyak. Dia suka duduk membelek & membaca buku sambil melanyak plush toys sekelian. Kadang-kadang siap tertido sekali..

Melihatkan koleksi buku-buku dia yang kian bertambah, mama pening kepala nak letak mana. Banyak yang mama simpan dlm plastik.. sorokkan. Bersepahlah kalau tidak..huhu.. Mama keluarkan sebahagian je buku dia yang dia paling selalu geledah..

Tak boleh jadi.. mama ajak abah gi beli rak buku untuk dia. Dia sangat suka pergi kedai buku sebab??? dia suka dapat tengok & ambil buku mana dia suka. Jadi keputusan membeli rak tu memang sesuai lah sangat. 

So..tak yah gi jejauh.. depan taman je ada banyak kedai.. beli situ sudah..huhu

Rak murah je la pun.. untuk kanak-kanak kan..


ye.. saya.. itulah buku2 dia yang kami dah sorting out. Mana yang dah tingal helai2 je tu kami asingkan. Dan siap susun sekali dah. Sekejap je la lawonya kan.. dia mula tengok buku je ha.. heaven giler la bilik tu jadinya..huhu

Biarlah..janji itu dalam bilik dia.. bersepah pun takpe..janji dia suka

Anak..anak..

Saturday, June 22, 2013

Hadiah :)

Result exam dah dapat kan.. Makanya semalam kami keluar juga mencari hadiah pilihan hati si montel.. selimut Power Puff Girl katanya.. huhuhu.. bukan senang plak aih..

Sebelum result exam keluar kami dah try jalan-jalan & cari.. Jumpa kat salah satu kedai kat AEON BIG  sutera Mall.. hanya satu set sahaja.. dan harganya Allahuakbar.. terkojut mama ..huhu. Pujuk punya pujuk.. oklah si montel setuju cari lain sebab yang itu kaler pepel jek.. nasib baik la dia tak minat pepel..muahahaha

Semalam kami ke Jusco Bukit Indah.. Jerebunya masih boleh tahan tebal.. tapi orang ramai.Mungkin masing-masing pun boring kot dok umah sepanjang hari kan.. kat TGV lagi la ramai.. bawak anak-anak menonton la tu kot. Aktiviti luar tak digalakkan sangat kan.. sian budak-budak boring

Ok kami jalan cari 4 season.. boleh tak.. tak jumpa okeh. rasanya macam ada.. hmmm ????? 

Sempat lah merewang dalam Toy R us yang baru bukak tu.. sakit pinggang menunggu dia.. mama tunggu depan pintu kedai.. tak leh tahan daa..

Keluar tu kami masuk Jusco.. pusing- pusing area bedding.. nampak cadar angry bird..ppg tak nampak. Jalan singkat..tanya promoter hahaha.. rupanya ada bedding fair kat ground floor. Berkejar turun sebab jam dah dekat pukul 10 malam..

Taraaa... memang ada kat bawah. Ada beberapa kaler.. biru, pink & kuning.. promoter bukak kan yang biru & kuning.. tapi hati dia memang berkenan yang pink :)

Ok lah.. abah bayo..hihi





Senyum sampai telinga. Balik rumah terus suruh salinkan cadar.. tido selena-lena tidak malam tadi :)
Hai la anak :)

Friday, June 21, 2013

And.. The Exam Result Shows....

Parents Day dikala jerebu melanda.. takpelah..mama keluar sekejap je..

Mama tak jangkakan apa-apa pun. Just nak tengok apa yang Tina dah buat masa exam. Minggu exam aritu dia tak sihat.. sampai kene bawak gi blood test.. tapi alhamdulillah result dibawah ni yang teacher tunjuk.. syukur sangat..




Teacher chitra kata just one thing to comment..

Teacher tanya mama.. kat rumah converse english ke? Off course la tak kan.. mana ada. Mama cakap melayu jek. kalau tina speaking kat mama pun mama suka reply in malay jugak..why?

Kenapa teacher tanya?

Sebab teacher kata Tina punya english bagus. Slang english dia very good tapi bahasa melayu dia tak sebaik english. Ayat bm dia selalu terbalik-terbalik kongkang. Thats why teacher ingat kat rumah kami converse english..

aiyoo.. camno la anak melayu nih..hihi

Tapi Tina memang suka speaking english lebih-lebih lagi bila dia nampak je muka abah dia balik skolah. Membebel-bebel in english dengan abah.. kalau dilayan tahan berjam-jam.. 

Hmm.. hopefully bm dia akan getting better bila dia sekolah kebangsaan tahun depan..

And overall result dia adalah EXCELLENT..

Mama & abah bangga dengan kakak.. EXCELLENT JOB NUR AIN QISTINA.. sila claim hadiah kat abah.. muahahahaha :D

Buah hati mama & abah :)

Wednesday, June 12, 2013

Jalan-Jalan Malam Hari..

Bila boring melanda tu.. mula lah kami keluar tapi mesti lepaskan "Teduhan kasih" hahahaha.. dah tak tau nak kemana, cari yang dekat jek. Jom ke Sutera Mall je lah..

 Tengoklah apa budak montel ni mintak.. neck cushion. Eeee... dulu masa baby2 bagi pakai takmo..nangis.. skrg ni sibuk nak pakai.. hihi

Nasib baik murah je Rm12.90 tak silap..





Malam ni kita jalan lagi ke abah? hihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...