"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Friday, June 28, 2013

Koleksi Dia..

Tina suka baca buku
Tina suka plush toys

Makanya buku & plush toys adalah koleksi dia yang paling banyak. Dia suka duduk membelek & membaca buku sambil melanyak plush toys sekelian. Kadang-kadang siap tertido sekali..

Melihatkan koleksi buku-buku dia yang kian bertambah, mama pening kepala nak letak mana. Banyak yang mama simpan dlm plastik.. sorokkan. Bersepahlah kalau tidak..huhu.. Mama keluarkan sebahagian je buku dia yang dia paling selalu geledah..

Tak boleh jadi.. mama ajak abah gi beli rak buku untuk dia. Dia sangat suka pergi kedai buku sebab??? dia suka dapat tengok & ambil buku mana dia suka. Jadi keputusan membeli rak tu memang sesuai lah sangat. 

So..tak yah gi jejauh.. depan taman je ada banyak kedai.. beli situ sudah..huhu

Rak murah je la pun.. untuk kanak-kanak kan..


ye.. saya.. itulah buku2 dia yang kami dah sorting out. Mana yang dah tingal helai2 je tu kami asingkan. Dan siap susun sekali dah. Sekejap je la lawonya kan.. dia mula tengok buku je ha.. heaven giler la bilik tu jadinya..huhu

Biarlah..janji itu dalam bilik dia.. bersepah pun takpe..janji dia suka

Anak..anak..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...