"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, April 23, 2014

Tumis Kacang Panjang Mama Style - Favourite My Sweetheart

Bila sebut tumis kacang panjang & potato pedas fevret tina.. ramai yang masih bertanya macam mana cara memasak yang Tina suka. Rasanya dah banyak kali sangat PM kat FB kepada kengkawan sekelian. Kali ni teringat nak buat post.. kebetulan masak lauk itu hari ini..

Meh kita mula..
 Hari ni nak tumis kacang panjang + carrot ok..


Carrot ni bersihkan, potong dulu ikut suka hati pastu basuh & rebus sekejap. Tina tak suka carrot bila keras. Jadi rebus untuk lembutkan dia 50-80%.. lepas tu rendam dengan air peti sejuk..

Ini bahannya..
bawang merah, bawang putih & ikan bilis. Tumbuk lumat. Nak blend boleh je.. mama malas. Satu bahan lagi, cili kisar.. lupa nak snap gambar..

Bila dah lumat, boleh panaskan minyak dalam kuali. Sedia untuk menumis


Tumis sampai garing, wangi dia naik semerbak dulu ye.. baru masukkan cili kisar pulak Cili tu agak2 sendiri la ye. Ini satu sudu besar je sebab takut cilinya pedas. kang sian plak anak nak makan..
.

Tumis sampai cili dia masak ye.. kemudian boleh masukkan kacang panjang & carrot

Kacau rata rencah dengan sayur
ha meh sini nak bagitau..ni PENTING..

Jangan boh air untuk lembutkan kacang tumisan anda
NO NO NO!

Kecilkan api & biarkan ia masak dengan sendirinya sahaja tanpa letak air. Itulah sebenarnya rahsia kenapa lauk kacang mama tak leh jumpa kat kedai..

Bila dah beberapa minit dalam kuali..rupa dia macam ni..




see, ia mengecut dah. Tapi kalau untuk Tina.. ni belum lagi. Kalau masak takat ni, dia kunyah & keluarkan hampas kacang tu semula. Kene masak sket lagi..

Macam ni..

Dan bila dah siap.. rupanya macam ni


Tengok..kacang dia kecut kan. Masak macam ni tak hilangkan rasa kacang. Bukan Tina je suka.. adik mama pun memang minat masak kacang macam ni. Kat rumah kami kalau masak kacang boh air nak bagi lembut tu jawabnya memang buang lah.. takde sape suka..

Tina ni memang senang sangat lauk dia. Instead of letak carrot boleh je letak sayur2 lain kalau anak-anak korang suka. celur dulu.. ikut cara carrot tu je..

Tina pun bukan semua sayur dia makan. Ikut mood jugak. Tapi kalau masak cara yang dia suka confirm dia makan berkali-kali. 

Nanti korang try plak :)

selamat menumis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...