"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Friday, October 24, 2014

Pecal.. Owh My Fevret

Last monday kami balik kampung. Tengok mak abah. Tanya khabar hari-hari kat telefon..huhu. Itupun pagi tu penuh dengan aktiviti..

Renew roadtax kereta kancil
Poslajukan barang customer mama
Pergi bank2 sekelian..
Lastly baru abah teringat yang si baby putih ni perlu diservis. 2nd servis 25 Oktober.. fuh.. terus call & kata boleh datang, maka pucuk dicita ulam mendatang la kan. Baik settle segala mala urusan sebelum balik kg. Kang dah balik jauh nak pusing.

Sampai umah mak abah.. ada aktiviti lain plak.. hihihi
Pi pasar malam kota jaya.. lama tak jalan2 pasar malam. Kat jb takde mananya nak jalan pasar malam..huhuh.. 

Esok malanya kami ke econsave. Beli barang2 sket. Mak kata nak buat pecal tak? waaa... heaven weh. So beli barang untuk buat pecal tu sekali..

Pecal tu apa?
Sayur-sayuran yang dimakan bersama sambal kacang..

Meh tengok resepi Pecal kami..

*******************************************************

Sayur-sayuran ikutlah apa yang anda suka
kangkung
kacang panjang
pucuk ubi
timun
taugeh
nenas
tempe

Apa pun boleh tapi mama selalu makan sayur2 je

Sambal kacang

Bahan:
Kacang tanah
Bawang Merah - di hiris
Bawang putiih - dihiris
Cili kering - di potong2
Cili padi sket
Air asam jawa 
Belacan 
Garam
Gula
Air suam secukupnya

Cara:
1. 
Goreng semua bahan yang ada dalam pinggan ni.. cili kering, bawang merah, bawang putih, cili padi & belacan


2.
Goreng kacang tanah & blender. Separuh halus, separuh kasar
 


3.
 Tumbuk semua bahan yang yang dah digoreng tadi..



4.
Dah lumat, satukan bahan tumbuk dengan kacang dalam satu bekas
 


5.
Sediakan air asam jawa. Gunakan air masak ye
 


6.
Curah air asam jawa ke dalam bekas kacang  tadi
 


7.
Untuk membancuh, gunakan air suam secukupnya. Terpulang nak sambal kacang anda cair atau pekat. Bila dah dapat kepekatan yang anda nak, perasakan dengan garam & gula. 
 


8.
Siang semua sayur2 .. kemudian celur setiap satunya seketika
 



Okeh.. siap dah..
Dan beginilah cara menikmatinya..

Sedap.. sangat sedap. Vegetarian gitu hihi

Dulu2 kat kampung kalau buat pecal ni memang sedulang besar bahan-bahan sayuran dia. Macam2 jenis sayur boleh masuk. Apa je yang anda nak.. boh je la..Makan ramai-ramai lagi heaven

Selamat mencuba..
Fevret mama, mak & mil :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...