"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Monday, November 18, 2013

Hey.. Wait!


Nak buat post tentang seharian untuk event yang bermakna buat kami ini. Tapi masa & badan tak mengizinkan.. letihnya tak hilang lagi

Edit-edit gambar dulu.. ada banyak sangat gambar.
 Entry tentang event ini nanti penuh dengan gambar :)

Friday, November 15, 2013

Last School Day At Nuri Kindergarten, Taman Universiti

saja  nak ambil gambar balik sekolah on the last kindie school day buat kenang-kenangan.. 2 tahun di Nuri Kindergarten Taman Universiti.. next year akan ke SK Taman Mutiara Rini 2 pula..

Besar dah anak mama & abah







Cuti sekolah bermula..
Mama boleh rehat jadi driver sekejap..

Cabaran baru akan bermula semula awal tahun depan.. tugas menjadi lebih banyak.. sekolah rendah..sekolah agama & mengaji.. itu rutin baru Tina nanti..

Mama nak survey2 supplement lah.. 
harus tahun depan hari2 yang panjang & mencabar buat Tina..

Semoga segalanya akan berjaya ditempuh dengan lancar
Amin Ya Allah..

Thursday, November 14, 2013

Fadhilat Melakukan Perkara Sunat Di Hari Asyura ( 10 Muharram )

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) serta fadhilatnya: 
 
Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 

Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
Bersabar/Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 

Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 

Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 

Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 

Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. 

Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya : 

ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

Diciptakan lautan pada 10 Muharram

Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram

Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram

Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram

Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram

Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram

Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram

Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram

Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram

Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram

Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram

Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram

Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 MuharramDiterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram

Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram

Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
 
Sekadar perkongsian untuk manfaat & ilmu bersama..

Simple GA - 3D Puzzle

 GA menarik :)

Simple GA - 3D Puzzle

Boleh klik kat gambar ye. Ada details GA..

For sure mama memang tak pernah buat 3D puzzle ni. Puzzle biasa tu selalu lah. Tapi yang 3D ni nampak best jek.. haha.. kalau menang GA sok boleh la kita buat ye tak.. :)


Tuesday, November 12, 2013

Akhirnya Blood Test Menentukan..

Isnin ( 11.11.2013 ) panas badan Tina naik semula dari 37++ ke 38++.. huh..mama dah risau balik. Risau takut menjelang malam kepanasan akan naik lebih tinggi.

Bincang2 dengan abah untuk gi farmasi cari ubat lain menantikan siang nak pergi buat blood test. So kami keluar lah ke farmasi cari ubat demam & ubat alergi. Siap beli ubat Tina ajak balik, katanya 
"kepala saya dah goyang-goyang.." means dia pening..

Tapi tak jugak terus balik. Kami singgah rumah nenek dia dulu.. jumpa nenek & atuk. Berhari juga sejak demam tak tengok2 nenek & atuk. Tapi tak lama.. dia masih kata pening. Jadi kami balik.

Malam tu..bagi ubat yang beli.. tepuk-tepuk dia tidur lena sekali. Badan tak panas tapi berpeluh-peluh. memang sengaja on aircond tak sejuk supaya udara beredar ..

So paginya dia bangun lebih sihat nampaknya. Ada parents day.. takpe itu kita cerita post lain ye.. After amik exam result, abah hantar mama & tina balik. Dan abah terus gi sekolah. Mama pulak siap2 terus start kereta bawak tina gi Klinik Kesihatan Taman Universiti..

Biasalah..kk ni orang ramai kan. Sape tak sanggup menunggu memang takkan pergi. Tapi mengenangkan pernah pergi sekali & sangat membantu, mama nak jugak menunggu :) lagipun jimat duit. Kalau buat kat private mau puluhan atau ratusan jugak nak kene keluar kan. Ada yang khidmat nya sama..kita manfaatkanlah.. 

Tina dah mula takut sebab ini 2nd time buat kan.. tapi masa menunggu pun tak lah lama..


Tangan montel kan..susah sangat misi nak cari urat. Try sekali cucuk tangan kanan tapi tak dapat..huhu.. menangis dah.. kakak misi surrender, panggil MA pulak buat. Hampir 10 minit juga mencari urat..tepuk-tepuk..akhirnya dapat kat tangan kiri.. huhuh..banjir kk tu dia menangis hahaha..

Bawak darah gi makmal..result within 10 minutes jek

Proceed ke bilik dokte. Pun tak lama menunggu.. setengah jam la kot..

Dokte kata kuman demam tinggi, darah pekat. So kene bagi makan ubat dan minum air banyak-banyak.. kalau tak berjaya bagi minum air banyak.. terpaksa datang semula & diorang akan forward ke hospital untuk masukkan air. Darah menjadi pekat itu BAHAYA ye.. 

So, mama rasa boleh kot bagi minum air. So dokte bekalkan ubat. If tak ok datang semula..

So, kami tunggu turn ambil ubat..


Sepanjang demam ni makan & minum sangat susah sebab dokte klinik biasa aritu kata jangan bagi goreng-goreng, pedas-pedas..jadi setiap kali makan Tina akan makan sangat sedikit. tak ada selera agaknya sebab biasa makan pedas..

So, nak pancing dia minum air banyak adalah dengan memancing dia makan. Mama buat jelah apa dia suka makan, dan ingatkan dia minum air.. jap2 suruh minum air..

Lega bila dengar dia dah mula membebel-bebel macam biasa..hopefully dia akan sembuh cepat..

Ni baru lepas makan ubat :)

Doakan my sweetheart sembuh cepat ye korang.. tq!!

Monday, November 11, 2013

Meh Cuba Nasib Dapatkan Diari & Buku Nota Dari Jalen..



Mudah sahaja caranya.. untuk berpeluang dapatkan diari & buku nota Jalen ini.. inilah yang perlu anda lakukan..

Anda pernah ke Facebook Jalen tak?
Haaaa... tak pernah la tu..
Ehh.. ada..

Ha.. jangan malas.. saya takmo tulis untuk anda.
Anda kena tengok & baca sendiri


Sudah?
Senang je kan..

Website Jalen anda tau tak?
ok ok.. saya bagi link dia

Saya nak abadikan gambar Diari & Buku Nota Jalen tu disini.. buat penaik semangat.. Aura tu penting tu.. Moga-moga entri saya terpilih untuk dapat hadiah kan.. hihi


Owh ye.. agar tak terlupa

Tempoh penulisan entri adalah dari 11 November 2013 hingga 25 November 2013
Pemenang akan diumumkan pada 29 November 2013.

Pastikan anda buat semua yang disyaratkan ye.
 40 entri bakal terpilih. Banyak tu :) 
kita semua ada peluang

Amin.. amin.. terpilihlah entri saya :)


Saturday, November 9, 2013

Down Again..

Kebah demamnya untuk sehari dua.. sempat sekolah 2 hari.. Jumaat malam dah demam semula. Panas semula badannya, batuk & selsema kembali

Malam semalam & pagi tadi dah teratur ambil ubat. Tapi Tina masih macam tu juga. Asyik nak baring dan tido.. penat..pening katanya..

Hari ini masih belum jamah apa2 makanan pun. Tak nak makan katanya.. tak lapar.. aduhai nak oii.. seharian dah ni..

Abah ada camping kat sekolah pulak tu..Nasib baik ubat2 semuanya ada sebab dah gi klinik kan aritu.. 

Semoga montel mama cepat sihat lah..
Musim-musim demam ni..

Thursday, November 7, 2013

Makan-Makan Di Perling.. Demam..

Malam awal muharram lepas, abah belanja mama & tina makan kat Restoran Johan seafood, kat perling. Namanya betul ke tak kurang sure hihi..tapi yang sure restoran tu nama Johan..

Abah kata ada kawan dia cakap makan kat situ sedap, so kami pun cubalah. Orang nak belanja kan..mama makan je :)

Nasi putih, tom yam campur, sayur kailan sos tiram, sotong goreng tepung & ikan siakap 3 rasa..hihi mama rasa cukup banyak untuk 2 orang makan. Tina dia tak share sebab dia makan nasi goreng kampung je..




Masa makan ni lah tina dah mula batuk-batuk non stop. Kami gilir-gilir temankan dia ke toilet untuk buang kahak & lendir. Rasa nak balik je tapi sebab dah order & half hidangan dah sampai, takkan nak bungkus kan. 

Makan pun tak feeling..sebab asyik risaukan tina yang batuk-batuk.. sian dia

Cepat-cepat kami habiskan makan & balik. 

Malam itulah juga badan Tina panas sangat.. tido meracau-racau.. batuk non stop. Kami berjaga la tukarkan tuala kat kepala & badan dia. Sampailah dah pagi, baru dia lena betul..kurang batuk.. dan mama dapat lelap sekejap..





Ni gambar pagi tu. Kami cutikan dia sekolah walaupun mulanya dia bising nak sekolah.. haih..Tapi pagi ni panas dah turun, cuma batuk je tak berkurangan. Mata bukak..maka batuk non stop lah..

Abah yang dah bersiap-siap nak sekolah pun terpaksa time off sebab nak bawak Tina gi klinik.. 

Tapi Alhamdulillah.. waktu post ni mama tulis, Tina dah kebah demam.. tinggal lagi batuk & selsema je. Dah sekolah pun hari ni :)

Mama & abah sayang kakak :)

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H



Semoga kita semua ke arah yang lebih baik dari tahun sebelumnya..
amin..

Friday, November 1, 2013

Dia Dan Syria..

Ini harta paling tak ternilai mama & abah :) 
Nak dapat tak berapa nak senang.. jaga tak berapa nak susah.. 




Beli sebenarnya syria ni untuk mama satu..dia satu.. macam dia pakai lagi comel :)
Muka mama macam tak sesuai la sangat pakai syria. Jadi makin panjang je mukanya..huhu.. aptb


Tuesday, October 29, 2013

King Of The Railway Night

Ok kali ni mama nak kongsikan gambar-gambar pada malam menonton tu pulak..
















Kami seronok disana 
Thanks to Nuri & The Little Big Club, Puteri Harbour

Friday, October 25, 2013

Kerana Comment di FB itu..



Niat cuma mencuba..ada rezeki adalah.. takde dah :)
Tapi dah nasib ..rezeki menyebelahi..

Dapat call petang tadi dari Nuri Education Centre
katanya terpilih untuk dapat free ticket menonton movie

Mula-mula ingatkan anak je dapat.. terfikir-fikir la juga.. dia masuk menonton kami nak buat apa?
sekali orang tu kata.. dapat 3 ticket.. untuk qistina & ibu ayah dia sekali
aih.... haha.. dan dan tu juga kata confirm..

Kene gi sana sebelum pukul 6 petang untuk claim ticket.. katanya ada colouring contest sekejap & movie mula pukul 6:30 petang.. katanya lah..

So.. 1st time dapat ticket free
walau hanya cerita kartun..
takpelah..layan saja
:D

Alhamdulillah ..
rezeki hari jumaat

Wednesday, October 23, 2013

The 6th Birthday Story..

 Weekend last week dah start mencari barang-barang untuk goodies si sweetheart yang ke 6 tahun.. buat yang simple-simple je untuk dia meraikan dengan kawan-kawan dia di sekolah :)

Buat goodies tak banyak pun. Just 30 pack je. Classmates dia cuma 24 orang sahaja. Class teacher sorang :)

Ini goodies yang mama siapkan isnin pagi



Then selasa pagi..on the birthday date tu mama hantar semuanya ke sekolah & mintak tlong teacher dia snap2kan gambar sket :)

Yang ni gambar pagi.. dirumah..



Then waktu balik sekolah.. mama bluetooth gambar dari teacher kelas dia.. thanks a lot teacher :)

























Teacher siap ada amikkan video tapi tak compatible dengan hp mama kot.. nanti kita tunggu lah teacher bagi video kat FB mama ek.. :)

Then.. waktu balik rumah mama cakap..tunggu abah balik then mama & abah akan bagi birthday present. Dia keep asking mana hadiahnya.. hihihi.. 

Sebaik sahaja abah balik, mama pun keluarkan hadiah :)







Apakah hadiahnya ??




Jangan tanya mama kat mana.. haha mama camerawoman :)

Alhamdulillah selesai sudah majlis disekolah.. dia happy sangat makan kek & bergembira dengan kawan-kawan dia. 

" Masa berlalu tak terasa. Hari ini genap 6 tahun umurnya jam 1.10 tghari nnt. 
 HAPPY BIRTHDAY NUR AIN QISTINA BINTI MOHD NOOR HISHAM.. semoga membesar menjadi anak yang berjaya di dunia & akhirat,jadi saham syurga mama & abah insya Allah. Semoga dijauhkan dari perkara-perkara yang tak elok, dilindungi dari kejahatan manusia & syaitan, diterangkan hati & minda untuk menimba ilmu dunia & akhirat sebanyak mungkin. Sayang kakak sangat-sangat walaupun tak taulah ada rezeki ke tidak nak jadi kakak

We love you.. more than ever you can imagine sayang.. Have a wonderful 6th birthday"

** masihterbayangsakitbersalinitu**

Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...