"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, April 1, 2014

School Holiday March 2014 - 4th Day.. Perjalanan Balik

27 March 2014

Tak la awal kami bangun pun. Mama lagi dasat.. bangun kakak ipar tengah buat sarapan..hahaha baik betul punya adik ipar tau..hihi.. kalau tido balik memang overslept la jawabnya kan.

Sarapan pagi ada nasi goreng dengan roti telur. Cukuplah, nak jalan jauh. Tak boleh isi penuh. Tina apalah lagi kan. Spare plastik lebih.. sebab macam kompem je muntah lembik.

Dalam jam 10 pagi ke macam tu kot kami gerak turun selepas bayar duit apartment. Masih sejuk udara pagi di Tanah Rata.. Tak banyak kereta turun mulanya..

Belum pun jauh kami turun, Tina dah start muntah. Lagi haru bila dia tak sempat tadah & muntah kene baju. Nasib sikit je. Tapi baunya boleh pening kepala kan. Terpandang kawasan lapang tempat orang asli berniaga tu, mama suruh abah benti jap. Kene salinkan baju & ganti plastik bekas muntah dia dulu. Kot tak kang dengan kami sekali boleh muntah nih..

Nasib memang spare tuala..yang bekas muntah semua masuk plastik letak kat boot. bahaya wooo..

Tak lama selepas tu kami sampai di Lata Iskandar.. eh..ye ke nama dia Lata Iskandar? Lupa plak.. huhu


Abang ipar ajak benti nak bagi Tina & adam main air jap..sejukkan badan. Mama seriau je benti situ tau.. sempit.. kereta, lori, bas tunggu-tunggu turn je nak jalan pasal ramai parking sesuka suki je. Huh.. bahaya. Lupa snap gambar, tengok pun ngeri

Main air gak la sekejap. Dah sampai pun kan..











 Ok cukup, Tina nampak segar sikit tapi bila teruskan perjalanan dia muntah lagi. Tapi tak lama dia tertidur hinggalah kami sampai kat Ringlet isi minyak. Bila dia bangun kat Ringlet tu.. kereta berjalan semula dia pun muntah lagi dan lagi dan lagi sampailah dah takde apa nak keluar. Pun muntah air lagi sampailah kami betul-betul tiba di bawah. Pun masih muntah.. Stop muntah masa kami berhenti makan kat Tapah.

Dia tak makan langsung. Minum air masak saja dan melepek keletihan sebab muntah terlalu banyak. Tepi bibir nampak biru-biru pepel dah.. huh.. risau mama.. :(

Siap makan kami teruskan perjalanan. Terus masuk highway & janji hanya akan berhenti kat Ayer Keroh je. Sepanjang perjalanan Tina tidur. Sian sangat. Mama pun ada terlelap sekejap. Pening woo..

Menghampiri Negeri Sembilan Tina terjaga hinggalah kami sampai kat Ayer Keroh. Kami minum je tapi Tina nak makan. Dia tak makan apa-apa sejak dari muntah. Mulut yang biru-biru pepel tadi dah hilang. lega. Sepinggan nasi lemak dia makan.

6.30 petang kami meneruskan perjalanan. Berpisah dengan abang ipar yang nak balik ke Muar dulu. Kami teruskan perjalanan ke JB..

Kami sampai rumah lebih kurang jam 9 lebih malam. Mandi, rehat.. Tina minta masakkan nasi & buatkan potato pedas pukul 11.30 malam. Huhu.. mama gagahkan jugak la diri bangun masak. Sian kat dia. Dia makan selera sungguh..

Tak lama pastu dia tidur. Barulah aman kami nak tidur juga :)

What a wonderful school holiday journey we've had. Alhamdulillah Waja kami masih gagah memanjat Cameron Highlands, syukur. 

Percutian yang sangat menggembirakan

Mama share pasal apartment yang kami sewa tu next post ye.. its belong to my BIL :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...