"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, January 8, 2014

Update Oyster Mushroom Project : Kelima-lima Bongkah Menunjukkan Perubahan Positif

Gambar-gambar bongkah oyster mushroom sekitar hari ini 8 Januari 2014

Ada gambar-gambar dan cerita mengenai masalah bongkah yang belum mama share lagi. Masa tak mengizinkan. Nanti mama usahakan ye

Ni mama hidangkan gambar yang sukses dulu.. My achievement setakat 8 Januari 2014

 Gambar kelima-lima bongkah oyster mushroom dalam kotak mereka..






Anak panah menunjukkan mushroom yang mula tumbuh apabila keperluannya dipenuhi.. Ini semua gambar 9 pagi tadi..

Kita tengok gambar 9 malam pulak..

Yang ini paling menonjol. Yang lain masih halus-halus macam akar..belum nampak sangat. Ni esok dah boleh buat sup cendawan dah kot..hihi

Meh kita tengok perbezaannya.. dalam masa 12 jam ia membesar dengan sangat aktif bila keperluannya mencukupi.. air & kelembapan

Kadar semburan mist air kene bergantung pada persekitaran anda. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari tapi kat rumah mama tak boleh..kene 3 kali sehari..semburan boleh dikerapkan asalkan ia tak bertakung air ye. Bila cendawan mula tumbuh, bongkah memerlukan kadar semburan mist yang lebih sebab bila cendawan tak cukup air, ia akan mengecut..

Mama alih kotak dari bawah singki ke tepi mesin basuh. Masih didalam kotaknya. Atas lantai sahaja mama letak. Tapi alas dengan kain. Letak kotak atas kain dan tutup dengan 2 helai kain. Sehelai kain kering & sehelai lagi kain mama basahkan dengan air & tutup atas kain yang kering tadi, lempaikan menutupi mulut kotak yang terbuka.. macam tu saja

 Nampak tak, pada gambar pukul 9 pagi tu oyster mushroom still kaler light grey.. sebab apa? sebab ia tak mendapat kegelapan yang cukup. Tapi tak pe, dark grey pun ok je bagi mama..

 Macam mana nak gelap? Selubunglah dengan kain ke apa ke lebih tebal.. itu yang mama buat..



 Yang ni dah kenapa pulak? Lain macam je rupa.. Hihihi entahlah..cacat sket kot tapi takpe..asalkan ia cendawan :)

Oklah.. itu sahaja buat entry kali ni..kita sambung lagi nanti ye..
bye!



1 comment:

Sarah's Daddy and Mommy said...

I love growing the oyster mushroom too.
And it is so delicious.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...