"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Tuesday, May 19, 2015

Exam = Demam

Last week lagi, most of the school dah start Peperiksaan Pertengahan Tahun. Tapi sekolah sweetheart tak start last week. Diorang start tadi.. selasa 19 Mei 2015 , 20, 21 .. cuti hujung minggu dan bersambung last daynya hari ahad nanti.

Sekolah agama pula memang selesai last week. Alhamdulillah. 
Sweetheart ni.. kalau korang tak caya..korang tanyalah sendiri. Mama setiap kali exam..setiap hari mama akan tanya..
" Macam mana exam hari ini? susah ke senang?"
Korang tau..setiap kali juga jawapan dia adalah..
" ok.. senang.."
Huhuhu.. tanya lagi..
"Buat habis tak?"
Jawapan standard dia ialah..
" ye.. buat habis.."

Ok lah nak.. assume ok sajalah sehingga dapat result nanti ye hukhukhuk...

Satu yang ketara, sweetheart dan exam ni macam tak berapa nak ngam tau. Sebab apa mama kata gitu.. setiap kali exam.. dia akan demam..selsema.

Bukan sekali.. sejak dari kat Nuri dulu lagi. Sampaikan tengah-tengah minggu exam kat Nuri, dia dicutikan teacher dia sebab demam. teacher kesian.. huhu..

Kali ni pun sama.. sehari sebelum dia dah nampak letih2 gitu.. malamnya terus selsema .. addehh.. Dah berjaga2 sebelum minggu exam lagi. Eh.. tak jugak.. Nape eh.. aura exam tu kuat sangat kot ye..

Malam ni complete set.. badan panas & hidung berair..

Pembantu penyelamat keadaan.. QASEH GOLD JUNIOR akan di on kan setiap 4 jam sekali. Pengganti ubat demam selsema ringan ye..


Pastu, tambahan.. dekat tempat tidur dia mama letakkan bekas yang berisi bawang yang dibelah dan sapukan kunyit hidup yang dibelah ke batang hidung dimulai dengan selawat. Baca kat mana ntah, mama lupa.

Sapukan vicks kat tapak kaki & pakaikan stokin.. pun salah satu petua yang selalu buat dulu2.. Sejak2 jatuh cinta dengan QASEH ni dah jarang buat sebab dah jarang dia kene selsema. Sesekali kene tu buat jugalah.. petua kan.. dapat ringankan selsema ok la.. tak kurang pun no harm buat.. :)

Malam ni dia dah tidur awal. Sengaja setting mood tidur tu awal2.. biar dia rehat..rehat badan..rehat otak.. recharge tenaga.. 

Sayu je tengok muka dia tidur.. tertanya-tanya.. kenapa ye exam=demam?

Dia tak tahu mak & atuk ( mak & abah mama..) nak datang tengok dia weekend ni.. Mungkin itu dapat meredakan ketegangan minggu exam kot. 

Have a good rest my sweetheart..
bangun esok dengan ceria.. lebih gembira & rasa lebih sihat

Hai lah exam week..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...