"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Keguguran. Show all posts
Showing posts with label Keguguran. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

Pertama Untuk Tahun 2015, Kesekian Kalinya Sepanjang TTC

Apa perasaan korang bila pregnancy test korang POSITIF? Syukur..suka giler kan. Itulah perasaan mama.. 

Normal bagi seorang TTC ian mempunya stock UPT OPK yang berlambak kat rumah. Itu dah tentu. Kami yang ber TTC ni monitor setiap cycle dengan teliti. Kami ada BBT, ada OPK, ada UPT .. dan kami ada kumpulan sokongan kat FB. Tapi group ni secret, korang gugel pun takkan boleh jumpa. 

Korang tahu term CHEMICAL PREGNANCY?
CP ini adalah keguguran yang berlaku diwaktu awal kehamilan. Korang boleh dapat UPT positif sebelum due piyed. Tapi on the due date korang sepatutnya piyed or may be 1,2 days late sahaja.. korang akan bleed sama macam period. Kadang-kadang ada wanita yang tak tahu pun dia pregnant..tau2 dia bleed dengan banyak waktu piyed. 

But dalam situasi mama, kitaorg..ttc ian ni biasanya akan buat UPT sehari dua sebelum due piyed. Untuk langkah berjaga2. Ye lah..nak dapat tengok UPT double pun susah.. once dapat, bolehlah kita berhati2.. itu sebenarnya tujuan TTC ian buat UPT awal..

Ok.. berbalik pada cerita pregnancy test tadi. Seawal 2 hari sebelum due mama dah buat UPT ( Urine Pregnancy test) guna First Morning Urine (FMU).. kene tengok result  dalam masa 3-5 minit..mama dapat lihat ini..

4 Mac 2015
DPO14 / CD25 FMU 6.00 AM



Korang pun nampak kan line kedua tu walaupun agak samar.. dup dap dup dap dalam hati macam nak amik result exam. Based on pengalaman lepas2.. tak terus gembira dulu. Kenapa?

Sebab healthy pregnancy mesti akan meningkat tahap hormon HCG tu setiap hari. Maknanya UPT mesti akan memekat setiap kali kita test. Itu yang mama pegang. Key wordnya.. So abah pun mama tak bgtau. Tunggu UPT esok pagi pulak..

5 Mac 2015
DPO15 / CD26 FMU 6.00 AM


Nampak peningkatan kan? So pagi ni terus bagitau kat abah.. and mama gi klinik dokte Norihan. Sebab dokte pesan if mama dapat UPT positif, cepat2 datang klinik sebab nak ambil Dupaston. 

Dupaston tu apa? Ye.. Dupaston tu ialah sejenis synthetic progesteron yang mempunyai dwi fungsi. Jika pregnant, ia akan menguatkan rahim. Jika tak pregnant ia akan turunkan piyed. Lebih kurang macam tu lah..
So, dokte suruh makan Dupaston 4 biji sehari, Iberet Folic sebiji sehari..


Demi Allah.. apa saja pun sanggup telan untuk menguatkan kandungan ini. Bila dokte dah kata POSITIF.. beban dihati berkurangan..
 


7 Mac 2015
DPO17 / CD28 FMU 6.00 AM 

Tapi bila UPT  7 Mac ni dah kembali pudar, hati dah berdetik.. ada yang tak kena. Sebab ingat lagi tak key word yang mama kata tadi ": Healthy pregnancy sepatutnya UPT akan memekat hari demi hari" Jadinya.. ini sudah tak mengikuti itu..

Subuh itu menangis semahunya. Mulanya tak mahu cakap dengan abah tapi tak boleh nak sorok dah betapa downnya diri. Peluk abah sambil nangis sepuas hati.. bukan tak redha tapi rasa dah tak sanggup nak hadapi untuk kesekian kalinya.. dah berkali2..

Lepas subuh..perasaan dah lega..walaupun harapan dah nampak kabur tapi hati bagai dah boleh menerima..agaknya lah..

8 Mac 2015
DPO18 / CD29 FMU 6.00 AM 
UPT  pagi ini dah betul2 takde line. Dah betul2 negatif. Maknanya 10 Miu pun dah takde.. mimpi ngeri itu berlaku lagi. Sekali lagi..
Allahuakbar.. Terus kuatkan hati kami..
Menaip entry ini dengan air mata tak henti mengalir. Semoga hati ini terus kuat kerana I am the choosen one..we're the choosen one
Kerana mama kuatlah Allah menduga mama.. menduga kami


Jadi, mama kembali jumpa dokte. Just to inform everything. Kene tunggu bleed, sarung keluar & kembali TTC seperti sebelumnya. Pesan dokte, ada apa2 cepat datang..
ok dokte ;)

12 Mac 2015, spotting dan bleeding pun bermula. Doa tak putus supaya semua yang tak patut tinggal didalam tu..keluar dengan baik, tak menyakitkan dan tak menyusahkan sesiapa..

13 Mac 2015, bleeding semakin heavy diselangi sakit yang sedikit. Seharian merasa tak selesa..sangat tak selesa. Dalam hati berkata, mungkin dah tiba masa ia nak keluar..

Menghampiri tengah malam, rasa tak selesa semakin menduga. Tiba2 terasa ada sesuatu.. dugaan yang tepat. Seketul darah suku besar tapak tangan keluar. Ambil letak kat tapak tangan & cuci, darah2 & lendir larut. Tinggallah satu bentuk sarung putih kelabu & sejalur jari telunjuk darah pekat beku bersambung dengannya.

Alhamdulillah.. ia keluar dengan selamat. Tak besar sangat sebab ia baru berumur 3 minggu lebih sahaja. Ikut anggaran conception date, baru nak menjangkau 3 minggu. Exact dalam 2 minggu lebih..

Dokte pesan, selepas apa yang kita panggil sarung tu keluar. Bleeding sepatutnya akan semakin sedikit. Tak lagi keluar banyak seperti sebelumnya.. Jika darah masih keluar dengan banyak, ia petanda sisa tak keluar habis.. perlu rujuk dokte cepat.

Satu lagi, jika anda demam.. jumpalah dokte. Its not a very good sign..

Alhamdulillah.. pengalaman lepas2 banyak membantu. 

Menghabiskan entry ini, hari ni.. 


**********
Setiap kali solat mohon ditabahkan hati.. supaya dapat menerima semua yang Allah dah aturkan.
 Selagi ada jalan, kita kene usaha..
Semoga rezeki zuriat ada lagi buat kami dalam aturan Allah. 
Kami akan tetap berusaha..
Mohon doa kalian..
************

Sunday, January 25, 2015

Masih Belum Rezeki... Sekali Lagi..


Ujian Allah sekali lagi..
Keguguran awal berlaku sekali lagi..
Belum rezeki kami nampaknya..
kali ke berapa?
Jangan ditanya..
Dah tak mampu dihitung dengan jari..
InsyaAllah cuba lagi untuk kali seterusnya..

Pergilah rasa jemu..
Pergilah rasa letih berusaha
Pergilah rasa penat berdoa
Supaya semangat terus tinggi & redha

Diluar sana masih ramai yang diuji lebih hebat..

Ya Allah.. kami terima semua yang telah Kau tentukan 

Lepaskan rasa lelah & bangkit untuk terus berusaha :)

Tuesday, December 10, 2013

Ia Berlaku Sekali Lagi.. :(

Mengalami kesekian kalinya keguguran bukannya hal yang menyenangkan. Sokongan suami tersayang sangat penting. Walau apa pun terjadi kami redha masih bukan rezeki kami lagi. 

Instinct seorang ibu, mesti merasai perubahan pelik pada diri sendiri kan. Tapi instinct itu tak disokong oleh UPT yang terang & jelas. Dapat satu yang very the faint one..

Tapi pagi the 13th day .. benda ini keluar..

Maaf.. gambar kurang sesuai. 
Tapi mama rasa perlu letak untuk sumber rujukan kawan-kawan ttc yang lain..

Jadi kami ke klinik.. Poliklinik Nur Hidayah.. biasa dengan dokte ini..
Hasil mesin scan..


Nampak bulatan putih..? Tengah dia ada putih2 sket.. ha itulah dia menurut dokte.. sisa2 yang masih tertinggal. Perlu dikeluarkan melalui D& C

Pilihan paling dekat, CS Koh.. tapi esok 10/12/2013 jam 9.30 pagi kene datang..

Semoga Allah mempermudahkan..


10 December 2013

9.30 pagi dah sampai klinik. Nasib tak ramai lagi. Menunggu hampir 2 jam juga.. akhirnya sampai giliran

Dokte mintak kami bercerita semuanya. Dia mendengar & baca surat refer dari poliklinik.. ok katanya.. kita scan biasa dulu. Alhamdulillah.. nampak mcm dah ok. kata dokte.. perghhh.. leganya hati yang dup dap dup dap tadi..hihi

Proceed ke UPT.. alhamdulillah upt memang dah negatif. Hormon HCG memang dah tiada.. settle disitu.. perghh..lega sekali lagi..

Dokte bgtau abah, nak scan lebih kelas.. dengan TVS.. huhuhu 1st time untuk itu okeh.. macam tu rupanya ye.. tapi kira ok lah sebab nampak lebih jelas.. dimana ovary kanan..ovary kiri.. dokte menggodek nak tengok rahim kiri kanan atas bawah.. dinding sekeliling.. hampir 15 minit juga.. dokte puashati..

Jadinya D&C adalah sangat tak perlu kali ini. Segalanya sudah keluar dari rahim. Alhamdulillah sekali lagi. Hilang sesak nafas memikirkan D&C tu..

 ini gambar scan dari klinik CS Koh


Ini pula compare dua gambar scan semalam dan hari ini. From poliklinik Nur Hidayah & klinik CS Koh..


Mama pun baru tau.. rahim yang ok rupanya bila discan..nampak satu line sahaja..

So, everything is ok there. Doa semua kawan2 supaya urusan saya dipermudahkan.. dimakbulkan Allah.. sangat dipermudahkanNya..

Mama kene pantang sket & rehat supaya cepat sihat.. untuk TTC kembali.. selagi ada jalan.. selagi kita mampu berusaha.. kita kene berusaha. Yakin dan pasti suatu hari nanti rezeki Allah itu menyebelahi kami..

Doakan ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...