"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Monday, October 20, 2008

Qistina Melangkah Untuk Kali Pertama!

Sabtu 18/10/2008, 9.30 Malam di rumah

Qistina berdiri memapah pada dinding dan menyusur beberapa langkah ke kiri dan tidak lama selepas tu dia melepaskan tangannya yang berpaut pada dinding dan berjalan 1 langkah tapi selepas 1 langkah itu dia kembali duduk.



Ahad 19/10/2008, 3 Petang dirumah Mak Teh Bukit Tongkat

Qistina berjalan lagi tapi kali ini dia berjalan 2 langkah kehadapan menuju pada nenek. Hanya 2 langkah sahaja dan kemudian dia kembali merangkak. Walau bagaimanapun, cukuplah untuk kami semua tahu yang Tina dah mula nak berjalan. Keep going Tina..Jia Yu

glitter-graphics.com

Saturday, October 18, 2008

Gambar Mama & Tina Dalam Majalah Pa&Ma November 2008




Dah lama sebenarnya mama hantar gambar kat Majalah Pa&Ma tapi belum ada satu pun yang keluar. Semalam 17/10/2008, Mama seronok sangat sebab dalam majalah Pa&Ma bulan November 2008, ruangan 'Permata Hati' ada gambar mama dengan Tina. Gambar ni adalah gambar 2 jam selepas Tina dilahirkan dan masih didalam bilik bersalin. Abah yang ambil gambar ni. Hmmm... seronok betul la minggu ni..

Gambar mama dengan Tina (page pertama sebelah kanan bawah. Mama pakai t-shirt putih, Tina pakai snow cap putih ada belang biru hijau).
Macam ni barulah seronok nak hantar gambar lagi..

Samples From Pureen


Many mails arrived this week. And this is another diaper sample from pureen. It contains 4 pieces of diaper and flyers. I also received flyers from Wyeth. Its flyers told about 'LUTEIN'. Anyway, thanks to Pureen and Wyeth

Friday, October 17, 2008

Rose Award

Today I receive my first award since start blogging and its from Esmeralda ... thanks Es. I am so happy today and feel honour ...thank you ..thank you
The rules of the award are:
  1. The winner can put the logo on her blog.
  2. Link the person you received your award from.
  3. Nominate at least 7 other blogs.
  4. Put links of those blogs on yours.
  5. Leave a message on the blogs of the girls and boys you've nominated
Now I'm passing this award to:


I really hope this award brighten your day mommies!

Thursday, October 16, 2008

16/10/2008


Tina Tak Sihat

Dalam post lepas,Tina kena selsema.


13/10/2008 - Masa mama balik dari ofis sampailah malam tu Tina masih ok lagi. Selsema dah kurang. Hingus dah tak meleleh lagi. Dia pun dah riang macam biasa. Tapi lebih kurang dalam pukul 2 pagi, Tina batuk-batuk kecil. Makin lama makin kuat dan tepat 2.15 pagi Tina muntah berlambak-lambak atas tilam. Lepas tu dia baring semula atas muntah. Nasib baik mama dah terjaga awal lagi.. cepat-cepat angkat Tina dan lap mukanya yang penuh dengan muntah. Mama n nenek salinkan baju Tina, sapukan minyak kat perut, belakang, betis dan kaki. Tukarkan stokin dan Tina tidur semula.
4.00 pagi Tina bangun menyusu. Pukul 5.45 pagi Tina mula batuk-batuk lagi. Dan tepat pukul 6 pagi Tina muntah lagi. Semua susu yang dia minum sebelumnya keluar semula. Lepas lap dan salin baju Tina mama cepat-cepat telefon abah kat JB. Kami ambil cuti untuk bawa Tina ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Chum di Taman Ungku Tun Aminah JB.
14/10/2008 - Abah sampai pukul 8 pagi. Bila Tina bangun tido je kami siap-siap dan bertolak ke klinik. Nasib baik tak ramai orang. Doktor kata Tina tak demam cuma batuk-batuk. Paru-parunya sihat cuma anak tekaknya sedikit merah dan bengkak. Doktor beri ubat untuk menguatkan paru-paru + menambahkan selera makan kerana Tina agak ringan untuk umurnya. Satu lagi doktor beri ubat batuk + legakan kahak..
15/10/2008 - Mama dah kerja, nenek yang bagi ubat kat Tina. Bila balik mama tengok Tina ceria dan riang. Nenek kata Tina makan banyak jugak dari biasanya. Sampai malam... Tina ok..macam biasa. Tidur pun tak meragam

Sample Huggies Ultra

13/10/2008 Isnin
Received sample of huggies ultra (4 pieces) from Huggies
Thank You!

Saturday, October 11, 2008

Tina Selsema


Semalam 10/10/08, balik kerja je nenek bagitahu mama Tina kena selsema.Bila mama tengok, hidung dia dah berair dah. Kesiannya..berpeluh-peluh kepala dia. Dan dia pun tak berapa selesa dengan keadaan tu. Agaknya kepala terasa sakit sekali-sekala. Bila mama tekap hidung dia..Tina marah. Jadi nak kurangkan hidung yang tersumbat tu mama sapukan vicks kat hidung, dada dan belakang dia. Sebelum tidur tu, bagi ubat demam dan selsema dulu. Malam tadi dia tidur nampaknya cuma dah pagi dalam pukul 6, dia dah golek sana golek sini. Bagi susu pun minum separuh je. Rupanya hidung Tina tersumbat lagi. Mama sapu vicks lagi dan masukkan Tina dalam baby cot..dia terus tidur. Badannya berpeluh..kesian Tina


Tengok tu..selsema pun dia masih riang bermain.

Makan Luar - 15/10/2008


Mama & pak su (satu-satunya adik mama) rancang nak makan diluar sekiranya dia dapat balik beraya tahun ni. Jadi pada malam 15/10, kami menempah makanan di Restoran Seafood Hassan Mohd Ong. Kami turut mengajak mak busu (adik bongsu my mum) untuk makan bersama kami. Menu malam itu ialah nasi putih, ikan siakap 3 rasa, ikan siakap stim thailand, kailan ikan masin, udang goreng tepung, sotong goreng kunyit, sup sayur dan kerang masak daun kari.


Penuh semeja dengan makanan. Semua orang sibuk nak makan dan melayan baby-baby sekelian sampai lupa nak ambil gambar. Adalah sekeping dua gambar qistina yang mama sempat snap.


Lepas mama suap Tina makan nasi dengan ikan, mama letak nasi dalam pinggan kosong untuk Tina makan sendiri. Pandai jugak dia ambil seketul nasi dengan tangan dan masukkan dalam mulut tapi...comot dan bersepah sikit la. Bila udang goreng tepung dah sejuk, abah buang ekor udang dan kasi pada Tina. Tengoklah mulut dia penuh dengan udang tu ha..

Semua orang kenyang..kosong semua pinggan..



Ini Zulaikha sepupu Tina. Anak adik mama. 03/11/2008 ni genap 2 tahun. Tengoklah cara dia nak ambil isi kelapa tu..sampai tak hirau orang lain dah..

Sunday, October 5, 2008

3 In One Celebration For Qistina's Birthday

Petang hari raya ke-2, kami sengaja beli kek untuk meraikan birthday atuk (10.10), daddy Aid (20.10) dan Tina (22.10) sebab kalau nak tunggu 22.10 nanti semua orang dah keje. Daddy Aid dah balik KL, tak dapat nak celebrate sama-sama.
HAPPY BIRTHDAY ATUK, DADDY AID & TINA

Saturday, October 4, 2008

Candid Malam Sebelum Raya di McDonalds





Malam sebelum raya kami berjalan-jalan di giant Tampoi dan on the way balik singgah di Mc Donalds bawak qistina makan fries..ramai sangat orang. Kat playground, ada ramai kanak-kanak. Ada sorang toddler chinese ni suka sangat dengan Tina. Ikut mana Tina merangkak dan cepat-cepat masukkan puting Tina bila terjatuh..cute sangat

Friday, October 3, 2008

First Hari Raya For Qistina




Hari raya tahun ini adalah sambutan hari raya yang pertama untuk qistina. Mama & abah pun menyambut hari raya pertama bersama qistina. Kami berdua seronok menunggu ketibaan hari raya. Bershopping baju raya untuk qistina dan menempah baju raya tema warna yang sama untuk sekeluarga.


Tahun ini giliran berhari raya di JB dahulu. Family di JB sepakat untuk berbaju raya tema 'gold'. Qistina mengenakan baju kurung dari warna dan kain yang sama dengan abahnya. Mama punya lain sikit. Tak pe, tahun depan giliran qistina pakai baju sama dengan mama pulak. Pagi raya pertama, bila semua balik dari sembahyang raya je..kami bersalaman dan bermaafan sesama keluarga. Tina je yang belum pandai salam dengan mama, abah dan semua orang. Kemudian sessi memberi duit raya pulak. Tina pun dapat kumpul duit raya tahun ni. Sessi bergambar tidak ketinggalan. Berposing-posing masing-masing. Gambar ramai-ramai pas tu gambar keluarga masing-masing pulak.


Selesai beraya dirumah sendiri kami beraya pulak kerumah keluarga tua..konvoi beramai-ramai. Mama & abah memang bertuah sebab, walaupun Tina penat dan mengantuk tapi dia tak merengek ataupun menangis. Diam..rilek je. Agaknya Tina tahu, raya cuma setahun sekali. lagipun ramai saudara sebelah abahnya yang Tina belum pernah jumpa dari lahir jadi semua orang tertanya-tanya siapa tina..seronok. Tambah lagi dia tak takut dengan sesiapa..semua orang bebas dukung dan bermain dengan dia..pendek kata dia pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan orang ramai.


Tak banyak gambar yang ada kat sini..yang dapat mama postkan. Lain-lain gambar akan diupdatekan kemudian..

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Selamat Hari Raya Aidilfitri To All Muslim.................
HAYE A NICE CELEBRATION!!!

Sunday, September 28, 2008

Lucky Present From Mamy Poko


















Mama is announced as one of the lucky winner in 'My first time experience - Belly' by Mamypoko Club. And Last friday, the lucky prize arrived. It was a 17pcs MamyPoko Pants M size. Everyone was so excited knowing that mama is one of the winner. Hmm.. at least mama have MP for Tina during this hari raya and no need to buy for travel pack. Thanks to MP! So happy!

Wednesday, September 24, 2008

Cap A1 Team Malaysia & Kad Raya Dari SCA Consumers..

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Dalam beberapa bulan dulu mama ada dapat e-mail dari Jobstreet & A1 Team Malaysia, kata mereka kalau mama sign up sebagai member mereka akan hantar cap/topi sebagai penghargaan kepada sokongan yang diberi. Tapi mama tunggu-tunggu..tak ada pun.
Balik dari ofis semalam tengok-tengok ada courier, mak kata benda tu ialah topi jadi mama cepat-cepat tengok..hehehe.. akhirnya sampai jugak topinya.. Abah sibuk pujuk mama bagi topi tu kat dia..
Ada jugak kad raya dari SCA Consumers, kat dalam tu ada borang untuk dapat sampel diaper percuma..nanti mama isi untuk Tina ye..

Soal Selidik Dari Synovate ..

Photobucket - Video and Image Hosting

Pagi Sabtu 20/09/2008, ada perempuan call dari Synovate untuk buat soal selidik tentang susu baby. Mama layankan je. Dia tanya tentang susu qistina, jenama-jenama susu yang mama tahu, iklan-iklan susu, mana dapat information tentang susu..macam-macam lah. Sebelum dia letak telefon dia minta nak jumpa untuk bagi hadiah soal selidik tu. Sebab masa tu mama kat JB jadi suruh dia datang rumah JB je.

Dalam tengahari, ada kereta getz berhenti depan pagar rumah, keluar sorang perempuan. Mama pun keluar. Betul la dia yang call pagi tadi tu. Dayang nama dia. Dia tunjuk kat mama dia ada list penuh calon-calon soal selidik. Mama tengok list tu ada semua info tentang mama dan tina..mcm alamat, no.telefon, nama anak, umur anak, tarikh lahir anak. Dan dia beritahu mama, untuk area kota tinggi ada 4 orang calon yang dia akan pergi jumpa.

Selepas 1/2 jam, dia siapkan kertas soal selidik dia ajak mama pergi kat kereta untuk ambil cenderahati. Masa tu mama cuak jugak tapi buat biasa je sebab ada ramai orang kat rumah. Hadiah yang dia bagi ialah sehelai tuala mandi warna peach. Terima kasih Synovate..

MAM Bottle For Qistina

Photobucket - Video and Image Hosting

Last week while went back to MIL house at Skudai JB, mama ask abah to search JIAN RONG TRADING at Nusa Bistari to look and buy MAM Feeding Bottle which was BPA Free. Mama & abah finally decided to bought that MAM Bottle for Qistina. We bought 2 pcs of bottle, 1 for 4oz and another one is 9oz and we also bought teat no.3 to replace the original one which is too small for her. Quite pricey but as long as it's safe for her..nevermind la..abah said. No compromise for her safety..




Friday, September 19, 2008

Another Milestone From Drypers

Balik je dari kerja 17/09/2008, tengok atas meja ada sampul surat besar putih dari drypers..dah dapat agak apa isinya sebab ramai mommies kat MP forum dah terima milestone mereka. Yang ini mesti milestone Qistina.
Hadiah 1st birthday untuk Qistina pun ada. Sama macam yang lain jugak..buku cerita. Cantik. Colourful.
Tapi mama belum sempat lagi nak isi kat dalam file..nak update milestone Tina pun belum sempat..minggu ni sibuk sangat..
Tina mula berdiri sendiri pada 13/7/2008, masa tu malam. Dia berdiri depan mama, nenek & atuk. Mama terus tulis kat calender tarikh bermakna tu. Sejak tu, dia suka berdiri tapi dia masih belum lagi memulakan langkahnya yang pertama. Mama & abah tertunggu-tunggu masa tu.. tak sabar nak tengok Tina berjalan.
Gambar ni pun secara tak sengaja dapat mama rakamkan. Susah sebenarnya nak dapat gambar dia berdiri sebab setiap kali dia berdiri Mama lagi lebih nak jaga dia..takut dia jatuh..tak ingat nak ambil gambar pun. Tapi masa mama ambil gambar ni, atuk ada dekat dengan Tina..in case lah dia jatuh kan.. risau jugak..
Go Tina Go.. mama & abah tunggu langkah pertama Tina ye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...