"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Night Diaper Free Training Journey. Show all posts
Showing posts with label Night Diaper Free Training Journey. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 10 & 11

Ringkas je la ek..
sejak malam ke 9 tu, Tina dah tak pakai jugak diaper untuk malam ke 10 & 11 nya
dan tanpa kebasahan jugak pastinya
kurang menyusu.. dan bangun untuk ke toilet 2 kali sehingga pukul 6 pagi.

Dan masa kami ke Giant untuk belanja barang dapo 1 Mac lalu
Tina mama pakaikan drypantz.. hadiah dari drypers tu la..
tapi sebelum masuk ke giant, Tina nak ke toilet. ok la tu
Tengah-tengah belanja..dia nak ke toilet lagi..alamak..

Mama suruh ken**** dalam drypantz dia tak mo
so, mama ajak dia jalan gi toilet
surprisingly!! dia boleh tahan ken**** hinggalah kami sampai ke toilet :)
*wink.. wink*

Hehe..ok la tu..
So, mama nak declare lah kat sini
Night Diaper Free Training Journey Tina sudah berjaya
pada usia 3 tahun 4 bulan 8 hari
Dan ianya hanya mengambil masa selama 11 malam

Good Job Tina!
Good Job Mama!

Dan kepada kawan-kawan mama yang sedang diaper freekan anak masing-masing tu, bersabarlah banyak-banyak sebab ini bukan tugas yang mudah. Perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Mama pun takdelah nak kata mama pandai..mama sabar sungguh sebab mama pun cuma insan biasa yang kadang-kadang pun tak sabar..

Cuma night diaper free ni tak terlalu menekan perasaan mama pun. Sebab abah dah pesan awal-awal dengan mama..
"Tina tu masih kecik..tapi dia sendiri dah tak selesa ber'diaper' time tido. Mungkin dah nak diaper free tapi..mama janganlah marah-marah dia kalau dia terkucil atas tilam..slow-slow la..kesian Tina nanti"

Jadi sebab tu la mama rilex jek.
Abah pun membantu..waktu mama betul2 tak sedar Tina kebasahan..abah yang bangun salinkan baju seluar Tina..
Thanks yang!

Mama dah pun dapat congratulation kiss dari abah atas kejayaan mama & Tina ni..hihi

Another milestone reach! Go Tina Go..



..2 insan istimewa dihati mama..

Monday, February 28, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 9

Malam ke-9 menyaksikan..chewah..menyaksikan seh..hihihi
menyaksikan yang mama dengan gamblenya tak pakaikan tina diaper terus.
Rasanya beberapa malam sebagai percubaan cukup untuk mama jadikan ukuran berjaya atau tidaknya journey ini.

Jadi mama awal-awal dah sediakan kain batik untuk mengalas jika tina membasahkan comforter doranya malam itu. Dia tidur dengan lenanya tanpa diaper. Mungkin dia sudah terasa selesa tanpa diaper. Jadi dia lebih mudah terlelap.

Mama pun.. macam yang mama cakap. Kadangkala letak je kepala..mama pun hanyut sekali. Tapi dalam pukul 5 lebih ke pukul 6 lebih macam tu, Tina bangun kejut mama..kata dia nak ken****. Mulanya dia tak mau bangun dari tidur. Mungkin jalu kot.. tapi bila mama pujuk & pimpin tangan dia..ok jek dia terus bangun & jalan ke toilet..

Hinggalah bangun pukul 9 paginya tu..tanpa kebasahan..dan tanpa mintak susu. Bila mata dah celik je pagi..mula la bertalu-talu minta susu. Sebotol..sebotol.. dan bilangan ke toilet sama dengan bilangan botol susu dia jugak..okeh..sihat la tu kan. kang minum tak buang2..payah gak tu..

So, malam ni mama bercadang takkan pakaikan jugak lagi.. kita tengok apa ceritanya esok ye!

Saturday, February 26, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 7 & 8

Update NDFTJ Tina untuk malam ke 7 & 8

Nampaknya bagi kedua-dua malam ni masih consistent dengan malam ke 6 jugak. Walaupun minum banyak susu siangnya dan sebelum tido. Tapi nak tido tetap pergi toilet 2 kali jugak dan tak pun pakai diaper masa nak tido. Mama pakaikan diaper selepas dia lena tido jek la. Sebab mama cuak jugak kan takut basah lagi.. hehe

Dalam pukul 2 lebih ke pukul 3 lebih macam tu Tina mintak susu tapi dia masih tak basahkan diaper dia waktu tu dan selepas tu. Setengah jam lepas menyusu barulah dia bangun dan cakap nak gi toilet..

Lepas gi toilet pun masih mintak nak pakai diaper tapi alhamdulillah tak basah hinggalah bangun pagi ni..

Masih awal lagi nak declare NDFTJ ni berjaya. Mama masih nak tengok perkembangannya dalam seminggu dua lagi lah..

Hehe.. bintang-bintang la untuk mama sebab berjaya menjalankan NDFTJ ni dengan baik hihihi...


Nota Toyol : Kat rumah sebenarnya masih ada 3 pek Fitti XL, 3 pek drypantz XL & 1 setengah pek Babylike XL (untuk poo poo)... kalaulah memang Tina dah takkan guna lagi diaper..huhuhu..mama simpan stok la mana tau Tina nak dapat adik nanti.. amin..korang doakan la.. :)

Thursday, February 24, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 6

Harap2 takde yang bosan ek..sebab blog ni asyik2 update pasal diaper free jek. Almaklumlah..tengah mood diaper free kan.. :)

Alkisah malam ke-6
Consistent nampaknya dengan malam ke 4 & 5
Nak tido tu ken**** 2 kali, pastu Tina sibuk la nak pakai diaper. Jadi untuk elak dia bising2 mama pakaikan je.
Seperti malam sebelumnya..akhirnya diaper tu kena jugak bukak sebab Tina tak boleh lena tido. Hehe..
Bila dah Tido barulah pakai semula

Tina tak bangun menyusu malam pun untuk kesekian kalinya.
Pukul 6.15 pagi barulah dia terjaga..katanya nak poo poo
Jadi dia pun bangun dan mencangkung bawah meja makan..
Tapi sebenarnya bukan nak poo poo..
nak ken**** je pun..dia confuse kot sebab kentut beberapa kali

Pastu teruslah tak pakai diaper lagi..sampailah siang
walaupun selepas pukul 6 pagi dia akan menyusu hampir 1/2 jam sekali
dan bangun ke toilet 15 minit sekali setiap kali lepas menyusu..

Few more days to go..

Wednesday, February 23, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 4 & 5

Kali ni mama rangkumkan 2 malam sekali la ye sebab ceritanya sama.

Untuk malam ke 4 & 5, mama masih lagi tanya Tina sebelum tido sama ada nak pakai diaper ke tidak. Untuk kedua-dua malam tu Tina sendiri yang nak pakai diaper pada mulanya. So, ok la mama pakaikan je.

Sebelum pakai diaper dah pergi toilet sekali. But after half an hour Tina kata nak ken**** lagi. Mama bawak lagi gi toilet then Tina kata tak mo pakai diaper. So, dia tido tanpa diaper la pada mulanya. Tak sampai 15 minit baring Tina dah pun terlelap. Mungkin dia dah tak selesa pakai diaper sebelum tido. Thats good la kan. Mama suka.

Tapi sebab masih kurang yakin mama pakaikan juga dia diaper selepas setengah jam dia tido lena. Walaupun dia lena, mama tetap cium dia & cakap "kalau nanti kakak rasa nak ken****, bangun kejut mama ye".. dengan harapan dia lekatkan ayat tu dalam minda..hehe

Altogether..untuk malam ke-4 Tina cuma bangun selepas pukul 6 pagi. waktu abah nak ke sekolah. Dia terjaga sebab katanya nak ken****. Bangun tu pun diaper yang dipakai tak basah sedikit pun. *wink wink* Selepas tu mama tak pakaikan dah diaper. Cuma, pesan tetap pesan seperti sebelum-sebelum ni la..tanpa jemu okeh.. :)

Untuk malam ke-5, Tina kejut mama 3 kali. Selepas ke toilet mama pakaikan dia diaper dan dia tido semula. (pakai diaper yang sama yang mama pakaikan waktu dia dah tido tu tau). Kali ke 3 bangun adalah pukul 6.20 pagi, lepas ke toilet mama terus pakaikan seluar tido sahaja. Dengan pesanan penaja yang selalu tu la kan.. :)

Dan untuk ke dua-dua malam, teruslah kering sampai ke siang harinya. Diaper yang dipakai malam tu mama bukak..boleh simpan lagi ..hehe

Dah bolehlah mama tarik nafas lega sedikit. Senang hati nampak perubahan berlaku selepas kebasahan beberapa kali kan. :)

Dan sejak-sejak diaper freekan Tina waktu malam ni mama sangat-sangat letih. Rasa tak cukup tido dan badan sangat penat tapi syukurlah mama tetap akan terjaga bila Tina panggil mama. Alhamdulillah..

Malam ni tak tau la lagi apa ceritanya kan. sebab banyak minum kan..hopefully tak kebasahan la.. :)

Untuk malam ke-5 Tina

Monday, February 21, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 3

Malam semalam..nite 3 diaper free training journey kan..

Mama awal-awal dah tanya Tina,
"malam ni nak pakai diaper tak?"
Tina kata " tak nak..hancing"
Ohoho..mama dah risau sebab dari siang lagi Tina minum banyak susu. Even sebelum tido pun masih mintak susu 2 botol. So mama terpaksalah biarkan dia tak pakai diaper. Sebelum tido dia nak gi toilet..after tu mama pakaikan dia diaper. Sejam selepas tu pun dia masih tak tidur. Resah je. Then cakap nak ken**** lagi. But kali ni mama tanggalkan terus diaper tu, letak tepi. Pakaikan dia seluar tido.. hmm..tak sampai 15 minute..tido dah!

Bila dia tido je mama pakaikan dia diaper semula. Bimbangkan dia terkucil sebab banyak minum susu & air.

But.. Tina menunjukkan improvement. Apa tu?
Walaupun mama pakaikan dia diaper, dia tetap kejut mama bangun 3 kali malam tadi sebab dia nak ken****..
hmm.. bagus jugak kan?

Ye la walaupun tido mama sentiasa tak lena..asyik kena kejut tapi mama puas hati sebab bukannya mudah nak ajar Tina bangun dari tido setiap kali terasa nak ken**** kan..

After pukul 6 pagi, the 3rd time dia kejut mama nak ken****, terus mama tak pakaikan diaper. Tapi tetap pesan dia seperti biasa la kan..alhamdulillah sehingga siang tiada kebasahan!

Alhamdulillah.. nanti nite2 yang lain mama cuba updatekan lagi jika ada perubahan ye..doakan kami berjaya!

Saturday, February 19, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 2

Cuma separuh nite 2 sahaja berjaya sebab Tina mintak susu 2 kali. 8oz setiap satu. Walaupun selepas 8oz pertama tu dia ada bangun nak ken**** tapi waktu tu dah basah dah sikit. Lepas gi toilet mama alaskan tempat tido dia dengan kain bersih & dia tido semula

Pukul 5 kot mama terjaga & dengar Tina macam tak selesa..hmm..rupa-rupanya dia terken**** lagi. Dah basah lencun. Patutlah dia bising jek. Mama kejut dia..salinkan baju & seluar lain. Then waktu ni Tina mintak nak pakai pampers.

Hehe..mama pakaikan aje. Kesian pulak tido tak lena dah 2 kali kebasahan kan. Tak pe lah Tina..kita cuba lagi malam lain ye..mama tak kisah. Janji akhirnya Tina boleh diaper free.

Yang lawaknya, sebab banyak sangat minum susu, yang siang ni pun dia terkucil. Basah sekali lagi. Mama kejut dia bangun, mandikan terus & pakaikan baju lain. Lepas mandi..ehh..mintak susu lagi sebotol!

Tina ni memang kuat minum susu walaupun susu dia dicairkan sukatannya. Dia tak kisah. Dia ni memang anak abah la tau. Abah pun minum banyak air..isy..sepadan la 2 beranak ni..hehe :)

Friday, February 18, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 1

Agak lama mama tak meng'update' blog kan. Aduhai..tahap kemalasan diva ni datang berkoyan-koyan pulak mengalahkan mamamya yang ada komando jr pulak..hehe

Ok kali ni mama nak share tentang another milestone yang mama nak bantu Tina capai iaitu Night Diaper Free. Wallah wei, bukannya senang. Dah lama jugak mama pujuk2 Tina supaya tak payah pakai diaper waktu malam.

Tapi sebelum tu mama cuba tak pakaikan diaper selepas pukul 6 pagi dulu. Lepas je abah pergi sekolah, mama biasanya akan buatkan Tina susu sebelum dia mintak..bukak diaper & takkan pakaikan lagi. Before tu mama akan bagitau Tina..

"sayang, Tina tak pakai pampers tau ni. Kalau nak ken****, bangun bagitau mama ye"

ha..macam tu pesan tiap2 pagi tapi kadang-kadang OOPs..terlepas jugak. Almaklumlah ken**** budak 3 tahun lebih kan..banyak dah. Mama rasa ada la seminggu dua jugak yang selalu macam tu. .

After few weeks dah ada sdikit perubahan. Bukan la tak terken**** langsung dah, cuma dia dah boleh bangun lebih cepat bila ada rasa nak ke toilet tu. Even kadang-kadang dah terkucil sikit. Dah basah seluar tapi dia tetap akan bangun dan lari-lari anak ajak gi toilet.

Tapi malam tadi memang Tina sendiri yang tak nak pakai pampers. Last susu sebotol 12oz pukul 12 lebih tgh malam. Nak menyampaikan pukul 1.30 pagi, 2 kali bangun gi toilet. Mama pulak sedap sangat tido malam tadi. Nasib baik Tina kejut.

Pukul 4 lebih mama tersedar. Tina mintak susu. Mama buatkan 8oz je, sambil pakaikan dia pampers. Sebab tengok dia lena sangat tido. takut tak terjaga kang nak gi toilet. Setengah jam lepas pakai pampers, Tina bangun dan menyangkung kat hujung kaki abah..

Terperanjat..mama tanya, Tina nak pergi mana.."Tina nak be***".. mama macam pelik2 tapi mama biarkan je. Sekejap tu dia datang balik kat mama cakap..

"mama, pampers dah penuh.."
Mama rasa pampers..cuma ada sikit ken**** je. Tapi sibuk dia suruh bukak.
"mama, bukak la pampers ni. Dah penuh. Nanti hancing"
hehehe..geli pulak hati mama dengar :)

Mama bukak kan je la. So sampai pagi dia tido lena. Tak terkucil..tak menyusu..

Hmm..rasanya Tina dah bersedia nak diaper free waktu tido malam. So mama kena la sabar lebih sikit. Korban waktu tido untuk aturkan dia gi toilet. Hopefully menda ni boleh berjaya awal sama macam daytime punya diaper free..

Caiyok Tina..mama tolong Tina ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...