"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, July 31, 2012

Bedak Arab Giveaway


Jemputan menyertai GA dari Lela Lelord.. Bedak Arab wehh... Jom join..

Sape2 nak join jugak sila klik SINI ye..


Friday, July 27, 2012

Agar-Agar Santan Gula Melaka Juadah Berbuka 6 Ramadhan

Bertahun2 asyik makan agar-agar yang orang je buat. Pastu pandai lak komen itu ini..hihi.. jadi ramadhan kali ni nekad nak cuba sendiri. Kat rumah sendiri je kan.. kalau tak jadi pun takde org tau gitu hihi




Alhamdulillah menjadi agar-agar mama.. cantik.. tak keras.. just nice je.. manis pun just nice :)





Masuk acuan kuih puteri ayu sebenarnya.. cantik bila dah keluarkan. Yang bulat tu masuk acu kuih lompang..ala..acu yang merah kecik2 tu





Puashati sangat :)


Resepi : Agar-Agar Santan Gula Melaka
Sumber : Blog Kak Nor

12gm agar-agar ( mama guna yang tali2 tu.. dah beli lama)
1/2 cawan gula merah (mama guna 3 keping gula melaka)
1/4 cawan gula putih (mama tak guna)
1150 ml air (1100ml)
120ml air campur 1 paket santan serbuk (mama guna suku kotak santan KARA)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masak air dengan gula dan daun pandan
bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api
kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.


Senang je kan.. :D tak susah pun. Ada kawan-kawan kata boleh diletak pewarna juga tapi mama tak try la.
Anyway..selamat mencuba ye.. :)

Tuesday, July 24, 2012

Keria Labu Kasih Sayang - Menu Berbuka Hari Ke-4

Terasa rajin nak memasak lagi hari ni. godek2 dalam peti ais ada udang sket.. masa balik jemput Tina tengahari tadi sempat merayau kat pasar cari sayur. Konon2 nak buat tom yam mulanya..last2 boleh tukar jadi sup sayur pulak.. sebab terasa tak kene menu..huhu




Sup sayur ni tak letak garam mahupun aji.. cuma guna kiub ayam sahaja. Sebab tak boleh nak rasa, maka buat mcm tu lebih selamat. Biar tak masin dari termasin.. kan.. hihi





Udang black pepper ni mama jumpa resepinya kat blog Kak Nor, tapi ada bahan yang takde mama adjust sket la. Ikut apa benda yang ada kat umah je

Udang Blackpepper

350gm udang ~ saiz sederhana
brokoli secukupnya - ni takde
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper - ni pun takde
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional - ni mama ganti dengan daun bawang


Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat.
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan udang.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn udang dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.............



Keria Labu Kasih Sayang

Bahan:
150gm labu di rebus empuk
1 sudu besar gula pasir
Tepung gandum secukup rasa

Bahan sira :
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar air


cara :

* Labu yang dah direbus, ditoskan & lenyek bersama gula pasir. Biarkan sejuk
* Campurkan tepung sedikit2 & uli sampai jadi doh
( mama campur tepung sket2 dulu. agak2 ok dah mama letak sket minyak & buat bentuk keria. pasal nak tunggu jadi doh, maunya keras kejung keria tu nnt sebab banyak sgt tepung..huhu)

* Pastu gorenglah sampai kekuningan
* masukkan gula & air dlm kuali. kacau hingga berbuih likat. Masukkan keria & padam api. Kacaulah sampai gula keras..

** Tadaa.. siap dah :)

Sunday, July 22, 2012

Kuih Seri Muka Penyeri Berbuka 1 Ramadhan



Hmm.. request abah untuk juadah berbuka puasa 1 ramadhan tahun ini. Abah tolong mama buat jugak sebenarnya :) ..

Mama suka tengok kuih seri muka yang cantik terletak tapi abah kata, kalau cantik tp tak sedap nak wat pe. Jangan terkeras bahagian atas dia. Biar terlembik..makan dengan sudu pun takpe..

huhu.. makanya memang terlembik sket. Biasa buat kuih kaswi asyik terkeras. Abah tak suka.. jadi yang ni memang bagi cair.. tercair rupanya..hihi

Anyway..komen mak mentua..kakak ipar ..kuih sedap. Cuma perlu tambah sket tepung lagi bahagian atas. Adik ipar mama je kata kurangkan sket manis.. tapi org lain kata manisnya ok. Dia tak kuat manis kot..

Takpelah.. yang penting abah suka.. len kali mama betulkan part terlembik tu ye yang.. :)

Huhu resepi mama tak letak ye. Google je..berlambak korang boleh jumpa :)

Dan hari pertama ramadhan sudah pun berakhir..

Monday, July 16, 2012

MP-Biz Giveaway



Ada jemputan join GA ni.. jom join korang. Manalah tau rezeki raya ni.. :D kan adda kan..hihi

Friday, July 13, 2012

Jom Buat Homework Ngan Tina

Misi menyiapkan homework sebelum balik kampung malam kang :)

Nasib baik Tina memang mood elok ..nak duduk lama buat homework. Sayang dia :D











Ni homework jawi




English Thematic





Ejaan yang semakin baik nampaknya. Tapi ada moodnya.. kadang2 dapat telur jugak hihi


Mood sangat happy sebab homework Tina dah siap makanya boleh berhujung minggu dengan tenang :)

Happy weekend semua!!!

Thursday, July 12, 2012

Terapi Minda Pagi Ini 12 Julai 2012

Bagi mama.. memandang bunga yang cantik setiap pagi adalah terapi minda yang sangat mujarab. Tenang & damai..


orkid putih




Ros pengantin kg




anak dara ni tak diketahui nama dia.. ros




Orkid butterfly purple dot dot

Wednesday, July 11, 2012

Menarik Hari Ini : Bendi Celur Cicah Air Asam & Jemput2 Udang Geragau Berkucai

Bila selera nak makan lauk2 kampung datang, maknanya mama rindu kat mak.. :)
Rindu jugak kat mak teh kat bukit tongkat sebab air asam dia paling sedap didunia..hihi
so.. kita main masak2 hari ni..












Jemput-jemput ni pulak juadah minum petang. Abah balik bawak udang geragau. Mintak mama buatkan jemput2. Maka mama pun amik gunting & kuar gi collect kucai sepasu dua buat tambah2 rasa..

Kalau ada yang terliur..huhu harap maaf.. nnt buat sendiri ye..

Main Masak-Masak



Lately ni pandai dah mintak nak permainan masak2. Tadi balik skolah ajak mama gi easy 2 shop. Bila tanya nak beli apa..? Tina kata nak beli masak2.. hmm..

Mama blur jek apa dia nak sebenarnya. Tapi malas dengar dia merepek2 makan belok la ke kedai. Masuk je kedai tu dia terus menuju kat area permainan. Pegang set permainan masak2.. oo tadi dia sebut kitchen.. mati2 ingat keychain.. hahaha

Nasib baik RM3 je.

Mama sibuk masak kat dapo dia pun sibuklah masak depan tv.. masak grapes la..pastu makan sorang2.. huhu.. pandai dah..

Tengok la tu dia mengadap.. hihi.. pompuan la katakan..

Monday, July 9, 2012

Progress Menulis : Homework Buku Biru

Every week mesti ada homework. Weekdays kadang2 je.. kalau ada pun keje kat skolah yang tak sempat siap je biasanya

Tapi, dengan homework je la dapat mama nak trace apa progress Tina dalam menulis & memahami apa yang teacher dia ajar kat skolah..

Homework matters memang mama yang handle... hihi mama.. faham2 sajalah ye :D












Ni homework buat perkataan dari suku kata.. yang ni masa buat abah ada sama. Nampaknya Tina faham arahan. Semua words adalah idea dia. Mama & abah membantu untuk dia menulis. Bantu hintkan phonics untuk huruf yang dia tak dapat..

Untuk menulis dengan elok ikut garisan tu masih tak lepas lagi. Sukahati dia je atas ke bawah especially kalau buat "S" hihi.. takpe..slow2 nnt mama anajr ye Tina..

Tapi mama puashati tengok hasil tulisan ini hari ini.. dia buat lebih baik hari demi hari. Kene praktis lebih.. untuk lebih baik

Good Job Sayang Mama..

Thursday, July 5, 2012

Mee Sup Kaki Ayam .. Sebuah Kenangan


Menu lunch hari ini adalah Mee Sup Kaki Ayam & Leher. Masa sibuk masak tadi mama tak teringat. Bila dah masuk pinggan macam ni, terngiang2 pulak kat telinga suara seorang sepupu yang juga saudara susuan mama yang dah kembali ke rahmatullah..

Kisahnya..

Dia memang belajar kat rumah mama. Masa tu kami masih sekolah rendah lagi. Dan masa tu hidup tak lah senang. Jadi kami cerita2 pada suatu petang.

Mama : Nanti lepas periksa (exam) kita suruh mak (mak mama) masak best2 nak?
Arwah : a'ah kan kita makan sedap2 ye..

Kebetulan mak mama lalu, terdengar & tanya dengan dia apa benda makanan sedap2 tu?

Arwah : Mee dengan sup kaki ayam..

Masa tu kami dok gelakkan dia. Dalam banyak2 benda .. sup kaki ayam paling sedap rupanya. Dan lepas periksa sekolah waktu tu mak mama masakkan mee sup kaki ayam untuk dia. Berselera sangat dia makan.. mama masih ingat..

Tapi sekarang ni dia dah takde. Dia dah pergi tinggalkan kami beberapa tahun lepas kerana sakit misteri.

Dan menghadap sepinggan mee sup kaki ayam buat mama sedih. Dia dah pergi jauh. Semoga rohnya dicucuri rahmat..kami sentiasa ingatkan dia :)

Alfatihah buat Arwah Mohd Isyam Bin Jerkinin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...