"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Tuesday, October 29, 2013

King Of The Railway Night

Ok kali ni mama nak kongsikan gambar-gambar pada malam menonton tu pulak..
















Kami seronok disana 
Thanks to Nuri & The Little Big Club, Puteri Harbour

Friday, October 25, 2013

Kerana Comment di FB itu..



Niat cuma mencuba..ada rezeki adalah.. takde dah :)
Tapi dah nasib ..rezeki menyebelahi..

Dapat call petang tadi dari Nuri Education Centre
katanya terpilih untuk dapat free ticket menonton movie

Mula-mula ingatkan anak je dapat.. terfikir-fikir la juga.. dia masuk menonton kami nak buat apa?
sekali orang tu kata.. dapat 3 ticket.. untuk qistina & ibu ayah dia sekali
aih.... haha.. dan dan tu juga kata confirm..

Kene gi sana sebelum pukul 6 petang untuk claim ticket.. katanya ada colouring contest sekejap & movie mula pukul 6:30 petang.. katanya lah..

So.. 1st time dapat ticket free
walau hanya cerita kartun..
takpelah..layan saja
:D

Alhamdulillah ..
rezeki hari jumaat

Wednesday, October 23, 2013

The 6th Birthday Story..

 Weekend last week dah start mencari barang-barang untuk goodies si sweetheart yang ke 6 tahun.. buat yang simple-simple je untuk dia meraikan dengan kawan-kawan dia di sekolah :)

Buat goodies tak banyak pun. Just 30 pack je. Classmates dia cuma 24 orang sahaja. Class teacher sorang :)

Ini goodies yang mama siapkan isnin pagi



Then selasa pagi..on the birthday date tu mama hantar semuanya ke sekolah & mintak tlong teacher dia snap2kan gambar sket :)

Yang ni gambar pagi.. dirumah..



Then waktu balik sekolah.. mama bluetooth gambar dari teacher kelas dia.. thanks a lot teacher :)

























Teacher siap ada amikkan video tapi tak compatible dengan hp mama kot.. nanti kita tunggu lah teacher bagi video kat FB mama ek.. :)

Then.. waktu balik rumah mama cakap..tunggu abah balik then mama & abah akan bagi birthday present. Dia keep asking mana hadiahnya.. hihihi.. 

Sebaik sahaja abah balik, mama pun keluarkan hadiah :)







Apakah hadiahnya ??




Jangan tanya mama kat mana.. haha mama camerawoman :)

Alhamdulillah selesai sudah majlis disekolah.. dia happy sangat makan kek & bergembira dengan kawan-kawan dia. 

" Masa berlalu tak terasa. Hari ini genap 6 tahun umurnya jam 1.10 tghari nnt. 
 HAPPY BIRTHDAY NUR AIN QISTINA BINTI MOHD NOOR HISHAM.. semoga membesar menjadi anak yang berjaya di dunia & akhirat,jadi saham syurga mama & abah insya Allah. Semoga dijauhkan dari perkara-perkara yang tak elok, dilindungi dari kejahatan manusia & syaitan, diterangkan hati & minda untuk menimba ilmu dunia & akhirat sebanyak mungkin. Sayang kakak sangat-sangat walaupun tak taulah ada rezeki ke tidak nak jadi kakak

We love you.. more than ever you can imagine sayang.. Have a wonderful 6th birthday"

** masihterbayangsakitbersalinitu**

Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...