"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, March 28, 2014

School Holiday March 2014 - 1st day.. Shah Alam

Isnin 24 Mac 2014

Kami gerak menghala ke Kuala Lumpur pada jam 8.00 pagi setelah berkemas2 secara intensifnya malam itu. Plan berjumpa dengan abang ipar sefamily di RnR Ayer Keroh

Ok je sepanjang perjalanan sehinggalah kami berjumpa di Ayer Keroh. Dan kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam kerana mengikut plannya akan menginap satu malam di hotel bajet. 

Rasanya zuhur kami selesai ambil kunci bilik & registration di New Wave Hotel, Shah Alam. Naik rehat & solat sebelum turun makan di restoran sekitar hotel sahaja..




Takdelah nak kata besar ke apa..hotel bajet kan.. RM60 per night je. Bilik kecil. Muat selesa untuk tidur, mandi, rehat & solat sudah cukup. Bersih & furniture masih baru..alhamdulillah

Lepas selesai lunch yang lewat.. kami sebenarnya nak ke Taman Botani Shah Alam tapi GPS kami sesat..huhu..kami sampai juga ke Taman Botani tu tapi dah tutup. Taman tu ditutup jam 4.30 petang.

Hampa.. jadi kami ubah haluan ikut family abang ipar yang nak jumpa sepupunya di area-area itu juga.. kami dirumah beliau sehingga jam 7 malam. 

Minta diri, kami gerak ke I-City.. saja berjalan menghabiskan masa malam yang masih muda..



Layankan je la eh gambar-gambar.. huhu entah apa aksi memasing nih..


























Kejadian tiket parking hilang di I-City menjadi kenangan berharga. Len kali hati2 ye.. huhu

Keluar dari I-City, kami gunakan waze untuk cari burger bakar..alhamdulillah sampai di Burger bakar Abang Burn, Seksyen 7


Sorang satu untuk mama & abah.. Tina tak belikan..dia cuma makan rotinya saja..

Selesai makan kami balik ke hotel. Terasa sangat penat.. letih.. mengantuk.. sampai je bilik terus mandikan Tina dulu.. siapkan dia dulu then baru mama mandi segar2kan badan.. tak sedar lelap pukul berapa pun..

End of Day 1

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...