"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Saturday, May 23, 2015

Bila Rindu

Rindu apa?
Rindu mak.. rindu masakan mak..

This weekend .. mak abah disini.. hari pun hujan je kat skudai sekarang ni sejak seminggu lepas lagi. jadi tak boleh nak buat-buat keje kat luar. Kalau tak.. waktu mak abah ada ni la mama ada teman nak buat2 keje kat laman.. Dek hujan..kita dok dalam umah je eh..

Rindu masakan mak.. bila apa yang sendiri masak dah tak sedap ditekak.. Masakan mak memang dirindui.. feel better bila mak abah ada kat rumah sini.. teman kami..

Mama simpan seekor ikan kaci dalam peti ais yang abah gi trip memancing pasir gudang sebab nak masak waktu mak abah ada sini. Melintang ikan tu sepenuh2 peti ais bahagian atas.. huhuhu..

Semalam siap disiang abah mama :)

Nah..hari ini.. mak didapur.. 

Pagi2 mak dah jalan kat laman petik kacang panjang..



Menu kami hari ni.. masakan mak :)




Istimewanya sebab nenas tu nenas hasil tanaman sendiri dilaman.. :)

Selamat menjamu selera

Tuesday, May 19, 2015

Exam = Demam

Last week lagi, most of the school dah start Peperiksaan Pertengahan Tahun. Tapi sekolah sweetheart tak start last week. Diorang start tadi.. selasa 19 Mei 2015 , 20, 21 .. cuti hujung minggu dan bersambung last daynya hari ahad nanti.

Sekolah agama pula memang selesai last week. Alhamdulillah. 
Sweetheart ni.. kalau korang tak caya..korang tanyalah sendiri. Mama setiap kali exam..setiap hari mama akan tanya..
" Macam mana exam hari ini? susah ke senang?"
Korang tau..setiap kali juga jawapan dia adalah..
" ok.. senang.."
Huhuhu.. tanya lagi..
"Buat habis tak?"
Jawapan standard dia ialah..
" ye.. buat habis.."

Ok lah nak.. assume ok sajalah sehingga dapat result nanti ye hukhukhuk...

Satu yang ketara, sweetheart dan exam ni macam tak berapa nak ngam tau. Sebab apa mama kata gitu.. setiap kali exam.. dia akan demam..selsema.

Bukan sekali.. sejak dari kat Nuri dulu lagi. Sampaikan tengah-tengah minggu exam kat Nuri, dia dicutikan teacher dia sebab demam. teacher kesian.. huhu..

Kali ni pun sama.. sehari sebelum dia dah nampak letih2 gitu.. malamnya terus selsema .. addehh.. Dah berjaga2 sebelum minggu exam lagi. Eh.. tak jugak.. Nape eh.. aura exam tu kuat sangat kot ye..

Malam ni complete set.. badan panas & hidung berair..

Pembantu penyelamat keadaan.. QASEH GOLD JUNIOR akan di on kan setiap 4 jam sekali. Pengganti ubat demam selsema ringan ye..


Pastu, tambahan.. dekat tempat tidur dia mama letakkan bekas yang berisi bawang yang dibelah dan sapukan kunyit hidup yang dibelah ke batang hidung dimulai dengan selawat. Baca kat mana ntah, mama lupa.

Sapukan vicks kat tapak kaki & pakaikan stokin.. pun salah satu petua yang selalu buat dulu2.. Sejak2 jatuh cinta dengan QASEH ni dah jarang buat sebab dah jarang dia kene selsema. Sesekali kene tu buat jugalah.. petua kan.. dapat ringankan selsema ok la.. tak kurang pun no harm buat.. :)

Malam ni dia dah tidur awal. Sengaja setting mood tidur tu awal2.. biar dia rehat..rehat badan..rehat otak.. recharge tenaga.. 

Sayu je tengok muka dia tidur.. tertanya-tanya.. kenapa ye exam=demam?

Dia tak tahu mak & atuk ( mak & abah mama..) nak datang tengok dia weekend ni.. Mungkin itu dapat meredakan ketegangan minggu exam kot. 

Have a good rest my sweetheart..
bangun esok dengan ceria.. lebih gembira & rasa lebih sihat

Hai lah exam week..



Thursday, May 14, 2015

Cerita Tentang Ikan..

Kekasih hati pegi memancing last 2 weeks kot.. lupalah plak. Dan dia balik sangat lambat. Jadinya waktu dia balik, mama tak tengok amenda dia bawa.. pandai-pandai dia la nak uruskan huhuhu...

Esoknya bukak peti ais bahagian atas..
Nah! amik ko.. melintang ikan seekor..beso giler..Gambo maleh nak snap.. 

Hari ini barulah ada mood nak tengok ikan yang dia dapat tu. Amik yang kecik2 je dulu. Ahli tak ramai. Masak bebanyak sape plak nak makan kan..

Pilih 2 ekor yang sedang2 sahaja..goreng!

Memang tak sun siang ikan tau.. tak luka jari tak sah. Ada saja la..tercucuk duri la.. kang tak tercucuk duri..kene pisau la plak.. tak kene pisau.. luka kene alat pembuang sisik ikan la plak.. haru tul.. calar balar tangan mengurus ikan 2 eko nih..huh..



Pastu..bila masukkan dalam fb.. hahaha.. banyak versi nama ikan ni rupanya..




Ikan kapas, ikan daun baru, ikan kitang.. ikan bawal darat.. macam2 nama. Tapi ikan ni memang cantik.. sedang elok je kalau letak dalam piring lauk tau.. hihi..

Ha, menu apa boleh buat dengan ikan ni?
Singgang boleh, lemak cili padi boleh, goreng garing buat sambal cili padi garing pun boleh, sup ikan boleh.. asam pedas pun boleh..
Suka hatilah nak buat yang mana. Boleh belaka lah ikan ni..jangan risau. Isi dia memang tak tebal tapi insyaAllah sedap.. :)

Mama buat masak ni..

Goreng ala-ala garing & buat sambal cili padi pun ala-ala garing.. boh kat atas dia. Senang je..

Pasal apa pilih menu yang ni? 
Sebab menu ni sweetheart paling suka. Dia memang minat sambal cili padi. Dan ini salah satu cara nak pancing dia makan ikan. Kalau tak..agak payah juga nak suruh makan. Banyak alasan dia.. tulang la.. apa la..

Dengan menu ni tadi.. bertambah-tambah dia makan.. mengulang mintak ikan dengan sambal..
So..pilihan tepat..

Mama memang fail sket nama-nama ikan ni..lagi2 yang tak selalu nampak..tapi takpelah.. kekasih hati kan ada..pemancing mesti la tahu nama-nama ikan kan..hihihihi.. wife dia tak tau nama ikan takpe.. 

Ok lah tu.. ni menu arini.. sayur takde.. esok la plak makan sayur..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...