"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, June 15, 2015

Sekali Lagi.. Meroti

Dah beberapa kali buat dah.. menjadi.. cantik.. tapi tak macam roti kat bakery..uwaaa... kuciwa. Apa benda lah yang tak kena agaknya? Aiyoh.. tensi wooo...

Nekad whatsapp sohabat2 yang sangat lah rajin ke dapur mencuba resepi.. Lela Lelord.. Mamamya .. Almaklumlah.. mereka ni meroti lebih awal2 dari mama. Mamamya tu dah bukak bisnes roti dah pun ha.. jadinya memang tempat rujukan lah kan kalau rasa ada tak kena dengan resepi masakan atau roti atau kuih.. haha..

Kalaulah ko dekat.. aku pegi belajo dengan ko is..

Ok lah.. berwhatsapp punya lama menuntut ilmu dialam maya pasal roti je pun. Ingat segala pesanan.. semangat nak mencuba tu tinggi tapi sengaja simpan BM lama sikit. bagi rasa rindu nak meroti tu datang balik..

Padahalnya bukan tak jadi pun.. jadi.. tapi tak macam roti kedai.. ha.. tu masalahnya

Pagi-pagi tadi semangat meroti datang balik bila terpandang BM.. penimbang digital pun dah ada.. bahan pun rasanya cukup.. jom!

Nak bagitahu awal2.. kali ni mama ikut nasihat.. to guru kata kalau nak roti yang cantik texturenya kene guna tepung protein tinggi..



 Susah la pulak nak cari tepung protein tinggi ni. kadang-kadang je boleh jumpa.. Yang ni siyes cakap tak pernah try. tapi dah takde.. amik je lah..

Pastu nak try guna Superbake daripada Golden Republic ni.. Kata sifu.. Superbake ni menggantikan fungsi segala macam improver, softener, water roux bagai tu. Tak yah guna dah. Kita ganti Superbake ni. Sebab nisbah guna pun sikit sahaja, 500gram tepung cuma guna 5gram Superbake. Okeh.. nak buat banyak2 sila calculate sendiri ye. 100 gram = 1 gram superbake.. selamat mengira

Rupa Superbake ni macam tepung tau..

Kali ni mama berkenan nak cuba resepi dari Blog Jintan Manis . Ala.. mana2 resepi pun sama je asalkan sukat tepat2..ikut arahan..mesti jadi..

Mama sukat tepat2 ko.. pakai penimbang digital lagi ha. Abah baru belikan.. Tq sayang..

Mama kopipes resepi tu ye..

Roti Sosej Mini
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
1 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
150ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu besar water roux - ( ini mama ganti dengan 3.8gram Superbake )
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu serta sedikit bijan goreng - bijan nan hadoo.. so tak guna 
*untuk Inti roti*
beberapa batang sosej yang telah direbus kemdian dipotong kecil

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan pintal, bulat-bulatkan letakkan sosej, setelah dibentuk, susun di atas loyang atau dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dan tabur dengan bijan goreng, bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
 *************************

Gitu je resepi dia..

Mama guna BM .. mama is tak boleh menguli dengan tangan.. bengkak..hihihihi..

Jom tengok roti mama sebelum bakar..


 Roti sosej pintal kununnya.. sempoi je ko.. pakai tutup periuk.. kihkihkih. Peduli la.. asalkan jadi..


 Roti Bun Gula.. bekas ni beli kat tesco ke giant ntah.. lupa. 1st time try guna bekas ni..


 Roti sosej mini.. fevret sweetheart.. mesti lah kene buat..

Bila dah siap bakar..






 Sweetheart memang dah tak sabar nak makan roti. Dia menunggu-nunggu roti masak. Makan roti suam2 tu kan sedap.. baunya masih semerbak kan..


 Bila dicubit rotinya.. aduhai.. this is what i want. Texture macam ni.. yang sangat cantik.. halus & lembut


Meh close up sket..


Sampai ke malam.. tetap lembut. Sweetheart dok mengulang makan roti.. sebiji demi sebiji roti sosej mini fevret dia tu. Sempat ke untuk bekal sekolah esok ni?


Ok lah.. dengan rasa puashatinya malam ni. And if korang rasa teringin nak cuba meroti dengan produk Golden Republic, boleh contact & tanya  kawan mama ni... sebab dia jual rpoduk Golden Republic kat kedai dia.. . MamaMya Bakery & Cafe  

Kot korang rajin gugel la Golden Republic. tengok produk2 diorang.. baca.. & if korang mementingkan kesihatan family.. nak buat roti bebas bahan kimia.. korang memang patut cuba produk Golden Republic

Sape2 rajin boleh lah try ye.. :D

Mama bukan ada gi kelas mana-mana untuk meroti ni.. pun bukannya pandai just suka belajar untuk diri sendiri & buat untuk makan keluarga sahaja.. lebih kepuasannya..

Bila suami & anak suka & puas makan.. itulah kepuasan sebenar yang dicari..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...