"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, November 18, 2013

2013 Annual Graduation, Certificate Presentation & Student Performance of Nuri Education Centre


Inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua para ibu bapa  termasuklah mama & abah. Kindie graduation menandakan permulaan langkah ke alam persekolahan sebenar..

2 tahun di Nuri.. Semoga Tina sudah bersedia untuk melangkahkan kakinya ke alam persekolahan yang baru. Alam persekolahan yang lebih panjang masanya.. dan lebih banyak tekanannya..

Seawal 7 pagi kami dah keluar rumah. Memang kene bangun awal sebab risau jalan jammed.. manalah tahu hujan ke pe kan.. sampai awal takpe, jangan lewat.

Dan kami sampai ke dewan tersebut hampir jam 8 pagi, alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan :) , 1st thing adalah membawa tina ke toilet dulu sebelum menghantarnya kepada teacher-teachernya yang sedang menunggu. 

Meninjau2 ke dalam dewan sepertinya masih awal. Jadi kami keluar untuk bersarapan di perkarangan dewan. Booth ada disediakan, jadi beli sahajalah sekadar untuk mengalas perut. Tina tak sarapan apa pun tadi. Dia cuma minum susu. 

Selesai sarapan kami masuk ke dalam dewan..

Lambat juga acara bermula. Mungkin sebab VIP datang lambat kan.. biasalah. Kami dah resah menunggu. nasib baik dewan beraircond. Kalau tak mau masak duduk kat dalam tu. Kami risaukan Tina, entah dia lapar atau nak ke toilet.. sebab dah lama sangat..

Tak ambil peduli sangat waktu VIP sampai.. tapi ini gambar waktu VIP dah sedia nak mulakan acara penyerahan certificate kepada graduan..


Waktu ni mama kesana ke mari cari angle dimana nak snap gambar sebab perimeter untuk berdiri snap gambar agak jauh. Nasib baik "hadiah" abah ada.. tak pernah guna.. jadi mama tak mahir langsung. Selalu snap2 dengan henpon je kan..huhu..

Waktu graduan mula berjalan seorang demi seorang.. sampailah ke giliran Nuri Taman Universiti.. mama dah beralih ke tengah, sedia nak snap gambar. Di pertengahan hampir mencecah nama Tina, kami ditegur seorang penjaga kawasan.. tak boleh snap gambar kat situ.. few words dia membebel.. dan bila mama tengok ke skrin.. SHIT!! NAMA TINA DAH TERLEPAS.. and i dont even have chance to see her walking on the stage.. a very BIG XYZ*&^*  to that guy..

Balik ke seat dengan hati yang sangat bengkek.. ingatkan abah dapat snap video.. rupanya tak dapat jugak. Ya Tuhan.. rasa nak nangis sangat.. kecewa :(

A while lepas tu kami keluar sebab agak2 Tina dah pun keluar di belakang.. Mama ambil Tina & dia bisik2 yang dia nak ke toilet. Seluarnya dah basah sedikit sebab tak tahan sangat nak buang air.. tepat sangkaan mama.. kesiannya. With a quick move kami ke toilet & nasib baik mama memang selalu bawa seluar spare untuk dia..

Hihi..




Mama & Tina.. cari pula abah..owh abah dah menunggu dibawah.. kami snap2 gambar sikit sebab Tina kata lapar..




Tina dengan mama..


Dengan abah..


Yes, half of the ceremony is complete. Kami keluar dari kawasan dewan mencari tempat makan yang dekat2 sahaja..

Around 11.45 kami datang semula & salinkan Tina baju untuk persembahan Sing A Long..



Kami masuk ke dewan semula & cari tempat dihadapan sedikit..menunggu sangat lama rasanya.. VIP lambat..biasalah kan..

Yang penting kami sangat seronok & gembira tengok Tina dipentas..









Gambar yang last ni adalah capture pada skrin.. nasib baik sempat hihi..

Lepas tirai ditutup, mama cepat2 keluar nak pergi ambil Tina. Dia nampak penat walaupun dia happy..dalam pada itu sempat juga kami tengok 5 persembahan pertama sebelum lucky draw 1st round.. tak bertuah pun...ahhahahaha..

Kemudian Tina dah mula resah.. nampak kepenatan & dia ajak kami balik. Turun dari dewan, salinkan baju dan seluar.. masuk dalam kereta je dia dah pun tidur..

Cerita hari graduasi berakhir disitu.. Appreciation day di Nuri Taman Universiti will be on Thursday 21 Nov 2013, 5-7pm

Hopefully dapat beli cd.. 

It was a fun & happier day instead. Wajah2 cute menari pelbagai genre.. kagum sangat. Comel sungguh..

Harap Tina ingat & gembira dengan hari ini..

Journey yang baru akan bermula sayang..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...