"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Saturday, February 8, 2014

Tetamu Kecil Kami..

Orang kata.. 
kalau burung bersarang kat rumah petanda rumah tu "sejuk"
itu orang kata..

Alhamdulillah lah kalau macam tu sebab sejak buka tahun baru.. dah ada burung bersarang di porch rumah. Mulanya dia cuma singgah & pergi untuk beberapa hari. Tetapi kemudiannya.. dia mula memperbaiki sarang yang rosak.. few days left.. akhirnya siap :)

Kehadiran dia setiap pagi tak menganggu pun.. dia akan berterbangan diantara pokok2 bunga. Fevret dia.. pokok bunga tongkeng :)

Then perasan yang sarang tu semakin memberat.. masih biar..tengok saja.

This few days nampak dia terbang pergi & balik memberi makan anak-anak dia :) sweet sangat.. dan masih begitu hinggalah post ini dibuat..

Ini sarang dia..



Burung yang ini lain ceritanya.. pagi semalam.. mama berjalan ke kolam ikan dari porch. kemudian saya alihkan pasu gantung orkid.. prrrr.. burung ni terbang. terkejut kot?

Bila mama dongak.. tengok atas nampak seperti sarang ranting2..

Aihh.. nanti mesti dia tak nak datang lagi.. :(

Petang sebelum hantar Tina sekolah agama..tinjau dari porch.. ahah.. dia duduk semula di sarang tadi :)

Sehingga petang.. mama dok usha dia dengan camera pun dia tak endah.. 

Hihi.. seronok sangat ada penghuni comel di halaman :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...