"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Sekolah Agama Journey. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Agama Journey. Show all posts

Sunday, January 11, 2015

Hari Pertama Persekolahan Sessi 2015

11 Januari 2015, hari pertama persekolahan di Johor. Sweetheart excited nak sekolah. Abah pun kalut2 nak pegi cepat ke sekolah. Biasolah kan.. cikgu.. huhu..Then as usual lah.. 1st few days ni memang agak bizi gitu disekolah, dijalan raya.. sebab budak tahun 1 punya 1st day jugak kan. 

Sebab mama dah boleh agak akan sibuk makanya dah prepare untuk kuar awal. Eceh..awal la sangat..hihihi.. sekolah depan rumah je pun. Sampai kat tempat biasa parking...kusmangat..penuhnya kereta. Dari kejauhan nampak guru besar kat tengah simpang. Hihihi.. jammed wooo..

Mama tanya sweetheart, nak hantar sampai mana? Kata dia.. mama hantar sampai dalam la. Okey.. sampai dalam sekolah. 

Lepas mama dah tengok dia duduk dalam barisan. Mama pun kuo lah. Ramai ibu bapa budak tahun 1 menunggu.. 

 Gambar pukul 6:50 pagi hihi..

Jadual tak de lagi. Jadi pepandai je la bawakkan buku. Dan waktu balik macam biasalah. Pot pet dalam kereta macam2 benda hihi..

Petang, sekolah agama. Pun hantar sampai kelas jugak. Almaklum, kelas tingkat 3.. risau ai tau. 

That was the 1st day. Harap-harap semuanya menjadi & yang baik2 sahaja untuk tahun ini. 


Selamat kembali ke sekolah sayang!





Thursday, December 5, 2013

Satu Dari Dua..


Alhamdulillah.. balik dari temankan FIL jenguk rumah kampung petang tadi, surat dari sekolah agama dah pun sampai. Tak adalah nak tertanya2 lagi dah..

Boleh siap-siap sediakan duit & buat reminder tarikh & waktu penting yang ada urusan persekolahan. Biasalah.. sweetheart kami kan nak masuk tahun 1 2014 ni.. petangnya sekolah agama pulak..

Mohon dipermudah segala urusan persekolahannya. walau sekolah dekat tapi hati mama & abah tetap risau..normal lah tu kan. Macam ni lah mak & abah kita rasa dulu :)



Ok.. ni reminder.. jangan sampai lupa atau terlepas tarikh..hihi
column sebelah untuk sk punya plak..

Mama yang dap dup la nak oii..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...