"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Thursday, October 10, 2013

Siput Sedut Tumis Cili Padi..

Incik kekasih hati beli siput sedut.. banyak.. 6kg katanya nak makan ramai-ramai dekat rumah mak dengan semua orang. Ok lah.. yang pastinya akan masak lemak lah kan siput tu..

Jadi sebelum hantar gi rumah MIL.. mama ambil je sikit. Cadang nak tumis cili padi..

2 malam juga mama biar dia dalam bekas bertutup lubang-lubang.. alhamdulillah tak mati. Mak mama pesan jangan kenakan air..kalau kena air yes..dia akan mati

So sampailah hari ni baru masak..takde seekor siput pun yang mati :) hooray!

Incik kekasih hati risau sangat camner mama nak potong hujung siput tu.. mama kata guna parang pun boleh..hihi dia risau kene tangan okeh.. sayang jugak u kat ai ye ;)

Tapi mama hati-hati je potong alhamdulillah..ok..tanpa kecederaan :)

Tumis siput cara mama belajar dengan mak senang je

~ siput dipotong hujung & dibersihkan betul2
~ tumbuk cili padi, bawang putih, bawang merah sampai lumat
~ tumbuk last sekali halia (bagi pecah je)

~ Tumis bahan yang ditumbuk sampai wangi, masukkan sedikit air & masukkan siput. Kacau rata kemudian masukkan serai & daun kunyit.. tutup biar dia masak dengan wap
~ bila dah masak.. boh la garam, gula & aji .. perasakan..
~siap :)



Bestnya siput!!

Lauk siput ni buat mama teringat mak & abah yang jauh diutara sana. hari-hari call pun rindu. Dulu masa mama sakit thyroid.. every week mak akan masakkan siput tumis ni.. waktu tu mama kene makan siput & kerang lebih sebab kekurangan iodin ..

Bila dah sembuh.. lama juga mama tak lalu makan siput & kerang.. dek sebab dah terlalu muak.. sekarang ni je baru slow-slow makan balik..

Mak.. abah.. miss both of u

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...