"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Saturday, July 11, 2015

Kudapan Raya 2015 - Cornflakes Madu Crunchy

Sebenarnya tak begitu nak rajin. Tapi kekasih hati nak makan. Biasa kakak2 ipar yang buat. Kami makan je..hihihi. Tapi sejak tahun lepas membawa ke tahun ini dah 2 tahun tak buat. Kakak iparku itu sibuk.. aduh.. Jadinya nak tak nak kene la buat sendiri

Bukan tak nak buat, pernah buat dengan mak dulu tak jadi. Bukan tak jadi cemana tau..tapi tak rangup..cornflakes dia lemau lepas sehari dibuat.. pudar semangat.

Tapi kali ni buat untuk suami tuh.. semangat dia lain sket la kot. Yang dia pun asyik menyebut2 je.. sian la pulak. Bukannya payah beno..

Resepi kali ni merayap kat blog Mama Darwiish

Tengok bahan mudah.. sukatan pun mudah. Kita try yang ini ye..

Nah kopipes resepi kat sini

Cornflakes Madu Crunchy

200g cornflakes
6 sudu besar madu
3 sudu besar brown sugar
100g butter ( mama guna marjerin)
3 sudu besar almond cincang
3 sudu besar sweet cherry/colourfull pearl ( tak letak.. abah takmo)

Cara-cara 
 
Dengan api yang perlahan cairkan butter, gula dan madu
agak2 dah cair semua...padam api.

campurkan cornflakes dan almond cincang
Masukkan sweet cheery dan gaul kan bersama larutan madu tadi.

Masuk dalam paper cup. Sukatan sukahati sendiri lah.
Bakar 10 minit pada suhu 150 darjah celcius

Tunggu betul2 sejuk baru masuk dalam bekas kedap udara..


Senang je kan?

Ini yang mama buat :)




  
Tak mahu ceri warna-warni, tak nak letak apa-apa pun. Nasib baik badam cincang tu nak letak. Kalau tak togel gitu je la menda ni..huhu


Alhamdulillah.. siap! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...