"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Tuesday, October 27, 2015

2nd Trimester Bermula..

Entering 17 weeks.. 
Rasa dah semakin berat..
Tenaga semakin cepat hilang..
Makin cepat penat..

Tapi insyaAllah.. mama akan terus berQASEH untuk menjaga kesihatan diri dan kandungan



Sandal-sandal biasa yang ada kat rumah pun dah tak selesa dipakai. Asal pakai je.. berjalan tak sampai 15 minute je dah akan pening kepala.. nak pitam

Hihi.. jadinya semalam abah dengan murah hati belikan sandal baru kat mak yong. Tak ada pilih yang trendy-trendy de.. pilih yang sangat selesa dikaki. Selesa sangat-sangat nak berjalan. Baby dah beransur kuat. Dah masuk 2nd trimester.. so berjalan sikit-sikit itu perlu..


Alhamdulillah selesa dipakai..selesa bila berjalan. Kekasih labur sket untuk wife dia..
Tq.. muah!

Sambil menunggu kekasih pilih kasut kerja, mama dengan sweetheart jalan sendiri ke kedai bersebelahan. Jengah ke Cosway.. beli ini..

Niat dihati nanti nak membasuh baju-baju lama sweetheart masa baby dan nak basuh baju-baju baby yang dah dibeli.

Kiddie wash ni review by one of preggy mummy dalam group pregnancy kami. So, alang-alang jiran sebelah ada membership.. mama nak try :)

Minggu ni jugak.. hadiah membership dari Drypers sampai. Dapat face towel 2 helai..
Comel sangat..


Dan mama berkenan kat satu slimming belt. Yang rasanya boleh dipakai waktu berpantang & selepas itu. Manalah tahu berpantang nanti perut tak slim kan.. huhuhu..

Bengkung masa bersalin lepas memang dah ada. Yang ini untuk gantian je lah..


Dan masih sedang survey-survey ubat-ubat untuk masa berpantang. Banyak pilihan. Kene tengok bajet & keperluan sahaja. Belajar dari pengalaman bersalin yang lepas, banyak benda tak perlu yang boleh di skip.

Memasuki 17 weeks, nampaknya alahan banyak berkurang. Cuma alahan waktu malam memang masih ada. Bertabah sahajalah. Bukan selalu :)

Ok lah.. nanti kita jumpa di update yang lain ye..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...