"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Daily Diary. Show all posts
Showing posts with label Daily Diary. Show all posts

Friday, June 12, 2015

Bubur Kacang Durian 11.30 Malam

Musim durian dah kan sekarang. Rumah kampung abah dah gugur duriannya. Tahun ni tak banyak buahnya tapi cukuplah untuk semua anak cucu merasa. Alhamdulillah..

Sejak cuti sekolah ni asyik je la tengok durian kat tepi jalan. Semangat nak membeli tak ada sebab bila singgah.. bau durian pun nan hadoo.. cemana lah nak semangat!

Tak tau lah durian spesis apa diorang jual ek.. sampai pegi dekat pun tak de bau langsung.. pelik betul. Katanya dah masak tapi.. hmmmm...

Bukan sekali dah terkena.. dan dah tak mahu terkena lagi. 

Bila MIL bagitahu durian dah gugur.. aduhai.. alhamdulillah bakal merasa juga durian tahun ini. Semangat nak makan durian pun tiba :D

Balik dari solat jumaat, abah bawak durian beberapa biji.. baunya semerbak satu rumah.. ahhhhh... bestnya. Petang ..kami pekena durian beberapa biji.. ok la.. syiok wooo...

Malam ni.. balik dari AEON Big.. mak aih.. terus ke peti ais cari kacang hijau. Hampa.. tak de. Pegi dapur pulak.. selongkar.. arghhh..tak ada juga..

Tak puas hati sebab rasanya ada beli.. macam mana boleh tak ada?

Balik ke peti ais.. tengok elok2.. haaaaaa... ada..

Jam 8 malam merendam kacang hijau.. 
Dan.. jam 11.00 malam siap bubur kacang hijau durian..

Jam 11.43 Malam.. dengan berseleranya menyuap bubur kacang hijau durian..



 Selamat Malam..

Monday, February 9, 2015

Orang Lain Yang Punya Birthday.. Orang Lain Dapat Hadiah?

Birthday kami tak jauh kan.. dia bulan febuari.. mama bulan mac..
hihihi tapi hari birthday dia mama yang dapat hadiah..
bahagia betul ..hahaha

Bukan satu je tau..
dua sekali..

I know you love me so much,
kihkihkih

He's always here menunaikan semua impian saya tau..
Dia tahu sepasang tangan mama tak mampu menguli tepung dengan baik. Setiap kali berangan nak buat donut je pun.. lepas menguli dua2 tangan bengkak..sakit..
huh.. lembik betul kan..
 so dia belikan ini..



dia tahu mama berangan nak buat roti..
dah tangan tak kuat nak uli tepung.. macam mana?
yang..i really appreciate this..
yeay!! boleh belajar meroti.. 
 
Another one..
my oven dah mintak ampun sangat dah..
tu pun turun dari my mak.. huhu..
so.. there..
sebelum dapat dapur dengan kabinet & oven build in..
dia belikan ini dulu
yeay!!
 
 
I love all this yang..
thanks a lot
hmmm.. bila nak rasmikan oven & bm baru nih?

Friday, October 24, 2014

Pecal.. Owh My Fevret

Last monday kami balik kampung. Tengok mak abah. Tanya khabar hari-hari kat telefon..huhu. Itupun pagi tu penuh dengan aktiviti..

Renew roadtax kereta kancil
Poslajukan barang customer mama
Pergi bank2 sekelian..
Lastly baru abah teringat yang si baby putih ni perlu diservis. 2nd servis 25 Oktober.. fuh.. terus call & kata boleh datang, maka pucuk dicita ulam mendatang la kan. Baik settle segala mala urusan sebelum balik kg. Kang dah balik jauh nak pusing.

Sampai umah mak abah.. ada aktiviti lain plak.. hihihi
Pi pasar malam kota jaya.. lama tak jalan2 pasar malam. Kat jb takde mananya nak jalan pasar malam..huhuh.. 

Esok malanya kami ke econsave. Beli barang2 sket. Mak kata nak buat pecal tak? waaa... heaven weh. So beli barang untuk buat pecal tu sekali..

Pecal tu apa?
Sayur-sayuran yang dimakan bersama sambal kacang..

Meh tengok resepi Pecal kami..

*******************************************************

Sayur-sayuran ikutlah apa yang anda suka
kangkung
kacang panjang
pucuk ubi
timun
taugeh
nenas
tempe

Apa pun boleh tapi mama selalu makan sayur2 je

Sambal kacang

Bahan:
Kacang tanah
Bawang Merah - di hiris
Bawang putiih - dihiris
Cili kering - di potong2
Cili padi sket
Air asam jawa 
Belacan 
Garam
Gula
Air suam secukupnya

Cara:
1. 
Goreng semua bahan yang ada dalam pinggan ni.. cili kering, bawang merah, bawang putih, cili padi & belacan


2.
Goreng kacang tanah & blender. Separuh halus, separuh kasar
 


3.
 Tumbuk semua bahan yang yang dah digoreng tadi..



4.
Dah lumat, satukan bahan tumbuk dengan kacang dalam satu bekas
 


5.
Sediakan air asam jawa. Gunakan air masak ye
 


6.
Curah air asam jawa ke dalam bekas kacang  tadi
 


7.
Untuk membancuh, gunakan air suam secukupnya. Terpulang nak sambal kacang anda cair atau pekat. Bila dah dapat kepekatan yang anda nak, perasakan dengan garam & gula. 
 


8.
Siang semua sayur2 .. kemudian celur setiap satunya seketika
 



Okeh.. siap dah..
Dan beginilah cara menikmatinya..

Sedap.. sangat sedap. Vegetarian gitu hihi

Dulu2 kat kampung kalau buat pecal ni memang sedulang besar bahan-bahan sayuran dia. Macam2 jenis sayur boleh masuk. Apa je yang anda nak.. boh je la..Makan ramai-ramai lagi heaven

Selamat mencuba..
Fevret mama, mak & mil :)

Wednesday, April 30, 2014

Saya Suka La Tudung Mama...

Kisahnya bila setiap kali mama beli tudung baru.. Dialah dulu yang suka sangat nak pakai.. dia lah dulu yang pilih mana satu dia punya..hihi.. hai lah anak.. 

Dia kata..
" Yang dua ni mama punya .."






" Yang ini saya punya tau.."


Hahah.. 
itulah sweetheart saya :)

Friday, April 25, 2014

Layan Minum Petang Lepas Ngaji

Balik jumpa seller lelong dot com dot my semalam petang tu.. terus hantar sweetheart mengaji sekejap. Habis mengaji tu kami bawak dia minum petang & makan roti canai .. dekat je dengan tempat ngaji. maleh nak gi jauh.. nak makan roti canai je pun..

Suka snap-snap gambar dua insan tersayang mama nih..

dok sibuk tunjuk game kat abah..


Abih-abih la takde rupa mama :( .. anak abah sokmo :)


Ayat gambar ni apa tau..
" Abah..meh la kita minum sama-sama.. " cheh.. hihi..

Lepas minum meh balik..hari nak hujan..

Tuesday, March 18, 2014

Teringin Punya Pasal..

Tetiba teringin makan kek walau birthday hanya around the corner. Nak buat caner kan.. mood nak makan kek bukannya datang selalu..

Seperti biasa.. kekasih hati.. abah..menjadi penyelamat :)
love u lah sayang..

Nasib baik Aeon Jusco Taman Universiti dekat je dengan rumah. kalau tak..jenuh woo menahan nak makan SR..huhu


Choc Indulgence..

Puaslah hati dapat makan kek :)

Sweetheart yang tak layan makan kek..huhu..
suruh pilih kek dia takmo

Friday, December 13, 2013

Comel Tak Ulat Saya?


hihihi.. takde keje
selipar dalam rumah putus sebelum cuti-cuti cinta..

Balik rumah beli yang baru.. rupanya untuk perasmian berpantang :)
Tu stokin sape?
Hihi stokin abah.. :)

Wednesday, December 4, 2013

Sudah Kembali..


 Hai..hai..hai..
Kami selamat kembali ke home sweet home kami..

Pulang membawa bermacam perasaan..
Seminggu berkumpul sekeluarga bagai dulu-dulu..

Banyak cerita & gambar menarik nak mama kongsikan..
tapi keletihan masih terasa..
Nanti slow2.. ye..

Baru satu malam meninggalkan mereka..
rindu sudah terasa..
bilakah akan bertemu kembali?

Hanya Allah Maha Tahu..

Friday, November 22, 2013

Member Card - Aeon Big

Anda dah tau kan? 
 AEON Big dah memperkenalkan sistem membership pulak baru-baru ni

Ke mama je yang baru tau? hihi

Anyway aritu ternampak orang ramai-ramai isi borang. Mama pun menyibuk sama. Walau tak rajin sangat pergi AEON Big ni.. tapi sesekali terjah juga sebab dekat..

At least every point count la kan..
tak kene bayar pun.. tak rugi apa..
isi borang
dapat kad..
tu je




Anda dah buat?

Tuesday, October 8, 2013

Fruits Today..

Mama tak boleh tengok buah-buahan.. hihi.. sangat suka makan buah..
Masa pregnant qistina dulu tak boleh tak ada buah.. rasa macam ada benda tak lengkap.

Tadi gi pasar.. sudah habis membeli-beli.. hantar barang masuk boot kereta dulu then jalan lagi kat gerai buah pula.. :)

Makanya.. berplastik juga  dijinjing ke kereta..



Ternampak pulasan besar-besar ni.. RM10 untuk 3 kilo.. ok lah tu. Susah tau nak jumpa yang besar-besar macam ni. Picit2 rasa kulit masih keras..ok la tu..

Abah suka pulasan kan kan kan...:)



Pisang & jambu batu ni memang all time fevret.. hihi.. 
Suka pisang yang kecik-kecik macam ni.. comel & senang nak makan. Kalau beli pisang montel kang macam rasa nak potong separuh plak..

Tapi sesekali bila teringin amik juga pisang montel yang sememangnya lawo-lawo kan tengok kulitnya. harganya pun lebih sket arr.. tapi takpe..bukan beli banyak :)

Apa buah-buahan yang korang suka ek?

Wednesday, April 24, 2013

Oooo... Perfect 365 ye..


Sebelum ni mama selalu nampak gambar orang cantik2 kat FB.. macam takde cacat cela langsung.. licin mulus gitu..

Rupanya!!

Allah..mama yang tak tau okeh.. ada application kat android.. "Perfect 365" itu yang mama jumpa.. jadi saja mengada2 download & mula menggodek gambo.. hahahaha.. 

Makanya.. jumpalah rahsia kecantikan & kemulusan gambar mereka2 itu.. hihi... Ni mama saja la letak sebelah2 gambar yang edit dengan perfect 365 dan yang original picture. 

Guna yang "natural" jek.. kang kalo guna breeze la, angle la.. tu semua application siap bohkan mekap lagi hihi.. kelako plak rupanya :)

Application tu buat kulit jadi mabeles giler la.. hihihi.. perasan lawoo sekejap la ye.. ampun.. :)

Korang dah try?? Hahaha... ala tau..mama je yang tertinggal kapal terbang :)

Tuesday, June 12, 2012

Lenanya dia.. :D


Gambar petang semalam. Tina tak berapa nak sihat. sehari sebelum naik sekolah, dia mula selsema. Kene plak sekolah hari pertama after cuti panjang.. penat kot. pas makan, mama kasi ubat selsema & dia tidur

Best giler cium pipi dia yg montel macam pau tu.. :)

Thursday, May 10, 2012

Yes.. true.. I Am Happy For you My Friend :)

:)

untuk kali ini .. dari banyak2 kali yang lain.. mama rasa sangat gembira dengan berita baik yang disampaikan oleh seorang kawan. Dia pun sama macam mama.. dah lama menunggu rezeki utnuk 2nd baby.. so hari ni dia bgtau mama berita tu. Alhamdulillah la kan.. penantian salah seorang dari kami dah berakhir dengan gembira..

semoga dia selamat hingga ke akhir proses..

Mama macam biasa.. minta doa dari semua juga untuk rezeki sekali lagi. Semoga Allah yang maha kuasa mendengar doa kami..

amin..

Sunday, April 15, 2012

Update : Monavie selepas lebih 2 minggu




Mama, Tina & abah sedang minum monavie.. rasanya dah melepasi 2 minggu pun..

So far, kat Tina..
Tina batuk seminggu selepas memulakan monavie. cukup seminggu batuk..kini dia selsema pulak. Kerap jugak muntah lendir jernih yang banyak tapi yang paling ketara bila bangun pagi dia dah tak alami hidung yg mcm tersumbat tu. Tapi sejak 2 3 hari ni selsema.. so mcm tersumbat la hidung pepagi. Kalau tak.. memang hidung dia clear..


Mama..
Belum seminggu minum monavie pun mama dah terasa asyik nak buang kahak. Bila menunduk kat singki utk meludah.. terasa lendir nak mengalir keluar.. tapi bila hembus kat hidung..takde pape..

Kul 5 pagi sehari dua lepas.. mama berkahak dan ada cebisan darah beku.. sikit je la. sehingga ke hari ini pun masih terasa nak berkahak..


Abah..
Abah pun sama mcm mama.. sejak2 monavie ni kata dia makin kerap nak buang kahak & lendir. may be sebab abah smoking kan.. so that2 good la..


Okeh.. yang ni mama kopipes dari stokis monavie..




KESAN-KESAN PEMULIHAN


Peringatan buat semua... Kesan- kesan pemulihan pada setiap individu adalah b'lainan b'dasarkan penyakit...


Kesan2 ini hanyalah mengambil masa 2 ke 14 hari dan selepas itu anda akan berasa selesa dan b'tenaga...


Amalkan minum Monavie dan anda akan rasai kelainan pada sistem badan anda...


* Badan Berasid : Letih, Lesu, Dahaga, Kencing Banyak, Demam Panas

* Tekanan Darah Tinggi : Sakit Kepala, Pening

* Sistem Penghadaman : Panas, Dada rasa tertekan, Rasa Muntah

* Usus Perut : Sering Berak, Minor Cirit Birit

* Hati : Muntah, Kulit Gatal, Bintik-bintik pada kulit

* Hati Keras : Tahi mengandungi titik darah

* Buah Pinggang : Muka bengkak, Kaki bengkak

* Jerawat : Detosifikasi Kulit

* Buasir : Tahi mengandungi sisa-sisa darah

* Asma : Dahaga, Rasa mual, Muntah, Pening, Kahak tersangkut

* Kulit Sensitif : Gatal, Bintik-bintik merah

* Sistem Saraf : Tak boleh masuk tidur dan Aktif

* Sel Darah Putih Berlebihan : Dahaga, Tidur tak lena, Rasa mual

* Sakit Sendi : Rasa kesakitan minimal

* Sakit Puan : Gatal, Bahan buangan kurang atau berlebih, kitaran haid tidak menentu

* Sembelit : Proses detosifikasi pasa usus perut

* Paru-Paru : Batuk, banyak kahak kekuningan

* Hidung Sensitif : Bendalir Tepu


Ha.. hukhuk.. memang betul kahak mama kekuningan.. jadi mama kene teruskan minum monavie ni. Kata stokis.. healing proses ni akan mencapai 3 minggu sekurang-kurangnya..

Nanti mama update lagi ye..

Thursday, February 10, 2011

Angpow CNY 2011


Cantik rupanya angpow CNY tahun 2011 ni kan. Ada gambar arnab kat depan dia. Actually Tina dapat angpow ni dari jiran sebelah rumah.. Mr & Mrs Tan. Cantik sangat. Mama lekat angpow ni kat kalender rumah *wink*

Friday, January 21, 2011

Oh Water Heater..





Korang tau kan..yang atas tu gambar apa? Ye betul..gambar water heater.

Mama & abah tengah dalam dilema ni nak pilih water heater brand mana. Semuanya lebih kurang sama je. Kami kena cari water heater yang ada 'pump' sebab tekanan air kat area rumah ni tak kuat. Jiran sebelah cakap..baik beli yang ada 'pump' kalau tak nnt mesti sakit hati tengok air yang keluar..haih..

kakak ipar mama kata..kat rumah dia pernah guna yang takde 'pump' tapi menyakitkan hati bila kena tadah air dari heater tu pakai baldi..baru boleh mandi..ek elleh..amenda kes pakai tadah2 segala kan..

so kami dah round beberapa kedai..
terlalu banyak brand pulak tu..Panasonic, Joven, Centon, Alpha, Trio..aduhai..yang mana satu nak dipilih. Range harga bagi water heater yang ada 'pump' adalah RM499++ pastu nak kena tambah dengan installation (rumah ni water heater wiring dah ada) RM55 hingga RM90.. perghh..

Rumah mak mama guna ALPHA.. rumah MIL mama pulak guna JOVEN & HIER..rumah kakak ipar pulak.. setia dengan PANASONIC..

Jadi mama nak minta pendapat korang, kat rumah korang guna water heater apa ek? Bagi la komen sikit..


Saturday, October 9, 2010

Monday, September 6, 2010

Setelah Lama Mama Menanti ... Akhirnya..


ini edisi lepas..yang baru bukan gambar nih.malas nak snap gambar,pinjam kat en.yahoo jek


Siapa yang minat membaca Majalah Laman Impiana..angkat tangan!! Mama dengan abah angkat tangan dulu ek... bukanlah dah bertahun tapi ada la 2 ke 3 tahun kebelakangan ni. Lebih tepat lagi sejak-sejak kawen & berangan nak beli rumah sendiri ni..ececeh..betul..

Ala normal kan, semua orang ada keinginan nak ada taman macam yang kat dalam Laman Impiana tu kan..jangan bohong..puasa ni..tuhan marah.. :)

Mama dengan abah sejak awal tahun ni memang dah pesan dengan aci kedai buku tempat abah selalu beli buku dari zaman abah kecik-kecik dulu lagi..supaya simpankan Majalah Laman Impiana untuk kami setiap keluaran. Jadi tak payah takut terlepas edisi pun. Aci tu akan simpan sampailah kami datang..thank you aci.. :)

Yang keluaran bulan ni.. kami dah nampak kat Jusco aritu..so hari jumaat aritu abah dah pegi beli kat kedai aci..mama tengok maljalah tu dah ada dalam kereta..senyum jek la mama.. wadah pengisi kebosanan kami kan..

Dan sehinggalah malam tadi bila mama membelek Majalah Laman tu..terpandangkan kat mukasurat yang depan-depan tu..ala-ala surat pembaca tu la kan. Ayat satu email tu macam mama kenal..macam pernah baca.. tak tengok pengirimnya ni, mama terus baca sampai abis la.. dah sampai bawah..ha..memang sama la..

Tengok2..

:) betullah..itu memang email mama..ta sangka pulak email mama terpilih untuk disiarkan. Mama ni ada satu habit yang lawak tau.. mama sangat irihati tengok email ke surat orang lain ke terpilih untuk tersiar dalam majalah ke..buku ke.. nanti mama nak jugak terpilih & tersiar. Kadangkala bukan dapat apa-apa pun tapi rasa puashati & seronok bila terpilih & tersiar tu..hehehe..lawak kan..

Kat bawah tu kata..setiap email & surat yang tersiar akan dapat hadiah buku dari alaf 21. so kita tunggulah buku apa agaknya yang mama akan dapat.. :) tak sabar pulak!

Sunday, September 5, 2010

Sahur Pagi ini...


gambar pinjam kat yahoo..hehehe meriahnya bunga matahari nih.
.


Mama bersiaran dari rumah MIL pagi ni. Tido sini malam tadi sebab abah takde. Abah teman MIL balik rumah kampung malam tadi lepas terawikh. So, mama terpaksalah tido rumah MIL sebab mama kan penakut nak tinggal dengan Tina je kat rumah lepas kejadian pecah rumah awal tahun aritu..

Bangun sahur macam biasa..kunci jam..bangun sendiri..masak nasi. Mama tak biasa makan nasi sejuk untuk sahur. Rasa tak sihat jek. So, macam manapun mama tetap akan masak nasi. Pukul 4.45 mama dah start makan dah. Lauk daging berbuka semalam jek la..pepagi nih tak lalu la nak makan lauk macam-macam..

Sambil berjalan-jalan blog kengkawan sekelian.. mama bukak FB jugak..main game hahaha...time Tina tido ni la nak main game dan bersukaria..bukan apa..kang dia dok mengacau jek..hehehe...tangan cam sotong tekan itu ini.. :)

Siang sket kang nak balik rumah la.. banyak keje2 rumah yang lom settle pun. Nak membasuh lagi..esok lusa nak balik rumah mak mama dah.. 7hb Tina klinik kat kota..aih.. sarung kusyen sofa pun tak basuh lagi..

Thursday, August 12, 2010

Bulan Puasa Jek.. Mama Batuk

Hmm.. sehari sebelum 1 Ramadhan mama dah batuk-batuk kecil..petangnya dah start suara jadi lain dah..dan akhirnya balik umah mak mama untuk sambut puasa sama-sama.. suara mama terus jadi serak-serak kering dah. Aduhai.. tekak rasa kesat jek..menci tul!

Last year punya awal Ramadhan pun rasanya mama batuk jugak sampai 15 hari puasa. Sampai terkopek-kopek kulit bibir sebab panas dalam kuat sangat. Hmm.. tahun ni dapat bahagian lagi..

Tapi mungkin sebab cuaca la kot. Asyik hujan panas..hujan panas..silih berganti jek. Inilah dapatnya. Then perasan jugak yang hidung Tina berair lagi dah.. tadi mlm ni..da start batuk2..pergh..baru tak sampai 2 minggu dia baik batuk kan..

Takde mood langsung nak puasa, sahur, gi bazar apalagi berbuka..semuanya kurang sedap ditekak..huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...