"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

Donut Gebu Gebas - Melayan Tekak..

Bila bangun pagi dengan tekak yang tak memberi kerjasama, hmmm... dok fikir-fikir apa nak makan. Since alahan hamil yang masih seronok nak berdamping.. redha je lah. Biasanya memang nasi2, lauk pauk yang memang tak boleh lalu - NO ENTRY..

Tapi makanan lain boleh juga macam roti ke.. biskut ke.. Jadinya layan lah tekak..

On FB.. tak de nampak resepi menarik. Tetiba teringat kat sepupu kat kampung yang juga tengah pregnant. Minggu lepas dia tanya pasal donut. Masalahnya dia tanya salah orang, mama buat donut tak pernah lembut sampai ke petang.. lembut masa panas jek..hahaha.. adeh..

Maka blogwalking cari resepi..
Berkenan kat resepi donut blog kak Azlita

Cepat-cepat salin resepi & mula kecahkan dapur..hihihi...
Ok.. share resepi kak Azlita dulu ye..

Donut Sempoi

500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum ( sebaiknya tepung roti ) - 420gm tepung roti + 80gm tepung gandum..hihi habis plak stock
10 gm instant yeast atau 1 peket mauripan
1 sudu besar bread softener ~ optional - mama ganti dengan 5gm superbake
60 gm mentega
60 gm gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam atau secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais

minyak untuk mengoreng terendam
gula kastor atau gula icing ikut kesesuaian untuk menyalut donut

Cara-cara

Mama guna bread maker tau untuk menguli..
Masukkan semua bahan ke dalam bread maker ( kecuali minyak untuk mengoreng dan gula kastor / gula icing untuk salut donut )
Set pada button uli doh, Bread maker tesco mama menu no.8
Pastu biarkan je BM buat keje dia sampai benti sendiri..

Bila dah benti, tumbuk-tumbuk sket, terus bulat-bulatkan ikut suka.
Nak timbang boleh.. tak yah timbang boleh..
Kalau nak cantik.. timbang la doh 40gm ke, 25gm ke.. sukahati lah..

** Kak Azlita pesan jangan biar naik lama sangat nanti terlalu kembang..

Bila dah naik sket, tekan dengan tangan bagi leper sket, dan tebuk lubang tengah. 
Baki yang bulat tengah tu boleh goreng gak tau.. jangan buang lak..

Sambil panaskan minyak dan bolehlah goreng
Jangan api kuat sangat nanti hangus
sedang2 elok lawoo kaler.. ok angkat..

Tos minyak, biar sejuk sket
Masuk dalam tupperware, boh gula icing@kastor, tutup tupperware.. goncang..
Wallah.. buat sampai siap ye..

*************************************

Tadaaa...



 Ini pula versi bulatan tengah doh tadi tu.. donut gebu comel..



 Adunan ni banyak. Kalau buat saiz comel memang boleh dapat kusmangat banyaknya..




Memang sangat-sangat gebu. Sangat-sangat lembut. Sama level dengan donut kat kedai kek..hihihi. Superb resepi kak Azlita..

Mintak halal resepinya..

Yang nak tengok kak Azlita buat.. klik Sini


Nak cuba?
Silakan..
Mama dah kenyang makan donut.. :)

Wednesday, February 11, 2015

1st Attempt : Kuih Seri Muka Jagung

Sebenarnya pagi tadi masa ambil susu pekat yang baru.. nampak jagung dalam tin yang beli masa belanja barang dapur bulan2 yang lepas. Tapi masa tu cuma belek je.. tak teringat apa-apa pun..

Petang tadi, pandang je muka kekasih hati.. tiba-tiba teringatkan kuih seri muka. Terus tanya dengan dia, kalau buat kuih seri muka tapi guna jagung..sedap tak? Kihkihkih.. giler kalau  jawapan dia tu tak sedap.. kekasih hati..kalau namanya kuih..apa pun sedap :)

Tengok-tengok stok pulut ada satu cawan setengah jek.. ah..memang ngam-ngam resepi..Mama berjalan ke blog Arah .. resepinya memang seperti yang ku cari..yeehu..

Ok-ok.. amik resepi dulu..
share atas share tau..turun temurun resepi ni..
Mintak halal tuan punya resepi.. saya share kat sini ye..

Bahagian bawah 1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan 1 1/2 cwn santan sedikit garam dan gula 1 st butter Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit. Bahagian atas 2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja) 1/3 cwn gula pasir 1/2 cwn santan pekat 1/3 cwn susu cair 2 sb tepung gandum 1 sb tepung custard sedikit garam dan vanilla sedikit pewarna kuning 2 sb jagung cream Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
 Bahagian bawah
1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
1 1/2 cwn santan
sedikit garam dan gula
1 st butter
Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.
~ Kat part sini mama derhaka. Mama tak kukus pulut tu. Mama tanak dulu macam masak nasi. Half cook baru terjun masuk loyang..)

Bahagian atas
2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja) ~ Mama pun guna sebiji sahaja
1/3 cwn gula pasir
1/2 cwn santan pekat
1/3 cwn susu cair
2 sb tepung gandum
1 sb tepung custard
sedikit garam dan vanilla
sedikit pewarna kuning
2 sb jagung cream  ~ Mama letak 4 sb sebab nak jagung banyak

 
Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.
Sources:- From mamahawa.blogspot.com & originally from Kak Rusnah fotopage


Ye.. macam tu..ok..
Ini rupanya bila mama kuarkan dia dari kukus..

 
Baunya sungguh jagung la sangat :)
Best giler..

So, sejukkan jap kat luar then baru masuk peti pun ok je. Sebab nanti encik kekasih hati mesti tak sabar nak rasa.. hihihi

Pukul 10 malam.. encik kekasih hati berbunyi..
" dah nak dekat tengah malam daaa.. bila nak potong kuih?"
Hihihi..aihhh..saboo la..

Tadaaa... versi dah potong..


Encik kekasih hati ni dia tak suka manis sangat..dia suka layer atas tu lembik-lembik sket. Paling dia suka ala-ala makan guna sudu..huhu.. kalau lembik lagu tu..acano mama nak potosut kan.. uhhh..

Nasib baik yang ni katanya ok.. yeeha..
Makanya.. bersupper kan kuih seri muka jagung lah kami malam tadi hihihi..

Nak simpan sila masuk peti ye.. kang basi rugi tau..penat buat..

Yang nak try.. sila..sila.. sedap sangat

Daaaaa....
Bahagian bawah 1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan 1 1/2 cwn santan sedikit garam dan gula 1 st butter Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit. Bahagian atas 2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja) 1/3 cwn gula pasir 1/2 cwn santan pekat 1/3 cwn susu cair 2 sb tepung gandum 1 sb tepung custard sedikit garam dan vanilla sedikit pewarna kuning 2 sb jagung cream Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit. Sources:- From mamahawa.blogspot.com & originally from Kak Rusnah fotopages

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Bahagian bawah 1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan 1 1/2 cwn santan sedikit garam dan gula 1 st butter Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit. Bahagian atas 2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja) 1/3 cwn gula pasir 1/2 cwn santan pekat 1/3 cwn susu cair 2 sb tepung gandum 1 sb tepung custard sedikit garam dan vanilla sedikit pewarna kuning 2 sb jagung cream Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit. Sources:- From mamahawa.blogspot.com & originally from Kak Rusnah fotopages

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Thursday, September 27, 2012

Kuih Getas Khas Buat Suami :)

Hari ni mama buatkan kuih getas yang abah mintak aritu. Senang je caranya..Ramai yang nak resepi kan..ok kita check resepi

Bahan:
1/2 kg tepung pulut
1 biji kelapa parut
2 cawan air
garam secukup rasa
minyak masak

Bahan Sira :
1 cawan gula
1/2 cawan gula pasir

Cara :
* Tepung pulut, garam & kelapa disatukan

*Masukkan air sedikit2 hingga menjadi doh (tak melekat)

* bulat2kan & leperkan

* Goreng dengan api kecil sampai masak


Sira :
* Masukkan gula & air dlm kuali

* Bila dah likat.. masukkan kuih getas. kacau sampai kering & tutup api

Siap.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...