"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Thursday, October 22, 2009

Happy 2nd Birthday My Princess..



<>

Click to play this Smilebox scrapbook: My Little Angel

Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
Make a Smilebox scrapbook

Tina sayang.. Have a wonderful birthday. Mama & abah doakan Tina sentiasa dilindungi ALLAH, sentiasa sihat, cergas, gembira dan bahagia disamping mama & abah. Mama & Abah sayang sangat kat Tina tau sayang! We will love you alwayz & forever ...

Wednesday, October 21, 2009

Countdown to Tina's 2nd Birthday

kek apa yang sesuai untuk Tina ek?
kalau hanya nak bonding for the 3 uf us..mana nak gi ek?
hmm...still got time to think and decide...
think.. think... think....

Tuesday, October 20, 2009

Kegusaran Dihati Mama..

Actually mama menulis hari ini untuk meluahkan kegusaran dihatiku ini la.. kenapa? Ni masalah tahap dewa gak la nih. Sejak demam minggu lalu..hingga lah ke hari ni..(memandangkan Tina lom lagi baik betul) ... dia sangat-sangat lah kurang menyusu.. Isy.. risau tau..

Biasanya Tina minum susu 6oz hingga 6 ke 7 botol sehari semalam tapi sejak minggu lepas..dia cuma nak minum 4oz kurang 4 kali sehari..dan the worst thing is ..kadang-kadang..4oz tu pun tak boleh habis! ... Haiyo... macam mana ni...apa dah jadi kat anak aku ni...

Dah la selera makan dia kalau doktor chum cakap..'tak bagus sangat' ..kadang-kadang susah nak bagi dia makan..dan terbaru..tak nak minum susu pulak...mama dah penat fikir.. apa agaknya yang dia nak makan..nak minum dengan banyak. Tapi memang tak ada pun.. semuanya moderate jek..

Badan pun dah makin susut..takkan lah dah nak berhenti menyusu kot? Oh..NO NO NO ... Tina masih memerlukan susu la sayang.. Please...apa nak buat ni...

Tadi mama dah call mak mama..mintak pendapat. Mak mama kata cuba campurkan susu dengan sedikit milo supaya rasa dan warnanya berubah.. masalahnya..boleh ke wat macam tu.. sihat ke wat macam tu... aih...kusut la kepala...

Mungkin jugak Tina masih kehilangan selera makan dan menyusu kerana demam sebab mama dan mak mama yang demam pun terasa macam tu..tak ada nafsu nak makan apa-apa. Kalau paksa-paksa jugak makan nasi..boleh muntah dibuatnya. So, thats why mama rasa Tina macam tu sebab dia kan lom sembuh lagi ek..

Atau mungkin jugak Tina jemu dengan susu yang sekarang diminum..dia agaknya nak minum susu berperisa ke pe? Aduh...

Kepada rakan-rakan blogger mama yang ada pengalaman..kongsi dengan mama jom..risau la. Bagi la apa-apa pendapat ke.. apa benda pun tak pe la.. at least I have something to read to fill my blank mind.. memang risau giler nih..tolong...sape boleh tolong saya....!!!

My Giveaway & My Dressing Barn Contest Giveaway


############################################

Contest lagi!! Kali ni mama nak join jugak la My Giveaway & My Dressing Barn Contest Giveaway yang dianjurkan oleh My Giveaway and My Dressing Barn dengan tarikh tutup pada 31 Oktober 2009 ini..

Hadiah adalah tajaan dari My Dressing Barn
berupa Victoria's Secret Cosmetic Pouch bernilai RM59.90
Menarik Sangat kan!

Menjelajah ke blog My Dressing Barn begitu mengujakan sekali..sungguh! Item-item disana sangatlah menarik. Kalau tak percaya pergilah tengok sendiri...

Antara yang sangat menarik adalah :


Brand : GUESS

Desc :
Beautiful GUESS Heart NecklaceComes with the GUESS "?" Logo in diamante
PRICE : RM99.90
PWP Price : RM89.90
STATUS : AVAILABLE


Brand : Victoria's Secret

Type : The Classic Bag

PRICE : RM169.90 - SOLD

TOTALLY SOLD OUT in VS STORES in USA - VERY HARD TO FIND!!

Also saw other selling at RM200++ for the same bag!!





Desc :A lovely wallet with lots of compartment... now don't we ladies have that many cards !! Hehehe.

Origin : Bought in USA :)

Price : Rm59.90

OFFER RM49.90


Berminat? Nak order? Senang je.. email mydressingbarn@gmail.com

sebab.. ini janji mereka kepada pelanggan..

*** Here at My Dressing Barn .. WE PRIDE OURSELVES for selling only ORIGINAL & AUTHENTIC BRANDED items ***

############################################

Monday, October 19, 2009

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

Hehehe..tak padan dengan demam..nak jugak join contest lagi. Harap-harap ada rezeki lah kali ni...


Contest ini sebenarnya dianjurkan oleh orked aka mama Nur Aqilah Insyirah sempena ulangtahun pertama puterinya pada 23 Oktober ini.

Syarat Penyertaan
• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda - ok
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun - ok
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - ok
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker - ok
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk) - ok
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - ok
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. - ok

Contest bermula dari 6 Oktober hingga 31 Oktober 2009


3 pemenang akan dipilih mengikut gambar yang menarik dan pendapat kreatif.


Hadiah menarik dan istimewa akan diterima oleh pemenang



*****************************************************

Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
2 Tahun - on 22 Oktober 2009

Gambar Tina berada dalam walker ni diambil pada 27 April 2008 iaitu pada usia Tina 6 bulan. Kami telah pun membelikan Tina walker ini seawal usianya 4 bulan lagi. Dan walker ini pun tidaklah semahal mana, cuma berharga kurang RM100. Kami telah cuba meletakkan Tina pertama kalinya didalam walker ini pada usianya 4 bulan lebih kerana menurut pengamatan kami Tina lebih suka berdiri dan didirikan.

Pada masa tu, kami meletakkan bantal kecil dihadapan dan belakangnya untuk menyokong tubuh badannya yang masih belum mampu duduk dengan sempurna.Walaupun melalui pembacaan mama, baby boleh diletakkan didalam walker hanya setelah baby boleh duduk dengan sempurna tetapi mama & abah percaya yang Tina memang mahu didudukkan didalam walker. Ianya terbukti apabila Tina boleh menolak walker mengundur sedepa kebelakang dalam masa beberapa hari sahaja. Dan dia kelihatan sangat gembira dapat bergerak berbanding berbaring dan bergolek.

Kami cuma letakkan Tina didalam walker apabila dia sudah bosan terbaring, merangkak dan bergolek. Kurang 10 minit pada satu-satu sessi. Cukuplah untuk melatih ototnya..

Perasan tak bahagian hadapan walker tiada permainan? Ha..sebenarnya ada tapi kami dah tanggalkan kerana permainannya adalah berupa sebuah stereng kapal angkasa yang diperbuat dari plastik berserta butang untuk menekan bunyi-bunyian. Kami tanggalkan pada awal pembelian lagi kerana bimbang Tina akan terhantuk padanya memandangkan dia belum tegap. Tetapi kami pasangkannya semula selepas gambar ini diambil. Pada waktu ini Tina sudah pandai memicit hon pada stereng, memutar stereng ke kiri dan kanan dan pada masa yang sama menekan butang untuk bunyian. Kami memilih untuk mengurangkan risiko. Plastik pun, jika terhantuk pada dahi atau mulutnya yang sangat lembut tu..tentu berdarah nanti..

Mengikut pengalaman dan pembacaan mama, walker adalah pilihan terbaik bagi :

@Melatih otot kaki baby, kerana baby boleh memijak dengan tapak kaki, menendang kehadapan dan kebelakang untuk menggerakkan walker. Melatih otot tangan dan bahu untuk menyeimbangkan kedudukan didalam walker

@Walker dapat mengurangkan kebosanan baby kerana berbaring dan bergolek sahaja. Dengan walker baby dapat duduk dan melihat keadaan disekelilingnya

@Membantu mengurangkan aktiviti mengutip apa sahaja benda diatas lantai. tetapi AWAS ada baby yang boleh mengutip menggunakan kakinya sahaja meskipun dia berada diatas walker! Jangan Tak Percaya!

@ Permainan yang ada diatas permukaan walker dapat merangsang deria dan saraf baby. Permainan yang berwarna terang dan berbunyi ini akan menarik perhatian baby meneroka sesuatu yang baru setiap hari. Baby akan belajar secara tidak langsung diatas walkernya

Keburukan walker yang dapat mama lihat sepanjang penggunaannya :

> Terdapat walker yang sangat ringan dan senang terbalik bila-bila masa sahaja. Ini sangat merbahaya kerana ianya boleh mengakibatkan kecederaan yang serius.

>Dengan walker, baby boleh bergerak hampir kemana sahaja dan kadangkala dapat mencapai apa yang tidak sepatutnya. Contohnya; alas meja makan, perhiasan diatas console table. Ini juga berbahaya jika diatas meja ada apa-apa sajian panas @ pedas @ menggunakan pinggan mangkuk kaca..

>Baby boleh memanjat melalui walker. Tak Percaya? Tina pernah memanjat keluar dari walker dan berpaut pada kusyen untuk menolak badannya keluar dari walker sekaligus memanjat kusyen kayu patern lama dan bertepuk tangan apabila berjaya duduk diatas kusyennya! Apa akan terjadi sekiranya dia jatuh tertiarap atau dagunya terhantuk pada kayu kusyen? ..Bahaya kan...

Jadi, nasihat kami kepada para ibu bapa sekelian, sekiranya ingin membeli walker buat baby anda tolonglah fikirkan dan kaji baik buruk sesuatu walker yang anda pilih. Harga dan jenama bukan ukuran keselamatan. Dan pada ketika anda meletakkan baby didalam walker, janganlah leka. sesaat anda terleka anda boleh menyesal seumur hidup.

**************************************************
Okey..siap dah entri mama..

Sunday, October 18, 2009

Tina Semakin Sembuh, Mama & Abah Pulak Tak Sihat...

Macam lama je mama tak update blog. Ye la..on my last post Tina tak sihat. Batuk dan selsema. Ingat cerita kat post lepas yang mama nak bawak Tina gi jumpa kawan abah mama tu? .. Ha.. kita sambung cerita disini..

Hari rabu lepas, abah tak jadi meeting so kami balik kota tinggi. Pergi dengan mak & abah mama sekali, jumpa orang yang nak ubatkan Tina tu. Sampai kat sana elok2 lepas asar. Atuk tu tengah duduk-duduk kat buaian berbual-bual dengan jiran-jiran dia. Tapi dia dah tahu abah mama nak datang.

Masa dia tengok muka Tina je dia kata 'budak ni macam tetegur, nanti kita tengok'. So dia pun ambik kunyit dengan pisau.. sekejap lagi dia datang dia calitkan kunyit dekat dahi lengan dan kaki Tina. Dia cakap kat mak mama, 'budak ni tetegur kuat. Sebab tu seluruh badan dia nampak pucat'. Agaknya la kan..kita ni manalah tau. Then dia datang lagi bawak air masak dalam gelas suh tina minum. Masa ni abah & abah mama pergi kedai cari gula batu...

Bila dah dapat gula batu, dia terus jampi sket then bagitau kami supaya cari buah petola yang sedang-sedang besar, belah sikit kuarkan isinya then filled it dengan sedikit gula batu yang dihancurkan. Kemudian petola tu nak di bakar dengan api dari arang sampai berair. Sejukkan dan diperah. Airnya untuk diminumkan pada Tina.

Tujuannya supaya segala lendir-lendir dan kahak yang tersangkut dapat dikeluarkan melalui najis. Dan Atuk ni berpesan supaya jangan biarkan Tina batuk lama-lama, terlalu lama kahak tersekat boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair yang sukar diubati.


Balik rumah je kami pun cepat-cepat buat dan bagi Tina minum. Malam tu jugak kami balik ke JB sebab esoknya abah last sekolah. Sampai kat rumah Tina muntah kahak dan lendir 2 kali. Dan kemudiannya dia tidur dengan lena.

So, esoknya Tina bangun dengan agak ceria. Dah nak main-main dan membebel-bebel. Isy..mama pulak yang sakit kepala, rasa loya dan nak buang air jek.. bila mama telefon mak mama, sama jugak.. mak dan abah mama dah demam selsema malam tadi jugak (sebaik kami balik, diorang mula rasa hidung tersumbat..nak selsema)

Dan untuk hari khamis tu je..mama rasa mama masuk toilet lebih 20 kali..muntah-muntah dan cirit-birit sekali jalan.. aduh..macam nak terbalik dunia.

Hari ni pun mama masih selsema..tak baik lagi. Abah pulak cirit-birit dan rasa loya sejak pagi tadi. Hmmm...berganti-ganti sakit..

Anyway batuk & selsema Tina pun lom baik betul, mama selsema dan abah sakit perut..hmmm...kena la tu..tiga-tiga beranak sakit..

Kepada kawan-kawan yang sudi komen kat post Tina sakit tu.. terima kasih atas keprihatinan anda.. doakan kami sekeluarga kembali sihat ye.. Insya'Allah...

13/10/2009

Video ni mama rakam masa Tina demam, selsema & batuk. Dia akan leka main handphone, tengok cd upin ipin tapi bila asyik batuk je dia akan marah sebab batuk susah nak berhenti. Dengar bunyi batuk dia ...memang agak dashat la..macam ni la dia..baring je..golek sana golek sini..tu yang tak sampai hati nak simpan tilam. Bila mengantuk dia akan tidur sendiri sebab penat sangat batuk..siannya anak mama...


14/10/2009

Video yang ini pulak mama rakam masa hari rabu lepas. Tina dah nampak sihat. Baru nak main-main. Petang ni la kami bawak dia balik kota tinggi berubat.. Tengok la..kalau terasa sihat je..telatah dia menghiburkan. Mana la mama tak sedih tengok dia melepek sakit..

Wednesday, October 14, 2009

Batuk Tina Semakin Teruk - Tell me what should I do. I cant stand see her like that..

Start balik dari rumah mak, Tina mula batuk. Awalnya ok lagi tapi menjelang tengah malam batuk menjadi semakin teruk. Mama cuba bagi Tina ubat batuk dia yang biasa tu tapi nampaknya tak memberi kesan.

Isnin pagi, celik je mata Tina mula batuk tak berhenti-henti sampai lembik tak bertenaga untuk bangun. Tak dapat nak mama gambarkan betapa teruknya batuk Tina. Bayangkanlah Tina batuk hingga tertidur keletihan. Bila mama check kad klinik..alamak.. hari isnin sampai pukul 1 petang je. Dah tak sempat nak pergi sebab abah balik pukul 3 petang.

Isnin malam, setiap kali batuk Tina akan muntahkan kahak & lendir yang agak banyak. Ya Allah mama tak dapat nak bagitau macam mana perasaan mama ni tengok Tina menderita nak muntahkan kahak yang tak nak keluar. Menggigil-gigil peluk mama kuat-kuat sebab susah nak batuk. Nak menitik air mata melihat anak kesayangan sangat menderita. kalau boleh biarlah mama yang tanggung sakit..bukan Tina. Anak mama terlalu kecil untuk kesakitan macam ni. Apalah yang boleh mama buat... mama dah buntu idea untuk membantu.. Ya Allah.. ringankan kesakitan ini...

Selasa, pagi mama siap-siap bawak Tina jumpa doktor chum. Kakak ipar mama tolong hantarkan. Doktor kata tekak tina bengkak sebab tu dia batuk tak nak berhenti. Doktor bagi ubat demam, selsema, batuk & antibiotik. Doktor jugak pesan supaya jauhkan makanan & minuman yang berfungsi menyejukkan badan seperti 100 plus, soya & barli, semua yang berasaskan kacang & kelapa serta buah-buahan bersifat sejuk seperti anggur. Mungkin mama tak patut bagi Tina anggur. Memang last week mama ada kasi Tina anggur kat rumah mak tapi sikit je pun. Tak sampai 5 biji. Mama tak tahu..maafkan mama sayang..

Selasa malam.. sekarang ni pukul 1:47 pagi tapi mama still tak dapat lelapkan mata sebab Tina tak tidur lena. Asyik terjaga kerana batuk. Hati yang sebak ni mama tahankan. Sekarang ni Tina tidur kat depan tv means dari depan pc ni mama dapat tengok dia dengan jelas. Tadi dia merengek dan bergolek-golek. Mama bukak kan ayat kursi dari handphone, dia dah tidur semula.

Tadi abah mama call tanya pasal Tina. Dia ajak mama balik kampung sebab dia nak ajak mama pergi rumah kawan dia sebab kata abah mama, perasaan dia tak enak.. sepertinya Tina bukan sekadar batuk biasa. Wallahuaklam.. kata abah mama, ubat dah makan 5 hari tapi tak berkesan sangat.. kita cuba cara lain pulak.. mama ikut aje asalkan Tina sembuh cepat. Harap-harap itu cuma perasaan abah mama jek..

Ibu mana sanggup tengok anak dia dalam kesakitan.. mama isi air zam zam dalam botol susu tina sambil berdoa.. Ya Allah..jadikanlah ini ubat untuk anakku. Kasihanilah dia. Mama bagi Tina minum.


Kalau mama tak update apa-apa tentang Tina esok maknanya mama balik kampung ubatkan Tina. Dear blogging mummy.. please pray for my girl so that she can smile, dancing and mumbling again. I really miss that this few days. Only if I can take all sickness.. I will do it for her....

Contest Wansteddy : Love Teddy Bear

Hehehe..masa jalan-jalan kat blog Ummi Zahra, mama terpandang satu contest. Hmm..tengah rajin ni baik la join untuk mencuba nasib..




Syarat-syarat wansteddy contest....


1. Jadi follower wansteddy. - ok

2. Taruk link blog wansteddy kat bloglist anda. - ok

3. Tepek banner contest wansteddy kat sidebar blog anda. - ok

4. Sediakan satu n3 yang bertajuk contest wansteddy: love teddy bear. - ok

5. Adakah anda meminati teddy bear? Berikan jawapan ya atau tidak. - tentulah ya

6. Tepek gambar mana2 gambar anda atau ahli keluarga anda yang paling anda sukai. Tak kisah la gambar masa kecik mahupun gambar terkini. Pastikan gambarnya jelas. Anda dialu-alukan meletakkan gambar bersama teddy bear (tiada paksaan). - ok

7. Ceritakan kenapa anda sukakan gambar tersebut. - ok


Inilah gambar Tina yang ingin mama pertandingkan



Ini ialah gambar Nur Ain Qistina, puteri kesayangan mama & abah. Mama suka sangat gambar ni sebab dalam gambar ni Tina nampak sangat ceria dan gembira dikelilingi oleh timbunan koleksi teddy bear mama. Dah lama mama kumpul teddy bear dan kini semuanya diwariskan pada Tina la pulak..hehehe..

Dan dalam gambar ni jugak Tina beraksi spontan dengan gaya selamba yang amat comel. Lagipun gambar ni ceria kan.. ada banyak bright colour yang memeriahkan suasana..

Dalam banyak-banyak teddy bear tu, Tina suka sangat dengan seekor itik yang boleh mengeluarkan bunyi lagu 'old mc donald' versi itik bila ditepuk dikepalanya.

Tuesday, October 13, 2009

Baby In Gown Contest



Syarat Penyertaan


1. Contest ini terbuka kpd semua bloggers..Bermula pada hari ini 1 October - 28 October 2009..( Sempena My Besday )

2. Diwajibkan menjadi FOLLOWER blog mamaalieya..and ADD link blog mamaalieya dalam bloglist anda.. - ok

3. Diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog anda.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini - ok

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat entry tentang contest ini pada blog anda. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby.. - ok

5. CONTEST nie terbuka untuk baby girl shaja, gambar tersebut mestilah gambar baby yang berpakaian baju GOWN. Baby korang mesti berumur 1 Bulan hingga 2 tahun ja.. -ok



Nur Ain Qistina Bt Mohd Noor Hisham
22 Oktober 2007


Actually mama tak ada banyak gaun untuk Tina, yang ini dihadiahkan oleh Pak Su Tina tahun lepas. Mama pakaikan Tina gaun ni masa kami on family trip ke Kuala Lumpur hujung tahun lalu. Dan gambar ini mama ambil sewaktu singgah di Putrajaya. Mama suruh berdiri tapi Tina tak nak sebab dia nak main pasir. Nampak comel sangat so, mama snap je sekeping gambar. Macam matching pulak dengan sandal 'nyet nyet' yang baru beli kat Bata.. hehehe... tapi muka tengah masam sebab baru lepas jatuh dalam parit.

Mama suka gaun ni sebab ianya dibuat dari material yang tak panas dan Tina sentiasa selesa bila memakainya. Tapi gaun ni Tina dah tak boleh pakai lagi sekarang sebab dah singkat.. ye la.. anak mama dah besar kan!


P/s - satu lagi contest mama masuk untuk Tina. hehehe..seronok pulak masuk contest ni kan. Harap-harap ada luck lagi kali ni. Thanks to mamaalieya sebab anjurkan contest yang menarik ni

Monday, October 12, 2009

Parcel From Huiwern


Ini ialah parcel dari Huiwern, hadiah untuk Little Bookworm yang Tina menang 3rd prize tu. Baru je sampai tengahari ni. Tina tido, so mama je la yang bukak parcel dia. Apa dalam tin box tu mama tak tengok lagi. Tunggu Tina bangun nanti la.. tengok sama dengan dia..

Bila mama belek-belek tin tu, nampak tulisan 4yr..hmm..masih awal lagi nak bukak mainan ni. Lego pun dia lom pandai nak main lagi. Tak pe lah..mama simpan dulu la hadiah ni. Harap-harap mama tak terlupa yang baucer tu sampai disember ni jek...

Sunday, October 11, 2009

Menghitung Birthday Ke-2 ... Tina Demam & Masa Untuk Berpisah Sudah Tiba...

Mama, abah & Tina ikut balik rumah mak mama semula hari jumaat lepas. Sekali dengan adik mama tu la. On the way beraya kerumah nenek TUTA, abah perasan yang badan Tina panas, mata dia berair dan dia macam nak tido je. Memang badan dia panas giler masa tu..

Sampai kat rumah kota, Tina dah mula merengek tak sedap badan. Tapi lepas mama kasi ubat lagi, Tina berpeluh dan mengantuk. Tengah malam tu, Tina merengek lagi. Mama & abah angkat Tina tido atas comforter.. tapi dia masih bergolek-golek, menonggeng dan macam-macam aksi dia buat. Mama bangun pergi dapur dan bancuh air asam jawa untuk sapu atas kepala dia. Kepala panas sangat ni bahaya.. Alhamdulillah lepas mama siap sapu kepala dia dengan air asam jawa, tina tidur lena sket sampai pukul 5 pagi. Pukul 5 pagi tu dia merengek lagi sebab air asam jawa dah kering kat kepala..mama rasa kepala dia masih panas..

Mama angkat dia pergi kat tilam mak & abah mama. Masa ni abah dah tidur. Tak sedar sebab terlalu mengantuk. Tina sibuk nak susu. Mama buatkan susu dan baring sebelah Tina. Mak tepuk dia. Mama tertidur rupanya. Mak kejutkan mama beralih ke bawah sikit..sama dengan Tina sebab dia lom tidur lagi. Mak kat dia asyik tarik tangan mama letak kat leher dia. Mama pun beralih, peluk sambil tepuk Tina.. sedar dah terang. Tina lom bangun. Pukul berapa abah gi mancing pun mama tak sedar tapi mak kata sebelum pergi abah dah tukarkan cool fever kat dahi Tina, dan belakang badan dia..



Ni gambar Tina pagi sabtu tu. Dia tak nak bangun. Nak baring je sambil tengok cd upin ipin berulang kali. Mama ikutkan je la..asalkan dia tak merengek..pening kepala mama dengar dia merengek.


Masa ni badan dia memang tengah panas sangat. Tapi sebab dia tengok cd upin ipin, dia diam la baring




Yang ini mangkuk air asam jawa & minyak bawang. Malam tu Tina kembong perut teruk. Tak nak kentut atau sendawa..so jalan terakhir, letak minyak bawang ni. Tengah malam tu dia kentut..kembong perut pun kurang..

<>

Tapi dalam pada Tina demam, mama sempat keluar ke bandar kota hantar mak & adik ipar mama beli buah tangan untuk orang perak. Tina tak banyak ragam cuma dia nak berdukung je. Ikutkan hati mama tak nak keluar tapi kesiankan adik ipar mama tu.. sempat la dia beli jubah & t-shirt untuk mak & adik dia..

Kemudian kami ke Kipmart Kota Tinggi pulak sebab mak nak beli lauk untuk esok. Si kecik 2 orang ni sempat main benda ni ha..

Gambar yang ini mama ambik pagi tadi. Kurang sikit dah panas, cuma selsema masih teruk sket. Asyik melelah jek.. Tina pun risau sebab kepala dia sakit..Ni dia tengok upin ipin la ni.. perasan tak dahi Tina yang kuning tu? Kalau kat kg mama orang buat tanda tu pada dahi untuk ubat kanak-kanak yang 'tetegur'. Mama tak taulah kat kg orang lain ada ke tak. Ada la bacaannya, buat pada kunyit.. antara percaya dan tidak..terpulanglah..


Setahun sekali berjumpa, selepas beberapa hari bersama.. kini sampai lah harinya untuk berpisah kembali. Adik mama & familynya balik tengahari tadi. Masa bersalam-salam masing-masing menangis-nangis sedih..ye la.. tahun depan la agaknya jumpa lagi. Alangkah seronoknya bersama-sama tapi atas desakan tugas masing-masing kami terpaksa berpisah sementara disini dulu.. Ye la..kami cuma berdua beradik je tapi terpisah jauh. Yang paling sedih tentulah mak & abah.. hanya yang melalui faham perasaan seorang ibu & bapa yang terpisah dengan anaknya. Sesedih-sedih mama..sedih lagi mak & abah. Apalah daya.. tugas kepada negara memanggil..

Si kecik zulaikha pelik sebab semua orang menangis. Sempat dia cakap dengan mama..
"Along tak nak salam dengan kaka ke? Kaka nak balik rumah opah ni.." Aduhai..sayunya hati dengar. Mama cakap kat dia "nak sayang..kaka salam along, along nak cium kaka sikit"

Dia salam mama, mama cium dia..pesan jgn nakal-nakal. Nanti kita jumpa lagi..

Dan baru sekejap tadi, adik ipar mama sms.. diorang dah selamat sampai kat rumah bagan serai perak.. alhamdulillah..

Semoga tuhan sudi berikan ruang masa lagi untuk kami berjumpa kembali.. bersatu sebagai sebuah keluarga.. ok lah..selesai coretan malam ini.. mama sedih la.. dah terasa rindu pada mereka sekeluarga..



Friday, October 9, 2009

Makan Pizza Hut

Masa raya ke 2 petang, mama balik jb tengok-tengok rumah. Pas tu kan terus pergi pontian pulak, beraya kat kg.abah... so lepas tu that weekend kami balik ke kota tinggi semula. Cuti sekolah kan masih ada. Menghabiskan beraya rumah pakcik sarip & mak lang (masa tu diorang tak de kat rumah), abis tu je kami pun pergi makan kat pizza hut kota tinggi.

Actually dari start puasa mama ajak abah makan pizza tapi bila time berbuka ada je agendanya dengan family yg lain so..terpaksa postponed makan pizza sampai lah raya.

Pizza favourite kami tentulah Island Supreme...mama bukannya makan banyak..2 keping je tu pun dah kira banyak dah. Tina pun makan pizza jugak. Then mama kasi dia suap sendiri soup.. breadstick. Tengok dia makan memang seronok. Comot-comot tapi eh..tetap maintain suap soup guna sudu okeh. Berangan gak nak makan pizza guna pisau dengan garfu tu.. tapi eh..lom pass lagi tu yang oi..

Nenek & atuk bukannya makan sangat pizza tapi mama sengaja bawak pergi makan. Biar jangan pelik nanti bila orang kata makan pizza. Biasalah kan.. kalau kat kg mama..makan pizza tuh boleh dikira best sangat tuh.. kalau kita-kita ni memang dah bisa la kan. Bagi orang yang lom pernah kan macam grand sangat jek pergi makan pizza.

Teringat masa abah jadi manager kat dominos pizza dulu, pernah suruh nenek bawakkan kawan-kawan kerja dia pizza. Ada yang teringin sangat nak rasa tapi tak mampu nak beli. So masa abah datang rumah mama (masa lom kawen) abah bawak banyak pizza untuk bagi kat makcik-makcik tu. Suka sangat diorang...

Uiskh...sedapnya



Abah & atuk .. sape lagi control hensem?


Mama & mak.. rasa mcm dah tembam pulak bila tengok gambar ni



Tina & abah..



Sedapnya makan soup..siap cicah breadstick dalam soup tu..



Nenek sibuk mengelap dagu..comot sungguh makan soup


Anak & abah..sama naik kalau makan pizza


So, mama puashati lah dapat makan pizza akhirnya...hehehe... oh island supreme...!!

Setahun Sekali Bertemu... Apa Aktivitinya?

Khamis minggu lepas adik mama yang kat perak sekeluarga balik ke Johor selepas setahun tak balik. Adik mama ni anggota PDRM..selalu jek cuti dibekukan..tak dapat balik. Maklumlah..pangkat tak tinggi. Asyik kena buli jek dengan orang atasan.

Dia balik dengan isteri dan anak dia zulaikha. Si zulaikha ni umurnya setahun lebih tua dari Tina. Tapi dah nama sepupu kan..sekejap jek diorang pelik-pelik..lepas tu hmm..berlari-larian bersama-sama. Kali nih adik mama balik bawak kawan dia sekeluarga. Kawan dia nih kami dah kenal sejak dia mula bertugas kat perak lagi. Kawan baik dia lah ni..kitaorang panggil kawan dia nih panjang je..wife dia ida, anak dia lelaki 2 orang - abang long & tek mok (nama betul dia pe ntah..panggil tek mok senang)

Bila sesekali balik, mula la adik mama ni..macam-macam dia nak makan..menda-menda yang dia tak boleh dapat kat perak sana. Seronok la makan sama-sama..keluar jalan-jalan sama-sama..kerenah anak-anak sekelian..harap maklum je la. Kalau dah ada 4 orang budak..hmmm... sabar je la banyak-banyak..

Barbeque..ini aktiviti wajib sebab adik mama, si paksu ni cukup suka main api. Kalau balik Johor, tak sah kalau tak bakar ikan. Tu diorang sambil main mercun dan bunga api. Pam pom pam pom..macam orang perang

Masing-masing bukannya main bunga api yang kecik-kecik pulak tu..yang gedabak-gedabak..satu kampung bergegar bunyik dia.. tu tengah bakar mercun raya cina yang panjangnya lebih sedepa..aduhai sampah dia..punyalah banyak. Macam dah nak pekak telinga...

Tina, zulaikha, abang long & adiknya tek mok


Tina dan zulaikha kongsi naik bot sebab tina takut naik sorang..

Aksi pemandu bot yang ganazz..


Sempat gak diorang tido kat rumah mama 2 malam.Kami sempat keluar melayan Tina dan zulaikha main kat Jusco Bukit Indah, pas tu makan kat Bentara (tun aminah) tempat mama selalu makan lai chi kang dulu masa mengandungkan Tina. Lai chi kang diorang nih sedap la dari tempat lain.. Tina masa dalam perut dulu memilih sket..kat sini jek lai chi kang yang pass kat tekak dia agaknya..hehehe...ke mama yang demand.. :)

Ok ok...cukup untuk aktiviti sehingga malam ini. Dah tak de mood nak citer pasal raya dah..boring la..hmmm..nanti update lagi la ye..


Tuesday, October 6, 2009

MOBS & Fashionista Mom Giveaway Contest

Calling all pretty 'N' fashionable mummies out there...!!!!




Wanna win a

OiOi Messenger Diaper Bag in Pink Coral worth RM250?


Come and Join this

MOBS & Fashionista Mom Giveaway Contest ..


Brought to you especially by

MOBS & FASHIONISTA MOM




All you have to do is...

1. Be MOBS (http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/ ) follower

2. Blog about this contest with the title " MOBS & Fashionista Mom Giveaway Contest"

( Only this title will be accepted )

3. Make sure mention about MOBS ( http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/ )&

Fashionista Mom (http://fashionistamom.com/)

and link it back.

( No linkback will be disqualified )

4. Put our contest banner on your sidebar with a link back to this contest page. (http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2009/10/mobs-fashionistamom-giveaway-contest.html )

5. Leave a comment here with your link page.



Simple enough?Send in those entries NOW !!


Contest runs from NOW till 16th October 2009.


Winner will be chosen at RANDOM using random.org



GOOD LUCK and most of all HAVE FUN !!!

We Won 3rd Prize on Little Book worm Contest!!

Dah beberapa hari mama tak online sebab kami balik kampung. So, mama memang lupa betul tentang Little Bookworm Contest tu. Balik je hari ni, lepas makan malam mama terus bukak pc nak online. Mama pergi tengok blog dulu... tetiba ternampak kat chatbox blog nama lily azliyana @mama zara.. baca punya baca...

YAHOO!!!! tina menang hadiah ke-3 dalam little bookworm contest. Alhamdulillah.. tak sia-sia mama susah payah masuk contest tu.. hehehe..happy sangat..


Dan mama pun baru je reply email dari Huiwern yang mintak shipping address. Tak sabar nak tengok hadiah yang tina menang. ...Dan kepada Zara & mama zara, tahniah jugak. Terima kasih sebab inform kat mama tentang contest ni.. TQTQ...


p/s : teringin sangat baca post yang menang grand prize tu so mama pergi tengok.. hmm..memang patut pun post tu menang. Memang menarik sangat nak dibaca. Anyway congrats to Lady Qay..

Thursday, October 1, 2009

Layan Gambar Raya La Pulak Ye...

Si comelku ini..dah cute dah berbaju raya..hisap puting tak mahu tanggal..isy..hilang
ke'cute' tannya


Sian abah kan..masa ni kepala abah panas giler. tampal jek la dengan kool fever tu, letak tuala lembap.. tengok la muka dia..siannya..


Malu-malu kucing pulak..tau la comel pakai baju kurung..




Jambangan Bunga Baru Ku..

Jambangan ni kat umah mutiara rini, khas untuk hari raya. Bukan mama wat, mak yang buatkan. Mama lom expert lagi la..

Yang ini pun sama, mak jugak buatkan. Cerialah sikit rumah comelku ini ada bunga kaler kuning n oren..




Lihatlah bunga-bungaku sudah pun kembang!

Ni bunga carnation merah, cilok 2 pasu kat rumah mak teh masa pergi beraya aritu. Masa tu lom ada bunga lagi. Sekarang dah keluar dah bunga dia..cantik kan. Mama letak sebelah pintu masuk.....WELCOME!




Ni pulak orkid yang mama dan abah beli masa pameran orkid kat Danga Bay bulan 6 aritu. Masa beli tu satu keratan RM12. Balik je mama terus tanam.. hehehe.. dah keluar bunga jugak..letak kat beranda sliding door..hmmm....puas hati tengok

Yang ini pulak bunga kemboja merah. Beli masa bulan 4 aritu, tak de bunga pun. Letak kat porch, tak naik-naik..daun banyak tu jugak. Mama terbaca kat dalam majalah laman impiana..pokok bunga kemboja perlukan cahaya matahari yang banyak untuk berbunga, so mama angkut, alih kat tengah halaman. Bunga ni kembang tepat-tepat hari raya..
Mama suka bunga kemboja nih..dah lama teringin nak tanam. Pas ni boleh cari yang kaler kuning n pink pulak.


Sorry ye.. tengah tak de mood nak menulis sambungan cerita raya la.. excited nak balik rumah mak kota nih, adik mama yang dok kat perak baru sampai pagi tadi. Dah setahun tak jumpa dia..rindu sangat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...