"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Saturday, August 8, 2015

Kenapa Asid Folic Itu Penting..

Bagi TTC ian ( wanita yang sedang berusaha hamil) , bila kata kene makan asid folic tu memang dah tak pelik. Memang asid folic tu vitamin penting untuk diambil lebih-lebih lagi bagi TTC ian ni yang tak tahu bila akan hamil..

Dokte selalu kata 3 bulan sebelum hamil kan. Tapi kalau TTC ian mana nak boleh tahu bila masa nak hamil kan? Jadi kami TTC ian ni memang dah akan ambil asid folic siap2

Sebab apa?
Sebab asid folic ni membantu membina sel-sel baru dalam tubuh. Penting dalam membina DNA baru dan memperbaiki DNA lama yang rosak. Jadinya.. bayi dalam kandungan sangat memerlukan asid folic ni.

Asid folic diberi kepada wanita yang disahkan hamil dan pengambilan sehingga minggu ke 12 kehamilan. Tapi bagi yang TTC.. ianya diambil setiap hari

Kenapa kene ambil awal?
Sebab apabila kehamilan berlaku, dan dalam 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf seorang bayi akan berkembang dengan cepat.

Dah la selalunya kita cuma akan perasan hamil tu bila dah lewat datang haid kan? Ha.. dah minggu ke berapa dah tu.. Jadi memang betul penting ambil asid folic awal2 ni..

Dalam kajian2 menunjukkan asid folic mengurangkan risiko spina bifida dan neural tube defect. Ini semua berkaitan penting dengan sistem saraf bayi.

 Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dos bagi wanita yang tidak hamil..atau TTC ian aialah 0.4mg, Tapi apabila hamil dosnya ditingkatkan kepada 600-800micrograms sehari. Ikut penilaian dokte.

Gambar ihsan google
 
Dulu masa mengandungkan sweetheart, memang pas confirm dokte jek dalam 6w macam tu terus ambil asid folic without fail sampai lepas bersalin.  Tapi masa tu rasanya dapat tablet macam tu je la kat KK.. 
 
Itulah yang dimakan dengan istiqomah :)
 
Baru-baru ni beli tablet asid folic kat D'Apotic farmasi.. harganya baru RM0.50 je untuk 1 strip 10 biji..takdelah mahal pun kan. Masih mampu
 
Or else gi check up kat kk.. dapat free..hihi..

Tapi gugel2 ada juga sumber2 makanan yang boleh beri kita folate..


Ok.. untuk pembacaan seterusnya, boleh lah jalan-jalan ke SINI dan SINI

Hikmah menjadi seorang TTC ian.. banyak membaca.. banyak input dan banyak sharing2 berguna dari teman-teman senasib..

Usaha, doa dan tawakkal
Segalanya hanya dari Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...