"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Monday, September 10, 2012

Ala-Ala Rentung Kerana Legoland Malaysia


Cerita Legoland bermula disini..



ini rupa tiket masuk dia. cantik kan..




Ni dah dekat dengan parking lot dah ni. Pemandangan kureng sket sebab khabarnya Legoland ni besar tau. Yang dah siap ni sket je. Banyak lagi lom siap. Keje2 masih berjalan di site yang bersebelahan

Tak susah nak cari legoland ni. Korang cari Mydin Anjung.. nnt mesti korang leh nampak dah Legoland ni. Ala.. sat lagi siap semua maka berlambaklah signboard dia korang leh tengok. Skrg ni pun dah banyak dah signboard dia..


Tadaaa..dah sampai parking lot. Jangan risau..parking lot ada sangat banyak. Cuma kalau nasib tak baik..kene parking jauh.. ha... penatlah nak kene menapak. Car park no.1 ni pun dah jauh dah nak kene jalan. korang bayangkanlah kalau yang no.2..3..4.. huhuhu... mintak ampun..

Mama mana? Mama amik gambo la. Camerawoman camner nak amik gambar sendiri..



pastu korang kene la jalan dari parking lot tu sampai entrance okeh.. dari car park no.1 ke entrance pun dah dekat 1km kot. Jenuh gak arr berjalan. Nasib baik ada shade.. kot tak awal2 lagi dah rentung.. pun nasib baik hari ala2 mendung tapi berpeluh jugak menapak.

Tina masa ni larat lagi nak berjalan. orang tengah excited la katakan.. tak menyabo2 nak sampai entrance. Masa ni orang dah sangat ramai dah ni..





See..korang leh tengok betapa panjang shade dia..




Yeeha..ini dia entrance Legoland Malaysia ye. Semua orang sibuk nak amik gambar kat sini. Susah tul nak dapat snap yg cantik.




Macam ni entrance dia ye..




Kaunter tiket.. nak buat annual pass pun kat sini je la kot.Tengok arr tu.. ni kul 2 lebih ni.. semua kaunter org dah setengah.. faham2 la kan. so kalau korang nak masuk..sila la datang awal2 pagi..



Melepasi entrance jek.. kiri kanan ada shop lot. So overview Legoland korang leh nampak kat situ..Jangan risau..ada banyak bangku untuk duduk. Ada dipayungi pokok2 jugak la cuma pokok baru tanam kan.. tak redup lagi la..


LEGOLAND EXPRESS

Legoland Express ni nama senang sebut dia train. Leh la bawak anak2 kecik tu naik train ni jalan satu pusingan dulu. Train dia jalan slow je. Masa pegi ni.. masa menunggu tak lama sebab 1 train ni boleh naik lebih 40 orang kot..












Nak jugak tunjuk gambar kepala train ni.. comel tau..ala2 Thomas & Friends..hihi..



Dapat amik gambar ni sebab abah tak mo naik. Dia kan dah naik dulu aritu. so dia tunggu & amikkan gambo :) Ni masa train baru je jalan ni..

The Dragon Roller Coaster
Roller coaster dlm Legoland ni ada 3 stage. Rendah, sederhana & tinggi. Abah dah naik yang rendah tu.. which mama rasa kureng mencabo gitu. Tapi abah sebenarnya terlebih tinggi.. so dia kurang sesuai naik roller coaster yang takde penghadang sangkut bahu tu. Fyi..roller coaster kat sini penghadang cuma kat peha. Pemegang kat depan. Untuk orang2 yang mcm mama..tak sampai pun nak pegang palang kat depan hokeh..huhu

Nak citer kat korang yang mama naik roller coaster kat dragon castle.. roller coaster yang paling tinggi kat sini. Lalu bawah dia dengar orang jerit2 tu dah agak serem gitu tapi kalau tak paksa memang takkan naik punya. so.. naik saja..buat2 berani kahkahkah



see..itu castle tempat roller coaster paling tinggi



Pintu masuk tepat korang kene start beratur adalah dari sini.. hmm.. beratur & naik sket2 sebab orang ramai. normal la tu kan.. castle ni cantik.. ada lego tikus perut buncit..ada lego tikus nakal kat roof..hihi.. kreatif giler

Pengalaman naik roller coaster dragon ni memang syok giler unless korang memang penakut.. hihi. Ala kejap je.. tapi dia punya selekoh..menjunam..memang keles..mabeles. Paling ngeri..menjunam & terus ada selekoh panjang..perghhh... hilang suara menjerit2..hihi.. kanak2 tak dinasihatkan naik yg ni la.. mak bapak kakak abang boleh.. :)

Sorry tak banyak gambo sini.. orang yg naik camner nak amik gambo kan..

So, masa kami kat roller coaster.. abah bawa anak2 kecil naik cawan pusing.pusing..


Cawan Berpusing
Yang ni sesuai untuk kanak2 ye.. selamat cuma pening sket.. Masa abah bawak anak2 main ni mama kat roller coaster..


Awal2 tu.. see.. muka tina & kimi mcm takut2. Bila dah berpusing cawan tu barulah diorang ok. Cawan ni kaedahnya macam nak berlanggar2 tapi takde maknanya.. mana leh langgar pun. Setiap cawan ada tapak sendiri.. hihi.. best







Boat Riding
Lepas naik cawan abah bawak anak2 naik bot. Kene Q lama gak okeh. Orang ramai. Yang ni pun sesuai untuk bawak anak2 naik tapi ditemani orang dewasa la. Kalau korang nak amik lesen bot.. amik kat sini je la..hihihi..




There.. Opie naik dengan Kimi


Abah naik dengan Tina


Rupa bot macam ni. Mama tengok diorang bawak.. kalau takut korang bawak la slow2.. takde sape nak langgar pun..Mama memang tak nak naik.. sebab???? Tak sanggup nak Q dah. Ramai giler..



Driving Academy
Kat sini anak2 boleh drive kereta lego. Comel. Ada yang untuk kanak2 besar & ada part sebelahnya untuk kanak-kanak kecil. Yang part kanak2 besar tu dah ala driving school dah. Leh amik lesen kereta kat Legoland ye..hihi

Kene Q jugak ye anak2 sekelian..jangan tolak2 tau.. semua orang dapat naik


Tina nampak beso plak naik kete ni..hihi.. tapi memang budak2 kecik enjoy la main. Sape yang dah biasa tu laju je kete diorang. Mcm Tina.. jalan 50 meter je dah mintak nak turun..huhu.. kes gabra dah ni..

Okeh pastu.. budak2 semua dah penat.. jadi kami pun menuju ke BIG SHOP untuk jalan2 cuci mata. Souvenir dia mahal2 .. Tapi ala2 untuk kenangan.. boleh la.. :)

Jom layan gambar..



percayalah..harga key-chain sebesar jari kelingking tina ni RM19.90


Mug start RM39.90 kot and above.. huhu





Ececeh.. hihi..


Ini bahagian yang paling mengundang kontroversi kat poket mak bapak okeh. Nasib baik Tina ni pompuan..tak layan menda2 ni semua..fuhhh... huhu dia setakat suka tengok & suh mama snapkan gambo untuk dia jek..


Binaan lego kat toilet pun cantik tau.. :) and korang tak perlu risau..toilet dia senang nak cari..





Ni kat tepi BIG SHOP..kedai souvenir tu la..

Okeh lah.. yang bawah ni semuanya gambar binaan2 lego yang sempat kami snap2.. layan ye..Sila kenalpasti sendiri ye binaan2 tu.. tak larat nak tuliskan namanya.. banyak betul..Kalaulah ada DSLR mesti lagi best zoom gambar2 ni.. cantik..kreatif..
































Ok lah.. beberapa jam berjalan di Legoland malaysia ni memang rasa tak puas. Rasa nak pegi lagi. Tapi mungkin korang boleh pertimbangkan untuk buat annual pass dia bila dah fully siap sok. Confirm berbaloi2 sebab memang sangat2 confirm tak habis sehari nak jalan & main semua

Harga makanan & barang didalam memang mahal. Standard macam genting jugak la..tapi normal la kot untuk sebuah park yang cantik macam ni. Kalau korang rasa nak jimat, jangan la makan2 kat dalam sana.. bawak back pack & bolehlah bawak mineral water dari rumah.

Makanan & minuman mcm nak berkelah memang tak dibenarkan..tu pun standard la punya rules.. setakat botol air masak takkan lah nak kene tahan kan..melampau gitu..

Dinasihatkan bawak la backpack.. dan jalan lah sepuas hati. Cuma sila berhati2 dengan personal belonging korang sebab bila korang nak main permainan..segala mala beg kene letak tepi. Baik2 lah..

Macam mama semalam.. just bawak purse kecik masuk kat poket jeans & hp poket sebelah lagi. Tak perlulah rasanya bawak2 handbag mahal korang tu kalau korang rasa korang nak jalan & main games sekali..Tapi kalau korang masuk nak snap2 gambo.. silalah dressing lawo2.. miniature dia lawo2 sangat. Rasa nak tengok lama2..tapi masa tak mengizinkan..

Owh Legoland.. Harap2 lepas ni ada rezeki nak masuk lagi.. just untuk jalan2 menghayati keindahan miniature2 yang ada..

Kalau ikut mama.. Legoland Malaysia ni disarankan untuk masuk dengan family.. Memang best giler!! Thanks to Legoland Malaysia for free admission tu.. we really appreciate it.. :)

Saturday, September 8, 2012

Menghampiri 5a & 5b

September kini menjelang & teacher Tina jumpa mama mintak belikan buku Peter & Jane ni. Katanya skrg tina sedang baca 4b, sekolah punya. So teacher mintak belikan 5a & 5b. Kata teacher Tina dah fluent baca so nak push dia baca sampai habis 5b

Sebab kata teacher J6 nnt dia boleh start dengan 6a terus... :)
















5a & 5b ni mama tengok tulisannya dah mula banyak & sedang2.

Mama & abah selalu doakan kakak terang hati & rajin belajar. Semoga kakak akan terus maju.. skrg ni dah takmo dipanggil kakak dah.. suh panggil AIN.. huhu

Mama bawak dia gi beli buku ni lepas balik sekolah jumaat lepas. Dia kan suka sangat masuk kedai buku :) . Nasib baik kedai buku ni dekat je.. dekat dengan pasar taman u.. tak yah la cari jauh2 kan..

Monday, September 3, 2012

Funny Doll House Play Set

Benda ni di kenen setiap kali gi pasaraya.. tengok..belek.. selama2 tidak kat rak. Pernah dia mintak tapi rasa mcm dia takkan main lama. So pujuk2 & tak beli..

Tapi sejak2 dia pandai main kitchen set.. fried egg set.. abah lembut hati nak belikan anak dara dia play house :)

Senyum sampai telinga la dia :D sebab dapat apa yang dihajat. Tak sabar2 nak balik main.. Ni beli kat Uda Ocean (kot..lupa nama) yang kat Danga City Mall , harga RM49.90 kot. Hehehe..mama tak tau harga sebab abah yang bayar.. ngeeee..












Ooops!! lupa nak kabo.. mama suruh mak potongkan sket rambut tina. Sebab mama rasa dah panjang sangat. Nak cuci amik masa, nak keringkan amik masa.. sian dia. So mama suh mak potongkan sekadar boleh ikat, kang kalau pendek sangat kembang pulak mcm afro..kihkihkih...

So, hari2 nak cuci pun tak de hal. Sebelum ni 2 hari sekali kene cuci. Almaklum sahajalah namanya pun budak. Berpeluh kuat. Rambut cepat masam..

So skrg ni nak sepit saja pun boleh kalau nak gi skolah.. :) senang sket keje mama.. sebab pagi2 nak ikat rambut saja amik lebih dari 5 minit..huhu.. rambut gulung2 kan..faham2 je la mcm mana nak sikat tak mo bagi dia sakit.. :)

Sunday, September 2, 2012

Episod Berpantang :(

Tina mula batuk2, selsema & alergi sejak 2 minggu sebelum raya. Dan keadaan ini berlarutan sampailah ke hari raya & even sampai hari ni.

1 week raya kami bawak dia jumpa pead dia kat puteri sebab dah ke klinik pun masih takde perubahan :(

Jadi paed dia pun berceramah panjang la kat kami sebab alergi hidung dia tu dah lama. lebih kurang sebulan la kan.. so skrg tina tengah 2 weeks medication & dia kene berpantang banyak benda dalam pemakanan dia seperti seafood, kekacang & telur. Ini paling utama

Nak mem'pantang'kan dia bukannya mudah. Kami pun kene berpantang sama. Sama2 kene beringat setiap kali nak pilih makanan..mesti no peanut..no egg.. huhu kalau tak susahlah nak pantangkan dia.

So skrg ni almost a week dah medication & pantang tapi mcm belum banyak perubahan. Paed said, kalau after 2 weeks tak baik..kene datang semula. Hopefully this coming week dia ok la.. sian kat dia

Since paed dia ada kasi ubat yang buat dia mengantuk (ubat ni utk malam sahaja) so dia tak terganggu sangat tidur malam. Bangun nak skolah pun ok je. Selama ni pun memang takde masalah nak kejut dia bangun tidur pagi.. always senyum kalau bangun :)

Paed kata, kanak2 perlu tidur yang cukup supaya dia boleh belajar dengan baik diwaktu siang. So that ubat tu untuk bantu tina supaya tak batuk & muntah diwaktu malam. sebaik je dia tidur..dia akan nyenyak sampai pagi.

Bangun pagi nanti barulah ada bunyi batuk & muntah2.. gitu la this whole week. Sian sangat tapi we all try the best for her

Korang.. doakan tina cepat sihat ek.. amin..























Thursday, August 30, 2012

Harmony Day Tina

Hari ni Tina ada harmony day kat sekolah. Kira mcm eve merdeka celebration la gitu kot. Semua kene pakai tradisional costume.. comel2 tau.. yg pakai baju kebaya.. cheongsam.. alahai.. :)









Gambar2 ni masa mama jemput dia tadi.. Comel sangat.. pot pet mulut cerita mcm mcm.. :)
Bila tanya makan apa tadi?
Jawabnya, makan? ada banyak2 makan mama..

Bila tanya ada buat apa tadi?
jawabnya, nyanyi2, tengok kawan2.. Hani pun ada mama.. (hani tu best friend dia kat kelas)
hehe anak..anak..

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 2012 - Bahagian 2

Sambung lagi gambo raya disini ye :)


Purple ini tema untuk 2nd day aidilfitri kami









Biru tema 1 syawal untuk seluruh keluarga mertua




Mama bergaya dengan shawl buat pertama kalinya. sejak2 dah lama tak berbawal ni..kekok gitu




Generasi anak2 kecil - Kimi, Tina & adam




Buah hati mama & abah ..sweet berikat rambut bulu2 sedondon




Eh..eh.. nak buat gaya apa la tu?




time salam2.. abah maintain la konon gitu padahal..... hihihi




Tina tunggu giliran salam nenek & mama pulak tengah salam dengan atuk..syahdu korang..




Ini acara wajib jugak nih.. amik gambo ramai2. Tapi tahun ni mama abah & tina tak banyak amik gambo. Lambat sangat nak tunggu turn, kami dah ke dapo dulu.. hukhuk

Aidilfitri 2012


Aidilfitri 2012 adalah turn beraya sebelah family abah. So kebiasaannya kami beraya di rumah kampung, parit baru pontian johor. so samalah juga dengan tahun ni

Tema pilihan penganjur adalah biru..hihi.. jadi para bapa & anak2 bujang sekelian sekayu lah ye kaler biru gitu. Yang ibu2 & anak dara kecil nan seorang.. pandai2 sendiri asal matching dengan suami masing2 lah gitu..

Merealisasikannya agak payah la tapi bila dah jadi.. amik gambar.. walla weh.. sedondon je. Yang ibu2 pun semuanya matching. Kira puashati lah dengan kejayaan tema tahun ini..hihi

Cukup untuk post kali ini. Gambar lain akan ada dipost yang lain la ye.. :)

Saturday, August 4, 2012

Cucur Udang Rangup - Juadah 15 Ramadhan


Sebagai juadah berbuka 15 ramadhan, dari semalam dah plan nak buat cucur udang. Kebetulan kat rumah MIL ada beli taugeh maka MIL suruh amik je..hihi. Dan kucainya seperti biasa mama tuai la kat laman belakang. Bukan setakat nak buat cucur udang je.. lebih dari tu pun cukup kalau nak buat.. :) jimat lagi .. weee

Pastu mama pun skodeng Dapur CMG untuk cari resepi.. alhamdulillah jumpa.





Cumanya CMG kata leh dapat 20 keping tapi mama buat dapat 18 keping je. 2 keping lagi terlebih tembam la tu kan..

Untuk rujukan dimasa akan datang.. mama kopipes resepi CMG kat sini ye..



BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia) - mama pun sukat mcm ni
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

BAHAN SOS LADA :-)
5 biji cili merah - mama pakai cili kering mesin jek..
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...

Ok lah.. kepada yang nak cuba..silakan. . Senang je buatnya pun.. tapi sila berhati2 ye.. kadang2 ada percikan minyak masa menggoreng..pheww.. sakit gak tu..

Friday, August 3, 2012

Kuih Keria 14 Ramadhan - akhirnya berjaya!
























Alhamdulillah.. akhirnya menjadi dengan baik pada percubaan yang kesekian kalinya. Dapat sira dengan cantik sekali. Satu kepuasan & rasa berjaya gitu..hihi

Kuih yang paling mudah dengan rasa paling sedap...

Thanks abah for your support & comments

I did it!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...