"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Thursday, November 7, 2013

Makan-Makan Di Perling.. Demam..

Malam awal muharram lepas, abah belanja mama & tina makan kat Restoran Johan seafood, kat perling. Namanya betul ke tak kurang sure hihi..tapi yang sure restoran tu nama Johan..

Abah kata ada kawan dia cakap makan kat situ sedap, so kami pun cubalah. Orang nak belanja kan..mama makan je :)

Nasi putih, tom yam campur, sayur kailan sos tiram, sotong goreng tepung & ikan siakap 3 rasa..hihi mama rasa cukup banyak untuk 2 orang makan. Tina dia tak share sebab dia makan nasi goreng kampung je..




Masa makan ni lah tina dah mula batuk-batuk non stop. Kami gilir-gilir temankan dia ke toilet untuk buang kahak & lendir. Rasa nak balik je tapi sebab dah order & half hidangan dah sampai, takkan nak bungkus kan. 

Makan pun tak feeling..sebab asyik risaukan tina yang batuk-batuk.. sian dia

Cepat-cepat kami habiskan makan & balik. 

Malam itulah juga badan Tina panas sangat.. tido meracau-racau.. batuk non stop. Kami berjaga la tukarkan tuala kat kepala & badan dia. Sampailah dah pagi, baru dia lena betul..kurang batuk.. dan mama dapat lelap sekejap..





Ni gambar pagi tu. Kami cutikan dia sekolah walaupun mulanya dia bising nak sekolah.. haih..Tapi pagi ni panas dah turun, cuma batuk je tak berkurangan. Mata bukak..maka batuk non stop lah..

Abah yang dah bersiap-siap nak sekolah pun terpaksa time off sebab nak bawak Tina gi klinik.. 

Tapi Alhamdulillah.. waktu post ni mama tulis, Tina dah kebah demam.. tinggal lagi batuk & selsema je. Dah sekolah pun hari ni :)

Mama & abah sayang kakak :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...