"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Sunday, June 21, 2015

Ramadhan 1-3

Dah masuk 4 Ramadhan hari ni.. tak update apa-apa pun.. almaklumlah.. bulan Ramadhan ni masa dirasakan pendek.. mengejar masa hingga jarang on pc..

Ramadhan 1

Berbuka puasa ramadhan 1 dengan in law family. Nak balik kg tak larat.. jadi luang masa cuti & berbuka puasa bersama. Family abah ramai.. riuh bila kami berbuka puasa.

Oleh kerana tahu nak berbuka dengan MIL.. jadi mama tak masak nasi & lauk. Just buat sedikit kuih je lah untuk dibawa. Banyak sangat makanan nanti tak dimakan..sayang kan..

Roti Jala & Kari daging Cincang
Pink gitu.. huhu..



Yang ini bawa rumah MIL


Yang ini bawa balik rumah mak abah..



Ramadhan 2

Bersahur & berbuka bersama mak & abah di kampung. Kalau kami tak balik, mak & abah berbuka berdua sahaja..

Menu berbuka mak yang masak.. tak dan snap..

Laksa penang, Ayam goreng, Nasi putih & tumis kacang panjang
Kuih lopis

Malam itu kami balik semula ke skudai..


Ramadhan 3

Berbuka kat rumah MIL jugak.. Masak yang simple-simple sahajalah sebab nanti kat rumah MIL ada juga juadah lain..

Mama masak ini sahaja..



Goreng juga seekor ikan pekasam & buat kuih kaswi sikit..


Alhamdulillah.. 3 hari berlalu sudah.. 

Alhamdulillah Ramadhan kali ini sweethart mama abah bangun sahur & berpuasa penuh .. hari ini hari ke 4 Ramadhan.. hari pertama persekolahan dibulan Ramadhan..

Balik sekolah tadi pipi merah macam pakai blusher.. berpeluh2.. 

Ajak rehat sekejap.. mandi air sejuk sebelum ke sekolah agama.. alhamdulillah nampak segar semula dia. Balik sekolah agama pun mcm tu.. merah mukanya menahan panas & haus..

Alhamdulillah hingga post ini mama tulis.. dia masih gigih berpuasa tanpa dipaksa.. Tapi jika hari panas begini berterusan, mama pula yang terfikir2kan kesihatannya. Dengan nak naik tingkat 3 sekolah agama.. mama risau dia pening, pitam sebab terlalu haus & panas..

Tengoklah nanti mcm mana..
Jangan paksa..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...