"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, June 30, 2014

Doa Selepas Tarawikh Yang Sangat Indah - copy dari FB Diana Ishak

Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.
Selepas solat Witir semlm, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.
Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya:

MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, 
temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu


Aamin..

Friday, June 20, 2014

Mari Kita Ber Qaseh Junior Ye Sayang..

430ML

Supplement terbaru buat sweetheart mama. Dah lama skodeng produk Qaseh ni. Berkenalan dengan kawan Fb yang jual Qaseh ni tp dia bukan kat JB. So.. berusaha cari orang JB yang jual.. owh..rupanya kawan sendiri ;)

Aritu makan Anugerah Brain Booster kan. Dah lebih 3 bulan dah. Ok je.. tapi dia dah mcm jemu nak menelan. Ye la kan, kalau kita pun jemu weh..itu je hari2 berbulan2. So meh kita tukar-tukar :)

Banyak info tentang qaseh gold ni kalau gugel. Kusmangat info kalau korang nak baca lah. Yang menjual pun dah ramai.. tengok kat FB tu berlambak ada. Tapi pandai-pandailah cari yang dekat. Jimat duit pos korang :)

QASEH GOLD JUNIOR ADALAH GABUNGAN UNIK 8 MAKANAN SUNNAH UNGGUL YANG DIPERKAYA DENGAN BADAM & BAYAM.

Apa 8 makanan sunnah tu?

Kurma, Madu, Delima, Zaitun, Tin, Habbatussauda, Kismis & Air Zamzam

Meh  kita cuba dulu keserasiannya dengan sweetheart mama.. tak cuba tak tau kan :)

 

Saturday, June 14, 2014

Cuka Kurma Untuk Abah

Last week, khamis 5 Jun 2014 mama seperti biasa check kan tahap gula kencing manis abah. Sayalah dokte..sayalah misi :) . Sejak abah disahkan menghidap kencing manis, reading check up buah pinggangnya pun tak berapa nak cun & kolesterolnya menjangkau 7.. kami sangat risau. 

Saya tak benarkan abah makan pil kencing manis or apa2 pil langsung kerana tak mahu membebankan buah pinggangnya. Usianya dah banyak.. kami cuba berikannya benda lain untuk membantunya. Yang pastinya, pemakanan sunnah pilihan terbaik kami untuk abah..

Kalau lupa boleh baca post
 
Reading pada 5 Jun 2014 menunjukkan bacaan 8.4mmo/l .. wuhuu.. abah nampak sangat gembira. Mama apatah lagi la kan. Sungguh bersyukur.. macam-macam dah kami lakukan untuk menurunkan tahap gula sampai ke bacaan yang ini.. pencapaian terbaik abah adalah 10.0mmo/l tapi mama lupa bila. Buku catatan kat rumah mak. Mama memang catat setiap kali ujian untuk rekod. Senang-senang nanti mama snap kan & share kat sini ye..

Apa yang abah amalkan kali ini?

1. Beras Faiza Herba Ponni Tajmahal
Abah dah tak pernah lagi makan nasi biasa. Hanya nasi dari beras ini sahaja. Biar berapa kali sehari pun abah makan, jika dengan beras ini.. kami tak perlu risau.


2. Minyak Habbatussauda
Minyak ini asli dibeli dari tanah arab oleh besan abah yang memang mempunyai kedai yang menjual barang-barang asli dari tanah arab. Harganya bukan murah tapi kesihatan abah lagi mahal harganya buat kami. Adik ipar mama yang supply minyak ini buat abah. Tiap kali hampir habis, inform dia dan di rombongan umrah seterusnya dia akan belikan lagi.. tq efa & adik :)

Abah minum satu sudu teh, sekali sehari. Orang sihat pun boleh amalkan, tapi hanya setitik sahaja sehari bergantung kepada kesannya kepada badan anda. Minyak HS ini bersifat panas, bagi yang tak tahan boleh adjust pengambilan. Mama & sweetheart mama pun ambil tapi hanya setitik dan ambil dalam 2 kali seminggu sahaja.

So far, ini serasi buat abah. Lama dah kami consume minyak HS ni sejak dari sebelum abah kencing manis lagi.


3. Pucuk Betik
Yang ini baru je amalkan dalam 2 minggu sebelum 5 Jun. Jadi mak & abah dah tanam banyak pokok betik sekeliling rumah. Abah akan makan sehelai sehari pucuk betik tu. Ikutkan dia mampu telan sehelai setiap kali makan nasi tp nanti supply pucuk betik tak cukup. Hihi.. so kami kata sehelai sehari. Jadi boleh pusing setiap pokok betik cukup untuk seminggu lebih jika sehari 1 pucuk dari 1 pokok :)
 
 
4. Cuka Kurma


Cuka kurma Mohsein ini dari Iran. Rasanya sedap sebab lebih rasa kurmanya. 
Apa khasiat Cuka Kurma ni secara overallnya?
 
 
Dan cara pengambilannya,
 
 
So, kepada yang berhajat nak dapatkan cuka kurma ini boleh cari mama :) tapi untuk diposkan mungkin tidak lagi sebab botolnya kaca. Takut pecah diperjalanan. By hand almost welcome dan harganya sangat berpatutan. Tak padan dengan khasiatnya yang banyak :)
 
5. Kurangkan Makanan Lain

Yang part ini mama rasa kene try & error. Kalau abah, memang tak boleh makan makanan lain kerap. Makanan seperti biskut, oat, roti memang kene di HADkan pengambilannya. 

Sukar sangat nak buat kerana abah pemakan. Dia suka makan. Dia selalu lapar. Jadi mama memang suruh abah try, hanya makan nasi beras tajmahal sahaja. Makanlah berapa kali sehari pun kerana hanya nasi yang boleh buat dia kenyang lama. Makanan lain kenyang sekejap sahaja. 

Frankly speaking memang sedih buat mcm tu. but i have to. Kadar gula yang sangat tinggi akan memberi kesan sangat tak elok pada abah. Dan kami kene bantu abah kawalnya.. 

6. Kurangkan Minuman Bergula, Elak Carbonated Drinks

Ha.. yang ini pun kami try & error walau dah tau. Abah takde masalah untuk tak minum manis pun. Itu menyenangkan lagi lah kan. Air bergas dalam tin kami memang banned abah minum. Pernah minum, perghh jauh tinggi naik gulanya.. bahaya!

Abah banyak minum air masak. Dan kalau buat air manis pun kami hanya guna 2 sudu gula sahaja untuk satu koleh besar. Dengan kami2 sekali ikut pantang gula hihi.. takpe..untuk kesihatan kan

7. Keep Exercise

Abah memang tak reti duduk diam. Ada sahaja yang dia nak buat. Itu bagus dan kami takde masalah nak suruh dia exercise pun. Time rajin abah & mak akan jalan kaki diperumahan waktu petang. Kalau tidak pun, sejak pagi dia sudah akan keliling rumah buat keje dilaman. Ada saja yang nak dibuatnya.
 
8. Elak Makan Selepas 8 Malam

Ini kami sendiri pun cuba buat. Tapi abah memang akan makan sebelum maghrib. Jika lapar waktu malam barulah dia akan ambil biskut atau roti. Itu pun jarang sangat. Normal lah kan..ada masa kita memang lapar. Tapi sebab rutin abah memang akan makan nasi jam 6 petang mcm tu. Jadi kurang lapar waktu malam. lagipun abah memang tidur awal..

This is all apa yang kami bantu abah buat. Memang sejak abah disahkan kencing manis, kami banyak membaca tentang penyakit-penyakit yang bersangkutan dengannya. Disamping bantu abah, kami cuba buat juga. Sebab mencegah itu lebih baik dari merawat. Bukannya orang tua je akan kene kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi bagai.. yang muda2..yang kurus2 pun boleh kene. Jadi meh sama-sama amalkan gaya hidup sihat

We love u abah..
Gambar terbaru abah. Jauh sangat kurusnya sejak kene kencing manis. Tapi takpe yang penting terkawal. But you know la kan.. hati anak.. simpan sebak dalam dada kerana fizikalnya tak lagi seperti dulu. We will do the best for you abah

Syukur Allah masih memelihara kesihatan abah. Kita hanya berusaha & berdoa. Allah jua penentu segalanya. Setiap penyakit itu ada penawarnya. Yang penting kita tak jemu mencari & mencuba..
Kami akan bersama2 dengan abah.. kita sama-sama kawal ye..
Insya Allah..


Friday, June 13, 2014

Alhamdulillah..Menang Hadiah


Yeeha.. itu dia...nampak tak nama saya :) dan yang bestnya kawan yang saya tag pun memang jugak yeeha.. Lela Lelord

Alhamdulillah.. Terima kasih Omron Healthcare Malaysia

Hadiah kecil tapi hati manyak syiok wooo.. :)

Sudah siap PM details. Tunggu hadiah sampai :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...