"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Thursday, November 26, 2015

Satu Doh, Aneka Roti..

Sweetheart asyik kata..
"Mama dah lama tak buat roti sosej untuk saya.."

Petang tadi hujan.. tak ada nak buat apa jadi mama godek BM lah sekejap buatkan roti sosej mini kat dia.. Hujan-hujan kan sejuk..maka yis lambatlah naik.. roti pun lambatlah kembang.. huhu..

Lima enam kali jengah dapo tanya bila roti mama ni nak masak.. alahai anak.. sabar..



Dah kembung macam ni je.. cepat-cepatlah bakar. Tak sabar sangat dah sweetheart..

Ting!!


Done..
Sejukkan atas redai sekejap je.. sweetheart dah menjenguk.. tengok muka mama..
Ambillah.. makan.. tapi agaknya panas lagi kot...
Tak tunggu dia ambil & makan.. keluar tengok redai.. mak oii.. 4 biji roti sosej mini bam bam dia makan sudah.. :)

Oleh kerana bancuh adunan 500gram tepung, maka ada banyak lagi doh yang boleh dipelbagaikan. 
Teringin sangat nak buat roti tuna..Rasa nak makan roti tuna..
Terus buka 1 tin tuna tanpa perisa.. untuk boh dalam roti..



atas tu mama paipkan mayo je tau.. ala-ala roti tuna kat bakery la kunun-kunun..

Kejadian dia..
Fluffy giler..
Texture roti memang sangat-sangat lembut




Ada gak buat yang lain-lain dek nak habiskan doh adunan. 




 yang ni benonya nak letak cheese lain..
Tapi cheese abis stock la pulak ha..
 Potong slice cheese jek..huhuhu..



Antara hasilnya selepas dibakar..




Buat ikut suka hati yang nak makan memang macam ni..hihihi..
Suka-suka nak letak filing apa..
suka-suka nak buat bentuk apa..
suka-suka nak tabur apa kat atas..
Janji sedap :)

Resepi ni mama ambil dari Kelab roti..
Resepi roti asas cikgu sya
Disharekan oleh Liza Othman kat file kelab roti..

Mama mohon sharekan kat sini sebab mama dah cuba & adunan doh ni sangat-sangat lah best

********************************************************
Bahan-Bahan:

500gm tpung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum ( Mama buat 350gm tepung roti +150 gm tepung gandum
100gm gula kastor ( Mama guna gula pasir jek.. kastor habis)
40gm susu tepung
5gm bread improver ( Mama guna 5gm superbake)
11gm yis atau sepeket yis
265gm ditimbang jumlah air yang campur telur ( tak kira guna berapa biji telur) ( Mama guna 2 biji telur guna sukatan & timbangan yang sama)
80gm butter ( Mama guna marjerin pelangi jek)

 Filing Tuna - setin kecil tuna original + lada putih sikit+lada hitam sikit+mayonis

Cara-Cara:
Mama guna BM. Jadi ikut aturan step air dan bahan kering lain..
Start BM.. tunggu sampai siap
Keluarkan, tumbuk bagi keluar angin
Timbang doh 35gm setiap satu
Terus bentuk
Tunggu naik 2 kali ganda
Bakar 150 darjah celcius selama 20 minit
Keluarkan, sapu marjerin semasa masih panas
Sejukkan

*********************************************************

Senang je kan..
Silakan try :)

Monday, November 16, 2015

1st Kicking..

19 weeks 2 days..
Rasa 1st kicking baby.. malam..
terkejut sebab tengah tengok tv..
hihihi..

Start 18 weeks dia asyik mengeras dimana-mana part yang dia suka..
Lagi abah dia letak tangan.. lagi kuat dia mengeras..
sampai senget-senget perut..

Rindu sangat detik-detik ini..

Syukur Allah beri peluang merasainya untuk kali ke-2
Doa tak pernah putus semoga semuanya akan selamat..
Aamiin..


Thursday, November 5, 2015

QASEH GOLD.. Sinar Baru..

Mostly tahu yang mama sekarang pregnant 18 weeks. 2nd trimester baru bermula. Half way lagi to go. Alhamdulillah everything boleh dikatakan bagus. Its just that mama kene jaga makan, jangan buat terlalu banyak kerja dirumah & makan vitamin serta supplement sunnah pilihan mama tu dengan istiqomah. Usia dah banyak, jadi risiko pun banyak jugak. Kene hati-hati sentiasa..

Ramai yang tanya, apa yang mama amalkan sebelum mengandung kali ini. 8 tahun berlalu, sebutlah apa sahaja..mostly kami dah cuba. IUI, IVF je yang tidak.. tak mampu untuk sampai ke tahap itu..

Sejak jadi rania QASEH GOLD, tahun 2015 mama memang aim nak mulakan dengan supplement sunnah yang unggul ini. Dah penat telan macam-macam pil.. 

Dari pil kuatkan rahim, sampai ke pil subur ber cycle-cycle, belum tambah dengan check up nya lagi. Jangan kira duit yang dilaburkan..

Sejak september 2015, mama rasmi mulakan pengambilan QASEH GOLD ADINDA dan SOLE. Bukan untuk apa, untuk dapatkan tubuh yang sihat, dalaman yang sihat. Amal pun senang, 2 sudu pagi dan 2 sudu malam. Tu je..

Mula-mula amal tu rasa pening. Sebab mama memang ada low blood pressure tau. Jadi simptom tu dah dijangkakan. Stokis dan leader ada brief tentang healing crisis. Bila pening dah ok.. keputihan pulak keluar dengan banyaknya. Sangat banyak. Ngeri weh!

Tapi untuk tak sampai seminggu je keputihan tu terus kering tak keluar-keluar lagi. Perghhh.. masa tu terfikir amenda la ada kat dalam yang aku tak tahu ni huhuhu. Badan jadi segar. Bertenaga nak bangun pagi , bila bangun badan tak sakit-sakit. Sendi-sendi tak sakit-sakit..

Pastu kulit muka slowly nampak fresh. nampak glowing. Bukan lawoo.. tau la tak berapa nak lawoo. kang salah faham pulak. Muka nampak kemerah-merahan, bila gugel.. kata bila rahim kita sihat.. muka kita akan nampak seri kemerah-merahannya.. ha gitu..
Jangan perasan okeh! hihi..

Sebulan selepas mama ambil QASEH GOLD ADINDA, mama pujuk abah pulak makan QASEH GOLD KEKANDA sebab dia selalu tak cukup tidur, selalu penat, pergi awal pagi kadang-kadang malam baru balik. Kerja cikgu ni tak habis kat sekolah je kan..

Pun abah selalu migrain, kadang-kadang sampai muntah-muntah bila terlalu banyak kerja nak dibuat dan di fikir. Kesian.. sebab tu mama fikir mungkin KEKANDA boleh membantu.

Dah la jenis yang sangat susah nak konsisten dengan supplement. Pernah kami beli set Sxxxxxx.. hmmm tak ingatkan tak makan. Adoi.. letih..

Tapi sejak amal KEKANDA dia sendiri ingat nak ambil setiap hari. Dah jarang sangat sakit kepala sampai muntah-muntah, letih tu letih la tapi tak cepat sangat letihnya. Muka lebih ceria, tidur lebih lena. So that mama seronok tengok perubahan..

Tapi jangan lupa tau.. 2 minggu terawal makan KEKANDA, abah kene batuk berkahak. bayangkan dia batuk 2 minggu. Asal nak tido je lepas sudukan KEKANDA, minum air, terus titik SOLE kat lidah supaya tekak dia tak gatal..nak longgarkan kahak..

Sabo tak sabo la 2 minggu batuk. Memang kesian. Smoker kan.. kalau batuk memang teruk. Masa batuk tu sampai tak boleh smoking..huhu cuti smoking..

Tapi lepas 2 minggu, batuk hilang beransur-ansur.. alhamdulillah. Healing crisis je..

Dalam hati memang terselit niat, 
Jika dengan asbab QASEH ni mama hamil.. itu bonus. yang penting kami sekeluarga sihat sentiasa. 

Pun dalam group TTC kami, bincang tentang Lemon.. kebaikan lemon..

Jadi sejak  itu mama dengan abah cuba untuk sentiasa adakan lemon dalam peti ais kami. Amal minum lemon suam campur SOLE seminggu 3 kali. Nak mula memang susah tapi kami sentiasa saling mengingatkan..Kalau boring, buat lemon suam campur madu..sedap!

Lemon pun bukan murah. Time tak murah seringgit lebih juga sebijik. kami berjimat, sebiji tu untuk seminggu tau. Jadi kami rajin tengok kat reduce price punya rak.. selalu ada lemon. Kami tak kisah dah.. beli je. yang penting ia lemon. Harganya berapa sen lepas reduce tak penting. yang penting lemon dia elok..tak busuk..

Khasiat lemon?
Korang tanya encik gugel lah. Type Lemon .. banyak benda keluar insyaAllah. hadam sikit-sikit khasiat dia yang banyak tu..



So, memang sejak 2015 memang totally ambil QASEH GOLD sahaja..
Alhamdulillah Allah beri rezeki .. tapi bukan sekejap tau.. setahun lamanya kami amalkan..

Amalan-amalan kerohanian yang lain tu korang faham-faham sendiri lah ye. Sendiri lah up kan mana yang patut. Yang tak cukup..cuba cukupkan. yang tak selalu..kerapkan.. Yang dah lama tinggal cuba lah buat balik..Takmo cerita bab-bab tu..depends pada diri masing2

okeh..

Nak tengok set QASEH tu..







Bagaimana QASEH membantu?




Ini testimoni kami sendiri..


Nak percaya atau tidak tu terpulang.. Sebab ada yang tanya maka mama share kan..
Its not coz mama adalah rania QASEH GOLD.. sebab QASEH ni memang baik untuk kesihatan. Worth sangat untuk anda cuba..

Mama hari-hari doa agar diberikan kemudahan & keselamatan mama dan baby dalam kandungan. Dijauhi dari segala yang tak baik..

Korang pun doakan mama dan baby ye 

Kot ada yang terlupa nanti mama update kat post lain.

Ada yang minta post tentang awal detect pregnancy tu.. masih dalam draft lagi. nantilah.. sikit masa lagi mama share cerita yang itu ye..

If korang rasa nak chit chat boleh whatsapp nombor tertera tu..

Till then..

Assalamualaikum..



Tuesday, November 3, 2015

Kek Pisang Lembut Gebu.. Di Petang Selasa

Malam semalam pegi belanja barang dapo. Banyak barang dah tak ada. Misi menghabiskan sisa barang yang ada sepanjang minggu peperiksaan akhir tahun sangat berjaya. 

Makanya ajak abah pegi belanja. Menyambil nak tengok beras Tajmahal yang murah..

Dalam pada berbelanja bulanan tu, kami tengok kat barang reduce, ada banyak pisang. Sangat sesuai la nak buat jemput-jemput. Tak mahal dah.. dah reduce namanya pun.

Abah amik 2 plastik pisang. Bila balik, tengok pisang tu masih cantik-cantik. Sambil makan pisang dia sebut kek pisang..

So, petang ni mama godek gugel cari resepi kek pisang yang best..

Kita guna resepi kak Azlita :)

***************************************

KEK PISANG GEBU LEMBUT
Blog: Kak Azlita

Bahan:
4 biji telur gred A
8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan ( * mama guna pisang montel 2 biji setengah, yang setengah lagi buat hiasan)
1 cawan gula kastor atau gula halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam
 
Cara:
Panaskan oven dahulu pada suhu 170C
Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
Pisang di lecek lumat. Tinggal baki  untuk hiasan
Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata
 
Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata
Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna

Lenser loyang dengan marjerin@butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang
Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.
 
**************************************
 
Ok.. tu je resepi 
Layan gambar kek pisang mama..


Sebelum bakar..



Selepas siap bakar..
Harum semerbak baunya menusuk hidung
 
 
 
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...