"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Makan DiMana?. Show all posts
Showing posts with label Makan DiMana?. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Pencarian Mee Bandung Yang Sedap Di Skudai - Terjah Lubuk Selera..

Nak makan mee bandung dah lama dah.. sejak sebelum gi Cameron Highlands aritu lagi. Ingatkan hari balik tu sempat lah nak menjamu selera Mee Bandung Muar.. aihh.. sampai ayer keroh dah 6.30 petang.. terus je balik kan masa tu..

Akhirnya semalam.. berbunyi dengan abah.. " meh la gi cari mee bandung.." miahahaha..pujuk nih.. so lepas maghrib abah gugel jap.. jumpa ..kat Lubuk Selera katanya ada yang sedap. Kata abah.. jom try yang dekat dulu. Tak jauh sangat ni.. :)

So, kami gi lah.. LUBUK SELERA ni dekat area pintu gerbang nak ke Giant Pulai. Belah kanan ye dari AEON Jusco Taman U. Sebesar-besar tidak signboard dia :) mesti nampak punya.

Sebelum turun kereta abah cakap..kalau takde kang caner? So mama cakap lah.. tanya dulu.. jangan duduk dulu.. hihihi boleh gitu..

Kami masuk restoran & tanya dulu.. katanya ada..baru kami cari table..

Order mee bandung 2, roti canai telur 1, carrot susu 1, ais kosong 2, sirap laici 1..

Jeng..jeng..jeng..
Meh tengok Mee Bandung Lubuk Selera..


Ini rupanya.. eppp jangan judge dulu.. ikut  cara kak Seri Kandi Tanah Jauhar.. rasa dulu kuah..
hmmm.. not bad.. sedap.. cukup pekat..cukup rasa..
ha.. so meh snap gambar dia..

Bila dah gaul.. nak tengok apa ada kat dalam.. taraaa... rupanya sangat menyelerakan ok..


Telur sebiji kuning tak keras sangat, daging banyak, sayur banyak.. cuma udang je tak nampak.. tapi takpe.. daging dia banyak dah..

Lepaskan niat nak makan.. alhamdulillah memenuhi selera.. 

Total up yang kami makan malam tadi RM22.60.. ok lah.. takde la mahal sangat. 

Kalau korang rasa nak makan mee bandung kat skudai ni tapi tak nak gi jauh.. Lubuk Selera boleh jadi pilihan..

Pasni nak hunt menu apa plak?? hihi

Sunday, December 29, 2013

Wadihana Islamic SteakHouse JB

Psstt.. mak long nak belanja makan. Kami ikut saja
Pilihan tempatnya adalah
Wadihana Islamic SteakHouse
bahagian belakang Restoran Upin Ipin yang dekat dengan Bangunan Jakel tu
ala..dekat2 area angsana tu la



Memandangkan dah buat reservation table, so rasa selamat sket but sampai-sampai je kusmangat..penuh. Kami terus gi kat meja kami lah. Tengah skodeng-skodeng menu, few families yang walk in memang tak dapat  table. Full house!

Kami je dah reservation untuk 14 orang.. family in laws mama memang besar okeh :)

Restoran dia cantik.. breezy air.. cukup terang pencahayaan..dan staff-staff cukup ramah..berbudi bahasa even lelaki semuanya :)

Lupa nak snap-snap buku menu dia.. cantik

Ini menu mama..



Nama main course tu mama lupa. Ingat Rib Eye steak jek.. dan minuman tu iced cappuccino ..ada lagi perkataan..apa ntah lah.. uisy..hilang ingatan jap

Menu tu je yang mama snap. Ada 14 orang termasuk kekanak-kanak.. tak dan nak snap setiap pinggan korang weh..

Appetizer dia sedap ..yang ala-ala nachos tu. Mama 1st time makan.. best.. dicadangkan korang amik tu cuba :)

Pegi ni kami berdua beranak saja.. abah takde.. pegi memancing huhu.. bawak diri lah kami menumpang orang lain..


My sweetheart..dia makan angry chicken je.. minum plain water. Biasalah dia kan..mana reti sangat minuman-minuman biasa nih..

Actually yang dia makan friesnya saja.. sebab tekak nasi ni mama dah bagi makan nasi siap-siap. kang dia mintak nasi goreng kampung kat situ..tang mana nak cekau?

A very good restaurant kalau korang nak try. Worth lah.. harga korang faham-faham lah ye.. standard harga steak around RM20++ above

sangat santai makan disini..tapi sebab abah takde.. hmmm...

FB diorang..

Thursday, December 12, 2013

Roti Puri Kota Tinggi


Aduhai korang.. ni cerita last week..cerita masa masih belum keguguran & berpantang tau :)

Ini roti puri. Korang tau kan. 
Mama & abah ada suka roti puri kat satu restoran di kota tinggi ni. Sangat sedap & matching kuah dia memang mabeles

Dah 2 kali makan kat sini. Setiap kali akan order 4 set roti puri tapi order 2 set, 2 set.. so akan dapat yang panas :)

Punyalah excited nak share dengan korang semua roti puri ni, kenyang punya pasal lupa nak snap gambar restoran dia..addehh..

Nanti balik lagi mama share gambar restoran ye..manalah tau sape-sape jalan-jalan kat hometown mama ni..boleh la try :)

Thursday, November 7, 2013

Makan-Makan Di Perling.. Demam..

Malam awal muharram lepas, abah belanja mama & tina makan kat Restoran Johan seafood, kat perling. Namanya betul ke tak kurang sure hihi..tapi yang sure restoran tu nama Johan..

Abah kata ada kawan dia cakap makan kat situ sedap, so kami pun cubalah. Orang nak belanja kan..mama makan je :)

Nasi putih, tom yam campur, sayur kailan sos tiram, sotong goreng tepung & ikan siakap 3 rasa..hihi mama rasa cukup banyak untuk 2 orang makan. Tina dia tak share sebab dia makan nasi goreng kampung je..




Masa makan ni lah tina dah mula batuk-batuk non stop. Kami gilir-gilir temankan dia ke toilet untuk buang kahak & lendir. Rasa nak balik je tapi sebab dah order & half hidangan dah sampai, takkan nak bungkus kan. 

Makan pun tak feeling..sebab asyik risaukan tina yang batuk-batuk.. sian dia

Cepat-cepat kami habiskan makan & balik. 

Malam itulah juga badan Tina panas sangat.. tido meracau-racau.. batuk non stop. Kami berjaga la tukarkan tuala kat kepala & badan dia. Sampailah dah pagi, baru dia lena betul..kurang batuk.. dan mama dapat lelap sekejap..





Ni gambar pagi tu. Kami cutikan dia sekolah walaupun mulanya dia bising nak sekolah.. haih..Tapi pagi ni panas dah turun, cuma batuk je tak berkurangan. Mata bukak..maka batuk non stop lah..

Abah yang dah bersiap-siap nak sekolah pun terpaksa time off sebab nak bawak Tina gi klinik.. 

Tapi Alhamdulillah.. waktu post ni mama tulis, Tina dah kebah demam.. tinggal lagi batuk & selsema je. Dah sekolah pun hari ni :)

Mama & abah sayang kakak :)

Tuesday, May 28, 2013

Family Lunch @ Aroma hijrah..

 Actually ini kisah April aritu..punyalah bersawang..sampai nak end of may baru nak publish hihihi
Kami beramai-ramai naik KL sebab ada sepupu abah punya wedding kat shah alam

Makanya ini cerita waktu nak balik dah..
MIL request nak makan makanan arab tapi nak yang disini.. Aroma Hijrah :)
Korang jangan la tanya ni kat mana..mama tak tau
korang guna gps sure sampai punyalah :)




Us.. ni ada yang takde dalam gambo nih.. :)






Okeh.. and the oshem food is here :)





Sedap sangat-sangat. Tak lah terlalu pure arabic.. ada rasa2 kemelayuannya sket. Sebab tu mama kata lain.. mmg sedaplah :)

Restoran ni punyalah ramai manusia.. huhu..


Tapi alhamdulillah..servis dia ok 
walau customer dia ramai giler
kalau korang nak makan makanan arab.. meh la datang sini..
gerenti puashati punyalah :)

Wednesday, March 21, 2012

Happy Birthday Mama!

Wohoho.. hari ini.. 21 Mac 2012 adalah birthday mama ye.. jadi hari ini nekad untuk buat birthday kek untuk diri sendiri.

Jom tengok hasil dia.. hihi









Dan malam ni tadi kami kuar makan kat Mama Chop papa Grill.. kat taman u jek. Kusmangat ramai orang tapi servis tak lambat. Okeh sangat..







ni Tina punya.. MERRYLAND





Mama punya.. BLACKPEPPER CHICKEN CHOP




Abah punya.. BLACKPEPPER LAMB CHOP..














Bil semua sekali campur air.. tak lepas pun RM50.00 wuhuhu.. ok lah rasa pun not bad. portion pun besar. kenyang la makan..

Pas makan terus balik coz kesiankan Tina yang tak sihat sangat tu.. itu pun jugak sebabnya tak gi makan jauh2.. :D



p/s - perasan tak bintik2 ciken pop Tina tu.. hari ni dah banyak dah keluar.. sian dia.. nnt mama buat entry lain pasal tu ye..

Saturday, October 1, 2011

Ooo.. Dah Pandai Komplen Ye..




Dua aksi Tina waktu kami pegi makan pizza minggu lepas. Nama & outlet pizza tu tak yah reveal la kan. Kang kene saman lak..huhu..

Tapi seriously say..memang menyedihkan la condition pizza dia. Dah macam kerepek weh..aduhai..

Sian Tina..dia makan sikit jek sebab keras. padahal sebelum sampai..dia la yang beriya2 sangat nak makan..

Outlet itu kami senarai hitamkan.. sorry!

Saturday, June 18, 2011

Popeye VS KFC

Korang pernah makan kat POPEYE? Kat JB tak de popeye nih. Kat mid valley kami jumpa. Days before kitaoarg terjumpa popeye nih, kakak ipar mama ada citer. Katanya popeye nih ala2 KFC jugak..kiranya kalau korang buhsan makan KFC..popeye nih alternatifnya la gitu.

Alang-alang terjumpa..kami try la sebab kebetulan anak2 sekelian dah mengaruk2 kelaparan..huhu



























Nampak tangan montel tu tak? Ha..tangan sape lagi kalau bukan tangan Tina kan.. tak sabo betul dia.

Okeh..popeye nih punya ayam pun besh..memang ala2 KFC cuma rasa lain sket..rempah ratus tak sama la kot.

Mashed potato dia sedap.. gravy dia lain sangat but very tasty la..anak2 pun suka. Berebut-rebut masing2

KFC punya sayur kobis & carrot tu nama pe? ala lupa plak.. tapi kat popeye nih sayur tu lain rupa..tak sempat nak snap la korang. Sampai jek tangan2 montel dah menyambar..huhu

Kami cuba jugak hidangan nasi.. tapi bagi mama ok la..biasa2 jek..

Sesekali tukar selera besh gak..asyik makan KFC jek kan.. apa kata kalau korang jumpa POPEYE nih..korang cuba plak.. :)

Saturday, April 23, 2011

Jom Sarapan!

Ni menu sarapan pagi nih..





jemput2 pisang & kopi o

Untuk abah pagi tadi pun bekalkan jemput2 pisang jek buat sarapan. Arini kan sekolah.. :)

Jom..jemput sarapan..

Sunday, April 10, 2011

Uiiiii... Ramainya Orang...

Ni alkisah breakfast pagi tadi

Ini jugak agenda yang tertunda makan taun gak la korang

Nak sangat merasa breakfast kat McD, tapi tak terpergi-pergi la jugak

Macam la duduk jauh kat pendalaman..

tapi ntah la..baru pagi ni sampai seru nak ke sini



Sesampai kat McD ni..Allah ramainya manusia..banyaknya kete

Sampai nak parking pun punya susah

sib baik ada kete nak kuar..perghh..slamat..





korang tengoklah..ramainya manusia. Nak snap keadaan dalam McD ni..kang marah pulak org2 lain..hehe tapi siyes..mmg ramai




kakak Tina yang dipaksa bangun pagi dek melayan keinginan mama nak breakfast kat McD..hihi





saja nak tayang..bukannya banyak pun kami order..itupun beratur hampir 1/2 jam




saja nak tayang lagi gambo abah..thanks yang..sudi beratur lama..luv yu lah..



Sebaik jek menjamah hidangan breakfast ni, mama terfikir apasal la begitu ramai orang yang suka nak breakfast kat sini ek?

pada tekak mama.. tekak mama tau.. takde la sedap mana pun. ntah apa rasa dia..

Tapi dek kerana teringin..pergi jugak.

Kang takdelah kejakunan melanda anak beranak bila orang citer breakfast McD.. huhu

Hmm..so harap2 tekak ni takdelah teringin lagi nak breakfast kat sini

Buat scramble (eh..cenggini ke eja dia..ah..blasah la..)

kat rumah lagi sedap la..

Cuma.. sesambil sarapan dapatlah tengok2 sekeliling.. tengok2 orang..kanak2 berlarian..

Tina pun seronok sangat.. sesekali kan..

Ok la tu..

Monday, March 28, 2011

Lamanya Tak Makan Pizzahut..

Biarlah gambar je yang bercerita.. :)















Setengah tahun ada rasanya tak makan pizza..
sesekali makan..
huhu..terasa rindunya!

Sunday, March 20, 2011

Aktiviti Petang Ahad Tina

kami sebenarnya keluar sebab abah nak tunjukkan mama jalan nak ke Bank Islam kat uda
so after balik daripada tu..terasa haus pulak
so kami singgah kedai mamak kat TUTA

Jom tengok apa Tina makan ni..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v












gambar ni paling comel rasanya..mama suka sangat


See..
sedapnya dia menyuap roti tisu
actually mama punya menu tapi Tina pulak pau roti tisu mama
dah pandai pulak mintak nak minum air milo ais
kelas anak mama..
dah ada perubahan
hehe :)

Friday, March 11, 2011

2 Beranak Yang Gile Ikan????

Inilah kisahnya..


Ini anak daranya..





Ini lagi aksinya..





Ini pulak abahnya..





Ini satu lagi aksi manja anaknya..





Semuanya kerana ini..



Haha..gambar mama dia je yang tak ada sebab tak de orang nak amikkan gambar..selamatlah mama dari menjadi mangsa gile ikan..

As for the fish donut..ok la..not bad rasanya pun sedap apalagi bila cicah dengan mayonis. Tina memang suka cicah-cicah ni..

Sape belum cuba..baik cuba..sedap!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...