"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Saturday, September 24, 2016

2nd Puree - Puree Pisang.. nyum..nyum..

Tamat sudah 4 Days Rule untuk puree apple. Hari pertama je makan sikit. Agaknya terkejut kot rasa pelik..masam-masam manis kan. 2 ke 3 suap je dia nak..pastu tak nak dah..

Hari ke 2, 3 dan 4 alhamdulillah.. dia makan berselera. 

Hari pertama popo.. hari ke 2 tak popo. Dia popo hari ke 3 tengahari agak liat nampaknya. Tak keras tapi macam kurang air. Hari ni tak popo lagi.. esok kot..

Jadinya start pulak 4 DR untuk pisang. So hopefully pisang sangat ok kat baby Azra. 


Pisang masak, just lenyek-lenyek je. Make sure lenyek tu penyek la semua. Jangan ada ketul. Mama ni takde baby food processor, jadi apa yang boleh lenyek dengan sudu mama lenyek je.

Sebelum sudu masuk 4 bekas tu pastikan yang pisang semua hancur ye. takmo ada chunky. Nanti tercekik. Dah siap masuk peti ais. Mama tak bekukan ye.. sebab untuk 4 hari je. Lagipun kurang suka bekukan makanan kalau tak betul2 perlu

Minum pagi tadi dah bagi puree pisang. Alhamdulillah habis 2oz. Azra suka..
3 days more ye dik..





Tuesday, September 20, 2016

Nur Azra Qiraana is 6 Months Old Today!

Hari ini.. 20 September 2016, bermakna precious baby kami dah berusia 6 bulan. Fasa baru.. fasa solid food bermula..

Pagi-pagi tadi appointment kat KK untuk 6 bulan. Alhamdulillah, walaupun berat cuma naik 200g, dari 6.8kg jadi 7.05kg je tapi graf tinggi dan berat still cun. Masih ditengah-tengah. Misi kata graf cantik..

Cucuk DTAP 3, nangis jap tak kuo air mata. Lom pun kuo pintu bilik imunisasi.. dah gelak-gelak..


Muka ngantuk kene kejut pukul 7 pagi, kene mandi..Hujan pulak tu pagi tadi. Masa ke kk tadi masih renyai..

6 bulan, masa untuk start solid food. Masa untuk start puree.. Makanya mama malam-malam tadi dah settle puree apple untuk 4 hari. 4 days rule kan..

Manual homemade. Macam biasa, apple agak keras, so kene steam dulu pastu blend. Masuk bekas berlainan. 1 bekas untuk setiap hari.. pastu simpan dalam peti ais.. 

Balik kk tadi bagi dia rasa puree pertama dia.. huhuhu puree apple masam sikit kot eh.. muka semacam je. Tapi nampak macam nak telan tak ada masalah. Just agaknya rasa apple tu dia tak suka. Tak pe.. baru 1st day..

Will update lain-lain puree soon ok!

Happy 6 months old Nur Azra Qiraana!!

Sunday, September 11, 2016

Kakak Dan Adik




Semoga terus berkasih sayang hingga akhir hayat..
kakak kene jaga adik..
adik pun kene jaga kakak..

Saturday, September 10, 2016

Bila Azra tak buang..

~ Kisah sewaktu baby Azra 3 bulan~

Masuk hari ni dah 4 hari baby Azra tak membuang. Gundah gulana hati memikirkan. Tapi bila dia buang angin.. mak oii baunya menyengat. Tak henti-henti buang angin sepanjang tempoh tak membuang tu. 

Tekan-tekan perlahan perutnya semasa tuam lepas mandi.. rasa lembut je.. ok.. tak keras. Tapi sapu juga minyak dakam atau krim tropika supaya tak masuk angin..

Dia tetap buang angin seperti biasa..

Disebabkan masa kakak Ain dulu tak alami macam ni, makanya cuak. Kebetulan dekat dengan rumah ada bidan. Janjilah dengan bidan untuk urut baby. Masa yang dijanjikan abah belum balik sekolah, gigih mama pegi ditemani kakak. Padahal rumah makcik tu sepelaung je pun..hihi..

Bila makcik bidan ni urut, katanya perut baby tak keras. Sepanjang mengurut dia kentut-kentut berulang kali. Makcik tu kata tak usah risaulah, baby yang bf memang kadang-kadang dia jarang membuang. Lega satu part.. al maklum..tangan tak berseni macam kita ni yang merasa, ntah ye tak perut tu lembut hihihi..

Petang balik mengurut, baby Azra tido je. Mungkin badan letih kene urut kan. Cuma satunya baby Azra ni, time nak kentut dia memang bersungguh-sungguh sampai merah-merah muka. nak kentut je pun. Tu memang sejak dari lahir lagi macam tu..

Hati ibu kan.. tak tenang selagi tak buang. Bidan sudah.. maka meh kita gi dokte plak. Poliklinik Hidayah, doktenya memang dah biasa dah sejak belum pregnant lagi. Abah ada apa ntah..yassin perdana sempena hari guru. Jadi mama pegi dulu. Klinik ni selalu penuh woo.. tak larat tunggu nanti..

Daftar klinik dapat no.5
Dok dalam kereta bf baby Azra sampai orang ke 3 masuk bilik dokte. Baru mama ditemani kakak Ain dengan baby Azra masuk klinik..

Setengah jam jugak, sampai giliran..

Dokte check lama jugak.. ketuk2 dengan jari perut baby. Katanya perut tak keras. Elok lembut. Pada pendapat dokte, mungkin kurang air. Jadi najis tak macam selalu. Lately ni memang baby Azra tak banyak sangat bangun malam. Kadang sampai 2 ke 3 jam dia tidur baru dia merengek nak susu. Kadang-kadang menyusu sebelah saja dia dah tak mo.. dah tido semula..

Terfikir.. mungkin juga..
Lagi pun sepanjang minggu ni urine mama pun macam kuning dari biasa. Tanda kurang air..

Senaman kayuh basikal bila ada masa je buat kat baby. Harap membantu usus dia..

Pagi hari ke 5, check diapers tak jugak membuang. Risaunya. Sampai masa mandi, buat air suam sikit dari biasa dan rendam baby masa mandi tu lama sikit. Baby Azra memang suka mandi. Jadi dia diam je direndam air suam..

Naik mandi, masa nak tuam.. sekali dia membuang. Mak oii macam kita paip krim kek.. tak berenti sampai setengah tuala baby tu habis mama lipat sana sini tak nak kene kat bahagian lain. Stop jap.. ingat habis dah.. pi amik diapers. Elok pasang diapers je.. dia meneran lagi separuh dari yang mula-mula tadi.. perghhh..

Memang sangat-sangat banyak. Bila check, memang najis dia agak likat. Tak cair macam selalu. Betul lah kata dokte, kurang air.. so mama kene minum air lagi banyak supaya kandungan air dalam susu lebih. Cuaca panas, macam kita juga.. baby pun kurang air tapi dia hanya minum susu ibu kan.. mama dia lah kene minum air banyak.. supaya susu banyak kandungan air jugak.. gitulah fahaman mama..

Selesai tuam, sapu krim herba kat perut, belakang, betis dan kaki.. siap diapers, pakai baju dan wangi-wangi.. baby Azra dah lelap. Mungkin perutnya dah selesa. Bahan buangan dah dikeluarkan.

Tak dan menyusu, dia tido terus. Selepas 2 jam baru dia bangun merengek haus..

So, pengajaran buat mama dan abah..
Lain kali tak kalut dah..
Setakat baby yang menyusu badan, belum makan pape.. tak usah risau sangat..

Bila masa nak kene rujuk dokte sebenarnya?
  • Bayi sering menangis
  • Perut bayi bengkak dan keras
  • Bayi tidak mahu menyusu
  • Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut

Friday, September 9, 2016

Cemburu Dengan Adik?

Di awal fasa kelahiran baby Azra, sweetheart sepertinya tak menerima sepenuhnya. Dia mungkin tak faham dan tak puashati kenapa mama asyik dengan adik je..

Pernah dengar dari mulut dia..
" mama ni asyik adik je.. mama tak sayang kakak ke?"

There..
Macam tulah bila dapat adik waktu dah besar.. nak dicakap sangat dia belum betul faham. Tapi bila diterangkan yang ..

mama sakit.. tak boleh uruskan kakak.. tak boleh mandikan kakak.. tak boleh pakaikan kakak baju skolah.. mak ada uruskan kakak sementara waktu mama masih sakit. Nanti mama dah sihat, mama uruskan kakak balik ye..

Dia menerima mungkin separuh hati. Seminggu berpantang, kuatkan diri untuk bangun tengok dia bersiap ke sekolah.. hantar depan pintu..dan nampak mukanya manis dan ceria..

Sampailah mama dah sihat dan uruskan dia semula macam biasa..

Susah juga nak supaya dia faham yang kami tak pinggirkan dia.. dia yang rasa macam tu. Dilema orang ber adik lambat ye agaknya huhu..

Kalaulah dia tahu.. mama abah ni tak pernah tak sayang.. tak pernah sayang adik lebih dari kakak..budak-budak kan.. lurus..cakap je apa yang ada dalam kepala dia. So nowadays, bila lebih banyak komunikasi.. lebih baik keadaan tu..

Mak anak 2.. masih belajar dan perlu banyak lagi belajar



Thursday, September 8, 2016

Kongsi Testimoni PetPet Dan Menang



Alhamdulillah.. kami antara yang menang..



Dah tak ingat apa yang dikongsikan. Sampaikan masa PetPet call bagitau salah seorang yang menang pun blur-blur sebab dah lupa pun contest tu..

Hadiahnya 3 pek diapers PetPet.. ok lah tu.. kemenangan diapers yang pertama.



Panas.. hadiah pun baru je sampai depan gate.. terbaiklah staff pet pet..

Hadiah buat siPrecious baby ini..




Kalau time sweetheart dulu mengumpul Drypers sampai kotaknya tinggi lepas kepala sendiri.. yang kali ni kecil-kecilan sudah lah.. hihi

By the way.. terima kasih Pet Pet
Tahniah kepada semua pemenang :)

Tuesday, September 6, 2016

Menjenguk Ke Halaman

Sejak ada baby Azra, memang kesuntukan masa nak menjenguk laman. Apalagi nak tanam menanam. Tapi dek kerana minat, depan sliding door pun jadi je menanam sikit2..

Buat terapi mata dan minda. Kalau pandang sliding door.. nampaklah tanaman hijau sikit2..

 Pokok Temu pauh..
sedap..wangi macam bau mangga
buat ulam, tapi kalau tak tahan.. angin wooo..


 Pokok Kucai..
Tak minat sangat. Tapi suka tanam sebab mak dan abah suka kucai


Pokok Kunyit


 Pokok peria katak


 Pokok Kunyit lagi


Pokok Sawi




Tu je la..
Tak banyak..
Rumput memang gemuk-gemuk..
Nanti kau..

Sunday, September 4, 2016

SSC - Ku Jatuh Chenta

Mula baca pasal SSC  ( soft structured carrier) sejak mengandung baby Azra. Selama ni bukan tak pernah nampak. tapi tak pernah ambil tahu. Ye la kan.. mama nak dukung sape?

Bila pregnant, membuak-buak rasa nak tahu tentang SSC. Mujur ada kawan-kawan group pregnant yang banyak ilmu. Mereka share banyak tentang SSC. 

Mama tak pandai ok nak bercerita tentang SSC. Korang boleh gugel dan baca. Pengalaman guna SSC baru macam taugeh nak tumbuh.. tak layak nak advise dan cerita banyak tentang SSC.

Nak tunjuk betapa excitednya  nak guna SSC, sebelum bersalin dah order.. sebelum bersalin dah sampai ..




SSC Sesame Street ni mama tempah slot dengan Big Eyes Shop
Slot SSC ni nak kene rebut ok..nak kene cepat.. kalau tak ..tak dapek la..
Korang gi link tu ..ada cara nak tempah kat sana
Senang berurusan dengan owner BES ni.. clean and clear je
Toksah risau bila dah deposit .. trusted seller ni..

SSC ni baby 4 bulan ke atas baru boleh guna. Tapi disebabkan degil dan nak tahu kenapa baby kecik tak leh guna.. mama pernah up baby Azra masa umo 2 bulan..

Memang tak boleh.. memang tak sesuai dan tak selesa. So dari situ mama faham apa yang dibaca.

Tapi since 3 bulan lebih, SSC inilah paling berguna disaat nak jemput sweetheart balik sekolah agama. Dengan kedudukan sekolah ditepi jalan utama, kereta banyak, laju-laju pulak tu. Nak kene lintas 2 jalan utama sebab parking kat belah sekolah sangat-sangat terhad.. 

Nak tak nak mama nekad up je adik Azra dalam SSC. Jadi takde masalah nak lintas jalan sambil pimpin sweetheart. Dan takde masalah juga nak lintas jalan dengan pegang payung. Sangat!

Sekarang ni, adik Azra dah 5 bulan lebih. Kalau nak belanja dapo, nak jalan-jalan kat mall, keluar waktu ramai orang pun dah tak kisah sebab ada SSC. Up je adik Azra dan dia akan selesa dalam tu. Nampak ngantuk, tepuk-tepuk je.. dia akan tido

Boleh pilih barang dengan selesa, tak yah risau asyik nak tengok stroller, takut anak kene curi orang hahaha.. Just pimpin sweetheart je.. sangat senang..


Lena dia tido..





kakak ni.. mama tak ready lagi tau..huhu..

Memang best ber SSC
Jom!


Tuesday, August 30, 2016

Azra, Ruam Dan Moogoo

Lebih kurang sebulan lepas, pada satu pagi..bangun tido je muka baby Azra ada banyak ruam terutamanya pada bahagian bulu kening, bawah mata, hidung, dahi dan mulut. Agak terkejut sebab malam sebelum tu elok je takde sebiji pun..




Masa bawak baby Azra sunat kat Poliklinik Nur Hidayah, dokte pun check ruam-ruam tu. Sebab dokte takut suspek HMFD. So dokte suruh monitor dua tiga hari lagi tengok macam mana. If makin banyak then datang klinik semula..

Balik tu gigih bersihkan muka baby Azra dan tepek kan tepung yang buat bedak untuk ruam tu. Tepung apa? Ntah tepung ubi ke..tepung kanji ke.. kompius sebab mak yang masukkan dalam bekas masa dalam pantang..

Sehari dua, nampak kurang sikit tapi esoknya merah balik ruam dia.. haish.. camner nih. Tepek lagi tepung.. macam tu juga. Reda..reda.. naik balik. Segala mala  krim baby yang ada kat rumah ni dah cuba.. sebab tu amik masa lama sebab try satu-satu. VCO pun try jugak. tapi langsung tak de kesan. Nampak makin merah pulak bila tengahari. Kesian sangat..

Jadi terpandanglah post fb seorang kawan tentang produk Moogoo untuk anak dia yang ekzema. Pegilah menjelajah blog dia untuk baca tentang tu..

Pastu gugel juga blog-blog lain yang ada menulis tentang Moogoo, ruam & ekzema. Gigih membaca disana sini sebab ruam baby Azra ni takde tanda-tanda ekzema kot? Agaknyalah..

Tapi takpe.. baca je..

Bila dah baca banyak blog. Jumpa pasal Moogoo ni banyak betul. Sebab katanya Moogoo & buds adalah 2 produk yang natural, baik dan selamat untuk baby. 

Bercakap tentang harganya.. tak yah nak terkejut sangatlah.. mahal berbanding produk biasa. 

So, next step..
pegi pulak gugel website Moogoo.. baca dan ambil tahu produk dia. Sebelum beli, kene tau untuk apa..bila nak guna. Bila tak faham, tanya dengan ibu2 yang biasa guna. Tak susah.. pm je kat fb.. diorang tak lokek ilmu.. Antara produk yang disarankan kawan-kawan..



Kemudian pegi pulak tengok website buds 
Pun sama.. baca dan tengok produk.. antara yang di sarankan kawan-kawan adalah


Kiranya, dua produk ni lah pilihan ramai ibu bapa untuk baby punya masalah kulit sebab kedua-dua produk ni natural dan insyaAllah selamat untuk baby dan kalau termakan pun tak ada masalah. Kot katalah kita sapu kat muka or tangan baby, then jari2 dia tu masuk mulut.. pun tak ada masalah sebab dalam produk ni tak ada chemical berbahaya.

Another step..
Tengok kat mana store yang ada jual buds & Moogoo nih. Kalau Buds, banyak tempat boleh jumpa tapi Moogoo agak susah. Certain-certain farmasi je ada jual. Tu pun biasanya susah nak ada stock..

Jumpa satu farmasi kat Sutera Utama, Wellness Pharmacy yang ada jual kedua-dua produk ni. Makanya ajak abah pegi. Area tu padat sikit, tak suka drive sorang ke situ. Nak parking pun susah.

Kebetulan masa pegi, Super Soothing Rescue Lotion  buds tu tak ada stock pulak. Yang ada rangkaian Moogoo yang 3 tu. Tapi tak lah terus beli 3. Mama beli satu dulu, ISB sebab ruam kat muka baby Azra tu merah-merah dan waktu tengahari dia suka gosok..mungkin gatal. So, beli ISB sahaja RM79.00 untuk 120g



Proses menyapu pun bermula lah. Bila krim ni kering, merah-merah akan berkurangan tapi muka baby Azra nampak kering. Lagipun memang dah stop menyapu segala mcm losyen lain. tak mo campur-campur..

So, decide nak beli Full Cream..

Full cream ni kat farmasi tu RM66.00, tapi dia suggest ambil travel pack berharga RM89.00 akan dapat 4 produk sekali iaitu Milk wash, Milk shampoo, conditioner & full cream. Lagi berbaloi rasanya..





Cream conditioner ni segar betul baunya..Tiga-tiga produk ni baunya best. Tak menonjol sangat dan yang pasti ia selamat untuk kulit baby

Selepas 6 kali sapu kedua-dua krim Moogoo ni.. nampak perubahan yang positif pada kulit baby Azra. Bangun pagi pun takde lah merah-merah dah. Biji-biji ruam pun tak nampak besar. Nampak dah menyusut sikit tapi belum lah hilang. Dan dia dah tak nampak tergaru-garu muka waktu tengahari macam selalu.. alhamdulillah lega sangat..


 Oleh kerana baby Azra masih menyusu badan, mama pun kene perhati apa yang mama makan. Itu cabaran anak menyusu badan.. tapi tak pelah.. demi kebaikan..

Nak dapat dia kemain la susah.. takkan baru nak kene pantang makan dah tak sabar kan. 

Semoga kulit baby Azra sembuh macam dulu.. hilanglah ruam tu tak lama lagi insyaAllah.. Aamiin..







Saturday, May 21, 2016

GIVEAWAY : PERENCAH IKAN BAKAR BY AZATIESAYANG

http://azatiesayang.blogspot.my/2016/05/giveawayperencah-ikan-bakar-by.html

60 Days Old


Genap 2 bulan pada 18 Mei..
Tapi nak senang kira.. 20 Mei lah..
Tak leh update lagi berat, panjang sebab appointment klinik 23 Mei nanti 

Ni muka bila buat perangai..hihihi



Muka manja konon-konon..
We love you sayang

Happy 2 month old!

Dah pandai senyum
Dah pandai menyahut
Pandai tengok tv
Dah tak nak baring sangat..lagi suka diri dan dukung..hukhuk..

Thursday, May 19, 2016

Buai Owh Buai..

Masa pregnant aritu, plan asal memang tak nak intro buai kat baby. Pengalaman dengan sweetheart berbuai memang kene hangkut buai ke sana ke mari jika nak bermalam..

Kalau jalan-jalan time baby nak tido pun payah juga. Mengamuk sakanlah dia nak berbuai

Tapi keadaan jadi lain bila baby Azra lahir. Awal-awal dia memang ok je tido kat katil. Tapi menjelang 2 minggu dalam pantang, dia mula ubah perangai.. mula tido sekejap-sekejap2 saja dan tak puas tido.. merengek. Tu ok lagi..

Bila malam dia tak nak tido katil.. nak ngempeng menyusu sampai berjam-jam. Memang tak tahan. Dah lah tengah dalam pantang. Jahitan pun tak ok lagi.. dapat dia kelaku macam tu.. memang sampai tahap ada 1 malam tu tak tidur langsung. 

Pukul 7 pagi baru dia tido macam orang pengsan. Mama pulak yang sakit kepala seharian sebab tak tido. Arghh sangat tak tahan..

Akhirnya, mak abah balik kampung ambilkan buai sweetheart dulu. Alhamdulillah pengenjut elektrik beli masa sweetheart masih elok dan boleh digunakan..

Mula lah era berbuai..

Ada orang kata...

"Nape bagi tido buai? Nanti susah nak berjalan..."

Mama tak fikir nak berjalan la weh.. lagi fikir survival sehari-hari tu yang lagi penting. Ada anak sekolah, nak siapkan anak sekolah, rumah, masak, hantar jemput anak lagi..

Kalau baby buat hal.. celah mana ko nak cari masa nak buat tu semua kan. 

Bila dia berbuai, dia akan tido lama sikit. Sempat lah melipas kudung buat keje. Itupun kadang sampai terlewat makan. Elok makan pukul 11pg boleh delay sampai pukul 1 ptg.. 

Mama tak yah lah berjalan-jalan sampai sehari suntuk jika tak penting.. baby kecik.. tunggu besar sikit nanti boleh ajar turun buai lah

Hihi pedulilah apa orang nak kata..
Kita yang hadap hari-hari.. bukannya orang yang bercakap tu yang hadap
kan :)
Senyum je..



Gambar precious baby tengah tido dengan lena..
Tengok baby tido ni moment paling tenang tau :)

Sunday, May 8, 2016

1st in 44 Days


Gambar baby Azra yang pertama di public dan facebook selepas 44 hari. Selama ni cuma share gambar tangan, kaki je..



Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

Monday, April 18, 2016

Akhirnya.. Nekad Saja!

Masih ingat entry sakit gigi waktu pregnant aritu tak?
Tak ingat???
Yang INI
 
Ingatkan seronok sampai ke hari 44 berpantang. Tapi rupanya baru beberapa hari berpantang, waktu malam gigi yang sama tu dah mula berdenyut-denyut.. uwaaa...

Mulanya masih ditahan kan. Sapu minyak dakam..cuci bersih dan kumur selepas makan. Tapi tak membantu rupanya bila dah sakit.

Kemuncaknya pada hari ke 28 berpantang. Memang nekad nak cabut sangat. Sakit! Mintak pandangan sepupu abah yang seorang dentist, katanya jika darah nifas masih ada elok tangguhkan dahulu hasrat nak cabut gigi tu.. risau bleeding..

Malam tu bincang dengan abah, ok lah tangguh sampai nifas kering. Tapi tengah malam tu juga sebelah muka rasa berat amat. Sakit berdenyut.

Awal pagi 29 berpantang dah bangun dan cakap dengan mak.. nak cabut gigi.

Pukul 8 pagi siap-siap dan mintak tolong abah mama hantarkan ke klinik. Cabut kat klinik pergigian kat kk taman u je lah. Murah gitu. Pi private aritu tanya paling cikai dokte kata RM150.00 itupun kalau takde prosedur lain. Kalau ada charge bertambah kerana ianya gigi geraham bongsu..kononnya..

Naik tingkat 1, dapat nombo 3010, nombor 3001 pun belum start panggil lagi. Maknanya sempatlah tengok 9 orang keluar masuk cabut gigi..

Yeeha.. mama memang penakut. Last cabut gigi time kat Uitm dulu kot.. huhuh..

Orang pertama, kedua, ketiga & ke empat masuk keluar bilik 3.. semua muka berkerut-kerut.. uwaaa.. rasa macam nak lari. Tapi sebab gigi sakit ni.. nekad tunggu..

3010, nah..tiba masanya..
Dokte dalam bilik 3 rupanya dentist wanita melayu :)

Dia kenalpasti gigi yang mana sakit, pastu dia kata nak inject ubat kebas.. 3 kali cucuk.. uwaaa.. sakit gak sikit. walaupun sakit bersalin adik lagi sakit kot.. kahkahkah.. dasar penakut

Tunggu luar dalam 5 orang lagi keluar masuk.. 3010 dipanggil semula

Tak sampai seminit.. dah siap.. tadaaa!
Hilang siksa..

Ada satu gigi lagi yang perlu ditampal ni. Al maklum.. tampal gigi pun kdg2 sakit okeh. dasar penakut..

Cepatlah baik ye gusi..
Makan bubur ye kita untuk beberapa waktu..

sekian..

Masanya Sudah Tiba..

Alhamdulillah.. sebulan usia baby Azra hari ini..

Coretan dan rentetan pengalaman bersalin yang semestinya lain dari yang sebelumnya. Tak terlintas bahawasanya akan bersalin secepat itu..

Selalu mengusap perut dan memujuk supaya baby lahir cukup 37 minggu, dimana waktu itu semua organnya sudah matang terutamanya paru-paru kecilnya..


18 Mac 2016

Dari awal minggu, perut dah selalu mengeras waktu malam. Mengeras panjang dan agak lama hingga tak boleh tidur. Tapi malam sahaja, siang tak ada langsung.

Terdetik dihati, aku akan bersalin cepat ke?
Sebab doa hari-hari supaya bersalin cepat, mudah dan dikurangkan kesakitan serta kami berdua selamat. 

Nak scan, klinik CS Koh tutup hari jumaat. Jadinya kene scan sabtu..


19 Mac 2016

Keluar pagi, tapi klinik penuh untuk scan pagi. Ambil appointment selepas 2.30 petang. Rehat-rehat kat rumah MIL macam tak ada apa akan berlaku. Beg bersalin memang dalam kereta..

2.30 petang, kami ke klinik semula untuk scan. Terus dapat masuk sebab memang appointment awal. Beritahu dokte yang nak scan sebab dah melepasi 36 week

Baring dan dokte Koh pun mula scan. Mama boleh nampak sebab monitor besar ada depan mata untuk mama tengok. Dokte Koh tengok skrin bahagian jantung baby agak lama. Mama dah mula resah dah ni..

Dokte Koh tanya, 
Dokte Koh : Last scan berapa AFI ( air ketuban)?
Mama : 13.6
Dokte Koh : Ada leaking ke?
Mama : Tak ada. Kenapa dokte?
Dokte Koh : air ketuban tinggal sikit ( sambil dahi kerut) dan degupan jantung baby tak stabil. Ada masa macam nak stop..

Mama pandang abah.. lost.. rasa nak nangis dah..
Ya Allah.. 

Dokte Koh : Ok..kita kira dulu ye, air ketuban tinggal 6.11. Sudah kurang sangat banyak
Mama: Habis macam mana ni dokte?
Dokte Koh : I buatkan refer letter, you kene pegi hospital sekarang jugak..

Kami angguk sahaja. Siyes rasa nak nangis.. takut apa2 jadi pada kandungan ini..

Pas bayar bil dan dapat refer letter kami terus bergegas naik kereta dan balik. Dalam keretalah kami bincang tinggalkan kakak Ain kat rumah Mummy Azie. Dan dalam masa sama mama call mak abah supaya datang petang tu jugak.

Kami balik dan amik sikit barang lagi. Bawa bekal air zamzam dan on the way kami tinggalkan kakak ain kat rumah Mummy Azie. Cium dia sebab rasa-rasa tahu akan kene admit ward..

Dalam kereta hati ni berdoa dan berzikir supaya semuanya ok sahaja..

Kami sampai di hospital dalam pukul 4 petang. Bagi buku dan duduk menunggu diruang menunggu bilik saringan hingga azan asar kedengaran. Tak lama selepas azan, misi bertugas dikaunter bilik saringan panggil dan tanya macam2 soalan berkaitan.

Settle urusan soal jawab, misi tu kata..
Puan boleh salin kain batik dan masuk ke bilik saringan. Waaa... huhuhu.. proses dah nak bermula..

Dalam bilik saringan confirm lah kene ctg jantung baby. Tapi ctg tak cantik sebab baby tido dalam perut. Dokte bilik saringan minta izin nak buat ve sambil nak kejutkan baby..

Kemudian datang seorang dokte melayu perempuan..
Dokte : Apa perasaan puan sekarang ni? Puan takut ke?
Mama : tak takut dokte. Tapi saya risau
Dokte: Puan risau sebab dokte kat klinik tadi kata jantung baby tak stabil?
Mama : ye saya.. tentulah saya risau dokte
Dokte : Puan jangan risau sebab puan dah kat sini sekarang. Kita pantau. Tapi puan kene positif sebab bila puan risau mahupun takut, ctg jantung baby akan laju..
Mama : Laju? maksud dokte?
Dokte: Hbeat baby diantara 140-160, tapi hbeat  baby  puan mencecah 169 sekarang ni. Ini tak bagus. Boleh tak puan cuba tenang. Kata pada diri yang baby tak apa-apa.. puan positif ..
Mama: Saya cuba dokte..

Sambil-sambil nak pakai-pakai sarung tangan bagai tu dokte tanya tentang tanda bersalin. Mama memang sure sangat belum ada apa-apa tanda pun.

Jadi dokte pun mula buat ve.. terasa dia usik kepala baby dan sebaik sahaja dia keluarkan tangan.. sarung tangan dah bersalut lendir dan bersalut darah yang banyak..

Haaa.. tanda dah ada dah puan.. kata dokte tu. Menjeling sekilas.. mak oii banyaknya darah..dulu masa kakak ain takde pun darah banyak macam ni

Dokte perempuan melayu tadi datang semula. Maklumkan ctg jantung baby dah cantik dah. Dan baby ok. Mama jdi tambah positif sambil goyang-goyang kaki supaya baby tak tidur semula. Maklumlah.. waktu-waktu pas asar memang biasanya mama tengah rehat lepas ambil kakak ain.. makanya baby memang akan tidur

Dekat sejam terbaring ctg, dokte matikan mesin dan ajak ke ruangan lain untuk scan pulak. Ok.. pegi ruang scan. Lerrr.. dokte tu tak pandai nak scan hihihi.. kene tunggu dokte pakar datang.

Dekat setengah jam baring kat bilik scan tu.. baru dokte pakar datang dan scan. Memang betul AFI (ketuban) tinggal 6.11 sahaja. Dokte pakar kata, puan kene admit ward. Esok puan kene bersalin..

Dan mama.. telan air liur.. gulp

Kembali ke bilik saringan. Dokte bagi baju dan kain pink suruh salin sebab nak masuk ward dah.  Maka salin baju dulu.

Disuruh duduk tunggu sebentar. Tapi masa tu jugak ada seorang ibu nak melahirkan tapi dia kene emergency czer. Staff bilik saringan semua kelam kabut nak siapkan dia masuk OT, kami ni terpaksalah tunggu..

Maghrib, masih di bilik saringan. Dokte lain pula datang bantu dokte yang uruskan mama tadi, maka dia pasangkan branula kat tangan kanan. Umak aii.. sakit giler.. tapi sabo je lah..

Tunggu luar di ruang menunggu, misi bagi file kat abah suruh gi buat pendaftaran dan abah bgtau nak solat maghrib sekalian. Mama tunggu je situ..

Sepuluh ke lima belas minit pas tu abah pun siap daftar, hantar balik file kat kaunter saringan dan jap tu misi bagi semula file. Mama naik wheelchair dan abah tolak ke ward. Sampai kat kaunter ward kelas 1, misi tanya.. siapa hantar? kami jawab takde sape hantar. Misi kaunter bising, katanya misi bilik saringan ni tak ikut prosedur. Sebab sepatutnya misi bilik saringan wajib hantar pesakit yang admit ke ward. Bukannya pesakit datang sendiri..kihkihkih..




Dari petang yang sampai kat hospital memang belum makan apa-apa pun. Abah mintak izin dengan misi untuk pegi beli makanan sekejap. Cakap kat abah, beli nasi tapi jangan pedas sebab sejak 3rd trim dah tak boleh makan pedas. Pedih ulu hati..
Dalam setengah jam abah kembali, bawak nasi goreng cina. Mama makan alas perut dan abah kene balik sebab tak boleh lama-lama di atas.
Sebelum tidur sempat salin pad yang dah penuh dengan darah, sempat online sekejap update status kat fb dan sempat wasap-wasap dengan geng-geng group pregnancy..
Tak boleh tidur sangat sebab on off sakit tapi tak konsisten sampai ke subuh macam tu. Dan darah makin banyak keluar


20 Mac 2016 
Dari pagi sampailah ke dokte buat lawatan ke ward, menunggu apa keputusan dokte. Dokte pakar berbangsa india datang, tarik kerusi dan duduk disebelah mama..
Katanya, nak kene buat scan untuk tengok aliran darah dari plasenta ke badan baby. nak tahu ok ke tidak. Then keputusan untuk deliver akan bergantung kepada keputusan yang itu. Mama rasa dokte tu sebenarnya nak kata, if keputusan scan tu tak cantik, maka czer adalah jalannya. Tapi dia tak nak cakap sebab .. ingat tak.. kat bilik saringan.. bila mama tahu kat private tu yang jantung baby tak ok.. mama dah risau & ctg jantung baby dah tak cantik. 
So, dokte tak cakap hal czer sebab dia tak nak risaukan mama. Yang mama dok tunggu sebab mama rasa dia nak sebut perkataan czer tapi dia cover-cover. Sebab sebelum beredar, dokte pakar tu sempat cakap, puan terus positif ye.. jangan risau apa-apa. Kita akan cuba yang terbaik untuk puan..
Menjelang petang, tak jugak dipanggil untuk scan. Risau juga dah. Dokte lain datang bagitau yang dokte pakar pagi tadi tu ada emergency czer, patutlah..
Sampailah ke waktu melawat, abah datang. waktu tu juga waktu makan malam..
 Makan malam sebelum masuk bilik bersalin
 Tak habis makan lagi, seorang dokte perempuan melayu datang dan kata nak buat ve dalam pukul 6.15ptg. Mama makan dulu dan cepat-cepat pegi ke bilik rawatan.
Dokte ini kecil saiznya okeh, dia buat ve dan kata dia tak dapat sentuh selaput ketuban. So, misi sorang lagi pulak yang buat ve, pun kata tak sentuh selaput. Mereka andaikan selaput ketuban dah pecah..
Kelam kabutlah mereka siapkan mama nak hantar ke bilik bersalin waktu tu juga. Mama pun jalan ke bilik, abah pun terkejut.. tetiba kene masuk bilik bersalin. Capai beg baby, tapi misi cuma ambil satu diapers sahaja. Yang lain tak perlu katanya sebab baby nak kene admit ward lepas lahir kerana ketuban leaking lebih 18 jam.. oh my..
Pukul 7 malam, kami sampai di bilik bersalin no.5
Sejuk mencucuk tulang, sampai dua-dua lutut tak leh diam, berlaga-laga kesejukan..kihkihkih.. cannot control woo.. sejuk giler.
.
Dalam bilik bersalin tu ada 2 misi SN pakai baju biru, dua-duanya melayu bertudung. Lembut je.. 
Maka bermulalah sessi cucuk mencucuk drip yang tak dapat-dapat sampai kene cucuk beberapa kali.. uwaaa... sakit..
Dokte kali ni dokte melayu perempuan bertudung labuh, dokte Lina namanya kalau tak silap, kecil je badan tapi sangat cekap
.
Dia marah bila buat check ve, dia kata ketuban masih elok. tak pecah. Bising jap dia. Tapi pastu dia decide nak pecahkan ketuban..
Ready, perghh.. air panas mengalir-ngalir rasanya..huhu. Jap tu dia kosongkan bladder pulak..selesai itu misi pun pasangkan drip air, drip ubat induce dan terus cucuk injection tahan sakit.. awww.. huhu
Mama tengok jam.. 7.30 malam, terus panggil misi.. kata kat misi, suami saya ada diluar misi, boleh tak panggilkan dia masuk.. misi pun terus panggil abah.. sat gi nampak muka abah kat pintu. Huhu.. dok tengok-tengok wife dia dah kene cucuk macam-macam benda dah ni.. 
Duduk, terus pegang tangan, tolong betulkan tudung, dan betulkan kain.. selimutkan kaki..sambil tanya.. dah start sakit ke.. mama kata belum lagi..
Pegangan tangan tu tak pernah lepas sejak itu. Sakit pun mula terasa.. tapi ubat tahan sakit pun dah bekerja. Rasa mengantuk, abah kata mama tidur. Bila sakit makin kuat, terjaga dan genggam tangan abah sekuat-kuatnya. Dengar suara abah, jangan genggam kuat sangat, drip ubat dengan air ni berdarah..kata abah.

 Dengar juga suara abah suruh zikir, istigfar sebab sakit dah mula kuat..dah mula kerap..
Dalam pukul 10 malam, terjaga dan jam dinding memang kat depan mata. Mamai-mamai nampak kelibat dokte lelaki. Kata abah kat telinga, mama.. dokte nak check jalan. Mampu angguk je sebab waktu tu sakit sangat kuat
Sat gi dokte kata, tak jadi check jalan.. nanti pukul 12 tgh mlm baru check. Walau mamai, mama sempat berkata dalam hati.. sempat ke nak ve pukul 12 nanti? Sakit sangat dah ni.
Jap tu dengar lagi suara abah, nanti pukul 12 check jalan ma.. mama angguk saja..
Start pukul 10 malam tu, dokte tu keluar je.. mama terasa sakit yng rasanya seminit sekali. Setiap kali sakit rasa macam nak meneran. Tapi dah tak mampu nak beritahu..
Hampir 10.30 malam, SN nak kosongkan bladder, dia panggil mama..
Puan.. puan rasa nak meneran ke? Sambil selak kain yang tutup, hah dia terkejut sebab dah full dilate. 
Sempat dia susuh mama tahan nafas, katanya alat untuk kosongkan bladder tu tersepit.. aiyoo..
Terasa abah paut bahu, suara abah betul-betul kat telinga kiri. Dengar misi suruh paut kaki. Dengar misi kata, dah ready..kalau puan rasa nak teran..teran je..
Teran sekali sekuat hati, abah kata kepala adik sampai paras leher dah keluar. Dengar suara adik baby nangis. Abah kata teran lagi ma.. dan dengar suara abah kata teran sekali lagi ma..
Kali ni mama sedar 80%.. dengar suara abah..
Alhamdulillah ma.. adik dah lahir.. syukur..
Lega selega-leganya.. syukur alhamdulillah. 
SN suruh angkat baju dan dia letak baby atas dada. Terus cium adik baby. Dan SN suruh abah azankan baby waktu tu juga. Adik baby tengah galak menangis, tapi bila abah azan dia terus diam.. syukur..
SN buat keje kat bawah sana tu.. jap2 rasa sakit..jap2 rasa sakit. Kata SN jahit sikit sahaja sebab cuma 1st degree tear.. sikit pun sakit woo.. hihihi
Siap jahit semua.. SN naikkan sebahagian katil jadi penyandar dan dia bawak adik baby. Dia hantar satu mug milo suam sekali. Dan dia tinggalkan kami bertiga..alhamdulillah mama dapat bf adik baby waktu tu agak lama sebelum dia dibawa ke ward baby..


Sekejap tu, mama pun dihantar SN kembali ke ward. Misi kat ward hantar sampai ke bilik. Salin kain baru.. abah sapukan minyak panas kat kaki, sarungkan stokin dan selimutkan.. mama rasa sangat letih. 
Abah ambil diapers untuk hantar ke ward baby..lepas tu abah kata nak terus balik rehat.


21 Mac 2016 
 
Lepas abah keluar, mama tak sedar apa dah. Sedar-sedar tengok jam pukul 4.30 pagi, rasa nak ke toilet. Turunkan kaki, macam pening. Tapi nak ke toilet sangat. Slow2 bangun memapah ke toilet. 
Tengok phone, abah sms.. kata tengok adik baby tadi kakinya kaler unggu. Sejuk agaknya. Tapi dia dok bawah lampu. Abah kata sempat cium dan kirimkan salam mama..
Nampak iberet folic, pi telan iberet folic dulu sebab ingat misi malam tadi kata mama kuar darah banyak sangat. Sempat telan 3 sudu besar Qaseh Gold Adinda dan minum air suam.. baru baring semula
Terjaga semula rasanya dah agaknya pukul 7 ke pukul 8 bila misi datang kemaskan katil, buka langsir dan tutup lampu..

Minum pagi macam biasa, milo panas dengan roti dan jem

Pukul 9 lebih dokte pakar round ward dan katanya boleh balik petang nanti. Sempat tanya.. baby saya macam mana dokte?

Dokte kata, kene pegi ward baby dan tanya kalau baby pun dah boleh discharge atau belum..

Call abah, suruh datang sebab nak pegi tengok adik baby..

Adik baby kat ward anggerik 2. Agak jauh dari ward kelas 1 yang mama duduk. Abah tolak mama dengan wheelchair..

Sampai kat ward baby, abah masuk dan abah kata misi cakap adik baby boleh discharge dah. Mereka tengah siapkan untuk hantar adik kat ward mama.. yeay!!

Jadi kami balik tunggu kat ward. Sekejap tu misi ward baby datang hantar adik baby..

Terus mama salinkan baju dan kain bedung dia..

Precious baby mama, abah dan kakak.. after 9 years of trying and waiting


 Lepas asar.. semua dokumen siap..
Alhamdulillah discharge..
Jom adik.. kita balik :)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...