"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Saturday, July 12, 2014

Bubur Sum Sum - 1st attempt

Suka dengan bubur sum sum. Tapi mama sangat cerewet dengan rasa tepungnya. Tak suka terlalu lemak.. nanti cepat muak. Tak leh makan banyak hihi. Terkeras or terlembik tak jadi masalah kat mama.. can do punya if rasa tepung dia just nice :)

Biasanya mak lang buat sedap. Sedap la ditekak mama.. or MIL buat pun ok sebab MIL tak suka lemak sangat.. lemak cair.. boleh la..huhu..

Ternampak post kat blog Kak Yati.. uwaaa... santek giler bubur sum sum dia weh.. So dengan berkobar-kobar mama pun nak cuba. 1st attempt okeh kali ni. Just buat 3 sudu setiap satu tepung.. je.. cukuplah nak test..hihi

Tak dan masuk peti ais nak bagi sejuk sebab peti ais penuh..huhu..

Mama rasa 1st attempt ni mcm tak lembik lah.. so bila masuk acuan dia tak fit cantik.. huhu boleh lah..hasil air tangan sendiri nih.. :)

Guano nak buat cantik comey macam kak yati buat tu..addehh..





Bila masuk gula :) orang cerewet.. gula pun tak nak pekat..biar cair..entah pape.. takpe..pueh ati den :)

Sape-sape nak try..sila ikut resepi Kak Yati ye.. Ni mama kopipes kan kot-kot korang terlupa bahan hihi..

 Sumber : Blog Kak Yati
 Bahan-bahan A


  • 100 g tepung beras-Yatie guna 1 cwn
  • 100 g tepung jagung-Yatie guna 1 cwn
  • 1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
SIRAP GULA MELAKA :-(saya buat separuh adunan sirap gula melaka ini)
  • 500 g gula melaka
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan dulu.
  2. Satukan kesemua bahan2 A, tapiskan dan masukkan ke dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.Biasanya msk dlm 1/2 jam.
  4. Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama sirap gula melaka.
Terima kasih atas perkongsian kak yati :)
saya suka terjah blog kak yati ni cari idea & resepi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...