"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, April 28, 2015

Update Kisah Buah Tangan Dari Budapest

Dah nak hujung April dah kita. Makanya mama nak update perkembangan positif kisah Buah Tangan Dari Budapest Hungary ..hihi.. seronoknya..

Kita buat satu2 ye..







Ok.. yang ke -2 pulak..

 Lambat tumbuhnya tapi alhamdulillah..semuanya tumbuh. Rasanya ini GLADIOLUS..



Ok..yang ke-3




Dah sangat seronok ia tumbuh sihat. Tiba-tiba..





Dia ada bunga rupanya. sweet..cute je bunga dia. Dia ni macam sejenis companion plants ke agaknya ek.. cuba bayangkan kalau banyak.. sweet!

Ok yang ni..

Macam tak berjaya sebab bulb dia ada yang busuk. Yang tak busuk masih begitu tak ada perkembangan.. hmmm... tunggu lagi lah..

Happy..hari2 nak tengok apa jadi kat diorang ni :D

Thursday, April 16, 2015

QASEH GOLD JUNIOR Pilihan Terbaik Untuk Sweetheart



Sweetheart kami yang sebelum ni selalu tak sihat.. demam la..Kalau demam, tinggi2 suhu, kalau batuk berkahak lendir yang sangat ambil masa nak hilang. Puteri specialist tu macam playground dia dah..huhu asyik gi situ je.. kalau selsema sekali pakej alahan dan rongga hidung membengkak.. susah nak bernafas

Jadinya tidur malam akan terganggu, bangun pagi kurang tenaga, kurang fokus kat sekolah dan kurang semangat nak buat aktiviti..


Itu dulu.. sejak jun 2014  kenal QASEH GOLD JUNIOR, kami dah pilih untuk tak tukar2 lagi supplement dia. 





Dia kini alhamdulillah jarang sangat demam teruk, jarang batuk yang lama dan jarang sangat kene selsema . Tidur malam alhamdulillah lena, bangun pagi semangat bertenaga, fokus kat sekolah semakin baik, pencapaian semakin memberangsangkan & selalu bersemangat nak buat aktiviti terutama hari tak sekolah..mesti nak ajak exercise di taman atau jalan2 ke mana2..bookstore fevret dia. Kalau masuk macam nak tido situ huhu..

Koleksi botol-botol QASEH kami..

 

Sweetheart memang jarang sangat ada masalah sembelit sebab dia memang makan sayur & minum banyak air masak berSOLE

 


Alhamdulillah.. selawat..doa mintak yang baik2 & suap QASEH GOLD JUNIOR dengan penuh kasih sayang. Allah bagi pinjam sorang je ni.. Maka jagalah elok2..buat yang terbaik..


Nak tau tentang JUNIOR.. meh pm whatsapp 017-7820007



Sekian :)

Sunday, April 12, 2015

Menyemai Biji Avocado

Masa tengah chit chat dengan kekasih.. dia tunjukkan satu info..

" Cuba lihat bentuk avocado seperti apa? Ia seperti rahim wanita. Dan avocado sangat bagus untuk kesihatan rahim wanita"

lebih kurang gitu lah bunyi dia..

Mama memang tak pernah telan avocado hokey.. tak tau apasal.. rasa pelik. Telan tak pernah tapi tak suka.. acaner tu?

So, waktu gi cari2 lemon reduce price..kekasih jumpa avocado. masih elok tapi dah direducekan. Dia beli nak suruh mama makan.. owh no..

Entah berapa lama pulak selepas itu.. baru teringat. Pergi tengok.. avocado dah busuk huhuhu..dengan gigih kupas..cuci.. tengok biji dia..masih elok..

Ada 3 biji.. tanam dalam 3 pasu kecil comel

Tunggu punya tunggu..apasal tak tumbuh2 eh? Muda kot? Eh hati kata biarlah dulu.. seminggu dua nnt tengok balik. Kalau muda tentu dia busuk.. baru lah buang..

Dan minggu2 kemudiannya teringat lagi.. kali ni pergi tengok & mama cungkil nak tengok apa jadi kat biji tu.. wallah.. dia sudah kuo akar la..



Bila dah tahu ia hidup.. makin gigih la menunggu..
kemudian..

Biji pertama mula bercambah..


Lebih kurang a week after..

wallah sudah kuo daun weh..

Dan ini yang terkini..



Ingat kan..mama kata tanam 3 biji avocado..
Biji pertama dah berdaun.. biji ke -2 baru nak bercambah..


Biji ke-3 belum jadi apa lagi pun. Biarkanlah dulu..

Berangan-angan nak tanam sepokok avocado di halaman ini.. biar tak ku makan buahnya tapi..inilah perasaan pelik gardener.. suka tengok pokok2..

Apa kata korang cuba
Entah bila nak berbuah tak tau la kan. sebab kata org tanam guna biji ni lambat berbuahnya..
wallahuaklam..

Friday, April 10, 2015

KURMA - Khasiat Yang Semakin Dilupakan

Tahukah anda, orang yang makan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita

Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

Tahukah anda bahawa kurma mengandungi protein tumbuhan yang sangat bagus & sangat mudah dicerna?

Tahukah anda, kurma mengandungi sejumlah vitamin seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin dan sebagainya?

Tahukah anda kurma berupaya mengubati kekurangan darah kerana kandungan zat besi yang sangat tinggi?

Tahukah anda, kurma berupaya menguatkan rahim ketika proses kelahiran kerana ia mengandungi hormon Pitosin yang sangat berkhasiat untuk mengatur proses kelahiran?

Percayakah anda, kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandungi antiseptik & antirematik?

Percayakah anda kurma mengandungi serat baik Yang sangat tinggi..bermanfaat membantu pergerakan usus & mencegah sembelit?

Tahukah anda kurma dapat melindungi usus besar dari dijangkiti kanser?

Tahukah anda kurma adalah pengekang nafsu makan?

Percayakah anda kurma dapat mengurangi ketegangan saraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

Percayakah anda kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?


QASEH GOLD THE SERIES adalah functional food yang sangat kaya kurma.. serta kaya dengan khasiat dari makanan-makanan sunnah terpilih yang lain. Khas buat tubuh badan & minda manusia

QASEH GOLD adalah cara pengambilan kurma yang sangat mudah, sangat sedap & sangat penuh berkhasiat daripada ramuan makanan sunnah yang diformulasikan padanya..

Berikan tubuh badan kita khasiat yang diperlukan supaya tubuh kita dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Percayalah bahawa Allah menjadikan tubuh badan kita ini sangat efisien. Ia tahu apa tugasnya & bila perlu dijalankan tugas itu..


Kita sambung cerita khasiat kurma yang takkan habis ni next post ye :)

Tuesday, April 7, 2015

Buah Tangan Dari Budapest, Hungary

Buah tangan ni datang sangat jauh..
Naik flight dari budapest ke KLIA..
tido kat KL satu malam
Naik kereta ke perak pulak
Dari perak, naik bas ke johor pulak..
Ha... jauh kan perjalanan dia

Entahlah dia boleh survive ke tak kat sini. Thats the challenge dari pengirimnya.
Masalahnya tak tau sape nama2 diorang ni..

Meh la korang tengok..mungkin korang tau kot?





Macam bulb gladiolus..tapi yang kecik2 tu?

Uwaaa.. lost betul apa ke bendanya. Tapi mama memang berangan nak tanam gladiolus & tulip

Dah tanam kat pasu..ikut peraturan tanam gladiolus je la kot..huhuhu..tu pun dapat kat group GO GREEN kat fb jek

Nanti akan di update kalau2 tumbuh huhu..doakan tau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...