"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, December 31, 2013

Taklimat MUS Sekolah Agama

Dengar taklimat lagi, kali ni sekolah agama punya session. Murid kene dibawa berpakaian sekolah. 

See..our sweetheart.. :)





Posing-posing sebelum pegi.. hihi biasalah tu kan.. ini kenangan tau.. takkan kembali lagi. Jadi kene at least snap2 gambar..

Sampai kat sekolah belum pukul 9..hantar Tina naik ke kelas dia dulu..



Snap jugak gambar sekeping dalam kelas.. buat kenangan. Malu sebenarnya.. kang over plak ustazah tengok kan..hihi

Then bagitau kat Tina..mama dengan abah nak kene dengar taklimat dekat bawah je.. dia agak cuak sebab ada satu boy nangis kat belakang sana huhu.. tapi cepat2 cakap..takmo nangis..mama kat bawah je pun. Kang dah habis taklimat mama amik kakak..

Mama tinggalkan je.. jangan tengok lama sangat.. kompem nangis kang..hihi

Taklimat mula dalam pukul 10. Dalam 11.15 macam tu anak-anak dibawa turun pada ibu bapa masing2. Ada sessi ikrar penyerahan anak ke sekolah.. ha gitu..




Selesai :)
Jom balik..



Esok
 1 Januari 2014 
sekolah akan bermula..
Sebuah perjalanan & pengalaman baru buat mama, abah & Tina juga
Owh 2014 please be nice to us ok :)

Oyster Mushroom Journey - Masalah Kulat Kuning Pada Bongkah 1

Tak syoklah menimba ilmu baru kalau tak de apa masalah kan. Ada masalah barulah kita akan belajar lebih.. sama lah juga dengan tanam oyster mushroom ni. Ada masalah dia yang tersendiri jugak contohnya.. kulat kuning


Tengok macam ni pun nampak kan.. bongkah 1 tu lain dari bungkah lain.. so mama cepat-cepat snap gambar & PM pada Wan Ara..

Close up

Nampak? 

Ok.. itu bukan masalah besar pun. Wan Ara suruh mama korek keluarkan seketul benda yang kuning-kuning tu.. tinggalkan medium coklat sahaja. Insya Allah tak ada apa-apa katanya.. itu biasa

Bila mama tanya.. nanti boleh ke tumbuh cendawan? biji-bijinya kita dah korek keluarkan? Haha.. mesti korang yang dah tau akan gelak.. kihkihkih..sendiri pun nak gelak jugak

Kata Wan Ara, 
"Biji2 tu medium dia ja..benih dia sebenarnya spora.. Mungkin dlm kotak sebelum ni dia nk tumbuh tp xdak air..or ada anasir2 lain.. Xpa korek buang bg tinggal tanah koko.. Kita tgk kuaq ke x cendawan.."

Adoi..kahkahkah kenapa la tak terfikir macam tu. Mati-mati idup ingatkan biji-biji coklat tu benih dia korang.. sian betul kihkihkih

spora rupanya biji benih dia.. ingat tau korang.. spora.. :)

Ni rupa bila mama dah korek keluarkan apa yang kene buang tu..


Biji-biji yang ada kat mulut bongkah ni masa dikorek tu sudah pun benyek..lembik..boleh picit. sebelum ni keras..

Okeh.. settle disitu. Kita tunggu dia kuar cendawan ke dok.. 

Bila buat benda baru macam ni..mama nasihatkan rajin-rajinlah berhubung dengan orang yang betul. Macam mama..memang akan update apa perkembangan bongkah-bongkah cendawan mama dengan Wan Ara.. snap gambar tunjuk kat dia. So that apa-apa pun dia boleh tengok progress bongkah yang ada kat kita kan.. 

Ok..kita tunggu apa cerita bongkah lain ye..
Seronok sangat korang.. :)

Monday, December 30, 2013

Oyster Mushroom Journey - Bongkah 3 Bercambah

 Teruja menunggu spora oyster mushroom bercambah terubat juga bila pada pagi 29 Dec 2013 satu dari 5 bongkah yang dibeli mula mengeluarkan cambahan sihat..

Ini rupanya..



4 lagi bongkah lain belum menunjukkan tanda cambahan..


Kadar pertumbuhan oyster mushroom sangat cepat. Dalam masa sehari semalam ia sudah banyak berubah. Saya teruja nak tengok perubahannya. Nasib baik hal itu diberitahu oleh Wan Ara.. jadi saya selalu-selalu check :)

Ini yang berlaku dalam tempoh satu hari satu malam



 Jauh bezanya kan?
Ok nak bagi lagi jelas perubahannya.. kita tengok yang ini..


Apalagi?
teruja menantikan ia kembang pula
mama share dengan korang nanti ye..
stay tuned
:)

Sunday, December 29, 2013

Wadihana Islamic SteakHouse JB

Psstt.. mak long nak belanja makan. Kami ikut saja
Pilihan tempatnya adalah
Wadihana Islamic SteakHouse
bahagian belakang Restoran Upin Ipin yang dekat dengan Bangunan Jakel tu
ala..dekat2 area angsana tu la



Memandangkan dah buat reservation table, so rasa selamat sket but sampai-sampai je kusmangat..penuh. Kami terus gi kat meja kami lah. Tengah skodeng-skodeng menu, few families yang walk in memang tak dapat  table. Full house!

Kami je dah reservation untuk 14 orang.. family in laws mama memang besar okeh :)

Restoran dia cantik.. breezy air.. cukup terang pencahayaan..dan staff-staff cukup ramah..berbudi bahasa even lelaki semuanya :)

Lupa nak snap-snap buku menu dia.. cantik

Ini menu mama..



Nama main course tu mama lupa. Ingat Rib Eye steak jek.. dan minuman tu iced cappuccino ..ada lagi perkataan..apa ntah lah.. uisy..hilang ingatan jap

Menu tu je yang mama snap. Ada 14 orang termasuk kekanak-kanak.. tak dan nak snap setiap pinggan korang weh..

Appetizer dia sedap ..yang ala-ala nachos tu. Mama 1st time makan.. best.. dicadangkan korang amik tu cuba :)

Pegi ni kami berdua beranak saja.. abah takde.. pegi memancing huhu.. bawak diri lah kami menumpang orang lain..


My sweetheart..dia makan angry chicken je.. minum plain water. Biasalah dia kan..mana reti sangat minuman-minuman biasa nih..

Actually yang dia makan friesnya saja.. sebab tekak nasi ni mama dah bagi makan nasi siap-siap. kang dia mintak nasi goreng kampung kat situ..tang mana nak cekau?

A very good restaurant kalau korang nak try. Worth lah.. harga korang faham-faham lah ye.. standard harga steak around RM20++ above

sangat santai makan disini..tapi sebab abah takde.. hmmm...

FB diorang..

Thursday, December 26, 2013

Harinya Semakin Hampir..

 Pagi tadi daftar sekolah agama. Prosesnya cepat & tak menunggu-nunggu. 
Ustazah kelas pun kami dah jumpa. 
Harap-harap semuanya berjalan lancar disekolah agama nanti ye sayang.. mama tunggu kakak :)

She will look like this
cute
adorable

Tapi mama makin risau!!
uwaaa...


Ya Allah.. permudahkanlah segalanya buat kami dan dia. Sesungguhnya hati ini sangat risau memikirkan yang dia akan memulakan sebuah perjalanan baru dalam hidupnya..

Semoga kakak kuat semangat macam mama & abah ye sayang.. :)

Wednesday, December 25, 2013

Percubaan Menanam Cendawan Tiram @ Oyster Mushroom - Part 01

Memang dah lama dah menyimpan hasrat nak mencuba tanam cendawan. Tapi mama tak pernah berjumpa dengan orang yang menjual bongkah siap dengan benihnya sekali tu. Tak tau mana nak cari.

Few days ago, mama macam biasa melilau-lilau kat dalam FB.. kat group-group fevret mama la kan.. One of it adalah Group Suri Suka Tanam Pokok Bunga, Sayur ( SSTPBS). Biasalah group ni banyak bincang pasal tanam menanam bukan hanya bunga, malah sayur, ulam, cara tanam, tanah, baja, even dalam tu pun ada seller-seller yang sudi membantu para suri rumah yang rajin sekelian ni mendapatkan pokok atau benih yang dihajati. Kadang-kadang yang bestnya boleh barter trade pokok la..benih la.. best sangat group ni. Open discussion tentang gardening

So ternampaklah post daripada salah seorang ahli group bernama Wan Ara, dia post pasal oyster mushroom. Ada gambar lagi ha.. rupanya dia memang menanam oyster mushroom ni.. Jadi mama pun Pm dia..tanya kot-kot dia boleh bantu dapatkan bongkah tu.. weeehaaa.. 

Bila dia dah balas PM.. harga & courier cost semua dah tetap, maka mama pun settlekan pembayaran bagailah kan after dia kurierkan bongkah cendawan tu.. by skynet sebab nak cepat sampai. Lambat kang takut cendawan tumbuh dalam kotak plak hihihi..


ini rupa kotaknya.. kurier by skynet ye..
Jom bukak kotak :)

ini rupa didalam..
owh okeh.. mari betulkan bongkah tu ye..

see.. dah tegak..
Nak lagi close up..

Wan Ara siap balut dengan lapisan kapas & surat khabar..cap bongkah semua dia balut surat khabar & ikat dengan getah..

My Oyster Mushroom model.. sama naik dia punya sibuk setiap kali mama dapat parcel termasuklah yang ini. Dialah yang bersusah payah bukak kotak. Mama biarkan je..

Owh ok.. sampai je kotak ni mama terus PM Wan Ara.. inform dia yang parcel sampai dengan selamat. Sebab nanti dia akan beri instruction selanjutnya. Al maklum penanam cendawan junior gitu..hihi

Nanti mama sambung post lain ye tentang langkah pertama nak uruskan bongkah cendawan ni..

Tunggu tau :)

Monday, December 23, 2013

Lunch Box Dan Uniform.. Nak Sekolah Dah..

Mama dah train Tina makan dalam lunch box since few last 2 weeks lagi. Bukan apa..biasa makan dalam mangkuk..dalam pinggan.. takut nanti kat sekolah nak bukak lunch box pun tak pandai. Almaklum.. anak sorang.. semua mama yang buatkan okeh.. hatta nak pakai seluar pun masih mama jugak hukhuk.. Mama risau la nak oii..

Purpose sebenar nak ajar dia makan dalam bekas kecil.. amik lauk sendiri.. makan elok2 jangan sampai terbalik mangkuk.. then pas makan simpan sudu & tutup balik lunch boxnya..tu je..

So far so good..
bukan dia tak boleh buat..
But korang tau la kan..
mama ni selalu ingat anak dia kecik lagi.. :)

Baju sekolah awal december dah siap.. takmo terkocoh- kacah kemudian. Pasal 1st time kan.. excited campur risau..

Ni gambar masa try baju sekolah yang dah siap



Agak2 muat sampai hujung tahun ke tak? hihihi badan membesar bagai johan cuti sekolah ni. Current weight 36.9kg tau ni.. nasib tinggi. Kalau tak mesti nampak debob..rendang..hihi

Mama tak senang tido la nak oii..

Saturday, December 21, 2013

Hadiah Dari Jalen Pun Tiba

Ingat lagi kan ..


Dan kemudiannya


Jadi mama tunaikan janji nak buat post ini bila Jalen tunaikan janjinya :)

Hadiah ini sampai selepas waktu sembahyang jumaat, ditengah hujan lebat..


Berkulit tebal & selesa dipegang..
yang mahalnya sebab apa tau..
sebab ada tulisan JALEN kat bawah tu

Terima kasih Jalen..
Nanti anjurkanlah lagi..
boleh take part lagi..
:)

Friday, December 20, 2013

Yeayy!! Photobook Pertama Safely Arrived..

Photobook voucher dari groupon.. info dari Nadia Irwani Hamidi..thanks nad for the info. 

So that mama belajarlah buat photobook demi menyempurnakan misi. Ada software dia pun. Just ikutlah kreativiti & hati nak macam mana..

Ini gambar yang mama share kat FB sket masa aritu. Masa ni baru bermula.. tak siap lagi..hihi



Alhamdulillah 17 December mama dah siapkan & proceed dengan pembayaran untuk kos penghantaran. Photobook ni kecil sahaja 6" x 6" kot..tapi kalau ikut harga biasa ialah RM79.00 tapi pasal guna voucher dari groupon.. photobook ni RM0..hihi sape tak nak kan..

18 December photobook send email mengatakan photobook mama dah shipped out.. wuhuu..dan hari ini 20 December ia sampai depan gate :)

Meh bukak..


Mama abadikan gambar sunset pertama yang berjaya mama capture di Ban pecah sebagai cover.. kepuasan diri sendiri :)

Dan ini a few pages didalamnya. Ada 40 pages tapi snap sket sahajalah ye.. Mama abadikan gambar mereka yang tersayang. Gambar mak & abah je takde sebab bila masuk kat software.. low quality.. nanti print tak cun. So nanti ada voucher lagi kita buat yang lain..kene snap2 gambar mak abah banyak2 yang cantik

Layan ye.. mama tak pandai buat sangat but its good to my eyes.. huhu..


sebijik memang apa yang kita create.. tengok ye mama compare..


Ini pages yang lain..







si montel mama & kedua-dua anak saudara tersayang :)

Nanti lepas ni bolehlah projek photobook lagi kalau ada rezeki kan.. :)
Jomlah korang.. photobook memang syiok..best sangat..
Korang nanti cuba tau :)

Terima kasih groupon
Terima kasih Photobook Malaysia












Thursday, December 19, 2013

Penawar Bagi Penyakit Kencing Manis, Darah Tinggi & Masalah Berkaitan Dengan Jantung Menurut Perubatan Islam

Kebimbangan menghambat hati bila kebelakangan ini abah mama berubah. Bukan berubah apa tapi dia nampak letih, kerap ke tandas, hilang selera makan & tubuh badannya nampak susut. Katanya dia sihat tapi fizikalnya tak berkata begitu. Abah kita kan.. tentu kita perasan apa pun perubahan :(

Bila check up kat klinik kata gula dalam darah tinggi.. 28.1 perghhh.. risau tahap diva okeh. Terus call abah & mak mintak diorang datang umah. Nak bagi puashati, mama nak jugak bawak abah & mak check up semula kat Klinik Kesihatan Taman Universiti..

So, kami pegi.. yes..memang betul.. gula dalam darah abah 26.9 aduh weh.. terus dapat ubat, dapat appointment untuk fasting blood sugar & appointment jumpa dokte 2 bulan lagi..Febuari 2014 nanti.. Tapi dokte masih positif, itu blood sugar non fasting..tak boleh diambil kira sangat tapi bila dibandingkan dengan mak punya blood sugar baru 4.9 je, kat situlah nampak TERSANGAT TINGGINYA..

Muka abah berubah.. mama perasan hal tu. Oh tak suka tengok reaksi itu.

Masa jumpa dokte, mama yang masuk untuk dengar semuanya..baik turn mak mahupun abah. Nak puashati kene tanya sendiri & kene dengar sendiri dari dokte..

Nak tenangkan hati abah & hati mama sendiri.. cakap juga..faktor umur..faktor pemakanan.. semuanya menyumbang ke arah itu. Then mama cakap, thats why mama tak kasi diorang makan nasi lewat malam.. thats why cakap jangan lupa minum susu, jangan lupa supplement.. buat keje keliling rumah

One more thing yang mama tambah dalam pesanan kali ni.. buat kerja hati2.. jangan sampai tercedera atau terluka.. dalam keadaan gula dalam darah sedang tinggi.. sangat tak cun kalau luka kan.. hukhuk.. Ya Allah.. Mama risau sebenarnya!!

Tapi dalam youtube jumpa ini..



Jadi kami cuba.. mudah je kan..bahan-bahan dia ada 3 je 
KELAPA MUDA (isi dalam yang mcm hingus tu), 
SERAI 3 BATANG SETIAP BIJI 
7 BIJI HALBA SETIAP BIJI KELAPA


Kami baru cuba kat abah mama dua biji. Kene buat 7 biji kelapa dengan berselang 2 hari setiap biji. Tapi lepas tu kene check lah untuk tahu hasilnya

Untuk kelapa pertama, abah bangun banyak kali malam sebab katanya tekak rasa kesat. Bila di ludahkan, kahak hijau berketul yang keluar

Yup, sebagai anak mama tak boleh lah patah semangat. Gula tinggi boleh dikawal. Itu mama cakap kat abah mama. But kene disiplin. Gula dalam darah yang tinggi itu bahaya. Boleh menyebabkan banyak penyakit berkaitan yang lain.

Baca kat SINI

So insya'Allah nanti mama akan update perkembangan kadar gula dalam darah abah mama tu.. Semoga abah tak apa-apa.. luaran dia nampak ok tapi hati mana tak risau bila diri tu kita tahu ada penyakit kan.. semoga Allah melindungi abah & mak selalu..

hukhuk.. din like this kind of feeling okeh..

Tuesday, December 17, 2013

Jom Baca..


Jom.. tambah ilmu..
Dah lama sangat cari buku ni..
baru jumpa di MPH Jusco Taman Universiti
RM18.00

Baru nak start..
Jom

Saturday, December 14, 2013

Pati Ikan Haruan Harwany

Kalau dulu rasanya yang popular jenama Polleney kan.. sekarang ni dah maju.. ada Harwany pulak..


Abah belikan untuk mama minum.. sebagai ubat kala berpantang sekarang ni. We never know yang didalam itu apa khabarnya disana kan.. scan memang nampak elok-elok saja. Tapi dah namanya keguguran, kena lah ambil ubat untuk merawat dalaman. pati ikan haruan ni mama memang biasa minum waktu berpantang keguguran.. biasa ek? Ececeh..biasalah juga.. dugaan hidupku ini..

Khasiat pati haruan ni antaranya :

  • Asid Amino untuk merawat ulser dalam perut
  • Asid Arakidonik untuk perkembangan & pertumbuhan sel baru
  • Asid Oleik & Linolik tak tepu (lendir) adalah komponen utama lipid sepenuhnya
  • Asid Aspartik & Glutamik (Gllain) penting untuk pembentukan semula dan penyembuhan luka
  • Kolagen untuk membantu kecantikan kulit serta anti kedut.


Satu pek dalam dia ada 6 botol.. 1 botol free.. erkkk..
Bukan kecik tau botol dia..beso tu..

Tapi demi kesihatan.. mama telan juga..
Nak sihat..
nak sihat
nak sihat..

Sihatkanlah tubuh badanku ini Ya Allah.. sembuhkanlah segala didalam sana.. agar cepat boleh mengandung semula.. amin..

Friday, December 13, 2013

Comel Tak Ulat Saya?


hihihi.. takde keje
selipar dalam rumah putus sebelum cuti-cuti cinta..

Balik rumah beli yang baru.. rupanya untuk perasmian berpantang :)
Tu stokin sape?
Hihi stokin abah.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...