"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Tuesday, November 4, 2014

Pantang Jumpa..

Apa benda yang pantang jumpa?
Nanti lah dulu..

Malam semalam keluar cari strepsils untuk kanak-kanak. Sweetheart tu suara rock.. serak2 tak tau apasal. Mungkin jugak sebab jerebu yang melanda.. semalam pagi alamak.. dah rupa kat cameron dah.. cuma bau asap jek la.. huhu

Jadi, alang-alang keluar tu misi mencari bahan mentah lauk pun dilakukan sekali lah. Kot2 ada yang berkenan kan. 

Masuk Giant Pulai je pun. Malas nak gi jauh. Kami panggil giant kecik..hihi. So, terus ke tujuan lah, Masuk guardian jap cari strepsils pastu terus masuk giant..

Mama terus ajak ke bahagian bahan mentah.. Ada chicken ribs yang tak berapa nak murah lah.. amik je sket. Dan dalam pada tengok2 dan berjalan2 tu.. abah & sweetheart dah jalan ke lain. Tetiba..

Sweetheart: Mama! ( sambil tunjukkan sesuatu)

Nak tau apa..


Mama : Mana jumpa ni?
Sweetheart : saya nampak kat tempat sayur tu. Jom lah mama tengok..

Hahaha.. mama tau dah apa niatnya nih..Tapi sorong gak la trolley gi sana tengok & pilih2..

Sweetheart: Mama.. kita beli petai ni boleh?
Mama: Nak buat apa?
Sweetheart: Ehh.. sedap ni.. saya suka..
Mama: ye.. pilih dua. Satu mana cukup :)
Sweetheart: yeay!!

Ha jadi, menu hari ini adalah sambal petai ye.. Senyum lebo lah kang sweetheart bila dia tengok lauk..Aduhai anak.. kalau dah lidah kampung tu lidah kampung jugak lah.. petai jering semua dia sapu.. 

Bagus2..senang ceritanya ye.. kita semua suka petai.. kita semua suka jering :)

Ok..cuci mata.. sambal petai


Nasi kene masak lebih ye.. itu peringatan ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...