"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Saturday, February 28, 2009

Pregnancy And Delivery Story Tag

Thanks to Joanne for passing me this tag. Actually she tag me for quite some time but I really dont have time to do it. Now, I am going to finish it..

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED? Yes off course. I went over some tradisional medication for it..

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME? Yes.

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS? Shock but so excited

4. WAS ABORTION AN OPTION FOR YOU? No no no

5. HOW OLD WERE YOU? I am 29 at that time.

6. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT? I missed my period and quickly go checking. I am not using test kit coz I always dissappointed...

7. WHO DID YOU TELL FIRST? My lovely hubby off course

8. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX? Of course.

9. DUE DATE? 29 October 2007

10. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS? I had very 'little' one. Everytime brushing my teeth I will vomit

11. WHAT DID YOU CRAVE? I crave for Mangga Apple..very bad one...

12. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST? I hate the fish from its smell to fried fish and to every dish made with it. Same goes to meat and chicken..

13. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD SEX? She's a girl

14. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING? No, we really want a girl

15. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY? Not more than 10kg

16. DID YOU HAVE A BABY SHOWER? No. Just a tiny kenduri to cut the baby hair (cukur jambul)

17. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW? No

18. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY? Thank God, not even once

19. WHERE DID YOU GIVE BIRTH? Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

20. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR? From 6 am to 1.10pm

21. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL? My hubby off course

22. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH? My hubby watched Qistina's head out

23. WAS IT NATURAL OR C-SECTION? Natural Birth

24. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN? Doctor gives pain relief but forgot the name already..

27. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH? 2.6kg

28. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ? 22 October 2007

30. WHAT DID YOU NAME HIM/HER? Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham

31. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY? She's 16th months now.

Now I wish to pass the tag to Mrsdjones, Lily and Yvonne

Best Mom Award


This meaningful award is from Caroline! Thanks a lot if you do think I am the best mom also.. just like you. I am honour to post it in my blog.

The Rules :
1. Show the award logo in your post
2. Pick a picture you have with your kiddo(s)
3. Post should include your experience as a mom
4. Nominate other blogger mom's out there that you consider the best mom, like yourself.



Its hard for me to choose which moments is my best experience as a mom coz for me everyday is a new day for me as mom and I really appreciate it very much. Every moments is special!

And I want every mom that visiting my blog take this award. For me everyone that call 'mom' is the best ever!

Tuesday, February 24, 2009

Gambar-Gambar Rumah Baru Kami ..









Pokok Mempelam Harum Manis. Belum tambah daun dah belajar berbunga. Ntah la tu..lekat ke tidak. Harap-harap lekat la..dapat sebiji pun untuk buah permulaan ni jadi la..kan abah kan. Penat abah tanam.. Gambar Pokok Orange Sunkist abah tak sempat post lagi....tina suka makan Orange...so...abah tanam la sunkist.









Abah dan Tina sedang siram pokok jambu air madu. Tina tu lebihnya main air je..mengacau abah.





Abah berada di kitchen. Kelihatan pintu toilet di belakang sana dan 2 pintu ditepi tu ialah pintu bilik tidur 2 dan 3











Pemandangan sliding door dari dalam. Ruang ini ialah dining hall kalau ikut dalam pelan..









Car porch yang boleh memuatkan 2 buah kereta









Pemandangan halaman rumah kami dari car porch. Corner lot dengan "sedikit" kawasan tanah untuk bercucuk tanam la kot.Kat hujung sana tu abah dan Tina tengah siram pokok.


Kami dah tanam pokok la sikit-sikit.Tapi a lot more work nak kena buat. Kawasan tanah ni tak rata langsung. Tanahnya pulak tanah liat kuning yang keras kalau panas, melekit kalau hujan..



Actually there's some more picture yang tak dapat nak diupdatekan. Slow sangat internet connection.. anyway ini lebih baik dari tak ada langsung kan..

Sunday, February 22, 2009

Restoran Daging Segar

Hari ni kami bertiga skip kenduri kahwin sepupu abah kat pontian. Asalnya memang nak pergi pun. Hadiah pengantin pun kami dah beli tapi hari jumaat 20/2/09 pukul 6 petang abah dengan Pak Su Boboy dah pergi rewang kat rumah Pak Long. Balik kul 1 pagi tapi tak kasi mama tidur sebab abah nak bangun pukul 2.30 pagi untuk rewang masak pukul 4 pagi. So, masa abah dengan Pak Su Boboy pergi mama dah tak sedar dah..dah lena tidur.

Pagi sabtu 22/2/09, waktu mama bangun abah dengan Pak Su belum balik lagi. Mama pun siap-siap iron baju untuk pergi kenduri kahwin tu. Tapi pukul 1.15 petang barulah diorang berdua ni balik dengan muka kusut masai..dengan mata merah. Kata abah nak pergi jugak kenduri tu tapi lambat sikit tapi mama memang tak percaya..diorang berdua ni kalau dah dapat bantal..alamat kiamat la dunia.

So mama dengan Tina pun terpaksalah skip kenduri tu sebab drivernya dah karam tidur...sorry Jihan..

Dah petang barulah abah bangun. Itupun sebab asyik kena panjat-panjat dengan Tina. Kami siap-siap untuk keluar makan. Mulanya tak tau nak makan kat mana..ingatkan nak makan kat TUTA je tapi boleh pergi sampai ke area Maidin sana ha.. cari Restoran Daging Segar.. teringat nak makan stik..hehehe

Abah makan lamb chop and mama makan beef stik. Owner restoran tu memang ramah. Tunjukkan pada kami daging beef stik yang sesuai dan bagitau kat abah anggaran berat daging kambing yang abah pilih untuk lamb chopnya. Untuk Tina kami orderkan straight cut fries je. Maaflah..gambar hidangan mama lupa nak ambil sebab asyik melayan Tina

Kami puashati dengan semua yang kami pilih. Stik mama memang lembut, tebal pulak tu. Lamb chop abah pulak..banyak betul dagingnya. Pendek kata kami teramat puashati dengan layanan dan hidangan yang kami pesan tu. Kenyang tau makan stik kat situ. Nak cari stik yang sedap taklah susah sangat tapi nak cari stik yang mengenyangkan tu agak payah jugak la. Tapi kat restoran ni memang kenyang kalau makan stik dia..sungguh..tak tipu!

Isteri owner restoran keluar menyapa kami sewaktu hidangan baru sampai ke meja. Dia suka sangat dengan Tina. Katanya bila pandang Tina..terasa sejuk hati..Tina pulak bukan main ramah lagi berbual bahasa alien dia dengan isteri owner restoran tu. Mereka berdua sukakan Tina yang ramah..

Bilnya : 1 set lamb chop, 1 set beef stik, 1 gelas air carrot susu, 1 gelas ais kosong dan 1 mangkuk straight cut fries = RM50.00. Lupa nak bagitau..restoran tu beraircond.. cantik dan selesa. La..ni dah macam marketing promo pulak dah..tak pe la..yang bagus tu kena la di war-warkan. Biar yang lain dapat info jugak..

Balik je abah cepat-cepat minum air limau suam sebab nak balancekan dengan lamb chop tadi hehehe... kolesterol..

Dalam kereta pun Tina dah penat. Sandar je kat baby seat. Sampai je kat rumah terus salin lap, salin baju seluar, salin pampers, pakai bedak, pakai minyak Yu Yi, minum grapewater dan mama ajak Tina baring-baring. Tak sampai setengah jam pun dia dah tidur.. penat la tu..

Seronok sangat bawa Tina keluar walaupun sekejap. Sekarang ni Tina dah asyik bubbling je..ada yang kami faham, ada yang tak..biasa la..orang tengah kemaruk nak bercakap. Terbaru ni Tina dah pandai mintak susu tapi dia akan sebut 'tutu'. Kalau mama tanya nak bubur ke nak susu? Mesti Tina akan jawab.. nak 'bucu' maknanya nak susu. Kalau mama bagi bubur jugak dia akan cakap..'tutu la'...Pastu dah pandai sebut cicak tapi jadinya 'titak' . Kalau pagi-pagi bangun tidur mama suruh bukak stokin pun dia dah pandai. Tapi dia akan sebut 'pipa' maknanya selipar. Penat ajar sebut stokin tapi yang dia sebut tetap pipa jugak.

Hari ini Tina genap 16 bulan.. 1 tahun 4 bulan

Sicomel kami ni semakin bijak, semakin aktif. Memang sejuk hati tengok muka dia..senyuman dia..dan dia dah tau cari abah dia. Kalau weekend abah tak balik rumah kota..Tina akan buat perangai..serba tak kena dan asyik nak nangis je. Dia dah pandai rindu kat abah. Tu yang buat abah tak senang duduk kat TUTA..balik jugak kota..sian abah..sian Tina..sian mama jugak..

Tak pe.. very soon hopefully kami dapat tinggal bersama. Tak de la Tina kehilangan abah dia selalu sebab mama ada abah pun ada. Diam tak diam dah setahun lebih jugak kami tinggal berjauhan. Rasa macam dah tak sanggup dah.. tu yang berharap dapat cepat pindah tu..doakan kami ye..


Thursday, February 19, 2009

Finally ... Kami Dah Dapat Kunci Rumah ...


Actually last week developer dah call abah, tapi abah tak dapat nak jawab phone sebab tengah mesyuarat. Then, few days later abah call mama bagitau yang developer kata kunci rumah dah boleh ambil kat ofis. So hari rabu petang 18/02/2009 abah, mama & tina pun pergi ambil kunci rumah.

And for the first time kami memijak kaki di lantai rumah baru kami. Walaupun rumah tu comel jek la..tak de la besar sangat tapi ia cukup bermakna untuk kami bertiga. So, abah telah menunaikan janjinya ... how sweet kan. Tak dapat nak mama bayangkan bagaimana happy dan senangnya hati. Kami dah ada rumah sendiri!.

Anyway, ada banyak urusan yang perlu diselesaikan. Abah nak kena pegi Pejabat SAJ, nak tukar nama cukai harta la.. nak siapkan form kecacatan rumah la.. isy..ada banyak la lagi. Tak pe..slow-slow abah eh..kita uruskan nanti.

Dek kerana excited sangat dapat kunci, sampai lupa nak ambil gambar ... hehehe... tak pe la..gambar akan di postkan kemudian berserta gambar kuncinya sekali hehehe...

Hmmm..perasaan yang tak dapat nak digambarkan la..happy sangat... Yang, Thanks for make our dreams come true..

Hajat di hati kalau semua hal telah diselesaikan, kami target untuk pindah masuk kerumah baru ni sebelum pertengahan tahun ini. Kalau la kan... kami berdoa agar segalanya berjalan lancar..

Tuesday, February 10, 2009

Sahabat Award



Thanks to Caroline who passed this award to me...after few times bump in to a slow internet connection, this award really cheer me up..thanks again ya!

So now I would like to pass this award to :
Joanne, MrsDjones, Vivi, back to Caroline, Yugene, Mery, Kristie, Kc, Jenniffer and Molly .

So quick paste it to your blog!

Saturday, February 7, 2009

Ragam Si Comel Ku ... (bahagian 2)


Gambar ni mama ambil pagi, sebab setiap pagi Tina akan sarapan sambil tonton CD Fun Song Factory nya dari mula sampai habis. Dia takkan berganjak ke mana-mana ..kat depan tv tu je la duduknya. So by that time mama bolehlah buat keje sikit-sikit..



Hehehe..mama suka sangat kembankan Tina dengan tuala cantik-cantik macam ni setiap kali lepas mandi. Masa mama nak ambil gambar ni..Tina lari-lari..malu la tu..



Ini pulak aksi memanjat Tina yang terbaru.. dia senyap-senyap main kat ruang tamu..sekali tengok je dah sampai atas kerusi dekat telefon. Dah siap mengomel-ngomel ntah apa-apa kat telefon. Cepat-cepat suruh nenek jaga-jaga kat dia..mama ambil hp terus panggil dia and snap gambar..ha! dapat..


p/s : hai..boleh sakit jantung tengok dia memanjat macam ni tau..hish ..lasak betul..aktif sangat..penat

Tuesday, February 3, 2009

Happy 31st Birthday Sayang ...





Sayang.. Have a wonderful 31st birthday. Semoga sentiasa sihat, bahagia dan gembira bersama ayang dan buah hati kita Tina. Semoga lebih tabah, sabar dan bijak mengharungi tahun-tahun mencabar kita.
Thanks for everything you've done for us. Ayang and Tina love you very much! Don't worry age is only number ... hehehe...Live life to the fullest..!!!

Putrajaya Plus Plus....








p/s Cian mama....kat kota lembab eh internet...abah uploadkan la...hehehhe

More at IKEA



Monday, February 2, 2009

Perjalanan Jauh Yang Pertama Buat Tina, JB ~ KL ~ JB ( 26~28/12/2008 )

Cuti sekolah yang baru je lepas ni, nenek Tun Aminah & Mummy Azie ajak mama, abah dan Tina gi KL jalan-jalan. Mulanya kami rasa macam tak nak pergi sebab teringat yang Tina tidur buai waktu malam. Kami fikir .. kalaulah dia nangis nak tidur kat umah orang nanti.. isy..tak syok la. Tapi akhirnya kami decide untuk pergi jugak...tanpa bawak buai pun .. jeng jeng jeng .. kalau Tina nangis malam jawabnya sama-sama la mama & abah tak tido ..hehehe...

Kami gerak dari Tun Aminah around pukul 11 pagi selasa 26/12/2008. Sepanjang perjalanan ke KL Tina ok je.. tak buat hal pun. Mungkin dia seronok jugak nak berjalan jauh. Jadual tidur siangnya tetap macam biasa walaupun dalam kenderaan. Lama jugak dia tidur atas pangku mama ..sampai lenguh tangan. Kami sampai KL dah petang. Maklum je la..ada bawak 2 orang kanak-kanak dan 2 baby .. tak boleh lah nak cepat-cepat. Lagipun bukannya kami nak rushing kemana-mana ..saja nak berjalan je..

Sampai kat rumah uncle Aid je .. masing-masing dah kepenatan. Malam tu mummy azie masak ala kadar dan kami makan kat rumah je. Tak de siapa yang larat nak keluar lagi. Lepas makan kami rehat-rehat luruskan badan sambil tengok tv then tidur.

Surprisenya Tina boleh tidur..senang jugak la nak tidurkan dia. Mama bawak Tina masuk bilik, padam lampu sambil dodoikan dia sekejap. Sedar-sedar dia dah pun tidur. And by that time rumah dah senyap.. sebab semua orang dah tidur sebab penat. Mama salinkan diaper Tina, pakaikan minyak dan stokin pas tu ..mama pun zzzzzzz ....


Hari Pertama 27/12/2008

First untuk first day, kami jalan-jalan ke Jalan TAR. Sebenarnya nak pergi Petaling Street tapi dapat info Petaling Street tutup cuti Chinese New Year. So kami ke Kamdar dan jalan-jalan kat kedai-kedai yang ada dekat-dekat situ je. Lepas Kamdar kami singgah belikan kasut nenek kat Bata, kemudian kami singgah ke kedai borong barangan kulit beli sedikit barang.

Tengahari kami makan around situ jugak. Sebelum keluar dari Jalan TAR kami beli sedikit kuih untuk nenek kat rumah. Kedai makan yang kami singgah makan tengahari tu ada banyak betul kuih dan aneka pengat serta bubur manis. Beli sikit-sikit je..

On the way balik kami singgah ke Giant Selayang kalau tak silap sebab Pak Su kirim perfume murah. Banyak jugak la yang dikirim tu.. lama jugak mencari bendanya. Sempat jugak singgah butik avon kat situ.. jalan-jalan je..butik tu tak best lah.. kosong je..

Tina kami bawak sama. Kesian jugak dia atas dukung je..penat tapi takkan nak tinggalkan dia kat rumah. Kesian pulak. Lagipun kami cuma nak jalan-jalan je. Walaupun Tina penat tapi dia tak meragam. Bila haus je dia bising sikit. Bila masuk dalam kereta je.. dia tidur kena aircond..

Kami sampai semula kat rumah pukul 5 petang lah rasanya.. lepas rehat kejap .. badan dah sejuk mama mandikan Tina, cuci rambut dia supaya dia segar semula. Lepas mandi Tina masih boleh main-main dengan sepupu-sepupu dia yang lain .. cuma jam 9 malam dia dah mula merengek.. penat agaknya. Dalam pukul 10 mama bawak Tina masuk bilik. Tak sampai 15 minit Tina dah tertidur lena. Tak bergerak-gerak .. terlalu penat agaknya. Kebetulan rumah tu memang panas. Tidur dengan kipas..Tina tambah lena




Abah & Tina di Kamdar Jalan TAR


Hari Kedua 28/12/2008 ~ Balik JB




Pagi-pagi lagi semua orang dah bangun sebab kami nak gerak balik JB pagi ni. Lepas breakfast, dalam pukul 11 pagi kami pun gerak dari rumah uncle Aid. Sempat jugak kami singgah ke IKEA dulu. Lagipun mama & abah belum pernah ke IKEA .. seronok dapat ke sana. Lebih kurang 2 jam kat sana kami sempat la beli beberapa barang-barang kecil untuk rumah baru. Selesai membayar jam dah pukul 1 petang. Kanak-kanak pun dah sibuk lapar..
aksi-aksi Tina & Opie di IKEA


Kami semua makan di restoran Satay Kajang Haji Samuri. Oh inilah dia satay kajang yang disebut-sebut orang tu. Hmm.. bolehlah .. Tina pun makan sama.





Siap makan dah pukul 3 petang. Kami bergerak pulak ke Putrajaya. Dan disinilah berlaku insiden yang tak diingini. Tina jatuh dalam parit kolam taman yang ada bendera depan bangunan pentadbiran kerajaan. Nasib baik parit kolam tu tak ada air waktu tu. Asalnya mama biarkan Tina dengan abah jalan-jalan kat situ. Mama duduk tak jauh pun dari Tina. Tiba-tiba sewaktu Tina meniti-niti kat parit kolam tu, Opie datang dan dia tertolak Tina. Apalagi..Tina tergolek jatuh dalam parit kolam tu. Kuat dia nangis. Geram betul mama.. apalagi..masa mama dukung Tina nak bawak pergi pujuk dia.. mama dah tengking Opie. Geram sangat. Dah selalu mama pesan kat dia, jangan jalan dekat-dekat dengan Tina sebab Tina tak kuat lagi, nanti Opie tertolak dia. Banyak kali. Semua orang yang ada terdiam tengok mama tengking Opie. Abah pun tak cakap apa-apa sebab dia tau mama marah..yela.. sape tak marah ..

Terus mama bawak Tina jauh kat dataran.. pujuk dia..bagi susu.. tersedu-sedu dia nangis. Membebel-bebel mulut dia. Sambil bagi susu baru mama perasan yang kat alis Tina ada luka kecil. Mama check kat belakang kepala .. alhamdulillah tak de apa-apa. Tunggu jugak takut Tina muntah ke apa ke ..tapi alhamdulillah tak ..

Lama jugak mama jauhkan Tina dari diorang .. geram tak hilang lagi .. bila mama tengok Tina dah nak jalan-jalan semula .. main-main lagi.. hilang sikit rasa marah tu.. tak sedar pun masa mama tengking Opie tu.. amik kau!




kat sini pun sempat main pasir lagi ..







Gambar-gambar lepas jatuh parit kolam Putrajaya



Kami sampai semula kat JB hampir pukul 9 malam. Sampai je, mama terus mandikan Tina dengan air suam.. basuhkan rambut dia biar dia segar dan tak pening kepala. Then suap Tina makan bubur sikit. Tak lama lepas tu dia tidur. Kesian sangat tengok dia tidur ..penat betul dia.. hampir 12 jam dalam perjalanan .. singgah sana sini .. penat sangat la tu. Mama & abah pun penat. Tapi tak sedar pulak pukul berapa abah tidur sebab mama dah tidur dulu dengan Tina.


p/s : Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar dalam digital camera yang belum sempat di upload. Internet kat rumah kota ni slow sangat, nanti lah.. slide akan menyusul dengan lagi banyak gambar-gambar kami kat KL ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...