"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Saturday, August 9, 2014

Boboi Boy Koko @ Koko Tok Abah


Jumpa instant mix ini semalam kat Giant Tampoi masa belanja. Try rasa sample.. sedap sebab dibuat sejuk. Bila bagi kat sweetheart, dia tanya kita balik.. ni air apa? Senang je kami jawab..koko tok abah..hihihi. Dia minum sket..sket..sampai habis

Bila tanya, nak beli ke? Ye, nak.. okeh. Sebab dia biasanya payah sket nak suruh minum2 ni. Dia biasanya tumpang2 kat mama abah je minuman. Kalau air masak tak payah kongsi..mesti tak cukup. Dia dah besar, patut ada variety minuman. Susah betul nak bagi dia rasa minuman berperisa. Tapi kalau air berkarbonat kami memang tak bagi pun.. dan dia pun sangat tak suka..

Berbalik pada koko tok abah tadi .. kata promoter tu syarikat melayu yang keluarkan.. Ni website syarikat dia..

Dan ini tentang Boboi Boy Koko


Pagi tadi sweetheart mintak buatkan air koko tok abah..hihi


Mungkin lidah mama je yang belum biasa sebab mama memang berlidah milo sejak dulu. Tapi tak pe.. at least ada alternatif kepada milo. 

Hah..jangan lepas ni dia ada kuasa macam boboi boy sudah!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...